EBOOK IIX1004
KUMPULAN 15
DR.MOHD SYUKRI ZAINAL ABIDIN
PENGHAYATAN ZUHUD DALAM
KEHIDUPAN MODEN
U2100177/2 DISEDIAKAN OLEH U2100350/2
MUHAMMAD IKHWAN MUHAMMAD SYAFIQ
ADHA BIN MOHD SAID
BIN MOHD RUSHDAN
U2100361/2 U2100306/2
WAN MUHAMMAD GHASANI MUHAMMAD NAI'MUDDIN BIN
BIN WAN GHANI NAJMULKHAIR
ISI KANDUNGAN
1 DEFINISI ZUHUD 3 DALIL ALQURAN DAN
HADIS TENTANG ZUHUD
2 KATA-KATA TOKOH 4 KESAN BAIK & BURUK
TENTANG ZUHUD TENTANG SIFAT ZUHUD
5 CABARAN MENGHAYATI
SIFAT ZUHUD PADA
ZAMAN MODEN
DEFINISI ZUHUD
Pengertian Zuhud menuRUT bahasa ialah
berpaling daripada sesuatu kerana tiada mitu
atau nilainya.manakala menurut syarak , zuhud
ialah mengambil sekadar yang perlu daripada
sesuatu yang diyakini halalnya.Disebut dalam al-
Mu'jam al-Wasit , ' َو َزَهاَدًة,'َزِه َد ِفْيِه َو َع ْنُه – َيْزَهُد – ُزْه ًدا
iaitu seseorang melakukan zuhud atau zahadah.
Ertinya , dia berpaling dan meninggalkannya
kerana dia meremehkannya , atau mengelakkan
kesusahan daripadanya atau kerana
sedikitnya.Makna zuhud menurut istilah dapat
digambarkan seperti benci kepada dunia dan
berpaling daripadanya serta meninggalkan
kesenangan dunia kerana memilih akhirat .
KATA-KATA TOKOH
Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi berkata: “Zuhud
adalah istilah berpalingnya keinginan daripada
sesuatu menuju kepada orang lain, yang lebih baik
daripadanya. Dan syarat hal yang ditinggalkan
keinginannya itu, juga disukai pada sebahagian
sisinya. Maka sesiapa yang meninggalkan sesuatu
yang zatnya tidak disukai dan tidak dicari, dia
tidaklah dinamakan zahid (orang yang zuhud).Abu
Sulaiman berkata: “Orang yang zuhud bukanlah
orang yang meninggalkan dunia dan berehat
daripadanya. Akan tetapi, orang yang zuhud ialah
orang yang meninggalkan dunia, dan bersusah-
susah di dunia untuk akhirat.Ibn Rajab al-Hanbali
berkata: “Maksud zuhud di dunia adalah
mengosongkan hati daripada menyibukkan diri
dengan dunia, sehingga orang itu dapat
menumpukan perhatian untuk mencari (redha)
Allah, mengenal-Nya, dekat kepada-Nya, merasa
tenang dengan-Nya dan rindu. menghadap-Nya
KATA-KATA TOKOH Menurut Imam Ahmad, zuhud itu ada tiga bentuk.
Pertama, meninggalkan yang haram. Inilah zuhud
orang-orang awam. Kedua, meninggalkan yang
lebih-lebih daripada yang halal. Inilah zuhud
orang-orang khusus. Ketiga, meninggalkan semua
perkara yang menyibukkan diri daripada Allah.
Inilah zuhud orang-orang 'arif (orang-orang yang
faham terhadap Allah). Ibn al-Qayyim menukilkan
daripada gurunya yang berkata: “Zuhud adalah
meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat
untuk akhirat. Manakala wara' adalah
meninggalkan sesuatu yang membawa mudarat
di akhirat.” Kemudian Ibn al-Qayyim berkata:
“Itulah pengertian zuhud dan wara’ yang paling
bagus dan paling menyeluruh.”Abu Muslim al-
Khaulani berkata: “Zuhud terhadap dunia tidak
dengan mengharamkan yang halal dan mensia-
siakan harta. Namun zuhud terhadap dunia ialah
engkau lebih yakin kepada yang ada di tangan
Allah Azza wa Jalla daripada apa yang ada di
tanganmu, dan jika engkau diuji dengan musibah,
maka engkau lebih senang dengan pahalanya
hingga engkau berharap seandainya musibah
tersebut tetap terjadi padamu
DALIL AL-QURAN
ُكَّل ُیِح ُّب َتۡفَرُحو۟ا ِبَم ۤا َءاَتٰى ُكۗۡم َوٱلَّلُه اَل َواَل َفاَتُكۡم َم ا ٰىَل ِّلَكۡیاَل َتۡأَس ۡو۟ا َع
﴾ ٢٣ ﴿ُم ۡخَتاࣲل َفُخوٍر
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak
bersedih hati akan apa yang telah luput daripada
kamu, dan tidak pula bergembira (secara
sombong dan bangga) dengan apa yang
diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak
suka kepada tiap-tiap orang yang sombong
takbur, lagi membanggakan diri.
