Daripada Cikgu Norsiah Md.Salleh
JOM BIMBING ANAK MENULIS DENGAN BAIK
1. Pastikan anak pegang pensel dengan betul.
2. Mulakan dengan aktiviti menyambung titik dahulu, jika sudah betul dan
cantik barulah kita gunakan buku 3 garis. Ulang aktiviti ini sehingga tulisan
mereka kemas dan mereka faham tentang bentuk huruf besar dan kecil.
Contoh :
abcde ABCD
3. Jika aktiviti sambung titik sudah berjaya, minta mereka salin beberapa
perkataan mudah dahulu. Pastikan mereka sudah boleh aplikasikan teknik
menulis dari aktiviti sambung titik berkenaan.
4. Fahamkan mereka tentang bentuk dan ketinggian huruf dan garisan/ baris
buku.
Panduan jika murid guna buku satu baris nanti:
huruf besar semua di atas garisan buku.
huruf kecil ada yang ada ekor, yang ini ekornya mesti turun di bawah
garisan.
huruf yang ada tiang pula mesti berada di atas garisan buku.
huruf yang tiada tiang tiada ekor mesti ditulis atas garisan. Semua huruf
hendaklah ditulis berpandukan garisan buku.
Contoh :
HURUF BESAR
huruf kecil
gjpqy
bdfhklt
aceImnorsuvwxz
Daripada Cikgu Norsiah Md.Salleh
5. Guna buku/ kertas yang ada 2 atau 3 baris. Rujuk gambar.
6. Kenalkan kepada anak garisan- garisan tersebut dan had- had bagi huruf
besar dan kecil. Pastikan tulisan betul – betul berada di garisan bukannya di
awang – awangan. Rujuk gambar.
Merah
baris 1
baris 2
baris 3
Huruf besar akan tulis mula baris 1 dan 2 sahaja.
Huruf kecil berekor tulis mula baris 2 dan 3 .
Huruf kecil bertiang mula tulis di baris 1dan 2.
Hurug kecil tiada tiang tiada ekor tulis di baris 2 sahaja.
7. Mulakan dengan membimbing menulis huruf kecil dahulu. Pastikan cara /
teknik menulis adalah betul. Rujuk video.
8. Peringkat awal kita hendaklah sentiasa berada bersama mereka ketika
aktiviti menulis untuk membimbing secara langsung. Jika salah padam dan
tulis semula. Jangan putus asa, usaha ini mungkin mengambil masa yang
lama tetapi usaha ini akan membuahkan hasil.
9. Akhir sekali anak ini anak kita kan, kala bukan kita siapa lagi.
Daripada Cikgu Norsiah Md.Salleh
ABCDE
bdfhklt
gjqy
acemnorsuvwxz
https://www.youtube.com/watch?v=sIXz5rVvcf4
cara pegang pensel
https://www.youtube.com/watch?v=Sw2KZki-eaA
cara tulis huruf berpandukan garisan buku