The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan kepada alam sekitar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdfaridofficial, 2021-05-30 14:14:46

Pengajian Islam

Pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan kepada alam sekitar

Politeknik Siri

EDISI TERBAHARU OXFORD

PENGAJIAN FAFJAARJAR

ISLAM

“Pembangunan Bandar yang pesat telah memberi
kesan kepada Alam Sekitar.”

Muhamad Farid
Luqman Haqim
Nur Ellys

(1.0) DEFINISI ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud
secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
juga boleh dipanggil flora dan fauna. Alam sekitar meliputi beberapa komponen
utama:

• landskap yang berfungsi sebagai
sistem semula jadi tanpa
penglibatan manusia, termasuk
tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-
bata, dan sebagainya,
serta fenomena semula jadi yang
berlaku

• Sumber sejagat semula jadi serta
fenomena fizikal yang tidak
mempunyai batasan tertentu seperti
udara, air, dan iklim,
serta tenaga, sinaran, cas elektrik,
dan kemagnetan, yang tidak wujud
hasil daripada aktiviti manusia.

2

(1.1) kepentingan melindungi
alam sekitar

1.1.1 Menurut Islam

Kehidupan manusia di bumi ini sebenarnya turut dikongsi bersama-
sama dengan makhluk lain seperti jin, haiwan dan tumbuhan-
tumbuhan. Mereka turut sama memiliki hak ke atasnya. Kesemua
makhluk ini ditentukan kehidupannya oleh Allah SWT dalam
keadaan saling memerlukan antara satu sama lain dalam konsep
yang dikenali sebagai kitaran kehidupan alam. Sebarang
pencabulan hak ke atas makhluk-makhluk lain yang turut sama
mendiami alam ini seperti mencemarkan, merosakkan, membunuh
tanpa keperluan, dan memusnahkan sumber alam akan membawa
kepada ketidak seimbangan alam. Ia akhirnya tetap akan memberi
kesan dan menjejaskan kualiti kehidupan manusia sebagai salah
satu elemen dalam rantaian kehidupan di alam ini. Oleh kerana itu,
Islam menegaskan kepentingan memelihara dan memulihara alam
ini ke atas setiap manusia demi memastikan kelestarian hidup di
alam ini. Sebarang bentuk pencemaran dan kerosakan ke atasnya
dikira sebagai perbuatan dosa dan maksiat.

3

1.1.2 segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab
mencemarkan alam semula jadi menyebabkan
kepentingan orang ramai terjejas. Apa

I. pManednagnagnajnuIrsklaamn tMerhaajldiaspTmerebreukkaaini?

Islam memandang pelaku kerosakan ke atas muka bumi seperti mencemarkan
darat, air dan udara sebagai pelaku maksiat (orang yang melakukan larangan
Allah SWT). Ia boleh menjadi punca seseorang itu terjerumus ke dalam neraka
seperti seperti kisah seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka kerana
mengurung seekor kucing sehinga mati (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
daripada Ibn Umar R.Anhuma). Ini bermaksud pelaku kerosakan ke atas alam
ini boleh digolongkan dalam kalangan pelaku dosa-dosa besar.
Bahkan mereka yang mencemarkan alam ini sehingga menjejaskan
kepentingan orang ramai adalah seperti golongan yang disebutkan dalam
peringatan daripada Nabi SAW: Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya
Rasululah SAW bersabda: “Berhati-hatilah kamu akan dua hal yang terlaknat”.
Para sahabat bertanya: “Apakah dua hal terlaknat itu wahai Rasulullah?”.
Baginda menjawab: “Orang yang buang air di tengah jalan atau di tempat
manusia berteduh” (Hadith Riwayat Muslim).
Mereka yang membuang air di laluan perjalanan atau tempat teduh manusia
sudah diancam untuk tergolong dalam kalangan yang akan dilaknat, apatah
lagi seandainya perlakuan seseorang itu hingga menyebabkan bukan setakat
manusia sahaja terkesan dengannya, bahkan alam seluruhnya seperti
pembuangan sisa toksik dan bahan tercemar ke dalam sungai dan saliran-
saliran air.

4

(1.2) Punca Berlakunya Pencemaran
Alam Sekitar

1.2.1 Masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
Bertanggungjawab

Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga

alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-

wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan

persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila

mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika

direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian

sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan

sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan

operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran

mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah

apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika

kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan

mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa

pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran

udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak

bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran

alam sekitar yang mereka cipta sendiri. SOALAN BERDASARKAN TAJUK :

1. Apakah Punca pencemaran

alam sekitar?

2.Apakah maksud alam sekitar?

