The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fssrad2018, 2022-11-06 02:19:31

PAMERAN PROFIL ISMAIL BABA

ISMAIL BABA FINALE_AD

PAMERAN PROFIL

BABA

Copyright 2022 by
Faculty of Art & Design (AD)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka.
78000 Alor Gajah, Melaka

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada
terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam
sebarang bentuk untuk pengeluaran atau ditukar ke
dalam sebarang bentuk atau sebarang alat juga pun,
sama ada dengan cara elektronik, gambar serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Penerbitan AD, UiTM Cawangan Melaka
dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be
reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted
in any form or by any means, electronic, photocopying,
recording or otherwise, without the written permission
of AD Publishing, UiTM Cawangan Melaka first.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA (FSSR)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN MELAKA
KM 26, JALAN LENDU, 78000 ALOR GAJAH,
MELAKA. MALAYSIA



IPSAMMEARIALNBPAROBFAIL

5 HINGGA 31 Oktober 2022

PENASIHAT i REKA BENTUK BUKU
Ts. Dr. Nadzri Mohd Sharif (KPP FSSR) Pn. Ilinadia Jamil

PENASIHAT ii PENULIS
En. Wan Mohd Zulkifle Wan Yaccob En. Azahari Khalip
(Penasihat GAS) En. Hisammudin Ahmad
En. Musaddiq Mohamad Khalil
PENGERUSI En. Mohd Ali Azraie Bebit
Dr. Rosli Zakaria (Pengurus GAS) En Mohd Hanif Mohd Omar
Pn. Shahariah Mohamed Roshdi
BENDAHARI Pn. Salmah Ali
Pn. Diana Ibrahim Pn Ilinadia Jamil

KURATOR PENGKAJI
En. Hisammudin Ahmad En. Musaddiq Mohamad Khalil
En. Azahari Khalip
BICARA SENI
PENGURUSAN PAMERAN & LOGISTIK Dr. Sharmiza Abu Hassan
En. Mohd Shaharudin Sabu
En. Mohd Saharuddin Supar FOTO, VIDEO & DOKUMENTARI PENDEK
En. Mohd Ali Azraie Bebit En Mohd Hanif Mohd Omar
En. Ahmad Zuraimi Abdul Rahim
En. Shahrul Munir Mohd Kaulan

EDITOR
Pn. Shahariah Mohamed Roshdi

BABA

KISaIndungan

03 - 04 25
PraKata Rektor Setulus Naif Rona

09 - 10 26 - 27
Profil Ismail Baba Semangat Pak Mail
Yang Perlu di Contohi
11 - 12
Mengenali Ismail Baba 28 - 30
Memahami Konsep Buku
13 - 14 Pameran Ismail Baba
Mencari Ismail Baba
31 - 32
Koleksi Karya Ismail Baba

15 - 20 34 - 52
Dari Jendela LIAC#4 Karya Utama

21 - 22 53 - 67
Apresiasi Seni Karya Eksperimental
Ikan Makan Ikan II

23 - 24 68
Menyelami Ke ‘naive’ an Penghargaan
Sang Pengkarya Ismail Baba

PraKata
Rektor UiTM Melaka

PraKata Assalamulaikum WBT,

Bismillahirramanirrahim.
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada
Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapatlah kita
bersama-sama menjayakan Pameran Profil Ismail Baba. Di kesempa-
tan ini, izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah
kepada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka yang telah memberi sokon-
gan padu kepada kejayaan pameran ini. Kepada Jabatan Seni Halus
melalui inkubator GAS, saya juga mengucapkan tahniah di atas usaha
keras merelisasikan pameran ini sehingga berjaya di suakan kepada
khalayak UiTM Alor Gajah khususnya dan khalayak negeri Melaka
amnya.
Pameran ini merupakan salah satu aktiviti utama yang diadakan sem-
pena Program Lendu International Art Community : Pasca Covid ( LIAC
#4). LIAC merupakan sebuah Projek Seni Komuniti yang telah diada-
kan sebanyak 3 kali sebelum ini dan untuk kali ini ianya memberi fokus
kepada merancakkan kegiatan ekonomi setempat komuniti DUN
Lendu juga memperkukuhkan semula emosi yang mungkin terjejas
sepanjang pendemik Covid 19 yang berlaku. Lantas Pameran Profil
Ismail Baba diharapkan mampu mengisi salah satu fokus yang dinya-
takan.
Penerbitan buku katalog Pameran Profil Ismail Baba ini merupakan
satu tambah nilai yang dibawakan terutama dalam konteks penerbi-
tan yang menjadi salah satu agenda universiti. Melalui buku ini segala
maklumat berkaitan karya dalam bentuk visual juga penulisan-penu-
lisan dari kurator pameran dan penulisan jemputan memungkinkan
ianya menjadi bahan rujukan buat mahasiswa juga masyarakat umum
dikemudian hari. Penerbitan buku ini merupakan hasil dokumentasi
kreatif berkaitan Pameran Profil Ismail Baba yang memperagakan
sebahagian karya daripada koleksi beliau.
Saya amat berharap, konsep Pameran Profil Ismail Baba ini sekali gus
dapat meningkatkan daya pemikiran kreatif dan inovatif dalam
mencetuskan idea-idea baru khususnya bidang lukisan, catan,
fotografi, ilustrasi dan arca. Selain daripada itu, perkongsian ilmu
melalui karya yang dihasilkan ini merupakan satu lonjakan baru bagi
memastikan sumbangan yang diberikan dapat membantu mening-
katkan lagi minat dan memperkembangkan inovasi sosial serta inova-
si pengajaran dan pembelajaran yang lebih berimpak tinggi.
Akhir kata, ingin saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ts.
Dr. Nadzri b. Mohd Sharif selaku Ketua Pusat Pengajian, En. Wan Mohd
Zulkifle b. Wan Yaacob Penyelaras Program Diploma Seni Halus, Dr.
Rosli b. Zakaria Pengerusi LIAC, Kurator pameran En. Azahari b. Khalip
dan En. Hisammudin b. Ahmad juga kepada semua team GAS yang
telah bertungkus lumus menjayakan pameran ini. Semoga pameran
ini dapat mencetuskan inspirasi serta semangat baru kepada maha-
siswa juga para pensyarah untuk memperkembangkan bakat di
dalam berkarya dan berkongsi maklumat bukan sahaja kepada pemi-
nat seni malah seluruh komuniti.

