PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Tamil ialah mata pelajaran teras semua sekolah rendah
dan menengah. Bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis juga selaras
dengan matlamat kurikulum Bahasa Tamil untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri
dalam urusan harian, maka Jabatan Pendidikan telah menganjurkan Karnival
Bahasa Tamil 2022.
Terdapat beberapa pertandingan yang disyorkan bagi murid-murid
mengambil bahagian mengikut tiga kategori iaitu Menengah Rendah. Menengah
Atas dan Kolej Tingkatan Enam. Antara pertandingannya ialah :
Pertandingan Menulis Cerpen
Pertandingan Mendeklamasi Sajak
Pertandingan Syarahan
Pettandingan Menulis Esei
Pertandingan Pengucapan Awam
Penglibatan murid dalam pertandingan ini menonjolkan bakat berbahasa dan
berpidato murid dengan menggunakan laras dan diksi bahasa yang sesuai.
Karnival bahasa Tamil menjadi landasan dan wahana yang sesuai untuk
melahirkan generasi berkaliber berbahasa.
RASIONAL
Sekolah menjadi saluran dan medan untuk menpertingkatkan bahasa Tamil
atau bahasa Ibunda dalam kalangan murid. Lantaran itu, pelbagai aktiviti
mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya murid-
murid yang lebih mahir berkomunikasi. Tidak ketinggalan juga Karnival
Bahasa Tamil mampu melahirkan warga dan bangsa yang cinta akan bahasa
ibunda.
MATLAMAT
Karnival Bahasa Tamil juga membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan
tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesantunan dan
kepersisan bahasa.
OBJEKTIF
Mendedahkan keunikan bahasa Tamil dalam pelbagai aspek
Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan bahasa dan budaya di
sebalik kewujudan bahasa Tamil
Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk menguasai bahasa Tamil
Melahirkan individu atau murid yang menghayati dan mengamalkan nilai
murni dan sikap positif serta memilik semngat patriotic bertunjangkan
bahasa Tamil.
KUMPULAN SASARAN
Murid-murid bahasa Tamil terdiri daripada murid SJKT, SK, SMK dan Tingkatan 6.
PENGANJURAN DAN PELAKSANAAN
PENGANJUR : JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
TARIKH : 13 OKTOBER 2022
MASA : 8.30 PAGI – 4.30 PETANG
TEMPAT : SJKT LADANG MIDLANDS, SHAH ALAM
MIDLANDS CONVENTION CENTRE
KETERLIBATAN
AHLI JAWATAN KUASA INDUK DAN JAWATAN KUASA PELAKSANAAN
(Sila lihat lampiran)
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Semoga majlis sebegini dapat memupuk kerjasama daripada semua pihak dan
berjalan dengan lancar.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih
sekalung budi.
ersyukur kini kami panjatkan,
Majlis Karnival telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan………
LAPORAN
BERGAMBAR