KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
PERSPEKTIF PSIKOLOGI
DISEDIAKAN OLEH:
UNIT PSIKOLOGI KOMUNITI
BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
KERATAN AKHBAR
PENGENALAN
Suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering
berlaku apabila seorang pasangan cuba untuk
mengawal atau mendominasi pasangannya melalui
berbagai-bagai bentuk penderaan.
Penderaan Penderaan Penderaan Penderaan
Fizikal Pertuturan Psikologi Emosi / Perasaan
FASA KETEGANGAN
FASA BULAN MADU FASA KEGANASAN
FASA PENDAMAIAN
KITARAN KEGANASAN
RUMAHTANGGA
FASA KETEGANGAN:
• Wujud ketegangan dalam rumahtangga.
• Pendera mula salahkan mangsa.
• Perkara kecil menjadi besar.
• Serangan kecil mungkin berlaku.
• Ketegangan berterusan.
KITARAN KEGANASAN
RUMAHTANGGA
FASA KEGANASAN:
• Pendera hilang kawalan.
• Pendera mula mengganas untuk
“mengajar” mangsa.
• Berlaku penderaan fizikal / mental.
• Serangan berterusan.
• Serangan sering berlaku dan kadang kala
berlarutan sehingga sehari dua.
KITARAN KEGANASAN
RUMAHTANGGA
FASA PENDAMAIAN:
• Keadaan tegang menjadi reda.
• Pendera menyatakan perasaan kesal.
• Pendera memohon maaf dan berjanji tidak
akan mengulangi keganasan.
• Pendera menyatakan bahawa keganasan
tidaklah seburuk seperti dakwaan mangsa.
KITARAN KEGANASAN
RUMAHTANGGA
FASA BULAN MADU:
• Kejadian keganasan ‘dilupakan’ dan seolah-
olah tiada apa-apa yang berlaku.
• Mangsa memaafkan pendera.
• Fasa simbiotik ini kadang-kadang
menyukarkan sebarang pertolongan yang
perlu diberikan kepada mangsa dan juga
pendera.
PUNCA BERLAKUNYA
KEGANASAN RUMAHTANGGA
PERSELISIHAN FAHAM
• Persefahaman dan bertolak ansur merupakan aspek terpenting
dalam kehidupan berumahtangga.
• Kegagalan berkomunikasi dengan baik dan memahami kehendak
serta keperluan pasangan boleh menyebabkan berlakunya
pertelingkahan besar yang akhirnya mengakibatkan berlaku
keganasan rumahtangga.
PUNCA BERLAKUNYA
KEGANASAN RUMAHTANGGA
SIFAT BARAN
• Sifat toleransi dan kesabaran yang tinggi adalah senjata yang
terbaik dalam menempuhi cabaran alam rumahtangga.
• Namun, sifat baran adalah api yang boleh membakar kemanisan
kehidupan berumahtangga.
• Kegagalan seseorang pasangan mengawal sifat baran dan
kemarahannya boleh mengakibatkan berlakunya keganasan
rumahtangga.
PUNCA BERLAKUNYA
KEGANASAN RUMAHTANGGA
KEWANGAN
• Wang merupakan keperluan yang penting dalam kehidupan
berumahtangga.
• Tidak dinafikan bahawa wang tidak boleh membeli kebahagiaan.
Namun kehidupan masa kini memerlukan wang untuk membeli
keperluan dan meneruskan kesinambungan hidup.
• Kesempitan kewangan yang dihadapi menyebabkan seseorang
merasa tertekan. Rasa tekanan tersebut boleh menyebabkan
seseorang itu hilang pertimbangan yang akhirnya melepaskan
tekanannya dengan cara mencederakan ahli keluarganya.
PUNCA BERLAKUNYA
KEGANASAN RUMAHTANGGA
KETAGIHAN DADAH / ALKOHOL
• Dadah dan alkohol kedua-duanya merupakan musuh yang nyata
yang boleh memporak-perandakan kehidupan berumahtangga.
• Ketagihan salah satu atau kedua-dua ini boleh mengakibatkan
seseorang itu hilang kewarasan dan pertimbangan akal yang
kesannya mengakitkan berlakunya tindakan luar batasan dan
mendatangkan kecederaan kepada ahli keluarga yang lain.
