The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja kursus Penulisan Akademik GWCP 1042

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aaliabtrisyia, 2021-11-02 00:48:22

Kerja kursus Penulisan Akademik GWCP 1042

Kerja kursus Penulisan Akademik GWCP 1042

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS
GWCP 1042 PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : ALIA BATRISYIA BT ABDUL RAHMAN
ANGKA GILIRAN : 2021292310219
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030426020162
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA4
KOD DAN NAMA KURSUS : GWCP 1042 PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH : PUAN ZURAIDA BT TALIB
TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 7 NOVEMBER 2021

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : aliabatrisyia _ Tarikh :_7__N_o_v_e_m_b_e_r__2_0_2_1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : Alia Batrisyia bt Abdul Rahman Angka Giliran: 2021292310219
Kod: GWCP 1042 Nama Kursus: Penulisan Akademik
Pensyarah : Puan Zuraida bt Talib

Tarikh Hantar : 7 November 2021 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah:

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : aliabatrisyia Tarikh 7 NOVEMBER 2021
2021

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada) Tarikh :
Tanda tangan Pelajar :

ISI KANDUNGAN
Penghargaan ................................................................................................................... i
1.0 Pendahuluan ............................................................................................................ 1
2.0 Latar belakang perbincangan ................................................................................... 2

2.1 Menggunakan aplikasi youtube.................................................................... 2
2.2 Menggunakan aplikasi Google Classroom .................................................. 3
2.3 Menggunakan aplikasi whatsapp.................................................................. 4
2.4 Membuat latihan atau kuiz............................................................................. 5
3.0 Penutup .................................................................................................................. 6
4.0 Bibiliografi ................................................................................................................ 7
5.0 Lampiran .................................................................................................................. 9

PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam disampaikan kepada
junjungan alam,Nabi Muhammad SAW,keluarga serta sahabat baginda.Alhamdulilah,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kursus ini dengan jayanya mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Zuraida binti
Talib kerana telah memberi kepercayaan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini
mengikut tempoh yang telah ditetapkan.Selain itu,saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada puan kerana telah membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu
bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha menghasilkan
tugasan ini dengan sempurna dan jayanya.Dengan dorongan dan semangat mereka saya
dapat menyiapkan tugasan ini .Seterusnya ucapan terima kasih kepada rakan rakan yang
tidak putus memberi tunjuk ajar,membantu dan bekerjasama dalam menjayakan tugasan
ini .

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Segala
pertolongan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

i

TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR

DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Oleh:

ALIA BATRISYIA BT ABDUL RAHMAN
GWCP 1042

1.0 PENDAHULUAN
Penulisan ini menjelaskan tentang cara-cara pembelajaran dalam talian yang efektif untuk
pelajar di Institut Pendidikan Guru. Penulisan ini bertujuan untuk memberikan
pemahaman dan memberikan idea atau strategi untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian untuk meningkatkan lagi pencapaian
dalam akademik dan serta kefahaman dalam pembelajaran. Sebelum membincangkan
lebih lanjut tentang tajuk ini, mari kita mengetahui terlebih dahulu maksud atau definisi
pembelajaran dalam talian.Pembelajaran dalam talian adalah suatu pembelajaran dimana
menggunakan teknologi yang sedia ada seperti telegram, zoom , whatsapp dan
sebagainya dan menggunakan capaian internet. (Ubaidullah Jaafar, 2020) Kelas Online
atau kelas dalam talian atau pembelajaran dalam talian adalah satu siri pengalaman
pengajaran menggunakan rangkaian digital untuk berinteraksi, mengkaji dan
membincangkan. Selain itu, pembelajaran dalam talian adalah pembelajaran jarak jauh
dimana komunikasi antara guru dan murid hanya dalam talian di tempat atau rumah
masing-masing.Guru dan murid hanya berhubung dalam talian.Oleh itu,pembelajaran
dalam talian adalah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dan guru dalam
meneruskan sesi pembelajaran sepertimana di sekolah sewaktu pandemik ini.Tiada istilah
untuk tidak belajar mahupun tidak besemuka di sekolah seperti biasa.

