MASAKAN RIMBA Kebiasaannya seorang pengakap yang menghadiri sesuatu perkhemahan membawa periuk dan cerek sendiri. Peralatan ini membolehkan kita menjerang air, menanak nasi dan memasak sayur-sayuran. Sesetengah orang yang belum pernah memasak akan mendapatinya sebagai suatu pekerjoon yang menyusahkan. Seorang pengakap dilatih memasak tanpa menggunakan periuk atau lain- lain peralatan memasak. Cara ini dikenali sebagai masakan hutan/rimba atau backwoodsman. Memasak cara ini lebih sukar jika berbanding dengan menggunakan periuk. Namun begitu, masakan rimba akan menjadi suatu aktiviti yang senang dan menyeronokkan apabila sentiasa dilatih apabila berkhemah di luar. Kita boleh memasak nasi dengan pelbagai cara dengan menggunakan bahan seperti buluh, buah-buahan tertentu, kerajang aluminium, lumpur, tanah dan sebagainya. Memasak Dengan Menggunakan Buluh Buluh dalam pergerakan pengakap sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan. Buluh juga sesuai dijadikan bekas (container) untuk memasak nasi. Potong seruas buluh yang nipis dan besar saiznya. Buluh yang dipilih seharusnya tidak retak. Bavuh bahagian dalam buluh sehingga bersih. Kita perlu terlebih dahulu menyukat isipadu keseluruhan buluh tersebut contohnya isipadu buluh tersebut ialah satu cupak air. Basuh lebih kurang sebanyak 1/2 cupak beras (isipadu keseluruhan buluh dibahagi due) sehingga bersih. Kemudian masukkan beras yang bersih ke dalam buluh tersebut. Jika pokok pisang senang didapatı, kita boleh memasukkan daun pisang di bahagian dalam tepi buluh sebelum memasukkan beras (seperti membuat lemang). Hasilnya nasi yang dimasak lebih enak dan wangi. Setelah kesemun beras dimasukkan, masukkan lebih kurang 1/2 cupak air ke dalam buluh tersebut. Sukatan beras dan air yang belum dibasuh odalah sama banyak, Adunan ini akan menghasilkan nasi yang baik atau tidak mentah.
MASAKAN RIMBA Selepas itu tutupkan bahagian atas buluh tersebut dengan daun pisang atau sebagainya. Kemudian letakkan buluh tersebut berhampiran dengan nyalaan seperti membakar lemang. Sekali sekala kita perlu membalikkan kedudukan buluh itu agar semua bahagian buluh tersebut terkena panas api dengan sekata. Apabila air di dalam buluh hampir kering, api yang menyala seharusnya dikurangkan supaya berbara sahaja. Ini disebabkan beras di dalam buluh itu hampir masak. Kita boleh mengetahui sama ada nasi sudah cukup masak dengan mencungkil sedikit nasi di bahagian atas. Jika sudah masak, alihkan buluh tersebut. Belah buluh dengan menggunakan pisau atau parang. Buluh juga boleh digunakan untuk memasak bahan-bahan makanan lain secara merebus. Memasak Dengan Menggunakan Buah Kelapa Nasi juga boleh disediakan dengan menggunakan buah kelapa muda. Potong bahagian atas buah kelapa dengan cermat. Bahagian atas ini akan digunakan sebagai penutup. Jangan buang air kelapa muda ini sebaliknya masukkan beras yang sudah dibasuh bersih ke dalamnya. Sukatan beras hendaklah sama dengan sukatan air kelapa muda tersebut (soma seperti kaedah memasak nasi dengan buluh). Letakkan buah kelapa muda ini di atas nyalaan api sehingga masak. Hasilnya, nasi yang ditanak amat enak kerana mempunyai rasa lemak manis buah kelapa muda.
MASAKAN RIMBA Memasak Dengan Menggunakan Kerajang Aluminium Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kerajang aluminium yang sudah dibawa terlebih dahulu dari rumah. Kerajang aluminium ini boleh digunakan untuk memasak bahan makanan seperti ikan, telur atau daging. Basuh makanan yang hendak dimasak dan adunkan rempah secukupnya. Kemudian bungkuskan bahan makanan itu dengan menggunakan kepingan aluminium. Letakkan bungkusan tersebut ke dalam nyalaan api (aluminium tidak akan terbakar atau cair kerana mempunyai takat lebur yang tinggi). Setelah lebih kurang 20 hingga 30 minit, keluarkan bungkusan tersebut daripada api dan buka bungkusan itu dengan cermat (awas: bungkusan akan menjadi terlampau panas). Makanan tersebut sudah pun masak.
