KURSUS: PPQT3253 TAFSIR TAHLILI SESI: 2023/2024 TAJUK: TAFSIR FI ZILALIL QURAN PENSYARAH: DR. MOHD MANAWI BIN MOHD AKIB NAMA KUMPULAN: AINUR HUSNA BINTI ARIF (A186364) NUR ALIEA BINTI HANAFI (A186401) SITI HANNAH BINTI NAZMAN (A188337) DURRAH NORMASTURINA BINTI MASDUKI (A186834) WAN NUR ATHIRAH BINTI WAN MUHAMAD AZAN (A190112)
ABSTRAK Tafsir Fi Zilalil Quran karya Sayyid Qutb telah membawa perkembangan baharu kepada dunia tafsir al-Quran. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah pendekatan kualitatif untuk memahami secara mendalam konsep-konsep yang terkandung dalam tafsiran. Penulisan artikel ini bertujuan untuk mengetahui secara mendalam tentang Tafsir Fi Zilalil Quran oleh Sayyid Qutb yang memfokuskan kepada kelebihan dan kekurangannya. Walaupun ada pandangan bahawa karya ini tidak boleh dinamakan tafsir al-Quran kerana penulisnya tidak pernah menyebutnya sebagai tafsir tetapi sebaliknya sebagai cerminan pemikiran Sayyid Qutb yang cenderung radikal, tafsir ini tetap mempunyai ciri-ciri tertentu. Salah satu keistimewaan Tafsir Fi Zilalil Quran terletak pada metodologi pengajiannya yang memfokuskan kepada refleksi terhadap al-Quran. Pentafsiran ini mengabaikan isu-isu yang dianggap tidak begitu relevan dan kisah-kisah yang dianggap tidak membantu dalam menggambarkan idea-idea al-Quran. Pendekatan ini memberi nilai tambah kepada pembaca yang mencari pemahaman yang mendalam tentang mesej al-Quran tanpa terperangkap dalam butiran yang kurang relevan. Namun seperti karya ilmiah yang lain, Tafsir Fi Zilalil Quran juga mempunyai kelemahan. Kesimpulannya, Tafsir Fi Zilalil Quran karya Sayyid Qutb merupakan karya kontroversi yang membawa pendekatan baru terhadap tafsiran alQuran. Kekuatan utamanya terletak pada fokusnya kepada renungan terhadap al-Quran, manakala kelemahannya terletak pada kekurangan rujukan dan nukilan daripada sumber sejarah. Kata kunci: Tafsir Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb, al-Quran
2.0 PENDAHULUAN Tafsir Fi Zilalil Quran adalah sebuah tafsir yang lengkap karya unggul Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah yang merupakan salah seorang anggota jemaah Ikhwan Muslimin di Mesir. Beliau mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menulis tafsir ini. Sayyid Qutb juga ialah satu nama yang besar dalam sejarah pemikiran gerakan Islam pada abad ke-20. Selepas kematiannya pada 1966, Tafsir Fi Zilalil Quran merupakan satu-satunya tafsir yang paling luas tersebar dan menjadi inspirasi kepada penyokong-penyokong gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia serta telah menjadi bahan-bahan kajian dan rujukan utama para ulama’ dan para mufassirin. Umumnya, tafsir ini juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa di dunia iaitu bahasa Turki, Inggeris, Perancis, Urdu dan Indonesia dan cetakannya diulang berkali-kali. Tafsir ini juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang dibuat oleh Almarhum Ustaz Dato’ Haji Yusoff Zakybin Haji Yacob melalui naskhah asal Bahasa Arab cetakan keenam iaitu cetakan keenam iaitu cetakan yang telah dikemaskini oleh penulisnya serta ditambah indeks untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan. Terjemahan ini mengambil masa selama sebelas tahun untuk disiapkan dan dibahagikan kepada 17 jilid dalam 30 juzuk (Abusyahmin, 2012). Tafsir Fi Zilalil Quran yang bermaksud “Di Bawah Bayangan Al-Quran” adalah sebuah tajuk yang sesuai dengan fungsi dan sifat al-Quran yang digambarkan oleh Sayyid Qutb sebagai sepohon pokok rahmat dan hidayah yang tegak dan rimbun dengan dahan-dahan serta ranting-ranting yang subur dan rendang yang menyediakan bayangan teduh, suasana yang tenang serta mencetuskan pelbagai ilham, inspirasi dan kefahaman yang mendalam kepada setiap pendengar dan pembaca yang membuka pintu hati mereka dengan penuh minat (Abusyamin, 2012). Tafsir Fi Zilalil Quran ditulis bersandarkan kepada kajian-kajian beliau yang mendalam yang diambil secara langsung dari al-Quran dan sunnah serta bersumberkan kitab-kitab tafsir yang mu’tabar (Quthb, 2011). Di samping itu, Tafsir Fi Zilalil Quran ditulis dengan derita yang pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim pada zaman itu yang menyebabkan Sayyid Qutb telah mengalami penyeksaan fizikal yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kesengsaraan yang dialami oleh beliau membuatkan beliau lebih menfokuskan diri kepada Allah dan menghayati alQuran dimana beliau hidup dibawah bayangan al-Quran dengan seluruh jiwa dan perasaannya. Perkara-perkara yang berlaku ini jugalah yang menjadi faktor terlahirnya Tafsir Fi Zilalil Quran.