Salam hormat,
Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini
Rektor Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka, Malaysia

Halaman - 03



IPASMMERAANIPLRBOFAILBA



PAMERAN “Walaupun seni naif
PROFIL dianggap mudah, namun
ISMAIL BABA seni yang berkualiti tidak

Ismail Baba dapat dihasilkan tanpa
kreativiti dan olahan yang
Artis
sempurna. ”

erkumpulnya karya seni oleh
pelukis veteran bernama Encik
Ismail Baba atau lebih dikenali
dengan panggilan Pak Mail di
Galeri Seni UiTM, merupakan satu
penghormatan besar buat Fakulti Seni
Lukis dan Seni Reka dan Jabatan Seni
Halus Cawangan Melaka. Karya-karya
beliau dipersembahkan buat julung
kalinya di Galeri Seni UiTM yang berta-
juk Pameran Profil Ismail Baba. Ia
adalah terdiri daripada himpunan 13
karya seni catan dan 14 karya seni arca.
Studio kecil kediamannya yang mela-
hirkan karya-karya ini terletak di
Ampang, Selangor dan dibawa ke
Galeri Seni UiTM hasil dari inisiatif dan
usaha besar yang dilakukan oleh GAS
iaitu Fine Art Gallery and Art Shop. GAS
merupakan inkubator yang dimiliki
oleh Jabatan Seni Halus Cawangan
Melaka, berfungsi untuk mempro-
mosikan karya seni seniman visual
tanah air dan karya-karya pelajar dalam
memupuk minat budaya berpameran
dan juga memupuk nilai nilai peng-
kormesilan. Melalui pameran ini dapat
kita kenali bahawa Ismail Baba mer-
upakan seorang pelukis yang menju-
rus kepada gaya seni naif (Naïve Art).
Walaupun seni naif dianggap mudah,
namun seni yang berkualiti tidak dapat
dihasilkan tanpa kreativiti dan olahan
yang sempurna.

Profil Ismail Baba Halaman - 09

Profil Ismail Baba Halaman - 10

MIsEmNaGEilNABLaIba konsisten memberi nafas baru terhadap objek-
objek tersebut dengan mengecat kembali
elalui pameran ini dapat kita kenali objek dengan warna yang ‘flat’, beliau men-
bahawa Ismail Baba merupakan guatkan lagi dengan pengunaan warna asas
yang terang seperti merah kuning dan biru
seorang pelukis yang menjurus dan tidak perlu untuk di pecahkan kepada
kepada gaya seni naif (Naïve Art). Suka cita warna sekunder atau tertier. Lanjutan dari
ingin saya luahkan dan ceritakan pengalaman aktiviti ragam menghiasi studio, Ismail Baba
saya bersama rakan rakan sekerja apabila cuba menghasilkan karya objek 3 dimensi
melangkah masuk ke lorong tepian rumah yang lebih serius dan lebih khusus ada potensi
kediaman Ismail Baba. Bahagian depan rumah untuk dipersembahkan di ruang Galeri, maka
sudah tentunya rumah induk atau ruang lahirlah karya seni 3 dimensi menggunakan
kediaman keluarga beliau. Apa yang menari-
knya apabila melewati rumah induk untuk “Bagi Ismail Baba, melukis
menuju ke studio beliau, bermulalah satu subjek naif tidak semudah
dimensi baru dan khayalan yang cukup mem-
personakan. Melangkah perlahan lahan yang disangka. Beliau
mengikut tertib diri sebagai tetamu yang di mengambil masa beberapa
undang oleh tuan rumah sudah pasti berasa tahun sebelum mendapat
bangga dalam diri melihat kesungguhan “gaya sendiri” dalam olahan
beliau mencernakan setiap ruang dan sudut
yang ada pada kediaman beliau dalam usaha seni naifnya.”
membentuk suasana ‘abundant space’ iaitu
suasana yang melimpah ruah dengan susu-
nan- susunan objek jumpaan ‘found object’
dengan begitu tertib sekali. Sekali sekala mata
saya menerawang ke bahagian dinding luar
kediaman studio beliau, juga dihiasi dengan
objek jumpaan domestik yang sangat mem-
personakan. Bentukan bentukan yang disusun
dan dilekat merupakan satu aktiviti atau kegia-
tan yang sangat jujur lahir dari jiwa seorang
pelukis dalam kesedaran atau tidak sedar mer-
ungkai dimensi gayaan naif ke bentuk objek 3
dimensi yang tidak hanya terhasil di permu-
kaan kanvas sahaja. Objek jumpaan seperti
barangan dapur, alatan permainan sehingga-
lah ke bahan peralatan, beliau sangat

Mengenali Ismail Baba Halaman - 11

bahan terbuang atau ‘junk’ seperti kayu menyamai dengan rupa ringkas imej haiwan
hanyut, objek harian dan sebagainya. Sejum- seperti ikan dan lembu. Selanjutnya beliau
lah 14 buah arca dihasilkan oleh Ismail Baba mengulangi aktiviti mewarna permukaan
keseluruhannya mengunakan bahan jumpaan dengan jalinan rupa warna yang diulang
dan bahan terbuang (junk) mendominasi -ulang dan ditindih-tindihkan warna terang
pembinaan karya tersebut. Kebanyakan karya primer tersebut. Menghayati dan menilai
bahan sebenar dibina dan dikukuh dengan kecenderungan beliau dalam kerja berkarya
menggunakan tiang besi dan mempunyai seni ini mengingatkan saya kepada hasilan
‘base foundation’. Beberapa karya arca yang Menara Watts di California yang dihasilkan
terdiri dari kayu hanyut dipasang ‘base’ oleh Simon Rodia, bebas menggunakan apa
dengan potensi diperagakan menggunakan sahaja bahan atau medium, dan mewarna
pedestal. Aktiviti seterusnya beliau mula dengan tiada peraturan yang harus diikuti.
aplikasikan pengunaan warna yang terang
pada permukaan bentuk objek, jalinan rupa PENULIS:
warna yang berbagai dan terang membawa Azahari Khalip
kepada kesan pertindihan pada keseluruhan
permukaan objek dan warna warna meriah.
Ada beberapa karya menggunakan bongkah
kayu yang mempunyai ‘base’, melalui bongkah
tersebut beliau amati ada bentukan rupa yang

