The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsirsuhailasobri93, 2021-09-07 12:30:49

CERPEN TALIA DAN RAKSASA QADQAD TINGKATAN 2

CERPEN TALIA DAN RAKSASA QADQAD

SINOPSIS

Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal jauh di
kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya.

Pada suatu hari, sewaktu Talia sedang bermain-main di sempadan
huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah bertemu
dengan seekor katak raksasa yang telah tercedera di bahagian tepi
kepalanya. Luka itu kelihatan seperti dilibas gergaji.

Oleh sebab timbul rasa kasihan, Talia telah merawat katak
raksasa tersebut dengan menggunakan pucuk daun dalut. Dengan bantuan
Talia, raksasa tersebut telah pulih dan terus menghilang di dalam hutan.

Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada
ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap bahawa cerita tersebut
sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan
ayah Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli
suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang
diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh diperkatakan.

Penduduk kampung menggelar katak raksasa tersebut
sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang
dihasilkan oleh katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika
mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka semua baru
beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.

Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas.
Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu
dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka
menumpang kereta api.

Dodo mengajak isterinya, Misa dan anaknya,
Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera meninggalkan
rumah mereka. Dodo mendukung Talia. lsterinya, Misa
pula membawa Jini di dalam bakul sandang.

Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api,
mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas
mengawasi bijih yang disorong keluar untuk dipindahkan ke
dalam gerabak kereta api. Dodo memberitahu lelaki itu tentang
hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar.
Lelaki itu memarahi Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar
memandang mereka dengan kehairanan.

Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki
tadi yang dipanggilnya Tuan Binjah tentang keadaan di kem
balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca
daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang
meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi cedera.

Pada hari sebelum pembalak-pembalak
itu diserang, sebatang balak telah menimpa
sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera
teruk, keluarga haiwan itu terperangkap.
Mandur kem balak berkenaan telah menetak
semua katak raksasa yang terperangkap itu.
Tindakan tersebut membawa padah kepada
pembalak-pembalak di kem berkenaan.

Sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan.
Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah
dan kebanyakan pekerja termasuk Sidek masuk ke dalam sebuah
bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia
melompat lantas mendarat di bahu Dodo.

Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip memandang
Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas
gergaji. Qadqad di bahu Dodo melompat turun. Ratusan katak
raksasa yang lain mengikuti jejak Qadqad itu berundur. Binjah
berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh
kumpulan katak raksasa tersebut.

Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan
rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan
tanah berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api
tersebut untuk ke bandar.

Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di
hospital. Kebetulan pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari
hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu
melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi
kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek
membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara
yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke kampung
mereka dengan menaiki sebuah kenderaan.

Talia sekeluarga dan Sidek tiba di kawasan huma. Mereka
mendengar suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para
pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan
orang asli itu. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok
yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti.

Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok
tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut.
Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya
menembusi lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad.
Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan
Raksasa Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu,
Talia dan sukunya terus melarikan diri dari tempat tersebut.

Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula. Qadqad sudah ghaib.
Beberapa buah pondok musnah terbakar. Puluhan mayat manusia dan bangkai
Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

TEMA

Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia dengan
alam semula jadi. Contohnya, manusia bandar yang
rakus dan tamak telah memusnahkan alam semula jadi
untuk mengaut keuntungan semata-mata. Hutan
belantara ditarah untuk pembalakan manakala bukit
diruntuhkan untuk dijadikan kawasan perlombongan
sehingga memusnahkan habitat flora dan fauna.
Kehidupan orang asli yang aman dan harmoni turut
terancam.

PERSOALAN

a) Persoalan tentang perbuatan yang baik akan dibalas
dengan kebaikan.

Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak
Raksasa Qadqad yang tercedera, akhirnya telah
diselamatkan oleh raksasa tersebut sewaktu
perkampungan mereka hendak dimusnahkan oleh Binjah.

(b) Persoalan tentang kasih sayang terhadap keluarga.
Contohnya,Dodo amat menyayangi anggota keluarganya
dan sanggup ditembak oleh Binjah semata-mata untuk
menyelamatkan anggota keluarganya.

(c) Persoalan tentang sikap tamak segelintir manusia.

