The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsirsuhailasobri93, 2021-06-19 13:53:47

drama mahkamah tingkatan 2

drama mahkamah tingkatan 2

DRAMA
MAHKAMAH

Keadilan dan kebenaran ketika membuat
sesuatu keputusan

Contohnya:

Hakim bersikap amanah dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas untuk memastikan keadilan ditegakkan

dalam perbicaraan yang melibatkan Bulat bin Leper dan
Akinomoto.

1. Persoalan keadilan dalam
melaksanakan perbicaraan

Contohnya:
Hakim mengarahkan seorang peguam bela
dilantik segera untuk membela Bulat yang

tidak mempunyai wang.

2. Persoalan kepentingan menguasai
bahasa Melayu

Contohnya:
Penterjemah meminta hakim membenarkan bahasa

Melayu digunakan sebagai rujukan untuk
memudahkan perbicaraan kerana bahasa Melayu
difahami oleh tertuduh dan negara sudah lama

merdeka.

3.Persoalan kepetahan berlawan
hujah dapat menyelamatkan keadaan

Contohnya:
Peguam bela pintar berhujah
menyebabkan Bulat didapati tidak

bersalah.

1. Bulat bin Leper

Seorang lelaki miskin yang tidak mampu
mengupah peguam bela.

 Seorang yang dituduh bersalah kerana
menyebabkan kematian seorang nenek
tua, iaitu Mek Teh.

2. Akikino-komokotoko

Dipanggil sebagai Akinomoto
Seorang lelaki yang fasih berbahasa Melayu.
Dia Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan

Malaysiadari sektor JKK Ulu Dungun.
Beliau dijatuhi hukuman , iaitu ibu beruk perlu

diberikan kepada yang berhak selepas habis tempoh
dendanya.
Akinomoto terpaksa memanjat pokok kelapa dengan
anak beruk yang menjadi tuannya sehinggalah anak
beruk itu akil baligh.

3. Hakim

 Seorang golongan intelektual.
 Seorang yang pandai bergurau.
 Seorang yang menggunakan bahasa Melayu

tetapi dengan bunyi Inggeris.
 Seorang yang adil dan saksama.
 Seroang yang menjalankan amanah dengan

baik.

1. Latar Masa:

Waktu pagi
Buktinya:sidang perbicaraan itu dijalankan pada

waktu pagi.

2. Latar Tempat:
Mahkamah

Buktinya: Tempat berlangsungnya sidang
perbicaraan

3. Latar Masyarakat:

 Masyarakat intelektual.
Hakim, pendakwa raya, dan peguam bela merupakan masyarakat
intelektual.
 Masyarakat yang hidup miskin
Bulat merupakan masyarakat yang miskin kerana dia tiada wang
untuk mengupah peguam bagi membela dirinya di mahkamah.
 Masyarakat yang tetap pendirian
Bulat bin Leper dipaksa oleh pendakwa raya untuk mengaku
bersalah tetapi dia tetap tidak mengaku bersalah.

1.Keadilan

Contoh:Hakim membuat keputusan terhadap tertuduh dengan adil dan
saksama

2.Tanggungjawab

Contoh:Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah.

3.Ketegasan

Contoh:Hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh.

4.Keyakinan

Contoh:Peguam bela begitu yakin ketika berhujah untuk menyelamatkan
Tertuduh I daripada pertuduhan yang dihadapinya.

1. Kita hendaklah adil dalam membuat keputusan.

Contoh:Hakim membuat keputusan terhadap tertuduh dengan adil dan saksama

2. Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar
Contoh:Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah.
3. Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas

Contoh:Hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh.

4. Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak
menimbulkan keraguan.

Contoh:Peguam bela begitu yakin ketika berhujah untuk menyelamatkan Bulat
daripada pertuduhan yang dihadapinya.


Click to View FlipBook Version