Yang Berusaha Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis, Yang berusaha Prof. Madya Dr. Teh Noranis Mohd Aris, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Apresiasi FSKTM 2023, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Jabatan, Penerima-Penerima Anugerah dan semua warga FSKTM yang dihormati sekelian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, marilah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin Nya jua dapat kita bersama-sama berkumpul dalam MAjlis Apresiasi 2023 pada petang ini. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk memberi tahniah kepada Fakulti atas Sambutan Jubli Perak 25 Tahun mengucapkan syabas kepada warga FSKTM yang bersempena dengan sambutan Jubli Perak FSKTM pada tahun ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada staf dan pelajar yang mendapat anugerah namun pengiktirafan yang paling membanggakan dengan meneruskan kecemerlangan dalam QS World University Rankings 2023 apabila berjaya membuat lonjakan sebanyak 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan 123 terbaik dunia dan universiti kedua terbaik dalam negara. Kedudukan cemerlang ini sekali gus merekodkan pencapaian terbaik UPM dalam sejarah penarafan antarabangsa. Merujuk kepada pencapaian UPM dalam QS World University Rankings 2023, empat (4) indikator penilaian menunjukkan peningkatan ranking iaitu Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Nisbah Staf Akademik dengan Pelajar dan Peratus Pelajar Antarabangsa dengan indikator pelajar antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UPM apabila menduduki tempat ke-99 di dunia. Ini menunjukkan reputasi serta pengiktirafan antarabangsa terhadap kemampuan dan kualiti akademik yang berjaya menarik minat pelajar antarabangsa untuk mengikuti program pengajian di FSKTM dan setanding dengan universiti terkemuka antarabangsa. Walaupun terus mencatat peningkatan, sebagai institusi ilmu yang sentiasa mengutamakan kualiti dan kecemerlangan, saya percaya ada banyak lagi ruang penambahbaikan agar kecemerlangan ini dapat terus dipertingkatkan. Antara inisiatif yang akan diteruskan ialah, memberi perhatian kepada kualiti penyelidikan dalam bidang tujahan. Hadirin yang dihormati sekalian, Perubahan landskap pendidikan digital untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai murid, pendidik dan pemimpin pendidikan; penyediaan infrastruktur, infostruktur dan kandungan yang berkualiti; dan penyertaan aktif rakan strategik secara bersepadu serta menyeluruh akan mengubah hala tuju kita di masa hadapan. Dasar Pendidikan Digital ini digubal agar sejajar dengan pelbagai agenda nasional termasuklah konsep Membangun Negara MADANI, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030 untuk memastikan usaha yang berstruktur dan terancang bagi mendepani cabaran 5IR. UCAPAN PERASMIAN TUAN DEKAN
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Hari Apresiasi pada tahun 2022. Saya percaya staf terpilih pada hari ini telah menunjukkan usaha dan prestasi yang terbaik. Adalah diharapkan bahawa saudara-saudari akan terus mengekalkan kecemerlangan dan menjadi penanda aras kepada staf lain, di samping mewujudkan persaingan yang sihat untuk meningkatkan prestasi masing masing. Kepada pegawaipegawai yang telah berkhidmat 25 tahun, saya bagi pihak FSKTM merakamkan ucapan terima kasih. Hadirin yang hormati sekalian, Akhir kata, Saya penuh yakin dan percaya bahawa budaya kerja berkualiti dan berinovasi akan terus bersemarak dan diamalkan dengan baik di FSKTM bersandarkan komitmen dan iltizam yang tinggi yang telah ditunjukkan selama ini. Saya amat berharap Tuan-tuan dan Puan-puan akan terus meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja untuk memantapkan lagi FSKTM untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf world class. Dengan kata-kata itu dan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’, saya dengan penuh sukacitanya merasmikan Hari Apresiasi 2023. Sekian, Wabillahit Taufik Wal Hidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. PROF. MADYA DR. RAZALI YAAKOB Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UCAPAN PERASMIAN