3.0 METODOLOGI KAJIAN Menurut Ang (2016), metodologi dalam sesebuah penyelidikan adalah bagi memastikan kaedah pengutipan data yang digunakan bersesuaian dengan rangka kerja yang dijalankan. Di sini, metodologi kajian terbahagi kepada dua jenis iaitu kualitatif dan kuantitatif. Oleh itu, kaedah yang diguna pakai bagi menjayakan kerja ini adalah kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan. Yang mana, pengkaji sedaya upaya akan mencari maklumat yang berkaitan dengan kajian di perpustakaan atau mencarinya di laman web yang boleh dipercayai. Kajian kepustakaan ini diertikan sebagai pengkaji menghimpun segala informasi yang relevan dengan topik atau masalah yang sedang diteliti. Informasi ini, pengkaji akan memperolehnya melalui buku-buku ilmiah, laporan penelitian, tesis dan disertasi, ensiklopedia dan sumber-sumber bertulis bercetak dan elektronik. Berdasarkan Roth (1986), untuk melakukan kajian kepustakaan, perpustakaan merupakan suatu tempat yang tepat dan berguna dalam memperoleh bahan-bahan dan informasi yang relevan untuk dikumpulkan, dibaca dan dikaji. 4.0 METODE PENTAFSIRAN AL-QURAN Secara umumnya, karya Tafsir Fī Zhilāl al-Qur’ān ini menggunakan metode tafsir tahlili. Dimana, metode tafsir ini menjelaskan kandungan ayat-ayat al-quran dari seluruh aspek secara rentetan, sebagaimana yang tersusun di dalam mushaf. Dalam tafsirannya, dihuraikan ayat serta menjelaskan hubungan maksud ayat-ayat tersebut antara satu sama lain. Begitu juga, sebagaimana yang dikatakan oleh Dr. Adnan Zurzur yang diambil oleh al-Khalidi bahawa Sayyid Qutb dalam menggunakan rujukan sekunder, tidak terpengaruh dengan mana-mana corak tafsir dan takwil, sebagaimana hal itu juga menunjukkan tekad beliau untuk tidak keluar dari riwayat-riwayat yang sahih di dalam tafsir bi al-ma’thur. Dapatlah difahami bahawa rujukan utama karya tafsir Fī Zhilāl al-Qur’ān yang ditulis oleh Sayyid Qutb adalah berdasarkan dalil-dalil bi al-ma’thur. Hal ini dapat dilihat dari salah satu cirinya, iaitu melakukan penafsiran surah, bermula dari Surah al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah an-Nas (tartib al-Mushaf) bukan berdasarkan kronologi turunnya ayat (tartib al-Nuzul). Metode pemaparan yang digunakan Sayyid Qutb ialah dengan menjelaskan secara umum tentang surah yang akan ditafsirkannya seperti penafsiran pada Surah al-Fatihah, setelah menulis ayat beserta maknanya, Sayyid Qutb menjelaskan bahawa secara keseluruhannya al-Fatihah ini mengandungi konsep akidah islamiyah, konsep arahan atau hidayah
yang mengisyaratkan hikmah surah ini untuk dibaca berulang-ulang setiap hari oleh umat Islam (Qutb, 2006). Selain itu, Sayyid Qutb ingin memperlihatkan bahawa al-Quran itu sebagai satu kesatuan firman Allah yang tidak terpisah dari cara Sayyid Qutb menggunakan teori munasabah ayat dan surah, sehingga ke beberapa ayat beliau menafsirkannya lebih dari 10 ayat. Kemudian, dalam upaya Sayyid Qutb memperkayakan metode penafsirannya, beliau sering mengambil penafsiran-penafsiran ulama yang lain dan sejajar dengan pemikirannya. Adapun rujukan utama Sayyid Qutb dalam mengambil pendapat-pendapat ulama, adalah dengan merujuk kepada beberapa karya tafsir ulama iaitu karya-karya tafsir bi al-Ma’thur dan juga karya tafsir bi al-Ra’yi. Di sini dapat difahami bahawa metode penafsiran Sayyid Qutb juga tidak terlepas dari penggunaan metode tafsir Muqaran. 5.0 DAPATAN KAJIAN 5.1 BIOGRAFI SAYYID QUTB Nama sebenar Sayyid Qutb ialah Ibrahim Husain Syadzili Sayyid Qutb. Beliau dilahirkan di kota Musyah di daerah Asyut salah satu daerah di Mesir pada tahun 9 Oktober 1096. Ayah beliau bernama Haji Qutb merupakan seorang yang sangat disegani kerana banyak sumbangan beliau dalam menghidupkan hari kebesaran Islam dan juga majlis-majlis ilmu di rumahnya terutama pada bulan Ramadhan dan juga seorang anggota Al-Hizb Al Wathani (Partai Nasionalis) Musthafa Kamil manakala ibunya bernama Fatimah berasal daripada keluarga yang kaya dan juga seorang yang sangat mencintai Islam. Beliau membesar dalam keluarga yang sangat menjaga dan mentaati agama Islam. Beliau mempunyai 4 orang adik beradik dan sejak dari zaman kanak-kanak Sayyid Qutb menunjukkan bakat-bakat beliau yang cemerlang sehingga menarik perhatian para guru dimana beliau suka membaca dan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan. 5.1.1 LATAR BELAKANG KEHIDUPAN SAYYID QUTB Pada usia Sayyid Qutb berumur 10 tahun, beliau mampu menghafal al-Quran dimana ia merupakan satu pencapaian yang sangat baik di samping beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai al-Quran. Sayyid Qutb menyambung pelajaran di Universiti Daar al-Ulum dan mendapat gelaran sarjana dalam bidang sastera dan diploma pendidikan. (Mutia & Susanti, 2021). Setelah menamatkan pengajian tinggi, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan
dan penulisan dimana akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Kairo. Beliau menambah pengetahuan dalam pendidikan dengan belajar di Amerika Syarikat selama beliau bekerja sambil berpeluang menambah lagi pengetahuan di Swiss, Itali dan banyak lagi. Hasil daripada perjalanan pembelajaran Sayyid Qutb, beliau menyimpulkan bahawasanya walaupun negara-negara Barat maju dengan teknologi moden tetapi peradaban Barat masih sangat jauh. Oleh itu, sekembalinya beliau ke Mesir, beliau mulai aktif menulis buku yang mana beliau yakin Islamlah yang mampu mengubah peredaran dan peradaban manusia. Sayyid Qutb memilih untuk mengundurkan diri daripada pekerjaannya kerana ketidakselarasan pihak dalam bidang pendidikan yang terlalu mengikuti pemerintah Inggeris dan dalam masa yang singkat beliau bergabung dengan Ikhwan al-Muslimin yang merupakan gerakan yang bertujuan mewujudkan kembali syariat Islam secara menyeluruh. Sejak tahun 1945 hingga tahun 1950, beliau telah menghasilkan 26 buah buku yang bermutu dalam berbagai-bagai bidang penulisan sastera Islamiyah. (Abu Bakar. tt) Sayyid Qutb telah ditangkap pada tahun 1955 atas alasan percubaan bersekongkol untuk menjatuhkan pemerintah. Beliau telah rasmi ditangkap dan dijatuhkan hukuman 15 tahun kerja berat pada Julai tahun yang sama. kemudian , beliau dibebaskan atas cadangan presiden Irak Abdul Salam Arif yang ketika itu mengadakan kunjungan ke Mesir. Dalam kurun satu tahun pembebasannya, beliau ditangkap semula bersama tiga orang saudaranya. Presiden Nasser menguatkan tuduhan bahawa Ikhwanul Muslimin berkomplot membunuhnya dan pada tahun 1966 beliau telah menemui syahadatnya di tiang gantung setelah didapati bersalah oleh “Mahkamah Militer” yang telah dibangun oleh kerajaan revolusi di zaman itu. 5.2 LATAR BELAKANG PENULISAN KITAB TAFSIR ZILALIL QURAN Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran merupakan kitab tafsir yang ditulis berdasarkan pada kajian-kajian Sayyid Qutb secara mendalam dan diambil secara langsung daripada al-Quran dan as-Sunnah. Beliau juga merujuk pada kitab-kitab tafsir yang mu’tabar sebagai sumber rujukan (Qutb, 2006). Dalam menulis tafsir ini, beliau telah menghabiskan lebih dari separuh usianya untuk membaca dan menelaah hasil-hasil intelektual dalam berbagai bidang pengajian dan teori-teori. Ianya melibatkan pemahaman terhadap berbagai aliran pemikiran serta kajian mengenai agamaagama lain. Selain itu, beliau tidak hanya terfokus pada bidang agama sahaja tetapi juga
memperluaskan pengetahuannya melalui kajian-kajian dalam bidang penulisan, keguruan, pendidikan dan pengamatannya yang luas dan tajam dalam perkembangan-perkembangan sosial politik, di samping memiliki wawasan yang mendalam terhadap berbagai aspek kehidupan dan masyarakat (Qutb, 2006). Proses penulisan Tafsir Fi Zilalil Quran ini dipengaruhi oleh penderitaan dan kesengsaraan yang begitu pahit akibat penindasan yang dialami oleh Sayyid Qutb pada masa itu. Beliau mendapat penyeksaan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Justeru, kesengsaraan yang dialaminya membuatkan beliau tertumpu kepada Allah SWT dan mengintensifkan penghayatannya terhadap al-Quran, dimana beliau hidup dibawah bayangan al-Quran dengan seluruh jiwa dan perasaannya. Hal-hal inilah yang menjadi faktor penting lahirnya penulisan “Tafsir Fi Zilalil Quran” ini. 5.2.1 METODOLOGI TAFSIR FI ZILALIL QURAN Metodologi tafsir adalah suatu cara atau jalan yang ditempuh oleh para mufassir dalam menyajikan penafsirannya. Oleh itu, Tafsir Fi Zilalil Quran adalah tafsir kontemporari yang paling aktual dalam menjawab pelbagai persoalan pada era zaman pemodenan ini yang berlandaskan kepada AlQuran. Adapun metodologi pentafsiran Tafsir Fi Zilalil Quran dikategorikan sebagai metod tahlili iaitu sebuah metod yang menjelaskan makna ayat-ayat al-Qur’an dari pelbagai aspek. Sayyid Qutb di dalam karyanya Tafsir Fi Zilalil Quran juga mempunyai metodologinya yang tersendiri dalam penafsirannya. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Menjelaskan ayat secara terperinci. Sebagai contoh, firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 48: ه ِ َك ب َ ُّ ْشر َْن ي ا ُ ر ِ ْف غ َ ََل ي َ ه ٰ َّن اّلل ِ ٖ ا َ و ا ) ً م ْ ي َظِ ْْثًا ع ِ َهٰٓى ا ْت اف َدِ َق ف ِ ه ٰ ُّ ْشِرْك ِِبّلل ي ْ ن َ م َ ۚ و ُ ء ۤ َشا َّ ي ْ ن َ م ِ َك ل ِ َن هذل ْ و ُ ا د َ م ُ ر ِ ْف غ َ ي 48) Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) karena mempersekutukan-Nya (syirik), dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang besar.”
