Topic : Amalan Baik di Sekolah
Teacher’s Name : Nur Ain Natasha binti Fairol
Year : Tahun 2
Subject : Bahasa Melayu
Duration : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Skil : Bertutur
Content Standard : 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan
Learning Standard : 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut
konteks
Analisis Pelajar
Bilangan murid: 6 orang murid
Umur: Murid berumur 8 Tahun
Tahap: 6 orang murid mempunyai kecerdasan yang rendah
Gaya pembelajaran: visual, auditori dan kinestatik
Latar Sosioekonomi: Kebanyakan mereka merupakan anak kepada penduduk bandar yang lazimnya
bekerja sebagai penjawat kerajaan dan juga swasta. Kemudahan yang dimiliki oleh mereka di rumah
menyebabkan mereka sering terdedah dengan video-video daripada pelbagai media elektronik seperti
televisyen dan telefon pintar. Mereka memerlukan aktiviti yang melibatkan media yang dapat menarik
minat dan fokus mereka untuk belajar.
Kompentasi Khusus: Murid sememangnya mempunyai pengetahuan asas berkaitan ucapan
bertatasusila kerana biasa mendengarnya dalam pertuturan harian, namun mereka masih tidak begitu
mahir mengaplikasikannya dalam pertuturan di sekolah. Penggunaan ucapan bertatasusila dalam
pertuturan merupakan antara amalan baik di sekolah.
Nyatakan Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1. menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada empat ucapan bertatasusila yang betul
dengan tepat
2. menjelaskan sesuatu perkara sekurang-kurangnya tiga daripada empat ucapan
bertatasusila mengikut situasi yang betul dengan tepat
Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan
SET INDUKSI
Media : Gambar
Kaedah : Penerangan
Bahan : Kad imbasan (flash card)
Rasional pemilihan : Kad imbasan merupakan salah satu alat bantu mengajar yang dapat menarik
minat murid kerana lazimnya terdiri daripada pelbagai warna yang menarik. Tambahan pula, kad
imbasan kebiasaannya berbentuk visual yang dapat menarik minat murid terutamanya murid yang
mempunyai kecerdasan visual.
LANGKAH 1
Media : Video
Kaedah : Penerangan dan soal jawab
Bahan : LCD projektor, pembesar suara, dan video berkaitan ucapan bertatasusila
Rasional pemilihan : Penggunaan media ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan sedia ada
murid berkaitan tajuk yang bakal mereka pelajari. Tayangan video ini mampu merangsang pemikiran
murid untuk memberikan respons bagi setiap soalan yang dilontarkan. Penggunaan media ini juga
dapat menjadikan suasana pembelajaran menarik dan menyeronokkan murid-murid.
LANGKAH 2
Media : Audio
Kaedah : Soal jawab
Bahan : Pita rakaman
Rasional pemilihan : Penggunaan media ini adalah untuk menguji kemampuan murid menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur. Tambahan pula, murid akan lebih fokus mendengar segala mesej
yang disampaikan dalam audio tersebut bagi memudahkan sesi soal jawab berlangsung. Suasana
pembelajaran akan lebih menarik.
LANGKAH 3
Media : Slaid interaktif
Kaedah : Main peranan
Bahan : Slaid Power Point dan LCD projektor
Rasional pemilihan : Guru dapat menilai tahap keberkesanan murid bertutur dengan
mengaplikasikan ucapan bertatasusila mengikut situasi yang diberikan. Tahap penguasaan murid
bertutur dengan lancar secara bertatasusila dapat memudahkan guru menilai sama ada objektif
pengajaran yang ditetapkan oleh guru dapat dicapai ataupun sebaliknya.
PENUTUP
Media : Kuiz
Kaedah : Penyoalan
Bahan : Wordwall
Rasional pemilihan : Wordwall merupakan aplikasi berbentuk permainan yang menjadikan murid
lebih tertarik untuk menjawab kuiz tersebut. Kaedah penyoalan dipilih bagi menguji kefahaman murid
terhadap penggunaan ucapan bertatasusila yang betul mengikut situasi yang sesuai. Dengan kaedah
ini, murid dapat bersaing secara sihat untuk menjawab setiap soalan yang diberikan. Penggunaan kuiz
melalui Word wall dapat mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada murid serta pengetahuan baharu
yang telah dipelajari dengan bimbingan guru.
Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah
SET INDUKSI
Bahan kad imbasan (flash card): Guru menunjukkan kad imbasan (flash card) yang mengandungi
gambar situasi dan ucapan bertatasusila bagi memberikan gambaran awal kepada murid-murid
berkaitan isi pelajaran yang akan dipelajari. Kad imbasan (flash card) merupakan salah tu alat bantu
mengajar yang mampu menarik minat serta memberikan keseronokan kepada murid untuk belajar.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan kad imbasan (flash card) yang digunakan
jelas dan berwarna-warni bagi menarik minat murid.
Persediaan persekitaran : Guru perlu memastikan murid dalam keadaan bersedia dan selesa untuk
menerima isi pelajaran yang akan disampaikan serta bebas daripada sebarang gangguan sekeliling.
Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran yang menggunakan pendekatan berpusatkan
guru dan bahan pembelajaran iaitu kad imbasan. Guru memberi penerangan terlebih dahulu berkaitan
ucapan bertatasusila berserta tujuan penggunaannya. Guru mengaitkan bahan pembelajaran dengan
pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian. Murid memberikan respons dengan turut menyebut
ucapan bertatasusila yang terdapat pada kad imbasan.
LANGKAH 1
Murid menonton video yang ditayangkan
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan kualiti video yang ditayangkan dalam
keadaan baik serta jelas dari segi visual dan audio supaya murid dapat mentafsir mesej yang ingin
disampaikan oleh video tersebut.
Persediaan persekitaran : Guru perlu memastikan murid berada dalam keadaan yang selesa tanpa
sebarang gangguan bunyi.
Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran adalah berpusatkan murid dan bahan
pembelajaran iaitu video. Guru akan bersoal jawab dengan murid berdasarkan video yang ditonton
oleh murid-murid bagi memastikan mereka terus fokus dan turut membantu mereka mengingat
kembali pengetahuan sedia ada serta dapat mengaitkannya dengan topik yang akan diajar.
LANGKAH 2
Murid mendengar audio yang dipasang
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan audio yang dipasang dalam keadaan
yang baik iaitu jelas dan tidak tersekat-sekat agar dapat didengari oleh murid semasa penerangan.
Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid berada dalam keadaan selesa dan bebas
daripada melakukan aktiviti lain bagi mengelakkan gangguan bunyi dan sebagainya.
Persediaan pengalaman pelajaran : Pendekatan yang digunakan adalah berpusatkan murid dan
bahan. Murid memainkan peranan penting dalam memahami serta mengingati isi-isi penting yang
telah mereka dengar daripada rakaman audio tersebut. Murid perlu bertutur bagi mengemukakan
jawapan semasa sesi soal jawab berlangsung.
LANGKAH 3
Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan murid membuat lakonan contoh amalan baik di sekolah
berdasarkan situasi yang diberikan oleh guru dengan menggunakan ucapan bertatasusila yang betul
Bagaimana disemak/dipratonton: Guru perlu memastikan tulisan yang terdapat pada slaid dapat
dilihat dengan jelas. Animasi dan audio yang digunakan juga perlulah jelas agar dapat menarik minat
murid
Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid berada dalam keadaan yang selesa dan ruang
yang luas untuk membuat lakonan
Persediaan pengalaman pelajaran : Pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung adalah
berpusatkan murid. Murid perlu melakukan kerja secara berkumpulan dan memainkan peranan
masing-masing semasa melakonkan situasi yang diberikan
PENUTUP
Murid menjawab kuiz melalui aplikasi wordwall berkaitan ucapan bertatasusila
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan setiap murid mempunyai kemudahan ICT dan
capaian internet untuk menjawab kuiz
Persediaan persekitaran : Murid mempunyai ruang yang selesa untuk menjawab soalan kuiz yang
diberikan
Persediaan pengalaman pelajaran : Murid-murid boleh merujuk bahan yang telah disediakan
sebelum menjawab kuiz bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka
Penglibatan Pelajar
SET INDUKSI (5 Minit)
