STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 1 Oleh: CIKGU ROSNIZA BT KARIM@ZAKARIA
PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA
1.1.1 Perniagaan dan bukan perniagaan Calon dapat: a) Mentakrifkan maksud perniagaan b) Membandingkan organisasi yang bermotifkan untung (perniagaan) dengan organisasi yang tidak bermotifkan untung 1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
Aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan DEFINISI PERNIAGAAN
Empat Elemen Asas Perniagaan 1.Menyediakan barangan dan perkhidmatan 2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan 3. Wujud pertukaran nilai 4. Keuntungan perniagaan
Empat Elemen Asas Perniagaan Barangan adalah produk fizikal yang boleh disentuh dan dilihat seperti kenderaan,makanan,pakaian dan sebagainya. Perkhidmatan adalah produk fizikal yang boleh disentuh dan dilihatseperti perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya. Barangan dan perkhidmatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia. Barangan dan perkhidmatan Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan
Empat Elemen Asas Perniagaan Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dsb. Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dsb. untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
Empat Elemen Asas Perniagaan merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan. barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang. proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli. Pertukaran nilai
Empat Elemen Asas Perniagaan keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan. keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat. keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran. Keuntungan perniagaan
Perniagaan bermotifkan keuntungan ( lihat definisi perniagaan), contoh perniagaan: Proton, KFC,Petronas dsb. Selain keuntungan, objektif lain adalah: i. Penakatan(survival)- untuk terus beroperasi di pasaran. ii. Pertumbuhan : untuk memajukan/mengembangkan syarikat seperti pembukaan beberapa cawangan. iii. Tanggungjawab social : komitmen oleh pihak syarikat memberi perhatian kepada keperluan/kebajikan awam seperti mengawal pencemaran persekitaran PERNIAGAAN & BUKAN PERNIAGAAN
organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan & mencapai tujuan masyarakat @ ahli mereka. Terdiri daripada dua kategori iaitu agensi kerajaan dan badan sukarela. Agensi kerajaan ditubuhkan oleh pihak kerajaan utk menjaga kepentingan & memberi perkhidmatan kpd masyarakat, seperti hospital,sekolah, bomba dsb. Badan sukarela ditubuhkan oleh sekumpulan manusia yg bertujuan utk menjaga kepentingan ahli & memberi perkhidmatan tertentu kpd ahli @ masyarakat umum, seperti FOMCA, PEMADAM,Greenpeace dsb. BUKAN PERNIAGAAN
• PERBEZAAN ANTARA ORGANISASI PERNIAGAAN (OP) DAN ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN (OBP) ASPEK/ DIMENSI PERNIAGAAN BUKAN PERNIAGAAN MATLAMAT KEUNTUNGAN KEBAJIKAN AHLI & KESEJAHTERAAN AWAM SUMBER KEWANGAN KEUNTUNGAN MODAL PINJAMAN YURAN AHLI BANTUAN TAJAAN AKTIVITI JUAL BELI PERKHIDMATAN MASYARAKAT CUKAI DIKENAKAN KE ATAS KEUNTUNGAN DIKECUALIKAN PERUNDANGAN AKTA SYARIKAT 1965 AKTA PERNIAGAAN 1956 AKTA KOPERASI 1995 AKTA PERKONGSIAN 1961 AKTA PERTUBUHAN 1966
• Menyediakan kemudahan asas. • Menyediakan tapak perniagaan. • Memberi perlindungan dan keselamatan. • Mengurangkan masalah sosial. • Menyediakan maklumat-maklumat dan memberi khidmat masyarakat. KEPENTINGAN ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN KEPADA ORGANISASI PERNIAGAAN
• Membiayai aktiviti bukan perniagaan seperti cukai, derma. • Menyediakan barangan dan perkhidmatan. • Membantu dalam menyediakan infrastruktur awam. • Menggunakan perkhidmatan bukan perniagaan. KEPENTINGAN PERNIAGAAN KEPADA BUKAN PERNIAGAAN
SOALAN LATIHAN STPM
• BERIKAN TAKRIF BARANGAN DAN PERKHIDMATAN BESERTA CONTOH [4] SOALAN STPM 2017 Barangan ialah produk berbentuk fizikal yang boleh dilihat atau disentuh.[1] Contohnya, baju, kereta [1] Perkhidmatan ialah produk berbentuk bukan fizikal yang tidak boleh dilihat atau disentuh.[1] Contohnya, perkhidmatan perhotelan, perbankan [1]
• TERANGKAN PERBEZAAN ANTARA ORGANISASI PERNIAGAAN DENGAN ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN [6] SOALAN STPM 2014 Dimensi Organisasi perniagaan Organisasi bukan perniagaan Matlamat Bermatlamatkan keuntungan Bermatlamatkan kebajikan sosial Pendaftaran organisasi Didaftarkan di Pendaftar Syarikat Didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan Percukaian Dikenakan cukai Tidak dikenakan cukai
1.1.2 Perniagaan dan untung Calon dapat: menjelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan
Maksud keuntungan • untung merupakan hasil bersih daripada aktiviti perniagaan setelah jumlah hasil melebihi jumlah perbelanjaan. UNTUNG KASAR • Hasil jualan melebihi kos jualan UNTUNG BERSIH • Lebihan untung kasar berbanding jumlah perbelanjaan
KEPENTINGAN UNTUNG KEPADA PERNIAGAAN/ PEMILIK PERNIAGAAN Sumber modal tambahan– untuk mengembangkan perniagaan Ganjaran kewangan – kepada pemilik perniagaan & pelabur ke atas usaha yg dijalankan Lambang kejayaan perniagaan – untung yang besar = perniagaan diurus dengan baik Menarik minat kemasukan pelabur – untung yang besar dan dividen yang tinggi menarik minat pelabur Melaksanakan tanggungjawab sosial – sebahagian untung digunakan untuk kebajikan masyarakat Motivasi kepada pemilik perniagaan – dorongan bekerja lebih kuat Penakatan – agar perniagaan terus beroperasi Peningkatan teknologi baharu – keupayaan perniagaan mengembangkan aktiviti perniagaan.