Konteks ayat ini terikat pada tuduhan syirik yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan mengajak mereka untuk berpegang pada iman dan tauhid, meskipun tidak disebutkan apa yang mereka tahu tentang syirik. Ada beberapa tempat lain di dalam surah at-Taubah ayat 30, mereka mengatakan bahawa “Uzair adalah anak Allah” seperti yang dikatakan oleh orang kristian, “ Al-Masih adalah Anak Allah” jadi ini adalah syirik yang diragukan serta mencurigakan (Qutub, 2004). Adapun dosa selain syirik, jika mengharapkan keampunan dan yakin bahawa keampunan Allah itu luas dan tidak terbatas seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Qutaibah, dari Jarir bin Abdul Hamid, Abdul Aziz Bi Rafi’, Zaid bin Wahb dan Abu Dzar, dia berkata: “Ketika aku keluar pada suatu malam, tiba-tiba aku menjumpai Rasulullah SAW yang sedang berjalan. Aku menganggap bahawa beliau hanya ingin bersendirian tanpa ditemani. Kerana aku berjalan di bawah cahaya bulan. Biarlah Allah menjadikan sebagai penebus dirimu. Abu Dzar berkata: kemudian aku berjalan lagi bersama beliau, lalu beliau berkata kepadaku, duduklah di atas tanah yang banyak bertumpukan batu, duduklah disini hingga aku kembali. Kemudian beliau menuju ke Sahra hingga hilang dari pandanganku. Siapakah orang yang bercakap denganmu di pinggir bebatuan itu tadi? Kerana aku mendengar seseorang menghampirimu. Beliau menjawab, itu adalah Jibril, dia memperlihatkan diri kepadaku di sekitar bebatuan itu” (Badarudin, 2017). 2. Menyampaikan munasabah ayat. Penyampaian munasabah antara ayat sebagai salah satu metodologi tafsir yang dipaparkan di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran. Sebagai contoh, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 3: َن ) ُو ق ِ نف ُ ي ْ م ُ هه َ ْن ق َ ز َ َّا ر ِ ِم َ َ و هة َو َّصل َن ٱل و ُ يم ِ ق ُ ي َ ِب و ْ ي َ ٱلْغ ِ َن ب ُو ن ِ م ْ ؤ ُ ي َ ين ٱل 3َّ )ذِ Maksudnya: “(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka”.
Menurut Sayyid Qutb menegaskan bahawa orang yang bertaqwa menyedari bahawa harta yang dimiliki bukanlah hasil usaha atau kemahiran semata-mata, sebaliknya merupakan anugerah (rezeki) yang mutlak daripada Allah SWT dan pandangan ini mencerminkan kefahaman tentang konsep tawakal (bertawakal) kepada Allah SWT sebagai pemberi rezeki. Dengan menyedari bahawa harta itu adalah kurniaan daripada Allah SWT, orang yang bertaqwa bertambah iman dan mengenali nikmat ini. Kesedaran ini memupuk rasa kesyukuran dan ketaqwaan kepada Sang Pencipta. Orang yang soleh diharap berkongsi nikmat yang mereka terima dengan orang lain dan mewujudkan masyarakat yang saling menyokong. Orang yang bertaqwa menyedari bahawa manusia diciptakan dengan kelemahan dan keterbatasan. Mereka menyedari bahawa kehidupan tidak selalu berjalan mengikut keinginan dan rancangan manusia bahkan sebagai hasilnya, mereka bergantung pada hati, perasaan dan jiwa mereka (Qutub, 1968b). Mereka tidak melihat harta sebagai matlamat utama kehidupan, tetapi sebagai sarana untuk mencapai kebaikan dan keberkatan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kemudian, Sayyid Qutb mengaitkan ayat sebelumnya dengan firman Allah SWT pada surah al-Anfal ayat 28: آٰ أَََّّنَ ۟ ا ٰٓ و ُ َم ل ْ ٱع َ ٌٌۭ و ) يم َظِ ع ٌ ر ْ ٰٓۥ أَج ُ ه َ ند عِ َ أَ َّن ٱ َّّلل َ ٌ و ٌۭة َ ن ْ ت ِ ف ْ ه ُدُكم َ ل ْ أَو َ و ْ ُ ُكم هل َ و ْ أَم 28) Maksudnya: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”. Berkenaan fitnah anak dan harta dalam surah al-Anfal di atas, Sayyid Qutb menyebut hubungan yang setara dengan gelaran amanah. Kemudian dikaitkan dengan surah al-Anfal ayat 27: ه َ أَم ۟ ا ٰٓ ُو ُون ََت َ وَل و ُ َّس ٱلر َ و َ ٱ َّّلل ۟ ُوا ُون ََل ََت ۟ ُوا ن َ ام َ ء َ ين ا ٱلَّذِ َ ه ُّ هٰٓأَي َ َن ي ) و ُ َم ل ْ َع ت ْ م ُ أَنت َ و ْ ُكم ِ هت َ ن 27) Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.
