1
PENGENALAN
1.0 Latar Belakang Sekolah
1.1 Sekolah Agama Taman Impian Emas mula dibuka pada 1 Januari 2005,
menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas
sebelum ini, atas desakan penduduk setempat. Sebelum sekolah ini dibuka,
murid-murid bersekolah di Sekolah Agama Taman Anggerik yang jauhnya
lebih 1 km.
Bangunan Sekolah Agama Taman Impian Emas telah siap dibina
sepenuhnya pada bulan Ogos 2017. Sesi persekolahan telah beroperasi
sepenuhnya di bangunan baru pada 1 Januari 2018 yang bersebelahan
dengan Masjid Taman Impian Emas.
Sekolah Agama Taman Impian Emas pada mulanya diterajui oleh
Ustaz Saiful Fadilah bin Suratman selaku Guru Besar pertama pada tahun
2015 hingga 2007. Dan sekarang diterajui oleh Ustazah Julaiha binti M.Said
bermula bulan Mac 2021 hingga kini.
Sesi persekolahan pada ketika ini hanya waktu Sesi Petang iaitu 507 orang
murid dengan 8 orang guru, TAJ (Tadika Agama Johor) 30 orang murid
dengan 2 orang guru dan seorang pembantu murid, waktu persekolahannya
pada waktu pagi. Manakala pelajar Darjah Khas sebanyak 48 orang pelajar.
Dengan tenaga pengajar seramai 2 orang. Sekolah ini juga mempunyai
seorang tukang kebun, seorang pekerja pembersihan dan seorang pengawal
keselamatan.
2
1.2 Lokasi Sekolah
3
2.0 Maklumat Am Sekolah
NAMA SEKOLAH SEKOLAH AGAMA TAMAN IMPIAN EMAS
ALAMAT SEKOLAH JALAN BUKIT IMPIAN 5/1, TAMAN IMPIAN
EMAS, 81300 SKUDAI, JOHOR.
GRED SEKOLAH B
NO TELEFON TIADA
NO FAKS TIADA
NO PENDAFTARAN SAKNJ/JB/01073 JYA: 1087
DUN SKUDAI
MUKIM PULAI
PARLIMEN JOHOR BAHRU
DAERAH JOHOR BAHRU
3.0 Staf Sekolah Tahun 2022
STATUS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
GURU 1 9 10
BUKAN GURU 3 1 4
JUMLAH 4 10 14
4.0 Enrolmen Murid Tahun 2022
DARJAH KELAS BIL KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
TAJ 5 Tahun 1 10 6 16
6 Tahun 1 7 7 14
1 3 41 51 92
2 3 40 43 83
3 2 40 46 86
4 3 53 40 93
5 3 44 32 76
6 2 39 37 76
KHAS 1 20 28 48
JUMLAH 19 294 290 584
4
KOMPONEN PERANCANGAN PENGURUSAN
PELAN TINDAKAN DAN STRATEGI SEKOLAH LESTARI
VISI
Komited Memperkasakan
SATIE Ke Arah Persekitaran
Kondusif Dalam Merealisasikan
Kesejahteraan Warga SATIE Dan
Komuniti Setempat Menjelang Tahun 2030
MISI
Ke Arah Persekitaran Pembelajaran Kondusif
Menjana Kemenjadian Murid
MOTO
Kebersamaan Mengimarahkan
SATIE BESTARI, SATIE LESTARI
5
LOGO
LAMBANG MAKSUD
TANGAN Membawa maksud kebersamaan / bersatu hati
POKOK Melambangkan alam sekitar / penghijauan
MATAHARI Sinar kegemilangan /simbol kejayaan
GELUNG HIJAU Perpaduan dan jalinan ukhwah
Kesimpulannya, logo ini membawa maksud setiap kelompok komuniti di SATIE
ini saling bekerjasama dalam mencintai alam sekitar sekaligus dapat
mengimarahkan SATIE BESTARI, SATIE LESTARI sesuai dengan Moto
kelestarian SATIE sendiri.