1

2.0 LATAR BELAKANG PERBINCANGAN

Pada tahun 2020 negara kita telah digemparkan dengan virus covid-19.Virus ini telah
meragut bukan beratus malah berpuluh ribu nyawa manusia.Tambahan pula, virus ini
mudah berjangkit dari seseorang dengan seseorang yang lain dengan begitu cepat. Hal
ini kerana,virus ini tersebar melalui pernafasan,sentuhan,batuk dan bersin.Oleh
itu,kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan(PKP) bagi seluruh
negeri. Sekolah,taska,universiti dan Institut Pendidikan Guru perlu ditutup bagi mencegah
penyebaran virus ini akan tetapi pembelajaran harus diteruskan.Salah satu bentuk
pembelajaran yang boleh dilakukan adalah pembelajaran dalam talian.Walaupun ia agak
sukar berbanding pembelajaran di sekolah tetapi pembelajaran harus tetap
diteruskan.Justeru itu, terdapat banyak cara-cara pembelajaran dalam talian yang efektif
bagi pelajar di Institut Pendidikan Guru.

2.1MENGGUNAKAN APLIKASI YOUTUBE
Berdasarkan sumber yang diperoleh, terdapat banyak cara pembelajaran dalam talian

yang efektif bagi pelajar di Institut Pendidikan Guru.Antaranya adalah dengan
menggunakan aplikasi Youtube. Youtube adalah satu aplikasi yang ditubuhkan pada
tahun 2005 oleh Ched Hurley,Steve Chen,dan Jawed Karim bertujuan untuk pengguna
menyiarkan video atau menonton video yang telah disiarkan oleh pengguna lain.Youtube
adalah merupakan satu alat pembelajaran yang dapat membantu ,menarik minat pelajar
dalam mempelajari tentang sesuatu bidang.Hal ini kerana youtube mempunyai beribu-ribu
video atau maklumat yang boleh kita dapati untuk meningkatkan kefahaman kita dengan
lebih mendalam.(John Rizal ariffin, 2018)Tahap keberkesanan penggunaan teknologi
maklumat terutamanya youtube dalam pembelajaran adalah berkesan berdasarkan
keupayaannya dalam meningkatkan kefahaman,pencapaian,kreativiti pelajar dan minat
pelajar terhadap sesuatu bidang.Kebiasaannya pelajar akan lebih tertarik pada video atau
animasi -animasi sehingga mereka boleh menghafal dialog ataupun jalan cerita tersebut
dengan mudah kerana animasi atau video dapat mengurangkan tahap tekanan yang
dialami oleh mereka semasa pembelajaran. Oleh itu video boleh menjadi satu alat
pembelajaran atau motivasi yang mampu mempengaruhi jiwa pelajar.Selain itu,pelajar
dapat menggunakan Youtube untuk mencari bahan pembelajaran bagi subjek yang diajar
oleh guru.Contohnya bagi matapelajaran kemahiran belajar dimana pelajar menghadapi
kesukaran untuk faham tentang sesuatu topik kerana guru hanya boleh memberi
penerangan pembelajaran dalam talian.Oleh itu pelajar mengambil inisiatif sendiri untuk
faham dengan mencari maklumat atau video tentang topik berkenaan di Youtube.Adanya
teknologi ini dapat memberi gambaran kepada pelajar tentang bagaimana sesuatu

2

perkara itu terjadi.Hasilnya, dapat memudahkan pelajar untuk memberi tindak balas
ataupun maklum balas tentang hasil dapatan mereka daripada video tersebut.Pensyarah
boleh membuat refleksi atau kesimpulan setelah pelajar menunjukkan hasil kerja yang
mereka dapat.Youtube juga adalah merupakan perkara yang lebih mudah,murah dan
cepat dimana semua pelajar boleh mengaksesnya tidak kira sama ada pelajar itu
berkemampuan ataupun tidak.Oleh itu semua pelajar tidak terkecuali dalam menonton
video di Youtube.

Kesimpulannya,Youtube amat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dan
dapat membuka mata dan hati para pelajar untuk berfikiran lebih terbuka dalam menerima
ilmu.Tidaklah hanya tertumpu pada buku dan pensyarah sahaja. Menurut Duffy 2008,
Video pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen kepada
pelajar tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan video sebagai satu alat untuk
penzahiran.Selain dapat memberi kefahaman kepada pelajar,ia juga dapat menggalakkan
pelajar supaya lebih cakna dengan kemajuan teknologi terkini.