Berdasarkan pemahaman Sayyid Qutb, anak dan harta dilihat sebagai ujian atau cabaran daripada Allah SWT yang boleh melalaikan manusia daripada menjalankan amanat Yang Maha Esa secara positif. Sementara itu, kehidupan yang aman adalah kehidupan yang membebankan seseorang untuk dapat melaksanakan segala amanat hidup yang harus dilaksanakan dan dipertanggungjawabkan. Oleh sebab itu, tujuan ayat tersebut adalah untuk memberi teladan kepada manusia agar sesuatu yang mereka miliki dan anakanak tidak mengabaikannya dalam menjalankan amanat hidup dan mendapat keberuntungan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru itu, kerana harta dan anak adalah punca lemahnya keimanan manusia. Sehingga hidayah dari Allah SWT dengan ujian yang dahsyat fitnah harta dan anak, jika anda dapat melaluinya maka anda akan menerima ganjaran pahala yang besar serta sebuah kebahagiaan (Qutub, 1968a). Kenyataannya lagi, beliau menegaskan bahawa bersaing untuk mengejar dunia tidak memberikan faedah yang setimpal dengan usaha yang dikeluarkan. Sebaliknya, beliau melihat persaingan dunia sebagai punca kesengsaraan dan ketidakpuasan hati di dunia ini. Pandangan Sayyid Qutb menekankan kepentingan menumpukan perhatian kepada mencari keredhaan Allah SWT. Lebih dari sekadar mencari harta dan kesenangan dunia, mencari keredhaan Allah SWT dianggap sebagai cara untuk mengangkat martabat dan membersihkan hati manusia. Kenikmatan dunia dilihat sebagai sesuatu yang sementara dan akan hilang. Pandangan ini mencerminkan konsep dalam Islam bahawa dunia ini fana dan hanya sebahagian sementara dari perjalanan hidup manusia. 3. Menjelaskan muqadimah di awal surah, latar belakang, pokok perbincangan dan asbab nuzul. a. Muqadimah. Muqadimah menegaskan bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk yang memberi pedoman kepada manusia dalam menghadapi pelbagai masalah yang terjadi dalam kehidupan bagi setiap zaman, sebagaimana para pendakwah merujuk kepada al-Quran yang didalamnya mengandungi hukum-hukum yang wajib dilaksanakan dan ditinggalkan dalam usaha mereka untuk menyampaikan ajaran Islam. Kenyataan bahawa al-Quran adalah “makhluk hidup” yang menekankan bahawa al-Quran mempunyai kehidupan dan kaitan yang berterusan. Hal ini
menggambarkan al-Quran sebagai sumber inspirasi yang dapat memberikan penyelesaian kepada permasalahan kehidupan manusia bagi setiap zaman (Qutub, 1968b). b. Latar Belakang dan Pokok Perbincangan. Dalam surah Ali Imran menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi setelah Perang Badar pada 2 Hijriah dan Perang Uhud pada 3 Hijriah. Ini menggambarkan keadaan umat Islam Madinah pada masa itu termasuk perasaan, cabaran dan kemenangan yang mereka alami. Teks surah tersebut secara mendalam menyatakan perasaan dan pengalaman umat Islam Madinah selepas peperangan ini justeru membuatkan pembaca merasai dan menjiwai situasi yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu. Sedangkan al-Quran diturunkan untuk mengatasi penipuan dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Selain itu, ianya untuk memberikan panduan dan penyelesaian untuk menghapuskan kebatilan, menguatkan hati umat Islam, mengarahkan jiwa serta meneliti peristiwa tersebut. Di sebalik semua itu, terdapat penekanan bahawa arahan dan ajaran dalam surah Ali Imran adalah suci dan bebas daripada ikatan masa dan ruang. Pada saat itu, umat Islam Madinah sudah bermukim di tanah mereka sendiri, iaitu di Madinah al-Munawwarah (Qutub, 1968a). c. Asbab Nuzul. Beberapa riwayat menyebutkan tentang turunnya ayat 1 sampai 83 tentang dialog dengan penduduk Najran yang datang ke Madinah pada tahun kesembilan Hijriah. Hubungan ini melibatkan perbincangan tentang akidah tauhid dan akidah Islam dengan penganut agama Yahudi dan mungkin kumpulan lain. Harapan semoga keselamatan dan keberkatan Allah memberi kesan yang kuat kepada penduduk Najran dan mempengaruhi tingkah laku mereka. Ayat-ayat ini membincangkan tentang ajaran tauhid yang dibawa oleh Islam dan cuba memperbetulkan salah faham dan kekeliruan dalam akidah mereka. Walaubagaimanapun, beberapa ayat juga termasuk sindiran dan kritikan terhadap orang Yahudi, serta kemarahan terhadap penipuan yang dilakukan oleh Ahli Kitab
khususnya orang Yahudi yang tinggal di sekitar Madinah. Sebahagian daripada ayat-ayat ini menggambarkan pergelutan antara akidah Islam dan akidah sesat di seluruh semenanjung Tanah Arab. Terdapat musuh Islam yang menentang mereka termasuk Mulhidin dan Atheis yang menolak kewujudan Allah SWT (Qutub, 1968a). 4. Meletakkan ayat atau hadis yang selaras, menegaskan perkara yang penting berkaitan dengan tingkah laku manusia dan menerangkan bentuk aplikasi ayat tersebut dalam kehidupan sosial (secara persuasif-provokatif, dan reflektif). Tafsir Fi Zilalil Quran yang ditulis oleh Sayyid Qutb membahaskan berbagai ayat al-Qur’an dan hadis dengan memfokuskan kepada kehidupan sosial dan bentuk aplikasi ayat dalam kehidupan manusia. Berikut adalah contoh penjelasan ayat atau hadis yang selaras dan menegaskan hal-hal penting berkaitan perilaku manusia serta bentuk aplikasinya dalam kehidupan sosial. Sebagaimana contoh firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188: ه َ و ْ أَم ۟ ا ٰٓ ُو ُكل ْ َ ََل َت َ ِث ِْلْ و ٱْ ِ ٱلنَّا ِس ب هلِ َ و ْ أَم ْ ن ِ ٰ ٌۭ ا م ً ِريق َ ف ۟ ُوا ُكل أْ َ ت ِ ل َّكامِ ُ ََل ٱ ْْل ِ آٰ إ َ ِبِ ۟ ُوا ُْدل ت َ ِل و هطِ َ ٱلْب ِ ُكم ب َ ن ْ ي َ َن ل ) َ ُكم ب و ُ َم ل ْ َع ت ْ م ُ أَنت َ و 188) Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”. Sehubungan dengan itu, Sayyid Qutb merujuk kepada riwayat dari Ibnu Abbas, ia berkata: “Ayat ini membicarakan tentang seorang lelaki yang wajib membayar harta tetapi tidak mempunyai dalil yang menyokong dakwaannya. Bagaimanapun, dia memilih untuk menafikan harta itu dan mengadukannya kepada hakim, walaupun sebenarnya dia tahu bahawa dia bersalah dan memakan harta yang diperoleh secara haram”. Kenyataan yang dikemukakan oleh Sayyid Qutb disokong oleh riwayat daripada Mujahid, Said bin Jabir, Ikrimah, al-Hasan, Qatadah, as-Suddi, Muqatil bin Hayyan dan ‘Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam yang menekankan prinsip asas keadilan dan kejujuran
dalam urusan dan pengadilan. Mereka berkata: “Jangan berperkara walaupun anda tahu bahawa anda bersalah”. 5.3 KARYA-KARYA SAYYID QUTB Penulisan Sayyid Qutb boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama. Peringkat pertama ialah penulisan yang memberikan tumpuan kepada bidang penulisan sastera seperti puisi, qasidah, kisah-kisah, nadwah dan kuliah-kuliah dalam bidang bahasa Arab. peringkat pertama berlangsung selama 20 tahun bermula dari tahun 1925 sehinggalah tahun 1945 lebih kepada penulisan rencana untuk dimuatkan di dalam majalah, surat-surat khabar dan sebagainya. Manakala peringkat kedua penulisan Sayyid Qutb ialah penulisan karya-karya yang bercorak keagamaan berlangsung selama 20 tahun juga bermula dari tahun 1945 sehingga tahun 1965. Jumlah keseluruhan karya ringkas seperti sajak, qasidah, rencana di dalam akhbar yang dikumpulkan oleh Abdul Baqiyy Muhammad Hussain adalah sebanyak 455 lima buah tulisan. Sayyid Qutb pada peringkat ini bukan hanya terhad kepada sastera dan bahasa sahaja, malah beliau juga turut memberi penekanan kepada isu-isu pendidikan, sosial dan ekonomi seperti al-Qasas al-Diniyy (Kisah-kisah agama), al-Jadid fī al-Lughat al-`Arabiyyat (Pembaharuan dalam bahasa Arab), Rawdat al-Tifl (Taman kanak-kanak) dan al-Jadid fi al-Mahfuzat (Pembaharuan dalam puisi). Karya Sayyid Qutb adalah sebanyak 26 buah buku dan 25 dari buku itu dicetak dan diedarkan semasa beliau masih lagi hidup. Sebuah bukunya lagi iaitu Muqawwamat al-Tasawwur al-Islamiyy dicetak 20 tahun selepas kematiannya. Secara umumnya, Sayyid Qutb mempunyai karya penulisan yang banyak baik bersifat sastera ataupun keislaman. Berikut merupakan beberapa karya Sayyid Qutb: 1. Muhimmatus Sya'ir Fil Hayah Wa Syi'ir Al-Jail Al-Hadhir, karya ini diterbitkan pada tahun 1935. 2. Asy-Syathi'al Majhul, terbitan 1935. 3. Kitab Naqd "Mustaqbal Ats-Tsaqafah Fi Mishr" Li Ad-Duktur Thaha Husain, diterbitkan pada tahun 1945. 4. At-Tashwir Al-Fanni Fil Qur'an, diterbitkan pada tahun 1945.