Mengenali Ismail Baba Halaman - 12

MIsEmNaCAilRBI aba

enjenguk pameran profil Ismail Baba di pusat peranginan, pokok - pokok, bangunan
Galeri Seni UiTM memberikan satu pangsapuri, dunia dasar laut yang digambar-
kan secara naif. Beliau sepertinya ingin mem-
pengalaman baru dalam menyelami bawa penghayat seni, pengunjung galeri
karya- karya seni catan naif. Sebelum itu keluar dari dunia kebiasaan yang formal catan
saya berpeluang bertemu dan berjumpa ke dimensi catannya yang penuh dengan
dengan beliau dan melihat betapa berseman- kegembiraan, santai, bebas meneroka teknik
gatnya jiwa seni pelukis ini dengan kerjayanya. dan bahan tanpa aturan formal yang
Tertanya dalam fikiran, ada ke semangat ini seolah-olah menjadi terlalu ketat dan
dalam diri aku dan anak -anak seni halus yang tradisional. Bebas menyusun subjek- subjek
baru nak mengenal dunia seni visual. mengikut nalurinya. Pengalamannya melihat
Dimanakah titik temunya yang memungkink- sekeliling dan mengembara keluar negara
an pameran ini signifikan kepada mereka. memberikannya pengalaman artistik dan
Namun inilah peluang mereka mendapatkan inspirasi penggunaan warna- warna yang
sesuatu dengan melihat, mengkaji, menikmati pelbagai dalam menghasilkan catan.
,mendengar dan menghayati karya catan naif Daripada persembahan 13 karya seni catan
dipameran ini. beliau saya dapat melihat terdapat pengaruh
Apa yang menarik perhatian saya adalah karya catan Ivan Generalic yang bertajuk ‘Cows in the
-karya beliau benar -benar dari pengalaman Woods’ dalam aplikasi teknik catan dan peng-
bagaimana beliau merasakan kehidupan dan gunaan warna dan Grandma Moses yang men-
ertinya, sambil berkongsi rasa hidup yang jadikan asas berkarya beliau adalah berlandas-
dialaminya. kan realiti, pengalaman, nilai sentimental
dengan persembahan catan naif dengan cora-
“Catannya penuh kan ‘folksy’ dan berwarna- warni. Seni catan
kesederhanaan dan kejujuran naif Pak Mail adalah gambaran visual
yang membolehkan penonton kehidupan yang sangat panjang dan kaya
dengan nilai jiwa yang mewakili sebahagian
memperoleh gambaran aspek Malaysia kepada dunia melalui perspek-
tentang minda pelukis tif beliau.
sekaligus seperti akses kepada
dunia seni visual. Itulah
kebenarannya inti dan mesej

seninya. ”

Beliau menterjemah pengalaman sepanjang PENULIS:
hidup beliau di bandar , membesar di kam- Hishamuddin Ahmad
pung, melancong keluar negara, kehidupan
seharian rakyat Malaysia di bandar dan luar
bandar, dengan subjek permandangan pantai
,

Mencari Ismail Baba Halaman - 13



Courtesy of Artist 'Nelayan Pekan Kuah Langkawi (2009)' by
Ismail Baba

Diari Jendela LIAC#4 Halaman - 15

Naive Art Exhibition:
Ismail Baba (LIAC#4 UiTM Melaka)

ATE Art Terms defines 'Naive Art' as a Second, in the Western Cannons of Art History,
simple, unaffected, and unsophisticat- between the late 19th to early 20th century,
ed art style, characterised by its childlike Naive Art style was viewed as an informal art
simplicity of execution and vision. As style, outside of the formal Academic Art (Euro-
such it has been valued by modernists seeking pean) context. As in this perspective, Naive
to get away from what they see as the insin- artist were considered self-taught, not because
cere sophistication of art created within the they were unaware of the Academic styles,
traditional system (TATE, 2022) conversely, rather because they were
self-taught outside the context of Academic
Nonetheless, let us unfold the three (3) aspects Art. The formal Academies highlighted several
or perspectives, underlining the concept of established approach towards works of art;
'Naive Art'. first, there were hierarchies of a worthy subject
matter ranging from the mythological, allego-
First, Naive Art from the common perspective, ry, religion, figures, portraits, until landscapes
is viewed as an art style where appearance of and still life, least valued on the bottom scale of
the work of art, renders childlike formalistic such hierarchy. Second, the naturalistic treat-
aspects, in terms of its overall stylistic represen- ment of proportions such as linear perspective,
tation. As in this perspective, Naive art is a which creates illusion of reality on a 2-Dimen-
unique approach which democratise the taste sional surface. Third, the naturalistic treat-
and appreciation of works of art, to which it is ments of colours, as of the subtle brushstrokes
accessible to everyone despite age, gender, which represented realistic outcomes. Howev-
ethnic, education and background. If Naive Art er the Naive artist such as Henri Rousseau,
was edible, it could have been the universal blurred the demarcation between the worthy
'Nasi lemak' or 'Roti Canai' for everyone to feast subject matter to be portrayed, as well as
and enjoy. To an extend, if you don't have kids perspective and proportions of a realistic
to empathise works of Naive Art, you, yourself outcome, not just because he was
was once a kid. Apparently, Naive Art is not just self-thought, but because he did not care less
inclusive in matters regarding its synergy towards the principles of the Academy, which
between art and society, moreover, everyone eventually granted him a unique place in the
own's a childish (archetypal-reality) side in History of Art. Third, Naive art were also consid-
him/her self, represented in hobbies and ered as apart of primitive art. As in this
collectibles some way or another, or perhaps in perspective, spurred by the western theory of
regards to Naive Art itself. evolution by Charles Darwin, the imperial