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA SEKOLAH LESTARI
SEKOLAH AGAMA TAMAN IMPIAN EMAS
PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH
(USTAZAH JULAIHA BINTI M.SAID) (DR JASRUL JAMANI BIN JAMIAN)
GURU BESAR PENGERUSI BKS
JAWATAN KUASA PERLAPORAN
(SEMUA KETUA UNIT)
PENGURUSAN KOKURIKULUM KURIKULUM PENGHIJAUAN &
Ustazah Nor Asiah Mohd Ustaz Mohamad Raffi Semua Ketua Panitia KECERIAAN
Nordin (GPK HEM) Firdaus Ustazah Siti Zulaiha binti
Guru Kelas (GPK KOKO) Abdul Manan
Ketua Murid Semua Guru (Ketua Lanskap)
Ketua Darjah Wakil Murid
AJK Keceriaan Kelas
6 Penyelaras Kantin
AJK Keceriaan Tandas
AJK Inovasi
Memupuk kesedaran serta kepentingan menjaga alam
sekitar di kalangan murid-murid Sekolah Agama Taman
Impian Emas.
Memupuk kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra
alam dengan berkesan.
Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan
masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
Mewujudkan alam sekitar yang kondusif bagi melahirkan
warga sekolah yang mempraktikan amalan hidup lestari.
Meminimunkan penggunaan plastik ke arah matlamat sifar
sampah.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria
setiap masa, mewujudkan sekolah dalam taman serta
memupuk semangat kepentingan menghargai, menyayangi
dan menjaga alam sekitar
7
5.0 MESYUARAT JAWATANKUASA PERLAKSANA
Mesyuarat jawatankuasa perlaksana peringkat sekolah yang pertama telah
diadakan pada 8 Julai 2022. Minit Mesyuarat yang berkaitan ada dalam fail
SLSATIE.
6.0 DOKUMENTASI ORGANISASI PERLAKSANAAN SL SATIE
Semua dokumentasi SLSATIE berupa fail laporan aktiviti dan tindakan susulan
adalah di bawah tanggungjawab guru penyelaras sekolah iaitu Ustazah Nor Asiah
binti Mohd Nordin yang boleh dihubungi di talian 012-7623697 atau email
[email protected]. Salinan minit mesyuarat diberikan semua Ahli
Jawatankuasa
7.0 SENARAI TUGAS SETIAP AHLI DALAM ORGANISASI
PENGERUSI :
Penasihat dan memantau perlaksanaan program Kelestarian LA Pendidikan 21.
BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH :
Membantu dalam perlaksanaan Program Kelestarian Pendidikan LA 21 melalui
khidmat nasihat dan gotong royong.
PENGURUSAN GPK HEM :
Menerima perlaporan hasil pemantauan tentang sahsiah murid dalam menjaga
kelas dan alam sekitar sekolah, contohnya perlaksanaan Program Bebas Sampah
dan keberkesanan Stesen Kitar Semula (masih dalam penyelenggaraan)
GPK KOKURIKULUM :
Dilantik sebagai guru yang bertanggungjawab memantau dan memastikan semua
Ahli Jawatankuasa melaksanakan tugas masing-masing.
Mengusahakan sumber kewangan sekolah dan mencari sumber bukan bentuk tunai
seperti penderma tayar pakai buang, bunga-bungaan, pasu dan juga pokok-pokok
herba.
8
KURIKULUM (KETUA PANITIA) :
Membantu dalam perlaksanaan Program Kelestarian Pendidikan LA 21.
PENGHIJAUAN & KECERIAAN :
Ketua Pelaksana Program dalam bidang masing-masing.
KETUA LANSKAP : Zulaiha binti Abdul Manan
AJK KECERIAAN KELAS : Ustazah Afiedah Nur binti Ahmad Tajuddin
PENYELARAS KANTIN DAN PARIT : Ustaz Mohamad Raffi Firdaus bin Abd
Rahim
AJK KITAR SEMULA : Ustazah Nurulain bin Aziz
AJK BAJA KOMPOS : Ustazah Siti Zulaiha binti Abdul Manan
AJK KECERIAAN TANDAS : Ustazah Nurul Hilma binti Abd Halim
AJK INOVASI : Ustazah Nor Asiah binti Mohd Nordin
8.0 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PERLAKSANAAN
Penglibatan warga sekolah dan masyarakat setempat adalah ramuan penting dalam
menjayakan program lestari di sekolah. Oleh itu strategi yang diamalkan di sekolah
ini ialah melibatkan semua warga sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan
program penglibatan warga dalam fasa perancangan dapat membuatkan warga
merasa dihargai dan mereka mempunyai kepentingan program ini, sekali gus
mendorong warga lain memberi sokongan yang berterusan.