Contohnya,Binjah seorang yang tamak kerana hendak
melombong di perkampungan orang asli tetapi akhirnya
terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad.
(d) Persoalan tentang kesusahan masyarakat orang asli
yang tinggal di kawasan pedalaman.
Contohnya,Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen kereta
api untuk mendapatkan rawatan anaknya, Jini yang
sedang sakit di bandar.

(e) Persoalan tentang persahabatan antara manusia
dengan haiwan.
Contohnya,sifat Talia yang baik hati dan merawat seekor
anak Raksasa Qadqad yang tercedera telah
menyebabkan haiwan tersebut membantu kampungnya
daripada dimusnahkan oleh Binjah.
(f) Persoalan tentang kepentingan alam semula jadi
terhadap manusia.
Contohnya, manusia banyak bergantung pada alam
semula jadi untuk meneruskan kehidupan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Talia

(a)Seorang budak perempuan kecil keturunan orang
asli.

(b)Anak kepada Dodo dan Misa.
(c)Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d)Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e)Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa

Qadqad yang tercedera.
(f)Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g)Menghormati ibu dan bapanya.

Raksasa Qadqad

(a)Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
(b)Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c)Mempunyai taring.
(d)Mampu meloncat tinggi.
(e)Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g)Menyelamatkan orang asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan

kampung mereka.
(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan
keluarganya.
(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

Dodo

(a)Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang kerana sanggup mempertahankan
keluarga dan kampungnya daripada diancam oleh Binjah dan
pengikutnya.
(d) Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya
yang sedang demam untuk mendapatkan rawatan di hospital.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota
keluarganya.

Binjah

(a)Seorang saudagar yang tamak kerana cuba
memusnahkan kampung orang asli untuk mendapatkan
hasil buminya.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup
menyerang dan membakar rumah orang asli.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa
memikirkan kepentingan alam semula jadi.
(d) Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya
sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.

Sidek

(a)Bekerja dengan Binjah.
(b) Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke
hospital.
(c)Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan
rancangan Binjah yang mahu memusnahkan kampung
orang asli di sekitar Bukit Ungu.
(d)Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba
memusnahkan kampung mereka.

Tuk Sibat

(a)Ketua suku kaum orang asli.
(b)Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup
menentang Binjah yang ingin memusnahkan
kampungnya.
(c)Berani menentang Binjah dan pengikutnya
sewaktu mereka datang mengganggu tempat
tinggal sukunya.

NILAI

(a) Nilai baik hati.
Contohnya, Talia menolong dan merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera
pada bahagian kepalanya.

(b)Nilai kasih sayang.
Contohnya, Dodo amat menyayangi keluarganya. Dia sanggup bersusah payah
menghantar anaknya, Jini ke hospital yang terletak di bandar untuk
mendapatkan rawatan.

(c) Nilai keberanian.
Contohnya, Dodo berani menentang kekejaman Binjah yang ingin merampas
kawasan tempat tinggal sukunya.

(d)Nilai kegigihan.
Contohnya, Tuk Sibat gigih berusaha untuk mempertahankan perkampungan
sukunya daripada dirampas oleh Binjah.

(e) Nilai tanggungjawab.
Contohnya,Dodo dan Misa bertanggungjawab menjaga
anak-anak mereka sewaktu Raksasa Qadqad datang
menyerang kawasan lombong.
(f) Nilai tolong-menolong.
Contohnya, Sidek memberikan pertolongan kepada
keluarga Dodo dengan menumpangkan mereka pulang
dari bandar menggunakan kereta api yang dipandunya.

PENGAJARAN

a) Kita haruslah bersimpati dengan semua makhluk yang berada
di sekeliling kita.

(b) Kita mestilah menyayangi anggota keluarga supaya mereka
dapat hidup dengan selamatnya dan selesanya.
(c) Kita harus berani mempertahankan hak kita walaupun
terpaksa mengorbankan diri.

d) Kita mestilah mempertahankan hak anak-anak buah
kita daripada dirampas oleh pihak luar.
(e) Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang
yang sedang berada dalam kesusahan.
(f) Kita hendaklah menjaga alam semula jadi supaya
kehidupan manusia akan lebih selesa dan selamat.


Click to View FlipBook Version