Diari Jendela LIAC#4 Halaman - 16

powers (western) reflected such ideas as the others insert Primitive reflections, as apart of
'survival of the fittest', in where there were con- their synthesis, on the becoming of their work
cept and ideas, connoting between the of art. In Malaysia, Ismail Baba is one of the
Civilised-Uncivilised, Western-Oriental (Oth- country's celebrated Naive Artist. In regards to
ers), to an extend Matured-Unmatured. In one Naive Art, Ismail Baba has his own stylistic
side, the primitive Naive Art was considered as approach, called 'Mael Art Naive Style'. This
unmatured as compared to the Grand-Narra- Naive Art style celebrates the artist's visions
tives of Academic Art, which were superior, and reflections towards cultural unity as well as
civilised, and more western-oriented. However identity of Malaysia. As an outcome, Ismail
artist who came from the Academic back- Baba has carved his name on the local and
ground such as Picasso, Gauguin, Matisse, global Naive Art scene respectively, through-
Klimt, Klee and many others, which applied the out his Malaysian Naive Art tour, and visits in
same primitive approaches in art were consid- Asia and Europe. Ismail baba's artistic style is
ered 'Pseudo-Naive' or 'Primitivism'. In regards unique in regards to three (3) aspects; Form,
to this situation, Naive Art technically are parts Icon, Style.
and parcel of Modern Art's Avant-Garde. Never-
theless, After the postwar (1945), in the age of First, Ismail Baba's formalistic aspects in his
globalisation, the term primitivism or primitive work of art brings the audience towards newer
arts were later then connoted towards folk arts, collective taste in Naive Art. Unlike, works of art
of the African and Asian region. which address linear perspective as a natural-
ism (realistic) taste on illusions of reality, where
Eventually, from the Meta-Narrative vision of shadows and depths are represented. The
the 'Utopia-Dystopia', Naive Art is one way or artist's treatment on his work of art still has a
another, apart of Modern Art. In 1884, Henri focal point, rather than a rigid controlled of
Rousseau himself exhibited some of his early vanishing point. In approaching this method,
paintings in the Salon des Independants the artist creates memories as well as realities
together with other modern artist, mostly the which are layered between one and another,
impressionist as well as the post-impressionist. through his mediums. In this sense, the artist is
Moreover, there were exhibition and publica- free to articulate the outcome of his artwork
tions where artists such as Matisse, Picasso, through his visions of past, present, or future,
Kandinsky, and many other, would include which is considered a reiterative on going
Henri Rousseau's artwork as apart of the Mod- process. The choice of colours on the subject
ern-Vision. Simultaneously, most of the matters are sometimes exaggerated, which is
Modern Artist sought visions on scientific beyond conventional naturalism, celebrating
progressivism, approaching techniques such vibrance of a vision, in where sometimes the
as Pointillism, favouring the scientific theories figures itself are distorted according to the
on colours and proximity; Newton, Goethe, archetypal-reality the artist intends to portray.
Chevreul, Gestalt, and others. While, others Perhaps this is why most of the artist's artworks
such as Gaugin, Matisse, Picasso, Klimt, and is represented in a wide-angle view, in regards

Diari Jendela LIAC#4 Halaman - 17

to the compressing of the whole scene, com- landmarks, to incorporate a collective contem-
pose in such vibrant as well as harmonious, porary taste, of cultural unity and identity, in
forms and colours. At times, the works of art regards to places the artist visits. As an
invites the audience, in such of a vibrant kalei- outcome, the audience can experience the
doscopic colour excitement.Second, Ismail new spirit of harmony between humankind
Baba's articulation of iconic subject matters, on and nature, on a positive utopian-vision of
material and non-material culture, takes the progress.Third, Ismail baba's stylistic approach
audience towards the artist's art vocabulary, towards his artistic practice, guides the audi-
celebrating cultural unity as well as local identi- ence towards the artist's attitude on funda-
ty. The stylistic approach in where the artist mental principles and process of art making. If
includes natural habitats of lushed trees, or you do have the chance to visit O'Mail Studio,
jungle-of-trees portrays the exoticness of Jalan Kempas, Ampang jaya, KL. You might
Malaysia's natural rainforest wonders. witness how the artist organised, each and
every process of art fabrication, Step-by-Step.
“In regards to Naive Art, Technically, there are areas for sketching, draw-
Ismail Baba has his own ing, painting, colouring, as well as finishing, all
stylistic approach, called taking place in a whole factory of 'Mael Art
'Mael Art Naive Style'.” Naive Style'. The artist shares one of his princi-
ples; it is compulsory for any artist to have
On the other hand, the artist brings the audi- his/her own sketchbook, and to sketch daily. In
ence towards a primitive utopian, to memories doing so, he/she will find more inspirations on
of life before the pre-industrial modern society, originality, identity, and novelty, from his/her
in which society were more honest, in regards daily sketching ideas. By repeating this process
to the relationship between humankind and daily, the artist will find unfolding progress,
nature. As to this perspective, perhaps this is within the overall process. At the same time,
one of the reasons why the artist portray's the ideas generated can be developed into
natural habitat of fishes and birds, living in a concepts, which will be articulated on future or
harmonious ecosystem, depicting the superi- present works of art. Since 2006, it has been 16
ority of the sublime, rather than beauty alone years, of daily sketching for Ismail Baba, even at
through its naturalness. Such approach in the heart of the pandemics (2019-2021), at
Naive Art is identical to the stylistic treatments home. As an outcome to such principle and
by Henri Rousseau, Alfred Wallis, Andre process, the artist's develop tons of personal
Bauchant, Ben Nicholson, and many others. sketchbooks, in where most of the time it acts
Most of the human figures were intentionally as his 'Blueprints' or Visual-Vocabulary, a visual
addressed inferior, towards the superiority of dictionary, or visual archetype serving as the
the landscape's vision. However, Ismail Baba building blocks of his works of art. Sometimes,
builds back some of the interesting modern the artist mentioned that these sketchbooks
iconic subject matters, such as buildings, mon- price are higher in demand rather than the
uments, roads, transportations, as well as artworks itself.