Murid atau kelas yang terlibat secara aktif dalam program ini akan diberi ganjaran
hadiah dan sijil pengiktirafan yang akan diumumkan setiap minggu semasa
perhimpunan berdasarkan Borang Penilaian oleh guru bertugas mingguan.
9
9.0 PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI
PETUNJUK AKTIVITI TEMPOH TARIKH KOS PELAKSANA
Penganjuran program Ceramah dan Kempen 11/8/2022 RM 350.00 Ustazah Julaiha binti M.Said
kefahaman dan Kitar Semula 2 jam Ustazah Nurulain binti Aziz
kesedaran Pertandingan Reka RM 200.00 AJK Badan Kebajikan
Cipta daripada Bahan 17/8/2022 - 21/8/2022 Sekolah
Menyebarkan mesej Terbuang 25/8/2022 Ustazah Julaiha binti M.Said
alam sekitar dalam Ceramah dan Kempen Ustazah Nor Asiah Mohd
perhimpunan dan Sifar Tong Sampah Sepanjang Tahun Nordin
papan kenyataan Program 2 minit Ogos Ustazah Nor Asiah binti
kesedaran alam Mohd Nordin
Mengadakan dan sekitar Sepanjang Tahun
membuat peraturan Melukis Mural Sepanjang tahun Ustazah Nurulain binti Aziz
sekolah yang bertemakan Alam
berkaitan dengan Sekitar dan Sudut Sepanjang tahun AJK Kantin dan pengusaha
alam sekitar Kitar Semula kantin
Menyediakan bahan
dan papan kenyataan Guru Kelas dan AJK
Sekolah Lestari Keceriaan
Pengurusan kantin Ustazah Nurulhilma binti
1.Pengusaha Abdul Halim
menghadkan
penggunaan beg
plastik untuk
makanan
2.Mengenakan denda
kepada pelajar yang
membuang sampah
3.Pengusaha
memastikan sisa
kantin dilupus secara
terancang
4.Penyediaan borang
khas pemantauan
pengurusan kantin
secara berkala
Pengurusan Kelas
1.Menyediakan Jadual
Bertugas dan
dipamerkan
2.Pertandingan
kebersihan dan
keceriaan kelas
10
Memberi 1.Menyediakan Ogos Ustazah Nurul Hilma binti
pengiktirafan kepada hadiah kepada pelajar Abd Halim
individu atau yang berjaya dalam
kumpulan yang pertandingan alam Pengurusan Sekolah
menyumbang dan sekitar seperti
terlibat secara aktif Pertandingan Kitar Ustazah Julaiha binti M.Said
dalam melaksanakan semula menggunakan Ustazah Nor Asiah binti
program pendidikan bahan terbuang Mohd Nordin
alam sekitar 2.Menyediakan
saguhati kepada Ustazah Julaiha b. M.Said
pekerja Am yang dan AJK BKSA
membantu
menjayakan program
sekolah lestari
Prasarana Menyediakan Sepanjang tahun
Pembelajaran prasarana Mengikut keperluan
pembelajaran dalam
Bajet dan luar bilik darjah program
1.Mendapatkan
Merancang aktiviti sumber kewangan Julai - Ogos
penyebaran dan daripada BKS SATIE
pendedahan 2. Menyediakan
maklumat dan nilai- laporan kewangan
nilai alam sekitar 3. Dana daripada
kepada masyarakat Hasil Jualan Barang
setempat untuk Kitar Semula
meningkatkan 1.Jemputan
kesedaran alam penyertaan dalam
sekitar program lestari
sekolah seperti gotong
royong perdana
2.Membuat barang
kraf daripada bahan
kitar semula
11
10.0 PASUKAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM AKTIVITI
ALAM SEKITAR DAN GURU-GURU PENASIHAT
BIL PASUKAN KAWALAN GURU PENASIHAT
1 Skuad Keceriaan Menjaga kebersihan dan Ustaz Mohamad
2 Pasukan Kamar keceriaan dikawasan sekolah Raffi Firdaus bin
Selesa
terutamanya penjagaan Abd Rahim
3 Pasukan Skuad
Combi kebersihan di kawasan
4 Bumi Hijau kantin
5 Pasukan Hijau Menjaga kebersihan dan Ustazah Afiedah
keceriaan tandas . Nur binti Ahmad
Memastikan pelajar Tajuddin
memakai selipar apabila
masuk ke tandas
Memastikan tiada tempat Ustazah Nor Asiah
pembiakan nyamuk Aedes binti Mohd Nordin
Memastikan kesuburan Ustazah Siti
pokok-pokok herba serta Zulaiha binti
bunga-bungan dalam Abdul Manan
keadaan baik dan tersusun
Memastikan kitar semula Ustazah Nurulain
dijalankan setiap pelajar binti Aziz
11.0 PENYEBARAN MESEJ ALAM SEKITAR
11.1 Pemasangan Papan Mesej Alam Sekitar
Papan mesej alam sekitar dipamerkan di kawasan sekolah seperti cara mencuci
tangan , penjagaan tandas, penjagaan kawasan dan pelbagai mesej yang memberi
penerangan berkaitan dengan pendidikan alam sekitar.