KESAN PSIKOLOGI DAN EMOSI KEPADA
MANGSA KEGANASAN RUMAHTANGGA
PASANGAN
• Mangsa akan mengalami kemurungan, perasaan cemas dan takut
yang melampau akibat daripada tindakan pemangsa.
• Mangsa juga didapati mengabaikan keperluan diri, sering
mengasingkan diri dan sering mengelak daripada berkomunikasi
dengan orang lain.
• Tekanan berat akibat daripada penderaan yang dialami
memungkinkan mangsa untuk mencederakan diri sendiri dan
mengambil tindakan untuk membunuh diri.
KESAN PSIKOLOGI DAN EMOSI KEPADA
MANGSA KEGANASAN RUMAHTANGGA
KANAK-KANAK
• Kanak-kanak yang sering melihat atau mengalami suasana atau
menjadi mangsa perbuatan keganasan rumahtangga cenderung
mempunyai daya intelektual dan kefungsian kognitif yang rendah.
• Kanak-kanak juga akan mengalami depresi dan kurang untuk
menghargai diri sendiri.
• Mereka juga akan mengalami konflik identiti dan berkemungkinan
berpotensi untuk menjadi seseorang pendera apabila dewasa
kelak.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
KEGANASAN RUMAHTANGGA
RUMAHKU SYURGAKU
• Rumah adalah sebaik-baik tempat untuk mumupuk kasih sayang
dan menanamkan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
• “Rumahku Syurgaku” seharusnya menjadi satu slogan dan
pegangan yang erat kepada setiap ahli keluarga.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
KEGANASAN RUMAHTANGGA
AMALKAN MUSYAWARAH / PERBINCANGAN
• Amalan musyawarah atau perbincangan merupakan tindakan
terbaik dalam merungkai sesuatu permasalahan.
• Kehidupan berkeluarga sememangnya tidak akan terlepas daripada
mengalami pelbagai masalah dan cabaran kehidupan.
• Jadikanlah amalan musyawarah ini sebagai jalan terbaik pasangan
untuk mencari jalan penyelesaian yang harmoni terhadap sesuatu
permasalahan yang berlaku dalam kehidupan berumahtangga.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
KEGANASAN RUMAHTANGGA
GIVE AND TAKE
• Kehidupan berumatangga seharusnya mengamalkan sikap “give
and take”.
• Kehidupan berkeluarga akan menjadi lebih bermakna apabila
pasangan sentiasa bersedia untuk memberi dan menerima
pandangan atau pendapat sesama mereka dalam apa jua keadaan
dan situasi yang berlaku.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
KEGANASAN RUMAHTANGGA
WAKTU / MASA KHUSUS
• Tidak dinafikan kadang kala kesibukan pasangan mencari nafkah
kehidupan mengakibatkan mereka sering kali kesuntukan masa
untuk duduk bersama.
• Namun, pasangan perlu berusaha sedaya upaya untuk merancang
dan menjadualkan masa khusus untuk tujuan berbual dan
meluahkan perasaan masing-masing.
• Cara ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan
sesama pasangan dan meningkatkan kepercayaan serta keyakinan
antara satu sama lain.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
KEGANASAN RUMAHTANGGA
DAPATKAN KHIDMAT KAUNSELOR / PSIKOLOGIS
• Tidak dinafikan adakalanya pasangan menemui jalan buntu dalam
mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang
dihadapi oleh mereka.
• Segeralah mencari seseorang yang dipercayai dan professional
seperti Kaunselor / Psikologis sekiranya terdapat sesuatu atau
permasalahan yang tidak dapat diselesaikan bersama pasangan
sebelum ia menjadi parah.
ANDA MANGSA KEGANASAN
RUMAHTANGGA? LAKUKAN INI!
HUBUNGI TALIAN KASIH 15999
• Talian Kasih adalah talian prihatin masyarakat yang boleh diakses
orang awam melalui dua saluran iaitu menerusi talian bebas tol
15999 dan aplikasi WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24
jam setiap hari.
• Sekiranya anda adalah seorang mangsa keganasan rumahtangga
dan memerlukan bantuan atau sokongan psikologi, maka boleh
menghubungi talian tersebut.
• Pegawai talian kasih akan segera menyalurkan aduan anda kepada
pegawai pelindung atau pegawai psikologi untuk membantu anda.
ANDA MANGSA KEGANASAN
RUMAHTANGGA? LAKUKAN INI!
DAPATKAN “EMERGENCY PROTECTION ORDER” (EPO)
• Anda boleh memohon EPO ini pada bila-bila masa daripada
pegawai JKM yang diberikan kuasa.
• Tujuan EPO ini diberikan bagi:
a. Menghalang pemangsa mencederakan mangsa.
b. Menghalang pemangsa menghasut orang lain melakukan
keganasan rumahtangga.
c. Menghalang pemangsa memasuki tempat selamat,
tempat berlindung, kediaman bersama atau kediaman
alternatif.
ANDA MANGSA KEGANASAN
RUMAHTANGGA? LAKUKAN INI!
PUSAT KRISIS BERSEPADU “ONE STOP CRISIS CENTRE”
• Pusat Krisis Bersepadu atau One Stop Crisis Centre (OSCC) adalah
pusat perkhidmatan bersepadu di antara berbagai agensi yang
menyelaraskan tugas bagi menyelesaikan kes keganasan rumah
tangga, rogol, liwat dan penderaan terhadap kanak-kanak.
• Pusat ini merupakan tempat yang memberi rawatan dan
pertolongan yang diperlukan oleh pengadu. Pegawai dari agensi
berkaitan akan tampil memberi bantuan jika diperlukan. Dalam
erti kata lain pusat ini memberikan pengurusan rawatan setempat.
• Anda boleh mendapatkan bantuan OSCC ini di Jabatan Kecemasan
Hopital berhampiran dengan anda.
ANDA MANGSA KEGANASAN
RUMAHTANGGA? LAKUKAN INI!
MOHON INTERIM PROTECTION ORDER (IPO)
• Segera laporkan keganasan tersebut kepada polis dan mohon IPO.
• IPO boleh dimohon di mahkamah sementara menunggu siasatan
pihak polis.
• Permohonan akan dibuat oleh:
a. Mangsa
b. Peguam mangsa
c. Pegawai Kebajikan Masyarakat
• IPO akan menghalang pemangsa melakukan keganasan
rumahtangga dan menghalang pemangsa dari menghasut orang
lain melakukan keganasan rumahtangga.
RENUNGAN BERSAMA
• Islam melarang sama sekali dilakukan sebarang kekerasan dalam rumah
tangga. Biarpun ayat 34 surah an-Nisa membenarkan suami memukul
isteri, ia tidak boleh dikategorikan sebagai kebenaran menggunakan
penderaan atau kekerasan terhadap isteri.
• Ayat 34 surah an-Nisa yang bermaksud: “Dan kepada mereka yang kamu
khuatir akan kederhakaannya, berikan nasihat dulu, kemudian tinggalkan
tempat tidurnya dan hendaklah kamu pukul.”
• Keizinan memukul isteri itu jelas dalam konteks memberi pengajaran
setelah cara nasihat dan memulau tidak berkesan untuk memperbaiki
kesalahan isteri. Malah, pukulan itu sebenarnya hanya dalam tahap tidak
mencederakan fizikal, sekadar menunjukkan ketegasan suami supaya isteri
tidak lagi berani melakukan perkara tidak diingini.
RENUNGAN BERSAMA
• Rasulullah SAW memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
“Mengapa ada lelaki dalam kalangan kamu yang suka memukul
isterinya seperti memukul seorang hamba, pada hal dia akan
menyetubuhi isterinya itu pada hari yang lain.” (Hadis riwayat Ahmad)
• Islam melebihkan suami pada kedudukan bukan bermakna berkuasa
melakukan apa saja mengikut sesuka hatinya. Kuasa dan kekuatan
dimiliki perlu digunakan untuk kebaikan, bukannya menimbulkan
perkara buruk.
• Suami mesti menunjukkan perasaan kasih sayang dan menyuburkan
perasaan ceria serta gembira dalam keluarga. Amalan itu akan
mewujudkan perasaan hormat dan sayang isteri terhadap suami.
PUNCA UTAMA MENYEBABKAN FASA TINGKAH LAKU KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,
KEGANASAN RUMAHTANGGA KEGANASAN RUMAHTANGGA KELUARGA DAN MASYARAKAT
PERSELISIHAN FAHAM Pendera mula
marah. Salahkan
Kegagalan berkomunikasi mangsa. Perkara
dengan baik menyebabkan kecil jadi besar
berlakunya pertelingkahan
yang membawa kepada FASA KETEGANGAN
keganasan rumahtangga.
FASA BULAN MADU PERSPEKTIF PSIKOLOGI
BARAN
Mangsa memaafkan Suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering
Sifat panas baran menyebabkan pendera. Hubungan berlaku apabila seorang pasangan cuba untuk
pemangsa gagal untuk mengawal mengawal atau mendominasi pasangannya
diri lantas melempiaskan baran dan kembali mesra melalui berbagai-bagai
kemarahannya kepada orang yang bentuk penderaan.
terdekat.
FASA KEGANASAN
KEWANGAN
Berlaku penderaan
Kesempitan kewangan yang fizikal / mental.
dialami menyebabkan
pemangsa tertekan lantas Kecederaan berlaku
melepaskan tekanannya
kepada ahli keluarganya. FASA PENDAMAIAN Fizikal Pertuturan
PENAGIHAN DADAH / Pendera mohon
ALKOHOL maaf. Berjanji tidak
Pemangsa hilang pertimbangan dan akan berulang
kewarasan akal akibat ketagihan
lantas melakukan keganasan Psikologi Emosi / Perasaan
rumahtangga.
Penderaan fizikal boleh mengakibatkan
kesan buruk yang amat mendalam kepada
psikologi dan emosi mangsa!
BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JKM BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JKM BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JKM
KESAN PSIKOLOGI & emosi KEGANASAN RUMAHTANGGA ANDA MANGSA KEGANASAN
KEPADA MANGSA dapat diatasi DENGAN… RUMATANGGA? LAKUKAN INI!
KEGANASAN RUMAHTANGGA Menjalani kehidupan yang Hubungi Talian Kasih 15999 untuk
harmoni dan memupuk kasih bantuan dan khidmat sokongan
PASANGAN sayang dalam keluarga. Slogan psikologi.
“Keluargaku Syurgaku” sebagai
• Kemurungan, cemas dan sentiasa berada dalam asas pegangan dalam kehidupan Dapatkan perintah
ketakutan yang melampau. berkeluarga. perlindungan kecemasan (EPO)
daripada Jabatan Kebajikan
• Mengabai keperluan diri, mengasingkan diri dan Pasangan perlu berbincang Masyarakat (JKM).
menghadapi masalah komunikasi dengan orang tentang masalah yang dihadapi
lain. dan mencari jalan penyelesaian
secara harmoni.
• Cenderung untuk mencederakan diri sendiri
atau membunuh diri.
KANAK-KANAK
• Mengalami depresi dan kurang menghargai Sentiasa memberi dan menerima
pandangan, idea atau pendapat
diri sendiri. antara satu sama lain. Dapatkan rawatan dan
• Daya intelektual dan kefungsian kognitif yang perlindungan di Pusat Krisis
Menentukan waktu atau tempat Bersepadu “One Stop Crisis
rendah. dan tertentu yang lebih khusus untuk Centre” (OSCC) di Jabatan
• Mengalami konflik identiti berbual-bual atau meluahkan Kecemasan hospital kerajaan yang
perasaan sesama pasangan berhampiran.
berpotensi menjadi pendera apabila dewasa masing-masing.
kelak.
Segera mendapatkan bantuan Buat laporan polis dan mohon
khidmat kaunselor sekiranya Perintah Perlindungan Interim
terdapat sesuatu isu atau (IPO).
permasalahan yang tidak dapat
diselesaikan bersama pasangan.
BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JKM BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JKM BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JKM
PENUTUP
▪Keganasan rumahtangga merupakan jenayah yang mengakibatkan
keluarga menjadi porak-peranda dan sering terancam.
▪Masalah ini perlu dibanteras dengan pendekatan bersepadu daripada
semua pihak dan lapisan masyarakat.
▪Sebuah rumahtangga yang bahagia haruslah ada sifat sabar dan jangan
menjadi seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing”.