The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur_Aina, 2021-09-20 21:25:19

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (FLIPBOOKS)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (FLIPBOOKS)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1 )

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)

NAMA DISEDIAKAN OLEH:
NUR AINA BINTI MOHD NASER

ANGKA GILIRAN 2021192340115
NO. KAD PENGENALAN 010327-06-0240

KUMPULAN/UNIT PISMP G6

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

KOD DAN NAMA KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK(EDUP3023)
NAMA PENSYARAH PN WAK CHU
TARIKH HANTAR 25 OGOS2021

KANDUNGAN HALAMAN
1
PERKARA 2-3
1.0 PENGENALAN
2.0 KONSEP TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET 4-5
3.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
BERDASARKAN TEORI JEAN PIAGET 6
4.0 RUMUSAN 7
5.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam
pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan proses yang saling berkait rapat.
Pengetahuan mengenai teori-teori perkembangan yang dikemukakan oleh ahli psikologi membolehkan guru
memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur dan akan
membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Oleh
itu, antara teori-teori perkembangan yang dikemukakan ialah, Teori Perkembangan Jean Piaget, Teori
Perkembangan Vygotsky, Teori Perkembangan Noam Chomsky, Teori Perkembangan Erik Erikson dan Teori
Perkembangan Lawrence Kohlberg. Namun begitu, teori perkembangan yang ingin ditekankan ialah Teori
Perkembangan Jean Piaget.

2.0 KONSEP TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET

Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan kognitif. Kajian-kajian yang dibuat
oleh beliau ialah mengenai tingkah laku kanak-kanak yang ditinjau dari aspek struktur, operasi tingkahlaku cerdas dan
peringkat-peringkat perkembangan berturutan, iaitu dari segi penaakulan, pemikiran dan kematangan intelek. Menurut
beliau dengan mengkaji kecerdasan kanak-kanak, kita akan dapat memahami sifat pengetahuan manusia yang
berkembang mengikut peringkat tertentu. Oleh itu, Piaget menjalankan penyelidikannya berdasarkan pendekatan
epistemologi genetik yang mengkaji biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku cergas.

Menurut Fatimah Ibda (2015), pada awalnya, beliau melakukan pemerhatian terhadap anak-anaknya dan kemudian
kepada kanak-kanak lain. Aspek-aspek yang beliau kaji dengan teliti adalah mengenai bahasa, taakulan, perkembangan
moral, struktur kognitif dan intelek kanak-kanak. Akan tetapi, Teori Piaget yang terkenal ialah mengenai perkembangan
kognitif iaitu berkaitan tingkah laku. Untuk memahami tingkah laku dan perkembangan kognitif, Piaget memperkenalkan
peringkat penting, iaitu skema dan skemata, asimilasi, akomodasi dan perimbangan yang bertujuan untuk proses
keseimbangan kanak-kanak.

Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan
cara tertentu. Sebagai contoh sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali
sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan
kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, skema
yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. Selain itu, asimilasi
merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi
yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, apabila seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji anggur dan oren. Oleh itu, kanak-kanak
tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.

Seterusnya, akomodasi iaitu suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi juga berfungsi
apabila individu dapat menukar skema lain untuk disesuaikan dengan skema baru Jean Piaget menganggap perubahan ini
sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, dapat membezakan antara anggur dengan oren. Akhir sekali, adaptasi iaitu
satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mengetahuai situasi sebenar.

3.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI
JEAN PIAGET

Piaget percaya bahawa untuk mencapai sesuatu peringkat, haruslah berlandaskan kejayaan peringkat yang terdahulu. Hal ini
kerana, apabila mencapai sesuatu peringkat, mustahil kanak-kanak tersebut akan berbalik kepada peringkat sebelumnya.
Berdasarkan teori pigeat, perkembangan kanak-kanak mempunyai peringkat kognitif yang bergerak sehala. Menurut
Goldstein (2011), kognitif merujuk kepada dua fungsi iaitu apa yang dilakukan oleh minda dan bagaimana minda memproses

aktiviti-aktiviti mental. Ha2l in1i b.8erm%aksud, kognitif dapat mendorong kepada perubahan mental berdasarkan kematangan
fisiologi d3an4p.e5ng%alaman.