11.2 Sudut Alam Sekitar
Mewujudkan Sudut Kitar Semula yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan
dan maklumat mengenai barang-barang yang boleh kitar semula seperti
mempamerkan hasil kerja murid melalui Pertandingan Reka cipta daripada barang-
barang kitar semula.
12
SUDUT KITAR SEMULA SUDUT REKA CIPTA MURID
12.0 PENGHIJAUAN
12.1 Strategi Dan Pelan Tindakan Penghijauan
BIL PROGRAM STRATEGI TINDAKAN PELAKSANAAN
1 PROJEK Program 1 Sekolah & 12.8.2022 dan
PENGHIJAUN Keluarga 1 Pokok Komuniti 19.8.2022
Bunga setempat Sepanjang Tahun
2 PROJEK Projek Guru dan AJK
PENJIMATAN mengenalpasti Kebersihan dan Sepanjang tahun
SUMBER spesis pokok dan Keceriaan Jun hingga Disember
jumlah yang ada di
sekolah Guru dan AJK Sepanjang tahun
Projek melabel Lanskap
Tumbuhan Sekolah dan
Projek melukis Komuniti
mural setempat
Sekolah dan
Projek Sifar awam
Sampah AJK Kebersihan
Projek Kompos dan komuniti
hijau/kering/sisa setempat
dapur
3 PROGRAM SIFAR Kempen Guru & murid Waktu Perhimpunan
TONG SAMPAH Penjimatan Sepanjang Tahun
Elektrik ,Air dan Guru & murid
Kertas dan ibubapa
Pertandingan Reka
Cipta dari bahan
kitar semula
Projek sifar tong
sampah
13
12.2 Jadual Pelaksanaan
BIL PROGRAM TEMPOH SASARAN HASIL/PENCAPAIAN
DAN PELAKSANAAN
AKTIVITI
1. Program 1 Julai hingga Oktober Selesai sehingga Berjaya mengumpulkan
Keluarga 1 Pasu akhir bulan 30 pasu bunga
Bunga Oktober
2 Projek 2 minggu Lebih 3 Setakat Ogos 2022
mengenalpasti Spesis tumbuhan terdapat lebih daripada
spesis tumbuhan 247 Spesis
dan jumlah yang tumbuhan/tanaman
ada di sekitar
sekolah
3 Projek melabel Julai hingga Ogos 5 jenis 247 pokok
Tumbuhan 2022 Nama Nama setakat Ogos 2022
pokok/tanaman
1.kaktus
2.keladi
3.pokok-pokok
renek
4.pokok- buah-
buahan/sayuran
5.Bonsai
4 Projek Melukis Jun hingga Disember 1 mural Jom Selesai Ogos 2022
Mural Kitar Semula
5 Projek Sifar Jun hingga Ogos 2 bulan Masih dalam
Sampah pemprosesan
6 Projek Kompos Ogos Masih dalam
hijau/kering/ pemprosesan
sisa dapur
7 Kempen Jun hingga Ogos 3 bulan
Penjimatan
Elektrik, Air,
Kertas
8 Pertandingan Ogos 2022 Lebih 10 Pengumuman pemenang
rekacipta penyertaan akhir Ogos 2022
daripada bahan
kitar semula
9 Program Sifar Jun hingga Ogos Masih dalam pelaksanaan
Tong Sampah
14
12.3 Program Penanaman Pokok Penghalau Serangga/Nyamuk serta pokok-
pokok herba.