TUAN DEKAN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya kita dapat berkumpul dalam majlis Hari Apresiasi FSKTM tahun 2023. Mesyuarat Pengurusan telah bersetuju untuk menukar Hari Kualiti dan Inovasi FSKTM kepada Hari Apresiasi FSKTM. Sambutan Hari Apresiasi 2023 mengetengahkan tema ‘FSKTM ke arah membudayakan prestasi tinggi’. Pengukuhan nilai etika dan integriti dalam kalangan warga FSKTM adalah penting untuk memastikan kecemerlangan yang dicapai seiring dengan nilai-nilai moral yang beretika. Staf seharusnya prihatin kepada usaha yang berterusan ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti. Penganjuran Hari Apresiasi sebagai peringatan kepada kita bagi memastikan komitmen berterusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih sempurna melalui perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti. Staf perlu membuat anjakan paradigma kepada budaya kerja yang lebih kreatif, inovatif serta berdaya saing untuk lebih terkehadapan dalam memperkasakan sistem penyampaian. Kita perlu menekankan aspek ‘5p’ untuk diaplikasi dalam menjalankan perkhidmatan bagi membina amalan kerja yang lebih bermutu dan menambah baik prestasi iaitu purpose, passion, product, productivity dan profit. Penekanan tersebut diterjemah bersama kesatuan amalan baik seperti integriti serta pelaksanaan kerja sebagai satu ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Matlamat utama Hari Apresiasi diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan mengiktiraf hasil sumbangan dan tenaga yang telah dicurahkan oleh warga FSKTM. Setiap penerima anugerah telah dinilai oleh para juri yang berkaliber dengan menggariskan pelbagai aspek berpandukan maklumat data yang telah dikumpul dan dianalisa. Antara elemen penting yang digariskan adalah hasil kerja, ilmu pengetahuan, kemahiran dan kualiti keperibadian masing-masing. Di samping itu, penilaian juga menitikberatkan amalan dari segi kuantiti, kualiti kerja, mempunyai kemahiran yang tinggi, di samping mempunyai budi pekerti yang mulia, dedikasi dan komited dalam tugas, maka sudah pasti terpilih untuk menerima anugerah-anugerah yang disenaraikan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa Hari Apresiasi FSKTM 2023 yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang anugerah dan sama-samalah kita teruskan usaha untuk menjadi lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang. Sekian, Wabillahit Taufik Wal Hidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. PROF. MADYA DR. TEH NORANIS MOHD ARIS Pengerusi Hari Apresiasi 2023 Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat KATA ALUAN PENGERUSI
IKRAR SAMBUTAN HARI APRESIASI 2023 FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Kami, warga Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat menyedari hakikat bahawa pekerja adalah peneraju transformasi negara berpaksikan inovasi dan kreativiti. Kami berazam akan terus berganding bahu, bersatu dan berintegriti bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab Untuk menjadikan bangsa dan negara Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Maka kami, Berikrar dengan sepenuh hati akan terus: • Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan kerja; • Memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti; • Merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan; dan • Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
ATURCARA MAJLIS SAMBUTAN HARI APRESIASI 2023 FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 19 Disember 2023 (Selasa) 2:30 – 5:15 petang Dewan Abdul Azim FSKTM 2.00 petang : Ketibaan Tetamu, Para Jemputan dan Ahli Pengurusan 2.15 petang : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis dan Bacaan doa 2.30 petang : Ucapan oleh Pengarah Hari Apresiasi 2023 2.35 petang : Ucapan Perasmian Dekan FSKTM 2.40 petang : Persembahan Montaj 2.45 petang : Ceramah oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Rusli Hj Abdullah Tajuk: Laksanakan Kerja Ikhlas dan Terbaik: Aspirasi Kecemerlangan 3.45 petang : Penyampaian Anugerah Sesi 2022 Anugerah Harta Intelek Anugerah Penerbitan Cemerlang Anugerah Penerbitan Terbilang Anugerah Geran Penyelidikan Cemerlang Anugerah Penyelidik Cemerlang Individu Anugerah Pengajaran Pensyarah Cemerlang 4.15 petang : Persembahan Deklamasi Sajak 4.20 petang : Anugerah Penyeliaan Pelajar Cemerlang Anugerah Pembimbing Bakat Pelajar Cemerlang Anugerah Jalinan Industri Cemerlang Anugerah Khidmat Komuniti dan Masyarakat Cemerlang Anugerah Pegawai Pelaksana Cemerlang Anugerah Pegawai P&P Cemerlang Anugerah Pembantu Peribadi Cemerlang Anugerah Pegawai Pelaksana Mesra Pelanggan Anugerah Jasa Bakti Anugerah Tokoh Fakulti 5.00 petang : Sesi Bergambar 5.15 petang : Bersurai