Peringkat pertama menurut pigeat ialah peringkat sensori motor. Peringkat ini merupakan peringkat awal yang bermula

dari bayi y1an0g.9ba%ru lahi3r s2eh.i7ng%ga mereka berusia dua tahun. Kemahiran motor yang sedia ada pada kanak-kanak

berperanan besar dalam meningkatkan perkembangan kognitif. Tamsilnya, kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan
merasa. Penggunaan deria ini akan membantu kanak-kanak untuk menerima segala maklumat yang terdapat di persekitaran
mereka. Hal ini dapat dilihat apabila mata bayi tertumpu terhadap persekitarannya kerana bayisuka melihat objek sekilingnya.
Mereka hanya mampu meluahkan ekspresi melalui senyuman atau tangisan sahaja kerana belum mampu bertutur dengan
lancar.

Pada peringkat sensorimotor ini juga(0-2 tahun), bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa dan bayi tersebut akan mempelajari tentang dirinya
dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya Kebolehan untuk meniru tingkah laku
dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning). Dalam perkembangan sensorimotor ini,
terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

Selain itu, diikuti dengan peringkat praoperasi iaitu bermula pada usia dua hingga tujuh tahun. Seiring dengan
peringkat kongnitif kanak-kanak yang semakin berkembang, mereka mula menunjukkan kefahamannya mengenai alam
melalui penggunaan bahasa dan imej yang semakin nyata. Jean Piaget turut menggunakan istilah ‘intuisi’ kerana kanak-
kanak pada usia ini sangat yakin terhadap apa yang mereka tahu sedangkan mereka kurang memahami penggunaan
pemikiran secara rasional. Oleh itu kanak-kanak pada usia ini mudah terdorong kepada tingkah-laku yang mereka lihat.

Seterusnya peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) yang merupakan peringkat terjadinya pelupusan terhadap egosentrik
kanak-kanak selain memusatkan pemerhatian terhadap satu-satu, mereka juga mula memporlehi konsep transformasi,
menguasai proses kebalikan dan pada akhirnya mengamati proses songsangan. Akhir sekali, peringkat operasi formal yang
terjadi bermula 12 tahun sehingga perkembangan mencapai kemuncak perkembangan kognitif iaitu pada usia 16 tahun.
Pada peringkat ini, mereka dikenali sebagai remaja yang mampu berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah yang
kompleks serta boleh berfikir secara deduktif dan induktif sehingga dapat membuktikan teorem atau hukum matematik dan
membuat rumusan atau generalisasi berdasarkan aktiviti-aktiviti matematik. Remaja pada peringkat ini juga tidak lagi
memerlukan andaian konkrit.

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, pandangan teori perkembangan kognitif mempunyai pengaruh besar untuk

memahami bag2ai1ma.8na%kanak-kanak memperoleh dan menggunakan pengetahuan. Teori
3pe4rk.e5m%bangan Jean Piaget telah memperluas pemahaman tentang bagaimana kognisi kanak-

kanak berkembang, hal ini menunjukkan bahwa anak-anak memiliki tahap pemahaman yang
berbeda pada usia yang berbeda pula. Pengetahuan anak terbentuk secara beransur-ansur

din1efon0rgma.na9sp%i-einnfgoarmla3mas2ai ny.7ayna%gngdibteemrkueis. iKnaanmabku-nkagnaankdmanembeilriktai murbuatahnludaaslnamyatpaehmapahpaemrkaenmtbeanntagnagn

kognitifnya, dan pada setiap tahap kualiti kemampuannya menunjukkan peningkatan

5.0 RUJUKAN

Azizi Yahaya. (2010). Psikologi pendidikan: Teori-teori perkembangan. Penerbit Universiti
Malaysia Sabah.

Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan kognitif : teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita 3(1),
27-38.https://www.jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/intel/article/download/197/178

Mok Soon Sang. (2009). Psikologi pendidikan dan pedagogi murid dan alam belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohd Sharani Ahmad. (2006). Psikologi kanak-kanak. PTS Publishing & Distributors Sdn.
Bhd.

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2010). DPLI falsafah dan etika. Kumpulan Budiman.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad & Maridah Hj Alias. (2013). Siri pendidikan guru:
perkembangan kanak-kanak. Oxford Fajar.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Siri pendidikan guru:
perkembangan kanak-kanak edisi kedua. Oxford Fajar.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version