Kita juga boleh memasak telur dengan menggunakan ubi kentang. Potong ubi kentang dengan cermat kemudian buangkan isi ubi kentang seberapa yang boleh. Selepas itu masukkan telur yang telah diadukan ke dalam isi kentang. Kemudian tutup dengan menggunakan bahagian ubi kentang yang telah dipotong. Kemaskannya dengan menggunakan bilah buluh atau kayu. Letakkan ubi kentang di atas api sehingga isi kandungannya masak. Memasak Dengan Menggunakan Ubi Kentang Memasak Dengan Menggunakan Lumpur/Pasir/Tanah/Tanah Liat Lumpur atau tanah liat juga boleh dijadikan bekas untuk memasak. Contohnya untuk memasak ikan dan telur. Ambil lumpur atau tanah liat yang bersih dan balutkan telur atau ikan yang sudah bersih untuk dimasak. Selepas itu masukkan balutkan lumpur atau tanah liat ini ke dalam api lebih kurang 10 hingga 20 minit. Jika lumpur atau tanah liat sukar didapati, pasir atau tanah boleh digunakan sebagai medium untuk memasak. Kaedah ini digunakan untuk memasak nasi, telur, ubi dan sebagainya. Untuk memasak nasi, basuh dan rendamkan beras ke dalam air selama lebih kurang 2 jam. Selepas itu, isikan beras ke dalam kain yang bersih dan dikat dengan kemas. Kemudian sediakan lubang dan masukkan bahan yang hendak dimasuk (contohnya beras telur dan ubi) ke dalam lubang dan ditimbuskan. Nyalakan api pada bahagian atas lubang selama lebih kurang 30 minit. Masa meniasak bergantung kepada keadaan opi dan jenis bahan yang dimasak.
MASAKAN RIMBA Memasak Dengan Menggunakan Daun Daun yang lebar seperti daun pisang dan daun kunyit boleh digunakan untuk memasak terutamanya ikan dan telur. Memasak ikan dengan menggunakan daun kunyit lebih sedap dan wangi baunya. Basuh dan bersihkan ikan yang hendak dimasak. Kemudian bungkuskan dengan daun. Sepitkan bungkusan daun di celah kayu atau buluh pemanggang. Bungkusan itu diletakkan di atas panas bara api sehingga cukup masak. Apabila sudah masak, kita boleh membuka bungkusan daun tersebut dan menikmati ikan yang telah dimasak. Menyediakan Roti Lilit Kita juga boleh menyediakan roti lilit di kawasan perkhemahan. Campurkan tepung gandum dengan sedikit garam, air secukupnya dan ibu roti. Jika ada marjerin atau mentega, bahan ini boleh dicampurkan sekali untuk mengenakkan adunan roti. Selepas itu uli dengan sebati.
MASAKAN RIMBA Sediakan sepotong kayu kecil sebesar ibu jari dan bersihkan kulitnya. Bentukkan tepung gandum yang diuli tadi supaya lebarnya kira-kira 5 cm dan tebalnya 1.5 cm (panjang pula tanpa had). Lilitkan adunan tadi pada kayu. Selepas itu letakkan adunan yang telah dililit rapat dengan bara api sehingga garing. Pusingkan bahagian kayu tersebut sekali sekala supaya semua bahagian roti lilit itu masak sekata.
PERTOLONGAN CEMAS
PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan Cemas (PC) ialah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau mengalami kecemasan secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan. MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS Menyelamatkan nyawa Mengurangkan atau melegakan kesakitan Mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk
PERTOLONGAN CEMAS
PERTOLONGAN CEMAS
skim lencana pengakap
SKIM LENCANA PENGAKAP
SKIM LENCANA PENGAKAP
SKIM LENCANA PENGAKAP
SKIM LENCANA PENGAKAP
lagu - lagu pengakap
LAGU-LAGU PENGAKAP
LAGU-LAGU PENGAKAP
cerita hutan
CERITA HUTAN MOWGLI Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.
CERITA HUTAN Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan. DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggotaanggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar."Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan."Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.
CERITA HUTAN Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undangundang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak. " Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "
CERITA HUTAN
laporan mingguan
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 1
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 2
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 3
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 4
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 5
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 7
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 8
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 9
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 10
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 11
LAPORAN PENGAKAP MINGGU 12
RUJUKAN
RUJUKAN