16 SENARAI ANUGERAH SAMBUTAN HARI APRESIASI 2023 FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 1. ANUGERAH TOKOH FAKULTI (Menyumbang ke arah pembangunan dan kejayaan Fakulti serta menaikkan nama Fakulti ke peringkat yang membanggakan) 2. ANUGERAH JASA BAKTI (Bersara atau bertukar keluar pada tahun 2022) 3. ANUGERAH HARTA INTELEK (Kumpulan penyelidikan berdasarkan projek yang telah menyumbangkan penghasilan atau pemfailan paten atau hak cipta ke arah usaha pengkomersilan) 4. ANUGERAH PENERBITAN CEMERLANG (Kumpulan penyelidikan berdasarkan pencapaian penerbitan pada tahun 2022 (Q1/Q2) dan pensyarah yang mempunyai penerbitan di jurnal peringkat top 1% atau 10%) 5. ANUGERAH PENERBITAN TERBILANG (Penyelidik yang memperoleh penerbitan 2022 penyelidikan berdasarkan pencapaian penerbitan pada tahun 2022 (Q1/Q2) yang paling banyak. 6. ANUGERAH GERAN PENYELIDIKAN CEMERLANG (Kumpulan Projek Penyelidikan yang memperoleh purata geran yang terEnggi bagi tahun 2022; dan juga Penyelidik yang telah berjaya menamatkan geran pada tahun 2022 dengan penghasilan output yang minimum dan melebihi jangkaan) 7. ANUGERAH PENYELIDIK CEMERLANG INDIVIDU (Penyelidik yang telah memperolehi dua (2) atau lebih anugerah daripada kategori Anugerah Penerbitan Cemerlang, Anugerah Geran dan Anugerah Harta Intelek) 8. ANUGERAH PENGAJARAN PENSYARAH CEMERLANG (Pencapaian penilaian pengajaran 4.5 ke atas dan bilangan pelajar yang menilai 15 orang ke atas bagi Semester Pertama 2022/2023 dan Semester Kedua 2022/2023) 9. ANUGERAH PENYELIAAN PELAJAR CEMERLANG (KredibiliE jawatankuasa penyeliaan menyelia pelajar peringkat Master (4 semester) dan PhD (8 semester) yang telah berjaya bergraduat dan tamat pada tahun 2022)
16 SENARAI ANUGERAH SAMBUTAN HARI APRESIASI 2023 FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 10. ANUGERAH PEMBIMBING PELAJAR CEMERLANG (Kumpulan pembimbing kepada pelajar yang telah berjaya memperoleh anugerah pertandingan projek pelbagai peringkat 2022. Anugerah ini merupakan penghargaan kepada pembimbing pelajar yang telah berjaya memperoleh anugerah pertandingan projek pelbagai peringkat pada tahun 2022. Ditentukan berdasarkan kriteria berikut: • Sekurang-kurangnya dua (2) aktiviti bimbingan dan salah satunya bertaraf antarabangsa. Setiap aktiviti ada memenangi anugerah; ATAU • Sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti bimbingan pelbagai peringkat dan setiap aktiviti ada memenangi anugerah.) 11. ANUGERAH JALINAN INDUSTRI CEMERLANG (Penglibatan individu dan kumpulan dalam menguruskan kerjasama jalinan yang telah menyumbangkan kemudahan fasiliD, laDhan kemahiran pelajar, kewangan dan kontrak penyelidikan dengan pihak industri Bersama fakulD bagi tahun 2022) 12. ANUGERAH KHIDMAT KOMUNITI DAN MASYARAKAT CEMERLANG (Penglibatan individu dan kumpulan dalam menguruskan kerjasama jalinan komuniti yang telah menyumbangkan kepada projek komuniti berimpak tinggi (4-5 bintang) bagi tahun 2022) 13. ANUGERAH PELAKSANA CEMERLANG (Staf pelaksana yang berdedikasi dan cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap warga fakulD) 14. ANUGERAH PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL CEMERLANG (Pegawai Pengurusan dan Profesional yang berdedikasi dan cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap warga fakulD) 15. ANUGERAH PEMBANTU PERIBADI CEMERLANG (PA yang berdedikasi dan cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab) 16. ANUGERAH PEGAWAI PELAKSANA MESRA PELANGGAN (Pegawai Pelaksana yang mesra pelanggan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.)
AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI APRESIASI 2023 FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Penaung Prof. Madya Dr. Razali bin Yaakob Pengerusi Prof. Madya Dr. Teh Noranis Mohd Aris Timbalan Pengerusi Pn. Zuraidah binti Ahmad Setiausaha En. Akmal Hafiz bin Ngah Timbalan Setiausaha Pn. Norkamilla Roffii Bendahari Pn. Noor Atikah Mohd Zulkafli Anugerah Gemilang Prof. Madya Dr. Noraini Che Pa (Ketua) Dr. Noridayu Manshor Pn. Noor Izura Ibrahim Pn. Latifah Amir En. Mohd Fauzi Mohd Yusof En. Mohamad Hafiz Abd Rahim Cik Nur Syahirah Mohd Razali Panel Juri Prof. Madya Dr. Razali bin Yaakob Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura binti Udzir Prof. Madya Ts. Dr. Abdullah bin Muhammed Prof. Madya Dr. Azreen bin Azman Prof. Madya Dr. Nor Fazlida binti Mohd Sani Prof. Madya Dr. Norhayati binti Mohd Ali Prof. Madya Ts. Dr. Mas Rina binti Mustaffa Prof. Madya Dr. Zurina binti Mohd Hanapi Pengacara Majlis Dr. Muhammad Luqman bin Mahamad Zakaria Dr. Normalia binti Samian Protokol Majlis Ts. Dr. Muhamad Sufri bin Muhammad (Ketua) Dr. Syaifulnizam bin Abd Manaf Dr. Nur Arzilawati Md Yunus Pembaca Doa Dr. Erzam bin Marlisah
AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI APRESIASI 2023 FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Sijil, Jemputan dan Slot Pengisian Dr. Shafinah Kamarudin (Ketua) Dr. Zainal Kahar Pn. Sazlinah Hasan Pn. Ainita Ban Pn. Sabarina Abllah Cik Noriah Abdul Malik Cik Nor Najihatul Najwa Che Awang Sambutan dan Pendaftaran (Hadiah, Cenderamata & Dekorasi Dewan) YM Raja Azlina binti Raja Mahmood (Ketua) Dr. Noris Norowi Dr. Nuur Alifah Roslan Pn. Nurfadhilah Md. Khalid Pn. Erwina Khalid Pn. Nurul Ayuni binti Mohd Nor Pn. Juraidah binti Mokhtar Pn. Noor Baizura binti Abdul Rahim Pn. Mazlin Azura binti Ramali Pn. Noor Azwa binti Mohd Hanapiah Pn. Amirah Syahirah binti Adzhar Cik Norhidayati Mohd Radzi En. Muammar Rabbani Maddani Kahar En. Amirul Haiziq Zulkifli Publisiti dan Promosi Prof. Madya Dr. Salmi binti Baharom (Ketua) Prof. Madya Dr. Sa’adah binti Hassan Cik Fatimah Suria binti Mohd Shafie Puan Salfarina Salim Puan Aimi Aqilah Abdul Aziz Pn. Zaliza binti Ishak Teknikal & Logistik Dr. Muhammad Daniel Hafiz bin Abdullah (Ketua) En. Ahmad Alauddin bin Ariffin En. Muhammad Haris bin Harun En. Mohd Zaidi bin Mohd Dom En. Mohamad Azfar bin Azmi En. Mohd Nasir bin Ahmad En. Md Nor Azman bin Osman En. Mohamad Fandi Ali Mohamad
PENGHARGAAN Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan, SAMBUTAN HARI APRESIASI 2023 FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT