The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsirsuhailasobri93, 2021-06-27 13:42:38

PANTUN NASIHAT TINGKATAN 2

PANTUN NASIHAT TINGKATAN 2

MAKSUD

RANGKAP 1

Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

MAKSUD

Penyair berkata bahawa kita haruslah banyak membuat
kebaikan dan tidak sekali-sekali membuat keburukan.

RANGKAP 2

Ketua-ketua raja duduk,
Jangan ditimpa pagan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?

MAKSUD

Penyair menyatakan sesuatu yang haram dan
memabukkan hendaklah tidak diambil sama
sekali.

RANGKAP 3

Meninjau berpadi masak,
Batang kapas bertimbul jalan;

Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.

MAKSUD

Penyair menyatakan jangan dibiarkan perasaan
sedih dan risau berpanjangan.

RANGKAP 4

Pulau di balik Pulau Gosong,
Pandan di Jawa diranggungkan;
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.

MAKSUD

Seseorang yang berkata-kata sehingga
melampaui batasan akan menyebabkan dirinya
menanggung malu.

RANGKAP 5

Hangus bertih berwarna merah,
Mari dituang ke dalam kain;

Suami yang letih usah dimarah,
Kelak terbang ke bunga lain.

MAKSUD

Seorang isteri hendaklah mengelakkan diri
daripada memarahi suami yang sedang letih
kerana dikhuatiri dia akan mencari perempuan

lain.

RANGKAP 6

Anak Cina membawa surat,
Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,

Bahasa tidak dijual beli.

MAKSUD

Setiap manusia harus mengetahui adat resam di
mana-mana sahaja dia berada dan tidak
menggadaikan bahasa kebangsaannya.

RANGKAP 7

Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh ke lubuk lnderagiri;

Jikalau berdagang ke rantau orang,
Baik-baik membawa diri.

MAKSUD

Para perantau dinasihatkan agar pandai
membawa diri di tempat orang.

TEMA

Tema pantun ialah nasihat kepada masyarakat tentang
pelbagai abad dan adat yang perlu dipatuhi dalam
kehidupan.

Contohnya:
Masyarakat perlulah membuat kebaikan dan tidak terlibat

dalam gejala negatif. Segala perbuatan kita haruslah
bersesuaian dengan adab dan adat demi menjaga maruah

diri.

PERSOALAN

1. Persoalan bersikap rasional dalam setiap
tindakan

Contohnya:
Tidak boleh menghisap ganja kerana memabukkan.

2. Persoalan perlunya bersikap hemah tinggi

Contohnya:
Penyair mengingatkan kita supaya bijak membawa diri
apabila merantau ke tempat orang.

BENTUK

1. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah
sama iaitu empat baris satu rangkap.
3. Ada pembayang dan maksudnya.
4. Jumlah suku kata dalam pantun ini antara

tujuh hingga sebelas suku kata.
5. Pantun ini berbentuk terikat.

NILAI

1. Nilai rasional
Contohnya:
Kita tidak boleh menghisap ganja kerana ganja
memabukkan.

2. Nilai baik hati
Contohnya:
Kita perlulah membuat banyak kebaikan dan
tidak sekali-kali membuat kejahatan.

3. Nilai hemah tinggi
Contohnya:
Penyair mengingatkan kita supaya bijak
membawa diri apabila merantau di tempat
orang.

4. Nilai hormat menghormati
Contohnya:
Penyair menasihati golongan isteri supaya tidak
memarahi suami sesuka hati agar suami tidak
mencari wanita lain.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersikap rasional dalam
setiap tindakan.

Contohnya:
Kita tidak boleh menghisap ganja kerana ganja
memabukkan.

2. Kita mestilah mengamalkan sikap hemah
tinggi

Contohnya:
Penyair mengingatkan kita supaya bijak membawa diri
apabila merantau di tempat orang.

3. Kita haruslah baik hati.
Contohnya:
Kita perlulah membuat banyak kebaikan dan
tidak sekali-kali membuat kejahatan.

4. Kita sewajarnya mengamalkan sikap hormat-
menghormati
Contohnya:
Penyair menasihati golongan isteri supaya tidak
memarahi suami sesuka hati agar suami tidak
mencari wanita lain.


Click to View FlipBook Version