2.2 MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM
Selain itu ,adalah dengan mengakses aplikasi Google Classroom.Google Classrom

telah dicipta pada tahun 2014 oleh google untuk memudahkan para guru,pensyarah
memberi bahan rujukan kepada pelajar. Menurut Afrianti (2018), Google Classroom
adalah sebuah alat produktiviti yang dicipta untuk memudahkan guru dalam menjimat
waktu, menjalankan kelas dan meningkatkan komunikasi dengan pelajar. Google
Classroom adalah sebuah platform yang mudah digunakan bagi pelajar dan pensyarah
terutama dalam pembelajaran atas talian ini.Hal ini kerana, pensyarah dapat memuat
turun bahan pembelajaran dan para pelajar dapat membuat rujukan atau kajian untuk
lebih faham berdasarkan bahan yang disediakan oleh para pensyarah.Selain itu,Google
Classroom juga terhubung dengan beberapa platform google yang lain.Antaranya Google
Mail,Google Drive,Google Docs,Google Slides,Google Sites ,Google Sheets dan Google
Maps.Oleh itu , pelajar akan lebih mudah untuk menyiapkan tutorial atau kerja kursus
yang diberikan pensyarah dalam Google Clasroom kerana semua aplikasi sudah
tersedia.Tidak lupa Google Meet juga terdapat di dalam Google Classroom.Pelajar dapat
menggunakan aplikasi Google Meet dalam proses pembelajaran bersama
pensyarah.Seterusnya Google Classroom menyebabkan pembelajaran para pelajar lebih
efisien.Hal ini kerana, pelajar dapat berhubung dengan pensyarah secara dalam
talian.Oleh itu pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah apa yang mereka faham
atau apa yang mereka kurang faham secara terus.Sebagai contoh,Ali tidak faham tentang
bagaimana untuk tayamum dengan betul.Oleh itu, semasa Google Meet dengan
pensyarah Ali terus memberitahu pensyarah bahawa dia tidak mengetahui bagaimana

3

cara untuk tayamum dengan betul dan pensyarah juga akan terus menjawab soalan Ali
tersebut tanpa perlu tunggu untuk kelas yang seterusnya.Seterusnya,Google Classroom
adalah satu platform dimana data disimpan secara efisien.Oleh itu para pelajar tidak perlu
risau tentang kehilangan data atau dokumen yang penting kerana semuanya akan
tersimpan dengan selamat dan seterusnya para pelajar boleh mengakses data atau
dokumen tersebut dimana sahaja.Bahagian yang paling menarik bagi pelajar di Google
Classroom adalah pelajar boleh menyemak kerja yang belum selesai mahupun kerja yang
sudah selesai di bahagian list “To Do”.Oleh itu,pelajar dapat mengambil tindakan yang
lanjut sekiranya terdapat kerja yang belum selesai.Jadi pelajar tidak akan terlepas tarikh
untuk menghantar kerja atau tugasan tersebut.

Kesimpulannya,Google Classroom banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar
mahupun para pensyarah. Perkara ini disokong oleh Pradana dan Harimurti.

2.3 MENGGUNAKAN APLIKASI WHATSAPP
Seterusnya adalah dengan menggunakan aplikasi Whatsapp.Whatsapp adalah

sebuah medium penghantaran teks yang menggantikan sms.Whatsapp telah dicipta pada
tahun 2009 oleh Jan Koum dan Brian Acton bertujuan untuk memudahkan komunikasi
harian, memudahkan perbincangan dan perkongsian dalam talian.Oleh itu ,kita akan
dapat maklumat dengan cepat dan pantas walaupun hanya dalam talian tanpa ada
tertinggal atau tercicir.Sebagai contoh, pensyarah tidak dapat melakukan kelas pada hari
tersebut akibat mempunyai masalah yang tidak dapat ditangguhkan.Kemudian,pensyarah
tersebut memaklumkan kepada pelajar atas ketidakhadiran beliau dan meminta pelajar
untuk membuat latihan yang telah disediakan di Google Classroom.Pelajar akan sedia
maklum atas info tersebut dan memberitahu rakan lain.Jadi info tersebut tersebar kepada
rakan lain dan semua maklum bahawa tidak ada kelas pada hari tersebut.Jelaslah disini
bahawa aplikasi ini mudah untuk menyampaikan sesuatu info hanya melalui mesej ,tidak
melalui surat mahupun telefon seorang demi seorang. Pendapat ini disokong oleh Abdul
Fattah yang mengatakan WhatsApp adalah merupakan aplikasi rangkaian sosial yang
popular dan sering digunakan pada masa kini untuk tujuan komunikasi.Selain itu,kita
boleh berkomunikasi dalam grup yang ramai untuk berbincang atau untuk menyatakan
pendapat masing masing berkenaan topik yang dipelajari.Hal ini kerana,aplikasi ini boleh
menampung sebanyak 250 orang pada satu grup dan penghantaran mesej adalah tidak
terhad.Ini akan membuatkan pembelajaran lebih menarik kerana kita dapat mengetahui
pelbagai pendapat berkenaan sesuatu topik yang dibincangkan tersebut.Aplikasi ini juga
adalah merupakan aplikasi yang percuma.Tidak dikenakan sebarang bayaran cukup
hanya mempunyai nombor telefon bimbit dan seterusnya mendaftar dan terus boleh
menggunakannya tanpa sebarang batasan.Seterusnya,kita boleh menghantar