5. Al-Athyaf Al-Arba'ah, karya ini ditulis bersama saudara-saudaranya, diterbitkan pada tahun 1945 6. Thifl Min Al-Qaryah, diterbitkan pada tahun 1946. 7. Al-Madinah Al-Mansurah, terbitan 1946. 8. Mashhid Al-Qiyamah Fil Qur'an, diterbitkan pada tahun 1947. 9. Al-Qashash Ad-Diniy. 10. Al-'Adalah Al-Ijtima'yah Fi Al-Islam, terbitan 1949 11. Tafsir Fi Zhilalil Qur'an, terbitan 1952. 12. Dirasat Islamiyah Selain karya Sayyid Qutb yang disebutkan di atas, terdapat banyak lagi karya Sayyid Qutb yang lain. 5.4 SUMBER TAFSIR Sumber utama Tafsir Fi Zilalil Quran adalah tafsir quran bil quran. Hal ini dapat dilihat ketika Sayyid Qutb mentafsirkan م ْ ي َّحِ َّ ْْحه ِن الر الر ِ ه ٰ ِم اّلل ْ ِس ب ِdalam Surah al-Fatihah, beliau juga mengambil dari Surah al-Hijr ayat 87. Selain itu, Tafsir Fi Zilalil Quran juga menggunakan tafsir yang bersumber dari Nabi. Perkara ini dapat dilihat dari pelbagai penafsirannya iaitu beliau selalu menggunakan hadis-hadis Nabi. Namun yang menjadi berbeza dari tafsir-tafsir yang wujud pada masa itu adalah Sayyid Qutb tidak menggunakan sanad pada hadis-hadis yang beliau ambil. Contohnya apabila Sayyid Qutb mentafsirkan ayat: النَّ رِ ْ ُو د ُ ْ ص ِِف ُ ِوس ْ س َ و ُ ي ْ ِ ِال اس َّذِي Maksudnya : “ Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia” (Surah al-Nas : 5) Beliau mentafsirkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi SAW bersabda : ، َ م َ ْنِ آد ِب اب لْ َ َى ق ل َ ٌع ِ اث َ ُن ج ال َّشي س ْطَا َ و ْ س َ و َ َل ا غَف ذَ ِ إ َ و َ َس ن َ َ خ َ هللا ا ذََكر ذَ ِ إ َ ِ ف
Maksudnya: “ Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.” (Diriwayatkan oleh Bukhari secara mu’allaq). 5.5 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KITAB TAFSIR FI ZILALIL QURAN Oleh kerana Tafsir Fi Zilalil Quran ini merupakan sebuah tafsir yang lengkap dan salah satu tafsir yang tersebar luas di dunia Islam turut kerap dijadikan bahan rujukan oleh para ulama’ serta sebagai sumber kajian ilmiah di pusat-pusat pengajian tinggi. Terdapat beberapa keistimewaan yang dapat dikaji daripada kitab Tafsir Fi Zilalil Quran ini. 1. Kaedah penafsiran naqliah (berasaskan al-quran dan hadith). Tafsir Fi Zilalil Quran ditulis berdasarkan kepada kajian-kajian yang mendalam dan diambil secara langsung dari al-quran dan as-sunnah serta riwayat-riwayat ma’thurat yang lain. Sayyid Qutb menggunakan satu kaedah penafsiran yang menyucikan daripada daripada perbicaraan sampingan dan selingan seperti perbahasan bahasa dan tatabahasa, ilmu kalam dan ilmu feqah serta kisah-kisah israiliyyat yang kebiasaannya terdapat dalam kebanyakan tafsir lain. Beliau, Sayyid Qutb menolak pendekatan dalam mentafsir ayatayat al-quran yang menyentuh terhadap kejadian alam buana dengan hasil kajian sains dan fizik kerana ianya tidak dapat bertahan lama dan sering ditenggelamkan dengan penemuanpenemuan yang baru dan silih berganti. Beliau juga menolak kaedah yang menta’wilkan ungkapan-ungkapan al-quran yang tidak jelas pengertiannya. 2. Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran disusun selaras dengan surah-surah yang berikutnya. Berdasarkan kelebihan yang berikut, kitab ini telah disusun selaras dan saling berkait antara satu ayat dengan satu ayat yang lain dalam setiap surah. Ini menjadikan setiap tafsiran itu telah tersusun dengan jelas bagi menegakkan konsep Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah Allah. Tidak sama seperti kitab-kitab yang lain yang menjurus ke arah memisahkan rangkaian ayatnya sehingga mengurangkan keindahan dan kejelasan al-Quran itu sendiri. Tafsir ini juga merupakan satu-satunya tafsir yang menjelaskan tentang alQuran dengan seluruh entiti manusia, roh dan jiwa, akal dan mindanya, fitrah dan hati
nuraninya serta perasaannya. Ia membuatkan penerangan al-Quran itu begitu jelas maksud yang ingin disampaikan. Sedangkan beberapa kelemahan pada kitab Tafsir Fi Zilalil Quran pula ialah: 1. Rujukannya yang terhad dalam menyusun karya Tafsir Fi Zilalil Quran. Faktor ini kemudiannya mengakibatkan banyak pendapat-pendapat yang sangat kuat dengan nuansa pada masa itu. 2. Dari segi strukturnya, buku- buku yang dikeluarkan dari penjara tidak disusun dengan teratur dan sistematik. Hal ini terjadi pada Mein Kampf di bahagian pertama kerana ianya tidak ditulis di atas kertas dan banyak berlaku pengulangan yang dilakukan oleh Hitler. Bahkan setelah 20 tahun buku itu diterbitkan, Mein Kampf diubahsuai berkali-kali agar ianya mudah difahami. 3. Kemunculan dikotomi hitam-putih, jahiliyah-Islam dalam kehidupan moden. Perkara ini dapat dilihat bahawa seksaan yang berlaku di dalam penjara, terhadap fizikal mahupun jiwa manusia serta perasaan yang dikawal oleh kekuasaan lain, membuatkan pemikiran penulispenulis menjadi lebih radikal. Misalnya, karya Sayyid Qutb yang berjudul “Ma’alim” yang dianggap sebagai titik balik beliau bertukar daripada seorang pemikiran yang sederhana kepada pemikiran yang keras. Tidak dapat diragukan lagi bahawa Tafsir Fi Zilalil Quran telah membawa satu era yang baru dalam dunia penafsiran al-quran. Kitabnya yang berjudul Fi Zilalil Quran telah terlihat ketenteraman yang ingin disampaikan oleh Sayyid Qutb apabila umat Islam mengikuti setiap petunjuk daripada al-Quran al-Karim.