Al-Hadid, Ayat 23.
HADIS
Suatu Hari ada seorang lelaki mendatangi
Rasulullah saw , maka beliau berkata : "Wahai
Rasulullah ! tunjukkan kepadaku satu amalan
yang jika aku kerjakan , Allah dan Manusia Akan
Mencintai aku. lalu baginda Bersabda :
Daripada Abu Abbas Sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi RA,
dia berkata : Seorang lelaki mendatangi Rasulullah
SAW, maka beliau berkata: “Wahai Rasulullah,
tunjukkan kepadaku satu amalan yang jika aku
kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku.
lalu Baginda bersabda:
َواْزَهْد ِفيَم ا ِع ْنَد الَّناِس ُيِح َّبك الَّناُس،اْزَهْد ِفي الُّدْنَيا ُيِح َّبك ُهللا
Maksudnya: “Zuhudlah terhadap dunia maka
engkau akan dicintai Allah, dan zuhudlah terhadap
apa yang ada pada manusia maka engkau akan
dicintai manusia.”
Riwayat Ibn Majah (4102) dan selainnya dengan
sanad-sanad yang hasan. Hadis hasaan.
KESAN BAIK BERSIFAT DENGAN SIFAT ZUHUD
Diri tidak akan mudah mencintai dunia
Zuhud menjadikan seseorang mencintai Allah dengan segenap
hatinya
Tidak adanya rasa tamak pada harta orang lain
Suka memberi kepada orang lain
Sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan nikmat yang diberi
KESAN BURUK TIDAK BERSIFAT DENGAN
SIFAT ZUHUD
Zuhud akan menyebabkan hati hilang hubungan dengan harta
dimana harta itu penting untuk menguruskan hal dunia
Dipandang sebagai ekstrimis oleh sesetengah pihak
Orang lain akan mengambil kesempatan atas kezuhudan diri seperti
memanipulasi wang
Sifat zuhud dilihat sebagai mundur, ketinggalan zaman dan
antikemajuan dunia
CABARAN
Cabaran dalam menghayati sifat zuhud dalam kehidupan moden boleh
dibahagikan kepada beberapa cabaran antaranya cabaran media
massa . trend semasa , anasir-anasir barat dan lain-lain. Kita hidup di
zaman moden , sudah tentu semakin banyak ujian dan halangan dalam
hidup kita yang menyebabkan kita leka akan tujuan hidup kita yang
sebenar. Cabaran-cabaran ini semua yang sedang mengaburi mata kita
dan mengaburi jiwa kita yang menyebabkan diri ini semakin sukar untuk
kita menghayati sifat zuhud dalam sistuasi yang sebegini.
Namun , sebagai seorang Muslim yang sejati. Sifat Zuhud ini haruslah
wujud dalam diri setiap insan. Perbaharuilah sifat ini dengan kesedaran
yang pasti bahawa perlunya sifat ini untuk meraih redha dan rahmat
daripada allah swt. Jadika Sifat Zuhud ini sebagai alat untuk kita sentiasa
merendahkan diri kita kerana allah swt dan istiqamahlah sebaik mungkin
dalam memastikan diri ini ada pada jalan yang dierdhai dan dicintai allah
swt. Perbaiki diri , usaha menghayati sifat zuhud ini walau dimana kalian
berada.
CABARAN
Terpedaya dengan kemewahan dunia
pengaruh rakan yang tidak mengamalkan sifat zuhud
sifat materialistik yang berleluasa
tiada kesedaran yang tinggi terhadap sifat zuhud
tidak yakin pada sifat zuhud
reaksi sifat zuhud kini dipandang seperti sifat lama dan pupus
tiada sifat bersyukur yang tinggi.
sifat ego yang membara dalam diri.
pengaruh media sosial
pengaruh media sosial dalam menunjukkan kemewahan dunia.
pengaruh trend semasa yang mampu mengubah sifat seseorang.
kurangnya didikan ilmu berkaitan sifat zuhud.
pakaian yang mengikut trend dan keterlaluan.
penghayatan ilmu agama yang kurang.
mengamalkan akhlak yang tidak baik.
keluarga yang tidak mengamalkan sifat zuhud.
RUJUKAN TERIMA
Riwayat Ibn Majah (4102) dan selainnya dengan KASIH
sanad-sanad yang hasan. Hadis hasan
Lihat Mukhtasar Minhaj al-Qasidin , hlm. 410-411
Lihat Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, 2/198
Lihat Madarij al-Salikin , 2/9
Sila rujuk buku al-Kafi Syarah Hadis 40 , hlm. 289-295
Riwayat al-Bukhari (5416) dan Muslim (2970)
Web Maktabah al-bakri