4

video,pdf,animasi,docs,audio dan gambar hanya melalui Whatsapp.Hal ini akan lebih
memudahkan kita untuk faham dengan lebih jelas tentang sesuatu
topik.Walaubagaimanapun Pustikayasa (2019) tidak bersetuju bahawa Whastapp adalah
sebuah platform yang efektif untuk pembelajaran kerana aplikasi Whatsapp ini
menggunakan data yang banyak.Sekiranya data sikit,maka mesej tidak akan naik dan
apa yang kita mesej juga tidak akan sampai kepada orang lain dan aplikasi ini juga hanya
melalui chat sahaja,tidak boleh bertatap muka secara virtual video call kerana video call
terhad hanya untuk 8 orang sahaja.Oleh itu susah untuk berhubung dengan ramai orang.

Kesimpulannya,aplikasi Whatsapp ini adalah aplikasi yang sangat efektif dan berguna
bagi pelajar untuk berhubung dengan pensyarah ,keluarga dan rakan sekuliah mahupun
rakan sekampus.Menurut Centikaya,2017 teknologi WhatsApp sangat baik digunakan
dalam pembelajaran kerana memiliki potensi teknologi pendidikan alami dan kualiti untuk
berkontribusi pada pendidikan sebagai teknologi yang mendorong pembelajaran.

2.4 MEMBUAT LATIHAN ATAU KUIZ
Akhir sekali,cara pembelajaran yang efektif adalah dengan melakukan beberapa

aktiviti ,kuiz atau latihan tentang tajuk yang kita sudah pelajari.Hal ini kerana apabila kita
membuat latihan tentang apa yang kita pelajari kita akan lebih faham dan mudah
mengingat tentang sesuatu perkara. Perkara ini berbeza dengan kita hanya belajar masa
kelas dan selepas kelas kita tidak membuat apa apa perkara.Ilmu tentang topik yang
dipelajari tadi hanya dapat bertahan untuk beberapa jam sahaja berbanding jikalau kita
membuat latihan atau beberapa aktiviti.Ilmu yang kita pelajari digabung dengan latihan
yang kita laksanakan akan membuatkan ingatan kita tentang ilmu itu bertahan dengan
lebih lama.Tambahan pula,kita belajar hanya melalui talian tidak
bersemuka.Kemungkinan ada diantara kita yang kurang faham tentang topik yang
dipelajari itu. Soalan-soalan latihan kita boleh reka sendiri berdasarkan apa yang kita
faham atau kita boleh rujuk soalan soalan di portal IPGM atau soalan daripada senior
kita.Lebih baik kita cuba untuk membuat soalan sendiri kerana kita dapat
menghubungkan sel sel otak kita untuk memikirkan soalan yang kbat dan menjawabnya
dengan baik.Setelah menjawab,kita boleh meminta bantuan pensyarah untuk menyemak
hasil kerja kita.Oleh itu kita dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan dari segi yang
mana.Kita boleh baiki kelemahan kita dengan sebaiknya. Tutorial yang diberikan oleh
pensyarah juga adalah merupakan salah satu contoh latihan.Setiap lepas kelas
pensyarah akan berikan beberapa tugasan tutorial untuk kita jawab di Google Classroom
atau di Whatsapp.Laksanakanlah tugasan itu dengan sebaiknya.Mintak pendapat
pensyarah kursus tersebut sekiranya kita kurang faham atau kurang pasti dengan
jawapan yang kita buat.Pensyarah akan cuba bantu dengan sebaiknya.Jangalah kita

5

malu untuk bertanya tentang sesuatu yang kita kurang faham kerana orang yang malu dia
akan rugi.Pensyarah tidak akan marah kepada orang yang bertanya sebaliknya
pensyarah akan marah kepada orang yang tidak mahu bertanya apa-apa.