Pihak sekolah dengan kerjasama BKSA Sekolah Agama Taman Impian Emas telah
mengadakan kempen menanam pokok di persekitaran sekolah bersama ibu bapa
serta murid pada 12.8.2022 (Jumaat) 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Ini
bertujuan menceriakan dan menghijaukan persekitaran yang akan menyumbang
kepada keseimbangan ekosistem. Pokok menyerap karbon monoksida dan
membebaskan oksigen ke atmosfera. Secara tidak langsung akan memberi suasana
yang segar kepada murid untuk menghadapi sesi pembelajaran. Pokok- pokok dan
bunga yang ditanam dari pelbagai spesis seperti pokok penghalau
serangga/nyamuk, pokok-pokok renek, tanaman herba, pokok jenis sayuran dan
buah-buahan tidak ketinggalan juga pokok-pokok keladi dan juga kaktus (jenis-
jenis pokok, bilangan serta lokasi telah direkod dan dicatat di dalam buku inventori
pokok).
Program Gotong Royong
Perdana Menanam Pokok Herba
15
12.4 Reka bentuk, keadaan kebersihan dan susun atur taman.
12.4.1Keadaan Lanskap Taman
SATIE telah berjaya mewujudkan Mini Taman Herba/ Laman Dapur dimana
lokasinya terletak di tanah lapang bersebelahan kantin dan Tadika Agama Johor.
Di sini terdapat beberapa pokok-pokok herba dan Laman Dapur yang telah kami
tanam . Keadaan Lanskap Taman Herba adalah terancang dan menarik, dimana
semua pokok-pokok ini telah dilabelkan nama-namanya untuk memudahkan
Warga SATIE mengenali dan mengetahui kegunaannya.
12.4.2Kebersihan Taman
Kebersihan taman kami adalah dibawah pengendalian pengurusan sekolah dan juga
AJK Pembersihan dan juga tukang kebun. Pihak pengurusan memperuntukan 20
minit untuk membersihkan, membaja dan menyelenggara pokok-pokok herba
kami.
12.4.3Susun Atur Taman
Susun atur taman di persekitaran sekolah adalah direka oleh pihak pengurusan
sekolah serta ibubapa di bawah pengawasan guru besar.Susun atur adalah
bergantung kepada tema dan kesesuaian kawasan taman tersebut.
Gambar sebelum diceriakan Gambar selepas diceriakan dan labelkan
16
12.4.4Pengurusan Sumber ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan
penggunaan sumber.
i. Penjimatan Air
Pihak sekolah sentiasa mengingatkan kepada para pelajar agar sentiasa
berhemah menggunakan air .Sentiasa memastikan air ditutup sebelum
meninggalkan tandas.Guru-guru bertugas akan memastikan semua paip
air ditandas ditutup agar tidak berlakunya pembaziran.
ii. Penjimatan Tenaga Elektrik
Sentiasa memastikan suis-suis tertutup di bilik-bilik yang kosong
terutamanya di pejabat dan bilik guru, musolla, bilik Pusat Sumber
Sekolah, Bilik SPK dan dewan. Mengoptimumkan penggunaan elektrik
di mana setiap Ketua Kelas dikehendaki memastikan suis elektrik
sentiasa ditutup apabila tiada pelajar di kelas ataupun tamat waktu
belajar.
iii. Saranan Penjimatan
Saranan untuk penjimatan air dan tenaga juga dipamerkan ditempat-
tempat strategik seperti tandas dan kantin, contohnya pengumuman di
perhimpunan petang serta diwaktu proses PdP guru kelas sewaktu proses
pembelajaran.
Gambar Kempen Penjimatan Air Dan Elektrik oleh
Guru Besar Ustazah Julaiha binti M.Said
17
iv. Bahan Pakai Habis ( Contoh : kertas )
Bahan-bahan yang telah dipakai akan dikumpul untuk dijual kepada
pembeli kertas terpakai. Di samping itu, guru besar juga mewajibkan
supaya menggunakan kertas depan dan belakang dan menggalakkan
penggunaan papan putih serta sebaran maklumat di aplikasi WhatsApp
atau Telegram untuk menyampaikan maklumat bagi mengurangkan
penggunaan kertas.