5

1.2.2 pembangunan secara tidak sistematik

Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk
membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan
secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama
yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada
kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat
dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan
dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu
banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran
udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan
asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan
itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu
hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek
pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam
sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap
kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem
dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam
sekitar

6

1.2.3 penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal,
lori dan kapal terbang

Setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi
gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat
terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga
akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan
bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan
mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju
berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang
semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal
ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan
sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran
bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat
terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan
terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas
menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi
salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

7

(1.3) KESAN PENCEMARAN
ALAM SEKITAR

1.3.1 Mendatangkan banyak penyakit

Pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan banyak penyakit kepada
manusia. Hal ini kerana alam sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis
serangga yang membawa penyakit seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih
banyak. Umum mengetahui bahawa gigitan nyamuk aedes ini boleh menyebabkan
penyakit demam denggi. Manakala, udara yang tercemar pula akan menyebabkan masalah
pernafasan seperti penyakit asma.

1.3.1 Boleh menyebabkan bencana alam

Selain itu, pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan bencana alam. Sebagal
contoh, pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabila hujan turun
dengan lebat. Bencana alam seperti tanah runtuh boleh berlaku apabila kawasan tanah
tinggi telah digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian.
Selain itu, kejadian banjir kilat juga berpunca daripada kegiatan pembuangan sampah ke
dalam sungai hingga menyebabkan pengaliran air sungai ke laut terhalang oleh sampah
sarap tersebut.

8

1.3.3 Menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas

Pencemaran alam sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas.
Apabila banyak hutan ditebang, kandungan gas oksigen akan berkurangan manakala
kandungan karbon dioksida pula meningkat. Pencemaran udara juga akan menyebabkan
berlakunya hujan asid. Selain itu menurut kajian, cuaca dunia yang tidak menentu adalah
disebabkan oleh kadar pencemaran alam yang semakin bertambah.

1.3.4 Menjejaskan sektor pertanian negara

Di samping itu, pencemaran alam sekitar telah menjejaskan sektor pertanian negara. Hasil
pertanian didapati semakin menurun dan kualitinya pula menjadi kurang baik. Petani
terpaksa menggunakan baja yang banyak untuk meningkatkan hasil dan hal ini boleh
menjejaskan kesihatan manusia. Pembiakan hidupan laut seperti ikan dan udang juga
semakin berkurangan akibat pencemaran air sungai dan laut.

1.3.5 Sektor pelancongan terganggu

Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan negara
terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap.
Pantai-pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal¬kapal
laut. Oleh itu, para pelancong tidak mahu datang ke kawasan pelancongan ini dan kerajaan
terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membersihkan tempat-tempat
pelancongan ini.

9

(1.4) Langkah Mengatasi Pencemaran
Alam Sekitar

1.4.1 Pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah
didapati bersalah mencemarkan alam sekitar

Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar
menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-
pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan
kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. Selain itu tindakan
penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih
bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga.
Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan
hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika
hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada
yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana
mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan
kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib
mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang
melakukan pencemaran.

10

1.4.2 Pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan

Kempen merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu
maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan
untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui kempen. Contohnya,
televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada
umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu
televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat
tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam. Media-media lain seperti
surat khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah
kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak
begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah
seperti pahat dengan penukul. Adakalannya kempen yang dilaksanakan bersifat
aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan
dijalankan dengan bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran
alam sekitar.

11

1.4.3 Memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada
murid-murid sekolah

Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus
ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang
khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat
dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata
pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal
ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih
berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah
rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam
sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan
pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih
bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa
nanti. Langkah ini akan mengatasi gejala pencemaran alam pada
masa akan datang, bak kata pepatah melentur bulu biarlah dari
rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat
sekolah merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran
alam.

SOALAN KBAT :

1. Huraikan permasalahan
yang berlaku akibat
pencemarab akam sekitar?

12

(1.5) Pencemaran alam sekitar yang
terdapat di Malaysia

Pencemaran udara

Pencemaran air

Pencemaran udara

13

KESIMPULAN

Tuntasnya, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab
bersama. Maka, kita mestilah sedar akan kepentingan memelihara alam sekitar
yang masih ada pada hari ini. Agensi-agensi alam sekitar mestilah bekerjasama
dengan rakyat Malaysia untuk membangunkan alam sekitar. Mereka haruslah
mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dalam
kalangan masyarakat seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi
belia, seminar, bengkel dan pameran alam sekitar. Hal ini demikian kerana, aktiviti
tersebut akan meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai
bagi memulihara dan memelihara alam sekitar. Jadi, marilah kita bersama-sama
memulihara dan memelihara alam sekitar untuk memberikan manfaat kepada
generasi yang akan datang. Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu
masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan
sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk
mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan
kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar
merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit
yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan
kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula
menghargai dan memulihara alam sekitar.

14

LAMPIRAN

15

RUJUKAN

• https://eseispmstpm.blogspot.com/2013/11/langkah-langkah-untuk-
mengatasi.html

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran
• https://tingkatanenam.blogspot.com/2015/06/pencemaran-alam-jenis-

pencemaran_20.html
• http://bmpengurusankumpulan15.blogspot.com/2010/08/pemcemaran-

udara.html

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version