Diari Jendela LIAC#4 Halaman - 18

Hence, this aspect of art direction, elevates the Halaman - 19
value of Naive Art, through genuine process as
well as principles, of artistic practice, produced
solely by the artist himself. Equally important
as three (3) of the mentioned aspects above, in
regards to Ismail Baba's artistic style and
approach. 'Respect' has been the key towards
the success of this celebrated Naive Artist.
Perhaps it has been one of the factors, or
process which shapes the becoming of Ismail
Baba, as a celebrated Naive Artist himself. In his
studio, there are many walls of fame, one of
them are dedicated towards paintings of his
art companions, ranging from different styles,
as well as art approaches. In regards to this
attitude, the artist composed each and every-
works of his art companions, as apart of the
bigger art ecosystem family, with high respect
as evident in figure 6. In a nutshell, as a cele-
brated Malaysian Naive Artist, Ismail Baba con-
tinues to develop his art practice towards
greater heights, celebrating the uniqueness of
his artistic approaches on form, icon, and style.
Inclusive in regards to Malaysia's cultural unity
as well as identity.

Ismail Baba, will be exhibiting his 'Mael Art
Naive Style' show and workshop at UiTM Lendu,
Alor Gajah, Melaka, soon, on the 3rd October
2022. Everyone is invited to experience this
opportunity together, brought by Lendu Inter-
national Art Camp (LIAC#4)!

WRITER:
Musaddiq Mohamad
Khalil

Diari Jendela LIAC#4

Diari Jendela LIAC#4 Halaman - 20

IAkPaREnSImASaIkSaENnI ikan II

PENULIS:

Salmah Ali

Seni naif atau seni keanak-anakan ini Elemen seni reka yang terdapat di dalam karya
kebiasaannya diaplikasi menerusi spektrum berjudul ikan makan ikan II ini dikupas seperti
warna yang ceria dan kontra serta penampa- berikut:
kan rupa bentuk objek atau imej yang tidak
realistik. Hal ini terjadi kerana, perkataan naif Garisan
itu sendiri membawa maksud tidak matang, Seperti yang kita sedia maklum secara umum-
keanak-anakan atau lurus bendul. Namun satu nya pengunaan garisan di dalam karya adalah
kerugian kepada kita, apabila naif dikaitkan sangat banyak kerana garisan merupakan
dengan seni catan pada masa kini ianya elemen paling asas. Seni naif ini juga dilihat
kurang mendapat perhatian ramai pencinta seperti doodle yang mengunakan gaya core-
seni atau orang awam kerana sifat karya seni tan yang spontan, bentuk yang tidak realistik
itu yang diterjemahkan sebagai kebudak-bu- serta kadang-kadang pengunaan teknik
dakan,tidak serius dan terlalu mudah gaya lukisan continuous line drawing yang sangat
pengkaryaannya. menarik.

Seni naif ini menerangkan bahawa ciri-ciri Jalinan
terpenting di dalamnya ialah kespontanan, Texture atau jalinan merupakan kesan sesuatu
kemanusiaan dan kebebasan . ketulusan serta pada permukaan objek atau benda yang mana
karyanya yang bersifat jelas dan tidak rumit didalam karya ini penggunaan jalinan yang
membuatkannya lebih mudah untuk ditafsir banyak digunakan di dalam penghasilan ikan
dan dihayati malah ia juga menjadi sebaha- serta batu karang dengan mengunakan
gian daya tarikan kepada karya seni naif ini. palitan atau sapuan warna yang tebal dan
padat serta titik-titik yang digunakan mewu-
Apresiasi seni Ismail Baba bertajuk Ikan makan judkan jalinan yang menarik.
ikan II yang dihasilkan pada tahun 2008
menarik perhatian saya ketika mengunjungi Warna
pameran beliau di Galeri Seni di UiTM Melaka. Warna adalah elemen yang juga penting serta
Beliau terkenal dengan gaya lukisan naif atau banyak digunakan di dalam karya ini, gabun-
lebih dikenali dengan gaya lukisan yang bersi- gan warna-warna yang panas dan sejuk serta
fat keanak-anakan. Teknik titik-titik serta pen- warna-warna harmoni dan bertentangan
gunaan warna yang ceria dan kontra mem- banyak memainkan peranan dalam penghasi-
buatkan karya ini sangat menarik. lan karya ini. Gabungan warna-warna ini
menarik penonton lebih fokus kepada karya
Saya memilihan karya ini adalah kerana beliau ini. Pendek kata warna adalah elemen penting
mengunakan beberapa elemen dan prin- untuk menghidupkan karya ini dengan pen-
sip-prinsip rekaan di dalam karyanya iaitu : gunaan warna yang ceria, cerah dan padat.

Apresiasi Seni Ikan Makan Ikan II Halaman - 21

Prinsip seni reka yang terdapat di dalam karya Kesimpulannya, karya ini berjaya dalam meng-
ini pula adalah : gunakan elemen dan prinsip rekaan didalam
karya, walaupun seni ini dikatakan seni yang
Pengulangan keanak-anakan namun beliau menitik berat-
Pengunaan bentuk ikan yang diulang-ulang kan mengenai kekuatan sesebuah karya
dalam pelbagai saiz serta bentuk. Malah boleh dengan mengabungkan kedua-dua perkara
dilihat juga pengunaan warna merah yang penting dalam seni reka iaitu elemen dan prin-
berulang kali digunakan pada ikan-ikan terse- sip seni reka. Kehadiran kedua-duanya menja-
but jelas menunjukkan pengunaan prinsip dikan karya ini lebih hidup. Beliau juga turut
pengulangan yang mana merupakan ciri berjaya menggambarkan suasana di dalam
terpenting dalam seni gaya naif. dasar laut serta memaparkan situasi yang
mana satu ketika semua adalah mangsa dan
Kontra kadang kala juga adalah pemangsa, situasi ini
Pengunaan warna yang kontra didalam karya ada di dalam karya yang bertajuk Ikan makan
ini turut menjadikan karya ini juga seimbang. ikan II.
Pengunaan warna panas seperti merah,
jingga, kuning diimbangi dengan warna biru
dan hijau, gabungan warna-warna ini turut
menjadikan karya ini lebih menarik kerana
fungsi kedua warna ini adalah untuk memberi
impak yang berkesan yakni membuat orang
lebih fokus kepada karya.

Kepelbagaian Karya Ismail Baba: Ikan Makan Ikan II
Pengunaan warna yang pelbagai dalam karya
ini dilihat pada bentuk ikan-ikan serta batu
karang. Terdapat warna biru, hijau, putih,
jingga, merah dan kuning yang terdapat pada
bentuk ikan. Kepelbagaian juga wujud hasil
penggunaan dari pengunaan pelbagai gaya,
teknik, dan idea yang berbeza dalam sesuatu
gubahan. Kepelbagaian dapat memberi varia-
si, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu
karya.
,

Apresiasi Seni Ikan Makan Ikan II Halaman - 22

SMAENNGYEPELNAMGKI AKREY‘ANAISÏMVEA’ILANBABA

PENULIS:
Mohd Ali Azraie Bebit

Apabila menyebut naïve art dalam kepala ku Mengambil pengalamanku di Bali mengingat-
terus membayangkan karya-karya catan artis kan aku terhadap karya catan Pak Mael. Karya
ternama seperti Yusof Gajah, Pablo Picasso , di Bali, Indonesia menampilkan karya yang
Hendri Rousseau,dan Jeans Basquiat dengan berbentuk catan dengan gaya naïve , tetapi
gaya tersendiri. Seorang artis yang namanya mereka banyak terpengaruh kepada corak
tidak asing lagi dalam arena seni naïve di batik serta budaya Indonesia serta warna-war-
Malaysia iaitu Ismail Baba atau di kenali Pak na yang dimainkan di dalam catan naïve Bali
Mael. Karya-karya Pak Mael dihasilkan dalam agak berbeza dengan gaya catan Pak Mael.
bentuk catan yang bermain dengan gaya
keanak-anakan (childish) serta himpunan Di dalam studio Pak Mael terdapat ribuan
warna yang harmoni dan subjek-subjek yang lakaran yang dikumpulkan di dalam buku
sangat familiar di Malaysia . Ismail Baba telah sketches terdahulu hingga sekarang yang
menempa namanya di persada seni Malaysia disusun di atas mejanya. Dalam membelek
dengan karya berbentuk naïve. lakaran idea lamanya, terlihat lakaran banyak
berilustrasikan imej-imej kartun.
Satu hari aku telah datang menyelami ke
studio Pak Mael yang terletak di terataknya di “Karya di Bali, Indonesia
Ampang Jaya. Pak Mael merupakan generasi menampilkan karya yang
ketiga yang menetap di sini yang dahulunya berbentuk catan dengan gaya
bernama asal Kampung Melayu Ampang. naïve , tetapi mereka banyak
Memasuki ruang studionya terhidu satu aroma terpengaruh kepada corak
yang mengingatkan ku seakan-akan sama batik serta budaya Indonesia
berada di Pasar Seni Kuala Lumpur. Aroma cat serta warna-warna yang
minyak , kayu serta kertas sangat asyik untuk dimainkan di dalam catan
berkarya. Himpunan karya-karya Pak Mael naïve Bali agak berbeza
digantung di sekitar dinding studionya dan dengan gaya catan Pak Mael.”
ada juga karya kecil digantung di ruang parkir.
Mendalami warna-warna yang harmoni Minat Pak Mael terhadap kartun membantu
menyebabkan emosiku berasa ceria disamp- dalam proses beliau mengubah karyanya.
ing imej -imej yang bersahaja diletakkan pada Sikap yang rajin melukis tanpa henti sejak
karyanya. beliau berkerja di sebuah hotel di Kuala
Lumpur menampakkan pencarian identitinya
Warna biru , coklat, hijau , kuning dan merah yang tersendiri di dalam karyanya. Melihat
banyak digunakan dan tidak menggunakan- berpuluh tag nama wakil negara yang digan-
ruang linear . Perletakkan ime-imej yang tung di dinding studio menjadikan karya
padat tetapi terdapat juga ruang empty
supaya kelihatan seimbang.

Menyelami Ke ‘Naive’ an Sang Pengkarya Ismail Baba Halaman - 23

beliau sebagai wakil kepada Malaysia berpam-

eran di merata negara termasuk USA, Eropah ,

Kanada, Jepun dan banyak lagi.Imej ke’Malay-

sia ‘an banyak diketengahkan dalam karyanya

menjadikan negara luar mengenali ikon serta

subjek di Malaysia. Jika di Australia terdapat

Aboriginal Art mengetengahkan ikon tradisi

negara tersebut begitu juga dalam catan Pak

Mael menghimpunkan elemen-elemen ken-

egaraan dalam catannya. Catan Pak Mael lebih

kepada warna warni ibarat seperti terapi

minda dan memasuki dunia yang penuh

berwarna -warni. Jika karya Yusof Gajah memi-

lih subjek utama dalam karyanya, tetapi karya

Pak Mael banyak kepada subjek-subjek alam

seperti ikan , matahari dan subjek harian.

Tertarik dengan karya berbentuk tiga dimensi

yang di warna dengan pelbagai warna. Karya

yang menggunakan medium objek buangan

serta jumpaan diwarna-warnikan mengikut

subjek penglihatannya seperti kayu berbentuk

ikan, campuran bahan berbentuk lembu serta

kuali, teko, sudu diharmonikan dengan warna

dan sapuan spontan keatas permukaannya.

Menyelami dunia Pak Mael ibarat mengimbau

di waktu kanak-kanak yang penuh dengan

keseronokan dan ceria serta dunia dikelilingi

warna-warni. Begitulah warna-warni

kehidupan sang pengkarya.