STPM 2014 (U) Takrifkan keuntungan dan berikan tiga kepentingannya kepada perniagaan [4]
Short Answer Submissions (all) DENISAN RAJ Maksud keuntungan adalah lebihan hasil berbanding kos dan tiga kepentingan untung adalah melakukan tanggungjawab sosial, Sumber modal tambahan dan sebagai ganjaran kewangan kepada peniaga atau usahawan. Genji Keuntungan ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak dengan kos-kos yang terlibat.tiga kepentingannya kepada perniagaan ialah:- -dorongan kepada pelabur -melambangkan imej masyarakat -merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana sanggup menanggung risiko seperti dividen khal Keuntungan adalah jumlah hasil jualan atau pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan. Kepentingan keuntungan kepada perniagaan ialah sebagai ganjaran kewangan kepada pemilik perniagaan dalam bentuk pemberian dividen hasil daripada keuntungan yang diperoleh.
STPM 2020 Huraikan tiga kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan [6]
STPM 2016 Huraikan satu kepentingan untung kepada pemilik perniagaan dan satu kepentingan untung kepada negara. [4]
Short Answer Submissions (all) Maria kepentingan untung kepada pemilik ialah memperoleh sumber tambahan bagi meningkatkan hasil jualannya kepentingan untung kepada negara ialah dapat menarik pelabur luar untuk melabur kepada negara 2/4 Genji -satu kepentingan untung kepada pemilik perniagaan ialah dapat mengembangkan perniagaan kerana keuntungan tersebut boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu. -Satu kepentingan untung kepada negara ialah mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan serta dapat mengurangkan kadar pengangguran.
Short Answer Submissions (all) Syafieq Kepentingan untung kepada pemilik perniagaan ialah dapat menjadi sumber modal tambahan untuk meneruskan operasi perniagaan. Kepentingan untung kepada negara ialah dapat memacu ekonomi negara kerana pemilik perniagaan membayar cukai kepada negara Nafisah Husna Kepentingan perniagaan kepada pemilik perniagaan ialah untuk mengembangkan perniagaan.Modal tambahan yang boleh digunakan untuk membuka cawangan baru dan membiayai kos operasi. Kepentingan untung kepada negara ialah dapat mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.Ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran atau meningkatkan kadar guna tenaga negara
Short Answer Submissions (all) irdina kepentingan untung kepada pemilik ialah untung membolehkan pemilik menjalankan aktiviti semasa dan aktiviti yang dirancang untuk masa hadapan.Selain itu,kepentingan untung kepada negara ialah meningkatkan kadar ekonomi negara melalui kutipan cukai perniagaan A untung kepada pengguna adalah mendapat pulangan ganjaran kepada pemilik sanggup menanggung risiko dalam perniagaan. untung kepada negara adalah menaikkan ekonomi sistem negara yang merupakan imej positif kepada perniagaan
1.1.3 Peranan perniagaan Calon dapat: membincangkan peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi, dan negara;
PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP PENGGUNA
Memenuhi keperluan dan kehendak - menyediakan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan menawarkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC
Mempelbagaikan pilihan pelanggan supaya pengguna mendapat kepuasan atas pilihan mereka
Menyediakan barangan bermutu bagi memenuhi citarasa pelanggan
Perkhidmatan selepas jualan - waranti, penghantaran barang ke rumah dan lain-lain
PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP MASYARAKAT
Menghasilkan pelbagai produk – bagi memenuhi citarasa pengguna pada harga berpatutan
Mewujudkan peluang pekerjaan – gaji /upah digunakan untuk menyara kehidupan
Menjalankan tanggungjawab sosial – spt biasiswa, tajaan dsb
Menjaga alam sekitar- penghasilan barang dan perkhidmatan yang tidak cemarkan alam sekitar
Mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan – perkembangan perniagaan wujudkan peluang perniagaan & pelaburan
MENINGKATKAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR – PEMBANGUNAN MASYARAKAT SETEMPAT.
PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP EKONOMI
Mewujudkan peluang pekerjaan kurangkan kadar pengangguran & tingkatkan kuasa beli pengguna This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC
Meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai atas keuntungan perniagaan
Mewujudkan petempatan baharu • pertumbuhan perniagaan wujudkan petempatan baru
Mewujudkan industri sokongan • untuk membekal bahan mentah
Menstabilkan harga barang dan perkhidmatan • harga yang berpatutan dan berkualiti
Meningkatkan kemudahan awam untuk melancarkan urusan perniagaan This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA
Ekonomi yang stabil melalui politik dalam negara yang stabil. Sistem kewangan atau perbankan yang liberalkemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. kuasa beli pengguna yang tinggi-menjamin permintaan terhadap keluaran perniagaan sentiasa tinggi. Nilai mata wang yang stabil- tidak perlu menanggung kos yang tinggi bila mengimport barangan daripada luar. Penawaran pelbagai insentif bagi mempromosikan aktiviti pelaburan seperti taraf perintis.
PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP NEGARA
Menyumbang kepada pendapatan negara melalui kutipan cukai, lesen dan sebagainya untuk bangunkan infrastuktur negara This Photo by Unknown Author is licensed under This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-ND CC BY-ND