The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59080439, 2021-04-17 08:30:22

Panduan Jawatan Dalam Kokurikulum

Panduan jawatan dlm koko 2021

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 1

VISI
KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHICHAK
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG

PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI MENJELANG TAHUN 2023

MISI

KOKURIKULUM

MENGENAL PASTI POTENSI DAN MINAT PELAJAR
DALAM SEMUA BIDANG KOKURIKULUM

DAN MEMBERI BIMBINGAN SERTA LATIHAN KHUSUS
AGAR PENCAPAIAN PELAJAR DALAM BIDANG INI

DAPAT DITINGKATKAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
YANG GEMILANG DALAM BIDANG KOKURIKULUM
SERTA MENJUARAI PERTANDINGAN BOLA SEPAK,
HOKI DAN BOLA JARING
DI PERINGKAT DAERAH,
NEGERI DAN KEBANGSAAN

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 2

OBJEKTIF
KOKURIKULUM

PELAJAR MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM, DAPAT
MEMPEROLEHI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN, DI SAMPING DAPAT
MENGISI MASA LAPANG MEREKA DENGAN BERFAEDAH SERTA MEMBINA
KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

PELAJAR DAPAT MEWUJUDKAN SEMANGAT BERPASUKAN,
PERSEFAHAMAN, BEKERJASAMA, KETABAHAN, KETANGKASAN,
BERDISIPLIN, KETAHANAN DIRI DAN KETEPATAN DALAM MEMBUAT
KEPUTUSAN

MENYEDIAKAN PELAJAR-PELAJAR DALAM PROSES PENYESUAIAN
BERMASYARAKAT DENGAN CARA MEMBERI PENGETAHUAN,
PENGALAMAN, CARA BERKOMUNIKASI, BERGAUL DAN MENGUKUHKAN
SEGALA PENGETAHUAN YANG DIPEROLEHI KEPADA MASYARAKAT
UMUM

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 3

GARIS PANDUAN PERATURAN KOKURIKULUM

1. PENYERTAAN / KEAHLIAN

Tiap-tiap orang murid dikehendaki mengambil bahagian dalam tiga (3) jenis aktiviti
kokurikulum sekolah, iaitu:

• Satu daripada sukan & permainan
• Satu daripada kelab & persatuan
• Satu daripada unit beruniform

2. KEHADIRAN

a) Setiap murid dikehendaki menghadiri latihan / perjumpaan / kegiatan kokurikulum
yang disertainya mengikut jadual yang telah ditetapkan.

b) Guru penasihat / pemimpin harus mengambil tindakan ke atas murid-murid yang tidak
hadir tanpa sebab.

c) Murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan dan surat daripada doktor / ibubapa
boleh dikecualikan daripada menghadiri aktiviti kokurikulum.

d) Semua surat ketidakhadiran dan bukti, harap difailkan oleh guru penasihat.
e) Guru penasihat juga harus menandatangani buku kehadiran murid (BUKU PAJSK)

yang hadir kokurikulum supaya ibubapa boleh menyemak kehadiran tersebut di
rumah.

3. PAKAIAN

Murid-murid dikehendaki berpakaian kemas, pakaian sukan sekolah, baju-T sukan dan
berseluar panjang berwarna biru tua /hitam atau memakai uniform pasukan uniform
masing-masing apabila menghadiri latihan /perjumpaan.

4. DISIPLIN

Tiap-tiap murid perlu mematuhi semua peraturan sekolah semasa menghadiri kegiatan
kokurikulum. Keselamatan sentiasa perlu ditegaskan sebelum, semasa dan selepas
setiap aktiviti dilaksanakan supaya risiko kecederaan kemalangan dapat dielakkan.

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 4

5. KUTIPAN YURAN

a) Sebelum sesuatu kelab / persatuan tidak dibenarkan mengutip sebarang jenis yuran.
Guru Penasihat hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar terlebih
dahulu.

b) Semua kutipan dan perbelanjaan hendaklah diakaunkan dengan kemas dan
kemaskini dalam Buku Akaun yang disimpan oleh bendahari. Buku Akaun ini
hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada setiap
minggu pertama awal bulan untuk disemak. ( sekiranya ada )

c) Bendahari tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada RM50.00 ( Ringgit Malaysia
Lima Puluh ) sebagai wang tunai dalam tangan pada sesuatu masa.

6. PERJALANAN AKTIVITI KOKURIKULUM

a) Setiap persatuan /kelab /unit beruniform /sukan /permainan dikehendaki
menyediakan perancangan tahunan aktiviti kokurikulum mengikut takwim kokurikulum

b) Semasa semua aktiviti kokurikulum dijalankan, semua Guru Penasihat mesti hadir
untuk mengawasi murid-murid.

c) Guru Penasihat tidak boleh mengubah masa atau membatalkan hari kokurikulum
tanpa kebenaran Penolong Kanan Kokurikulum.

d) Ketua Guru Penasihat dikehendaki mencatat di dalam Buku Rekod Aktiviti
Kokurikulum:
- Perancangan Aktiviti Kokurikulum Tahunan
- Senarai Nama Guru Penasihat
- Senarai Nama Semua Ahli Jawatankuasa Murid
- Senarai Nama Ahli-Ahli ( bersama dengan kelas )
- Log Kegiatan pada setiap hari kegiatan
- Laporan Aktiviti
- Lain-lain Maklumat Dalam Borang-borang yang disediakan.

e) Semua Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum (Buku PAJSK)hendaklah diserahkan kembali
kepada Penolong Kanan Kokurikulum setiap kali selepas aktiviti dijalankan pada hari
itu juga atau pada keesokan hari.

f) Pada akhir tahun, ketua guru penasihat diminta menyerahkan kepada Penolong
Kanan Kokurikulum :

- Fail unit aktiviti dengan isi kandungan yang lengkap

- Laporan aktiviti kokurikulum

- Buku Akaun (jika ada)

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 5

SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN /
PENASIHAT PERSATUAN

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2. Memastikan ada Pelembagaan dan Peraturan.

3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian
Seragam, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan.

8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/ peralatan diurus dengan
baik.

9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.

10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab & Persatuan dan Sukan &
Permainan kepada Guru Besar /Badan Induk.

11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-
ahli.

12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/ zon/ daerah/
negeri dan kebangsaan dengan baik.

13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli selepas setiap

pertandingan.

15. Menandatangani Buku / Borang Kehadiran Ahli.

16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 6

17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

18. Memastikan tidak ada unsur subversife tersebar dalam kalangan ahli.

19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa
ke semasa.

GURU KOKURIKULUM 7

PERKARA-PERKARA YANG PERLU ADA DALAM FAIL:-

.

1. Perancangan Tahunan

.

2. Senarai Guru Penasihat / Pemimpin

.

3. Senarai Ahli Persatuan / Kelab /Uniform

.

4. Minit Mesyuarat Persatuan / Kelab / Uniform

.

5. Senarai AJK Persatuan / Kelab / Uniform

.

6. Laporan Aktiviti Mingguan / Laporan Tahunan Semasa

.

7. Rekod Kehadiran Ahli

.

8. Surat-surat yang berkaitan

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
SETIAUSAHA SUKAN

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan MSSD,
MSSPP dan MSSM sepanjang tahun.

2. Membahagikan murid mengikut rumah sukan.
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru rumah sukan

serta membahagikan tugas sukan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan

sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
5. Menentukan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang

betul.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan

yang dianjurkan oleh badan-badan sukan sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat sukan dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok sukan.
11. Mengatur pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.
13. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut

dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
14.Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
15. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan sukan dan

permainan.

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 8

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
UNIT SUKAN SEKOLAH

• Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
• Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang/ pendek.
• Mengenalpasti T.O.V (take of value) dan merancang aktiviti sukan.
• Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
• Menggunakan sepenuhnya kepakaran dam bidang sukan yang ada di

sekolah.
• Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
• Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus

dalaman/ luaran.
• Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi

menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS
KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang
tahun.

2. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid
mengikut KELAB dan PERSATUAN.

3. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta
membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.

4. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
5. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 9

6. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan
pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa
dan tempat.

7. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acara-acara
anjuran sekolah, daerah dan negeri.

8. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-
masing.

9. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang diserti
oleh unit masing-masing.

10. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan
yang baik.

11. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan
beruniform sekolah.

12. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-
masing.

13. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
14. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti

anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
15. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan

diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 10

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
KETUA RUMAH SUKAN

• Memastikan adanya senarai nama ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru & murid).
• Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli Rumah Sukan.
• Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan murid yang meliputi olahraga dan

permainan.
• Menjalankan Mesyuarat Agung Rumah Sukan dan permainan.
• Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat

sekolah.
• Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/ PK HEM/ Pk Kokurikulum sekiranya

menghadapi masalah.
• Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
• Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada Setiausaha Sukan

ntuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU RUMAH SUKAN

• Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
• Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat

dalam buku kehadiran.
• Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara

rumah sukan.
• Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
• Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak

hadir.
• Mengawasi keselamatan murid waktu latihan diadakan.
• Menyemai semnagat kesukanan dikalangan murid.

Buku Pengurusan Kokurikulum & Takwim 2021/SKPC 11


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR HAZIQ ZIQRI 2021
Next Book
Τα Δικαιώματα του παιδιού Γ'2