6.0 KESIMPULAN Sayyid Qutb merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang tidak asing lagi kepada masyarakat Islam di serantau dunia. Beliau merupakan seorang pejuang yang menghabiskan masanya untuk kebangkitan Islam. Sumbangan beliau banyak merangkumi semua aspek kehidupan. Begitu juga dengan sumbangan beliau terhadap idea-idea pemikiran yang telah dibukukan. Tafsir Fi Zhilalil Al-Qur'an boleh dikelompokkan dalam kategori tafsir Adab al-Ijtima'i. Tafsir Fi Zhilalil Qur'an Sayyid Qutb juga turut mengandungi pengaruh sosial dan politik yang cukup kuat. Sayyid Qutb menggunakan metode Tahlili dalam menjelaskan makna ayat-ayat al-Qur’an dari pelbagai aspek dan mempunyai kualiti pentafsiran secara menyeluruh menggunakan urutan ayat dan huruf sesuai dengan Mushaf al-Quran atau Tartib al-Mushafi. Kemudian, dalam kitab Tafsir Fi Zhilalil Qur'an juga terdapat aspek Manhaj al-Khash.
7.0 RUJUKAN Al-Qur’an Al-Karim Abu Bakar Adanan Siregar. tth. Analisis Kritis Terhadap Tafsir Fi Zilal al-Quran Karya Sayyid Qutb. Ittihad, 1(2). Ardiasyah. 2022. Konsep Al-Shulhu Dalam Surah An-Nisa Ayat 128 Dan Surah AlHujurat Ayat 9 (Studi Penafsiran Sayyid Qutb Dalam Kitab Tafsir Fi Zilalil Al-Quran). Jurusan Ilmu Al-Quran Dan Tafsir Fakulas Ushuluddin Dan Studi Agama, Universitas Islam Negeri Mataram. Azhar Bin Muhammad & Zulkifli Bin Hassan. 2010. Metode Terjemahan Tafsir ArabMelayu: Satu Kajian Terhadap Tafsir Fi Zilalil Qu’ran – Di Bawah Bayangan Al-Quran oleh Yusoff Zaky Yacob. Darus.id, R. (2022, April 22). Darus.id. From Metodologi dan Corak Penafsiran Tafsir Fi Zhilalil Qur'an Karya Sayyid Qutb: https://www.darus.id/2022/04/tafsir-fi-zhilalil-quran-sayyidqutb.html Ilmia Alif Rosyidah. 2019. Konsep Mahabbatullah Penafsiran Sayyid Qutb Dalam Tafsir Fi Zilalil Al-Quran. Program Studi Ilmu Al-Qur’an Dan Tafsir Fakultas Ushuluddin Dan Filsafat Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya. Irfah, A. (2012, Jun 18). Karya Ulama. From Tafsir Fi Zilal al-Quran: https://abusyahmin.blogspot.com/2012/06/tafsir-fi-zilal-al-quran.html Kallang, A. (2022). SAYID QUTUB DAN TAFSIRNYA FĪ ZHILĀL AL-QUR’ĀN (METODOLOGI TAFSIR DAN PEMAHAMAN NASAKH). Jurnal Dakwah dan Sosial Keagamaan, Vol 8, No 1. Mohammad Zaedi. 2021. Karakteristik Tafsir fi Zhilal Al-Quran. Al-Muhafidz: Jurnal Ilmu Al-Quran & Tafsir, Vol. 1, No. 1, pp (23-40). Muhajirin, M. 2017. Sayyid Qutb Ibrahim Husain Asy-Syazali (Biografi, Karya dan Konsep Pemaparan Kisah dalam Al-Qur’an). Tazkiya, 18(01), 101–123. Mutia Lestari & Susanti Vera. 2021. Metodologi Tafsir fi Zilal al-Quran Sayyid Qutb. Jurnal Iman Dan Spiritualitas. 1(1): 47-54. Quthb, S. 2011. Tafsir Fi Zhilalil Qur’an: Di Bawah Naungan Al-Qur’an. Robbani Press.