12.4.5Penggunaan produk dan teknologi hijau
Pihak sekolah membuat aktiviti untuk membuat baja kompos yang turut disertai
oleh ibu bapa, pihak sukarelawan (UTM), guru dan murid Darjah 4, 5 dan 6
semasa aktiviti gotong royong perdana ke 2 pada 19/8/2022 (Jumaat).Bahan-bahan
untuk mewujudkan baja kompos itu terdiri daripada tanah, sisa sayuran makanan
dan daun-daun kering serta air basuh beras .Beberapa kumpulan pelajar melakukan
aktiviti mengaul tanah selepas waktu pembelajaran yang turut disertai oleh
pengusaha kantin.
12.4.6Pelaksanaan program sifar tong sampah
Pihak sekolah telah memperingatkan kepada murid-murid agar tidak membuang
sampah merata-rata tempat dan mempromosikan kempen sifar sampah dan sifar
tong sampah. Justeru itu Guru Besar dan Warga Guru sentiasa mengingatkan
murid agar memastikan semua peralatan menulis (pensel) yang di bawa ke sekolah
telah siap dikorek dengan sempurna daripada rumah mereka, murid yang tidak
mematuhi arahan akan dikenakan denda dan dikehendaki membawa balik sampah
@ sisa korekan pensel ke rumah masing-masing. Selain daripada itu pihak sekolah
memberitahu kepada pengusaha kantin agar meminimumkan atau tiada langsung
penggunaan bekas polistren dan plastik pembungkusan makanan di sekolah.
Gambar Kempen Sifar Sampah dan Tong Sampah
Oleh
Guru HEM Ustazah Nor Asiah binti Mohd Nordin
18
13.0 Pengkomposan Sisa Pepejal
13.1 Mekanisma Pelaksanaan
Penunjuk boleh Aktiviti Tempoh/Tarikh Kos Pelaksana
ukur Jun-Ogos 2022
1.Menghasilkan Tanah Ustazah
Projek membuat baja kompos Jun-Ogos 2022 3 kampit Julaiha binti
baja kompos dengan M.Said
menggunakan 5kg = RM
bahan yang sedia 30.00
ada.
2.Menyediakan Bahan-bahan Ustazah Siti
jadual pengurusan -Sisa sayuran Zulaiha binti
tapak kompos di dan buah- Abdul Manan
3.Mendapatkan buahan
khidmat nasihat -daun-daun Ustazah
daripada kalangan kering Nurulain binti
ibubapa yang Air basuhan Aziz
terdiri daripada beras
guru-guru sains
Sekolah Rendah
dan Sekolah
Menengah
13.2 Penglibatan murid dan AJK BKSA
Projek pembuatan baja kompos kami masih dalam pemprosesan pembuatan iaitu
kami telah mengadakan proses pembuatan baja kompos bersama ibu bapa pada
19/8/2022 (Jumaat) yang terdiri daripada kalangan guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Sains SK Taman Impian Emas iaitu Cikgu Nordiana binti Yaakob dan
Cikgu Suhairiah binti Sudirman yang mengajar di SMK Taman Impian Emas
19
GAMBAR SEMASA PEMPROSESAN BAJA KOMPOS
Bahan Sisa Sayuran / Buahan Kulit Telur Dan Daun Kering
Penyediaan Tanah Air Basuhan Beras
Proses pengaulan Melabel sisa pepejal
20
Sudut Pengkomposan Sisa Pepejal Pihak yang terlibat dalam penghasilan
Baja Kompos
14.0 KITAR SEMULA
14.1 Mengadakan Kempen Kitar Semula
Projek Tempoh/ Kos Pelaksana Status Kemajuan
Tarikh Pelaksanaan Projek
Program Kitar Guru-guru SA
Semula Setiap Bulan Taman Impian 1.Menyediakan tong sampah
(Sepanjang Emas kitar semula
2.Mengumpulkan bahan-
Tahun) bahan kitar semula daripada
pelajar kemudian menjual di
pusat kitar semula
Seperti botol plastik dan
kaca, tin dan kertas terpakai
3.Mengumpul bahan kitar
semula dari pejabat untuk
direkodkan terutamanya
kertas buangan fotostat
Gimik 11.8.2022 Guru Besar dan 1)Membuat pelancaran
Pelancaran Guru Hem kempen Kitar Semula di
Kempen Kitar Tapak Perhimpunan
Semula 2.Menerangkan cara
penggunaan Tong Kitar
Semula mengikut warna
3.Beberapa orang pelajar
21
Mengadakan 12.8.2022 Guru-guru, AJK menunjukkan contoh
Gotong-royong 19.8.2022 BKSA, ibubapa memasukkan bahan Kitar
perdana dan pelajar- Semula ke dalam Tong
pelajar Kitar Semula
Pertandingan 17.8.2022 1.Membersihkan kawasan
Mencipta hingga Pelajar-pelajar sekolah seperti bilik guru
daripada Tahap 1 dan taman-taman sekolah.