,

Halaman - 13

NSEATIUFLRUSONA

PENULIS:
Shahariah Mohamed Roshdi

….. berhenti!
Kaki menapak di hadapan Rona Warna
singgah visualnya di mata di hati
indah dilakar dengan penuh kemesraan.
Karya berukuran panjang lebar 61 sentimeter
itu duduk menyandar di lantai galeri.
Langsung tepat mata ini menerobos ke
permukaan Rona Warna. Tampak bersahaja
sapuan warna ungu matang dan bucu fabrik
kanvas tidak rata itu, masih berkedut berbalu-
tan plastik. Apakah imej-imej di dalamnya?,
olahan biomorphic di dalam lingkaran yang
membentuk bulatan tepat …mahu pun
sesuatu yang tidak diketahui. Ruang tengahn-
ya padat dengan motif yang diulang-ulang, ….
dan diulang lagi.., setulus naif rona menukilkan
nilai fokus di ruang seimbang, sarat dengan
serona sewarna.

Karya Ismail Baba: Rona Warna II

YSEAMNAGNHGAATRPUASKDMIACIOL NTOHI

PENULIS:
Mohd Hanif Mohd Omar

Kali pertama apabila di ajak untuk mengun- Lalu aku bertanya kepada Pak Mail, ni lukisan
jungi studio Pak Mail memang berasa sedikit Donald ke? Pak Mail mengatakan ye, Donald
teruja, apatah lagi diberi tugasan untuk mem- Dog. Aku mengenali Donald ketika menyertai
buat video dokumentari pendek mengenai art event di sekitar Kuala Lumpur pada tahun
profil Pak Mail. Seusai tiba dari Melaka setelah 2014. Pada ketika itu beliau suka menggu-
menempuh perjalanan selama 2 jam, kami nakan anjing sebagai subjek kepada lukisann-
berkumpulan disambut oleh Pak Mail dan ya dan yak yak adalah sinonim kepada Donald
Iszuan anaknya dengan begitu ramah sekali. dan kini beliau lebih dikenali sebagai Donald
Menyelusuri ke ruang belakang studio keliha- Abraham dan disebabkan itulah aku dapat
tan pokok-pokok menghiasi laluan di samping “recognized” lukisan di dinding Pak Mail ini.
dekorasi unik DIY tergantung dan di susun Apabila menyebut akan lukisan naif aku ingat
dengan penuh berseni. Menarik di dalam lagi yang Donald pernah bersama Pak Usop
hatiku. Aku pun terus meneliti setiap kawasan (Yusof Gajah) dan sering berjumpa dengan
untuk mencari sudut yang sesuai untuk mer- beliau di Pasar Seni (CM).
akam temu ramah yang di kelolai oleh saudara
Musaddiq sebagai rakan penyelidik dan penu-
lis bagi pameran Pak Mail yang akan diadakan
di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.

Lukisan naif menghiasi setiap ruang dan dind- Ruang Studio Ismail Baba
ing, ada yang berbentuk ikan, ada yang
berbentuk figura manusia, ada yang berben- Meneliti dari sesi temuduga bersama Pak Mail,
tuk landskap dan pelbagai lagi. Ruang studi- Pak Mail menyatakan yang beliau setelah
onya terbahagi kepada dua bahagian iaitu di pencen mencari sesuatu untuk dilakukan dan
atas dan di bawah. Bahagian atas lebih kepada beliau ke Pasar Seni dan mendapati Galeri
ruang mencari idea, ruang rehat dan juga Yusof Gajah terdapat lukisan-lukisan yang
ruang solat yang begitu simple dan juga sangat cantik lalu beliau mengambil keputu-
kelihatan naif. Tertarik aku ke suatu sudut san untuk belajar mengenai naif bersama Pak
ruang Pak Mail di mana terdapat beberapa Usop. Dari situ aku bermesej dengan Donald-
poster dan pamphlet pameran yang disertain- dan bertanyakan akan Pak Mail. Donald sangat
ya digantung dan ditampal secara bertin-
dan-tindan di bahagian bawah. Berselerak
dalam keadaan art. Hatiku ketawa!

Setelah merakam sesi temuduga aku ke baha-
gian depan dan kelihatan beberapa karya.
Sambil membelek-belek kelihatan suatu karya
yang aku rasa aku sangat kenal akan artisnya.

Semangat Pak Mail Yang Harus Dicontohi Halaman - 26

mengenali Pak Mail dan menyatakan yang Pak
Mail adalah seorang otai, sebelum Donald
masuk di galeri Pak Usop itu Pak Mail sudah
masuk dahulu bersama-sama arwah Pak Mi.
Walaupun dari segi kemahiran di syarikat
pengiklanan selama beberapa tahun beliau
tidak berasa gah sedikit pun dan beliau sendiri
ke Galeri Pak Usop untuk belajar mengenai
seni naif. Malahan Donald sendiri menyatakan
bahawa Pak Usop itu sendiri menghormati
Pak Mail kerana beliau seorang yang sudah
lama melukis. Melalui rakaman temubual itu
juga Pak Mail ada menyatakan bahawa, pada
awalan lukisan naif, beliau belajar dan meniru
dari karya Pak Usop dari segi warna, subjek dan
membuat lukisan seperti yang disukakan oleh
Pak Usop. “Adat belajar, kita ikut sahajalah”
jelas Pak Mail. Di sini ada sesesuatu yang aku
pelajari dari Pak Mail, sikap merendah diri dan
menghormati guru itu perlu di dalam
kehidupan. Dengan merendah diri bukan
menjadikan seseorang itu lemah namun ia
menjadikan seseorang itu dipandang tinggi.
Selain itu hidup ini jangan cepat berputus asa,
selagi ada usaha selagi itu lah jalan terbuka.
Walaupun Pak Mail bermula sebagai artis naif
agak sedikit lewat namun beliau masih di
anggap seorang artis yang prolifik kerana
masih aktif berkarya dan berpameran. Sung-
guh menakjubkan dan semangat inilah yang
perlu dicontohi oleh pelajar-pelajar seni.

PMAEMMAEHRAAMNI IKSOMNASIELPBBAUBKAU

PENULIS:
Ilinadia Jamil

Karya naif adalah merupakan satu konsep tercetuslah idea untuk menggunakan elemen
karya yang dihasilkan tanpa bersandarkan “daun” sebagai satu elemen ilustrasi utama
kepada sebarang prinsip mahupun perspektif. dalam penghasilan reka bentuk muka depan
Mengikut kamus Dewan Bahasa, definisi “naif” buku dan ilustrasi tambahan dalam setiap
itu sendiri membawa maksud bersahaja, terla- layout buku.
lu mudah, tidak canggih, tidak matang
(pemikiran), dan terlihat keanak-anakan. Selain daripada itu, penggunaan tipografi juga
sangat memainkan peranan untuk memasti-
Ismail Baba, atau lebih dikenali sebagai Pak kan keselarasan dan kesesuaian konsep
Mail adalah merupakan salah seorang pelukis dengan identiti karya Pak Mail. Untuk menon-
tersohor yang telah menempa nama bukan jolkan sisi kemelayuan Pak Mail, penggunaan
sahaja di Malaysia malah terkenal di seluruh tipografi serif dapat menaikkan lagi seri dan
dunia dengan karya prolifiknya. Jika disebut menonjolkan sisi tradisional dalam pem-
namanya, pasti ramai yang mengaitkan beliau bikinan reka bentuk layout. Penggunaan
dengan karya bersifat naif (naïve art). Ibarat isi warna hitam dan kuning dipilih sebagai warna
dengan kuku, karya ini begitu sinonim dan dominan dalam reka bentuk layout. Ini kerana,
sebati dengan jiwa beliau. Malah, ianya telah kedua-dua warna ini sangat menarik untuk
menjadi identiti dalam setiap penghasilan dipadankan sementelah warna kuning banyak
karya beliau. Benarlah kata Pak Mail, setiap digunakan sebagai warna “diraja” yang mana
manusia dikurniakan bakat dan bakat tidak ianya menggambarkan sisi orang Melayu yang
akan kelihatan jika tidak dizahirkan. Bagi Pak mempunyai Raja yang berdaulat. Selain itu,
Mail, bakatnya dalam naïve art yang dizahirkan penggunaan warna hitam pula dapat menon-
secara berterusan akan menjadikannya sema- jolkan sisi elegan, kemas dan profesionalisme
kin menyerlah dan sempurna. seorang insan bernama Pak Mail. Kekuatan
Pak Mail adalah naïve art, maka tidak hairanlah
Bersempena dengan Pameran Profil Ismail sekiranya banyak karya-karya Pak Mail digu-
Baba yang berlangsung pada 21 Oktober 2022 nakan sebagai elemen rekabentuk tambahan
bertempat di Galeri Seni UiTM Melaka, pelbagai untuk menaikkan seri layout muka depan,
persiapan perlu dilaksanakan untuk memasti- dalaman buku pameran dan juga banner
kan kelancaran pameran ini termasuklah pameran. Prinsip reka bentuk seperti konsis-
persiapan konsep dan rekabentuk yang sesuai tensi (consistency), kontra (contra) dan pengu-
untuk buku Pameran Profil Ismail Baba. langan (repetition) juga digunakan sebagai
Konsep yang diketengahkan menterjemahkan panduan dalam menyusun kandungan buku
identiti dalam karya Ismail Baba yang begitu pameran ini. Dari sudut pengulangan, peng-
dekat dengan elemen alam semulajadi. Maka, gunaan font yang sama bagi setiap halaman

Memahami Konsep Buku Pameran Ismail Baba Halaman - 28

mampu untuk memastikan kandungan
tampak lebih setara, konsisten dan masih
mengikut konsep yang sama. Penggunaan
warna yang kontra antara font dan layout
mampu menjadikan kandungan lebih mudah
dibaca dan mesra pengguna. Penggunaan
karya Pak Mail sebagai salah satu elemen tam-
bahan dalam reka bentuk buku menyerlahkan
lagi warna kontra dalam persembahan isi
kandungan buku. Ini kerana, karya Pak Mail
banyak menggunakan warna-warna utama
seperti merah, kuning, biru dan hijau.
Akhir kata, konsep yang dipilih ini adalah
sebagai salah satu bentuk penghargaan
kepada Pak Mail yang sentiasa tidak jemu
menghasilkan karya seni terbaik yang akan
dikenang sepanjang zaman.

Muka Depan Buku Pameran



ISMAIL





UKTAARMYAA

Tanjung Bidara Melaka Halaman - 35

61cm x 61cm (Diptych)
Akrilik atas kanvas
2020

Karya Pameran

Ikan ll Halaman - 36

120cm x 92cm
Akrilik atas kanvas
2010

Karya Pameran

Sunyi Sepi Di Kala P.K.P Namun Berseri

92cm x 92cm
Akrilik atas kanvas
2021

Karya Pameran Halaman - 37

Rona Warna II Halaman - 38

61cm x 61cm
Akrilik atas kanvas
2020

Karya Pameran

Rona Warna I Halaman - 39

61cm x 61cm
Akrilik atas kanvas
2020

Karya Pameran

Panorama Alam I, II & II Bersiri 3

91cm x 46cm
Akrilik atas kanvas
2006

Karya Pameran Halaman - 40

Pantai Irama Halaman - 41

76cm x 76cm
Akrilik atas kanvas
2019

Karya Pameran

Taman Pinggiran Ampang

44cm x 88cm
Akrilik, kayu dan kanvas
2021

Karya Pameran Halaman - 42

Aku Mobil & Yogyakarta Halaman - 43

122cm x 94cm
Akrilik atas kanvas
2013

Karya Pameran

Trengganu Kite Halaman - 44

92cm x 92cm
Akrilik atas kanvas
2010

Karya Pameran

Telok Cempedak Halaman - 45

110cm x 78cm
Akrilik atas kanvas
2011

Karya Pameran

Menjelang Senja Halaman - 46

60cm x 46cm
Akrilik atas kanvas
2015

Karya Pameran

Bumi Bertuah Halaman - 47

30cm x 30 cm (setiap satu)
Akrilik atas kanvas
2020 - 2022

Karya Pameran

Rina Rimba Halaman - 48

25cm x 20cm
Akrilik atas kanvas
2006

Karya Pameran

Miow Pagi Halaman - 49

21cm x 24cm
Akrilik atas kanvas
2006

Karya Pameran


Click to View FlipBook Version