Kesimpulannya, kita perlu membuat latihan, aktiviti ,tutorial tentang tajuk yang kita
pelajari.Manfaatkanlah masa dengan sebaik yang boleh.Sesungguhnya masa itu
emas.Janganlah kita leka dengan perkara yang kurang berfaedah.
3.0 PENUTUP
Pembelajaran dalam talian adalah perkara yang sangat baharu bagi kita pada masa
sekarang.Kita perlu membiasakan diri kita dalam pembelajaran kaedah baharu ini.Mudah
mudahan dengan cara- cara yang dinyatakan,dapat membantu pelajar di Institusi
Pendidikan Guru dalam mendepani kesusahan pembelajaran dalam talian ini.
Walaubagaimana sekalipun, kita tetap harus belajar. Sesungguhnya orang yang berjaya
dia akan berusaha dengan sebaik mungkin.Sekian,terima kasih.

( 1719 patah perkataan)

6

4.0 BIBILIOGRAFI

Ageng Triyono. (2020, September 12). Pengertian Pembelajaran Online Menurut Ahli,
Kamu Wajib Tahu! Haidunia. https://www.haidunia.com/pengertian-pembelajaran-
online-menurut-ahli/

Ahmad et al. (2010). E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNET DALAM
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT. Retrieved October 17, 2021, from
https://library.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/file_attachments/odl-
resources/159456/epembelajaran.pdf

Chan, N. N., Walker, C., & Gleaves, A. (2015). An exploration of students’ lived
experiences of using smartphones in diverse learning contexts using a hermeneutic
phenomenological approach. Computers and Education.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2014.11.001

Firman, F., & Rahayu, S. (2020). Pembelajaran Online di Tengah Pandemi Covid-
19. Indonesian Journal of Educational Science (IJES), 2(2), 81–89.
https://doi.org/10.31605/ijes.v2i2.659

Kebangsaan, K., & Guru. (2012). Penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan (pp. 15–17).
http://ur.aeu.edu.my/451/1/Penggunaan%20e-
Pembelajaran%20dalam%20Pengajaran%20dan%20Pembelajaran%20yang%20Ber
kesan..pdf

Mudah, C. (2021). Perbezaan Antara Pembelajaran Jarak Jauh dan Pembelajaran Dalam
Talian | Pembelajaran Jarak Jauh vs Pembelajaran Secara Online - 2021 -
Pendidikan. Web Logo Graphic. https://ms.weblogographic.com/difference-
between-distance-learning-and-online-learning-3598

7

Najib et al. (2017). E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEBUAH
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SELANGOR (E-Learning Among Students of
Higher Education Institutions in Selangor). Attarbawiy: Malaysian Online Journal
of Education, 1(1), 74–82. http://journal.kuis.edu.my/omje/wp-
content/uploads/2017/04/74-82_Vol.1_No.1_2017-1.pdf

Pandemik COVID-19 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (2019).
Wikipedia.org. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19

rahiza. (2020, November 27). 4 CARA-CARA BELAJAR DENGAN LEBIH EFEKTIF ATAS
TALIAN “ONLINE.” Upm.edu.my.
https://k10.upm.edu.my/artikel/4_cara_cara_belajar_dengan_lebih_efektif_atas_talia
n_online-59486

StraComm USIM [Umaina. (2021, October 8). COVID19: Implikasi Pengajaran dan
Pembelajaran Atas Talian. USIM | UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.
https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-
pembelajaran-atas-talian/

wan aziaris aziz. (2015, November 19). Pembelajaran Atas Talian (EPSA, Coursera,
EDX,Futurelearn). Www.ukm.my. http://www.ukm.my/wadahict/pembelajaran-
atas-talian-epsa-coursera-edxfuturelearn/

Zaki et al. (2014). PENGGUNAAN APLIKASI ATAS TALIAN DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KETIGA: PENGENALAN
KEPADA QUIZLET.COM. In Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan.
http://umkeprints.umk.edu.my/2755/1/Conference%20Paper%201.pdf

8

5.0 LAMPIRAN
9


Click to View FlipBook Version