Barang-Barang 21.8.2022 dan Tahap 2 2.Mengitar semula bahan-
Kitar Semula bersama ibubapa bahan yang tidak berguna
seperti kertas-kertas di bilik
guru dan juga pejabat
3.Mengecat tayar-tayar di
Taman Herba dan juga
Laman Dapur
1.Pertandingan adalah
terbuka iaitu semua darjah.
2.Hadiah dan sijil
penyertaan diberikan kepada
para pemenang.
3.Semua murid dikehendaki
mengambil bahagian. Hasil
yang terbaik akan
dipamerkan di Sudut Reka
Cipta Kitar Semula sebagai
menghargai hasil ciptaan
murid
14.2 Objektif Projek
14.2.1Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan
pemeliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.
14.2.2Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan seperti program kitar semula.
14.2.3Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah.
14.2.4Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah
yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
14.2.5Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah
untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
22
14.3 Menyediakan tong kitar semula mengikut kategori iaitu kertas, plastik dan
tin minuman
Sekolah kami dapat menyediakan Tong Kitar semula hasil daripada Sumbangan
Kewangan BKSA Sekolah Agama Taman Impian Emas dengan harga RM 350.00.
Gimik Pelancaran Program Kitar Semula
Tong Kitar Semula Sudut Kitar Semula
23
Pelajar-pelajar TAJ membawa barang-barang Kitar Semula daripada rumah.
Guru TAJ menunjukkan cara pelajar-pelajar TAJ untuk menggunakan Tong Kitar Semula
Ibu bapa membawa barang kitar semula semasa Gotong Royong Perdana 1.0
24
14.4 Pendapatan dari hasil program Kitar Semula
Tempat Penjualan Barang Kitar Semula Resit hasil penjualan bahan kitar semula
Pihak sekolah dapat mengumpul hanya 17 kg sahaja . Wang hasil daripada
penjualan tersebut pihak sekolah membelikan pasu dan tambahan tanah bagi
menampung yang kekurangan.
14.5 Pertandingan Mencipta Bahan Kitar Semula
Sebaran Pertandingan Mencipta Bahan Kitar Semula melalui WhatsApp dan Telegram
25
Pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan Rekacipta & Kraf daripada bahan
Kitar Semula pada 17.8.2022 (Rabu) hingga 21.8.2022 (Ahad) .Hanya 15
penyertaan yang pihak sekolah telah terima memandangkan pertandingan tersebut
diadakan pada waktu murid-murid sedang menghadapi peperiksaan setengah
tahun.Segala hasil daripada rekacipta yang telah di hantar kepada pihak sekolah
telah dipamerkan di Sudut Reka Cipta murid, manakala murid yang telah berjaya
pihak sekolah telah memberikan sijil penyertaan dan juga hadiah iringan berbentuk
wang tunai.
Sudut hasil Rekacipta Kitar Semula Pelajar yang telah memenangi Pertandingan
Rekacipta & Kraf daripada bahan kitar semula
14.6 Pencapaian
Objektif tercapai dan sebahagian warga sekolah mengambil bahagian secara aktif
dalam setiap program yang dijalankan. Segala program yang dijalankan mendapat
kerjasama yang menyeluruh dari Warga Sekolah , AJK BKSA, ibu bapa serta
murid-murid Sekolah Agama Taman Impian Emas.
26
Lampiran 1 (Gotong Royong Perdana 1.0 ) 12.8.2022 bersama
Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Impian Emas.
Mengecat bahan-bahan kitar semula untuk dijadikan penanaman pokok herba
Pelajar dan guru dan AJK BKSA pun turut serta mengecat dan menanam pokok
27
Lampiran 2 (Gotong-royong Perdana 2.0) 19.8.2022 bersama
Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Impian Emas
Gambar Sebelum
Mengadakan perbincangan pihak sekolah bersama AJK BKSA
Mengecatkan dan membaik pulih tandas-tandas murid dan guru
28
Gambar Selepas
Keadaan tandas yang telah diceriakan dan dibaikpulihkan
Taman Herba / Laman Dapur Sudut Kitar Semula
29