Masa Rehat / Bermain / Lapang
oleh Gopal R.Mahalingam
SK Tenang Stesen
Menurut Ashley Brooks (2018) murid sekolah rendah mudah terganggu emosi,
maka pemberian masa untuk rehat atau bermain (5 – 10 minit) dapat membantu
mereka untuk terus berfokus, meningkatkan kecekapan kerja dan mengurangkan
tekanan.
Sehubungan dengan itu, murid sekolah rendah di Finland mempunyai masa
rehat yang mencukupi iaitu hampir 75 minit sehari, sedangkan murid kita diberi 30
minit sahaja (itu pun untuk makan pagi). Murid di sana akan mendapat rehat selama
15 minit selepas setiap kelas. Hal ini membolehkan murid di sana meningkatkan
prestasi mereka sama ada dalam kurikulum ataupun kokurikulum (Sahlberg, 2015).
Persoalannya sekarang bagaimanakah pemberian masa rehat membolehkan
prestasi atau penglibatan murid Finland dalam pembelajaran meningkat ?
Murid – murid memerlukan sedikit masa untuk mencerna maklumat baru yang telah
dipelajari yang akan digunakan di masa hadapan (Ashley Brooks, 2018). Sekiranya
murid tidak berpeluang menyampaikan maklumat ini ke otaknya, maka ingatan akan
terganggu. Kajian Silander et al. (2015) menyatakan bahawa amalan pemberian
masa rehat jangka pendek dapat mengoptimumkan ingatan murid disebabkan
otaknya diberi masa untuk menyimpan maklumat yang diterima.
Bila kita sudah baca sampai disini, ramai guru disana mula berkata “itulah
negara kita pun kena buat begitu. Tambahkan masa rehat.”
Cikgu! sebenarnya kita pun diberi peluang untuk memberi masa rehat, bermain atau
lapang kepada murid kita sendiri. Ya, sebelum mula kelas kita buat set induksi kan?
Dalam masa itu, kita boleh minta murid membuat senaman ringkas, terapi ketawa
(ketawa tanpa apa-apa sebab) dan lain-lain lagi. Kita juga boleh membuat amalan
yang sama sebelum menghabiskan kelas kita. Kita pun boleh melahirkan murid yang
berkualiti tanpa tekanan emosi seperti murid Finland.
Rujukan
Ashley Brooks. (2018), The Importance of Recess: Why Schools Need More Playtime.
Retrieved Jun 20, 2018 from
https://www.rasmussen.edu/degrees/education/blog/importance-of-recess/
Sahlberg, P. (2015). Finnish lessons 2.0: What can the world learn from educational change
in Finland? Second edition. New York, NY: Teachers College Press
Silander, T., & Välijärvi, J. (2013). The theory and practice of building pedagogical skill in
Finnish teacher education. Oxford Studies In Comparative Education, 23(1), 77.
Hausstätter, R. S., & Takala, M. (2011). Can special education make a difference? Exploring
the differences of special educational systems between Finland and Norway in relation
to the PISA results. Scandinavian Journal of Disability Research, 13(4), 271-281.