1. Guru menunjukkan kad imbasan yang mengandungi gambar dan tulisan ucapan bertatasusila
kepada murid-murid
(a) Selamat pagi
(b) Selamat tengahari
(c) Terima kasih
(d) Minta maaf
2. Murid melihat kad imbasan (flash card) yang ditunjukkan oleh guru.
3. Murid mendengar guru menyebut perkataan pada gambar.
4. Murid mengulang perkataan yang disebut oleh guru.
5. Murid menghantar ulangan perkataan tersebut dalam bentuk audio pada ruangan padlet yang
disediakan
LANGKAH 1 (15 minit)
1. Murid menonton video contoh amalan baik di sekolah iaitu berkaitan ucapan bertatasusila yang
ditayangkan pada LCD
2. Murid menyebut ucapan bertatasusila yang terkandung dalam video tersebut
3. Murid menghantar audio berkaitan ucapan bertatasusila yang terkandung dalam video tersebut
pada ruangan padlet yang disediakan
4. Guru membimbing dan memantau murid sepanjang aktiviti dijalankan
LANGKAH 2 (15 minit)
1. Murid mendengar audio dengan teliti
2. Murid memberi respons terhadap berkaitan ucapan bertatasusila dengan sebutan yang betul
3. Sesi soal jawab bermula dan murid menjawab setiap soalan dengan bertatasusila
4. Murid menghantar jawapan dalam bentuk audio pada ruangan padlet yang disediakan
5. Guru membimbing dan memantau murid sepanjang aktiviti dijalankan
LANGKAH 3 (15 minit)
1. Guru memaparkan slaid yang mengandungi contoh situasi serta dialog yang akan dilakukan oleh
murid
2. Murid mendengar audio yang dilampirkan bersama-sama slaid dengan teliti
3. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan
4. Murid membuat lakonan contoh amalan baik di sekolah berdasarkan situasi yang diberikan dengan
menggunakan ucapan bertatasusila yang betul
5. Setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan masing-masing semasa membuat lakonan
6. Lakonan tersebut perlulah dirakam
7. Murid menghantar video lakonan pada ruangan padlet yang disediakan
8. Guru menyemak tugasan murid dan memberi komen pada padlet tersebut
9. Murid boleh membetulkan kesalahan rakan-rakan yang lain dengan memberi komen pada padlet
PENUTUP (10 minit)
1. Guru memberi soalan kuiz secara atas talian menerusi aplikasi wordwall
2. Murid menjawab soalan mengenai ucapan bertatasusila berpandukan kad imbasan yang
disediakan
3. Setelah selesai menjawab kuiz, murid menghantar tangkapan skrin markah yang diperoleh
4. Murid juga menghantar jawapan kuiz dalam bentuk audio pada ruangan padlet yang disediakan
5. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut
Menilai dan Menyemak Semula
PENCAPAIAN MURID:
1. Murid dapat bertutur untuk menjelaskan sesuatu perkara sekurang-kurangnya tiga daripada empat
ucapan bertatasusila mengikut situasi yang betul
2. Murid dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih seronok
3. Murid dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik
4. Murid yang belum menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik akan dibimbing oleh
guru secara individu atau kumpulan kecil melalui aktiviti pemulihan dalam kelas
5. Murid dapat mengaplikasikan ucapan bertatasusila dalam kehidupan seharian
PENILAIAN GURU:
Guru dapat mencapai objektif pengajaran dengan menilai murid berdasarkan aktiviti lakonan yang
dilaksanakan
IMPAK/KEBERKESANAN:
1. Penggunaan kad imbasan (flash card) dapat membantu murid mengingat kembali ucapan
bertatasusila yang pernah dipelajari
2. Tayangan video menarik minat murid-murid untuk terus fokus dan meningkatkan kemahiran
mendengar dan bertutur mereka
3. Penggunaan audio dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur serta
dapat mengenal pasti penggunaan ucapan bertatasusila yang terdapat dalam audio yang didengari
4. Aktiviti lakonan dapat membantu murid mengetahui cara untuk mengaplikasikan ucapan
bertatasusila di sekolah
5. Kuiz yang dilaksanakan melalui aplikasi wordwall dapat membantu guru membuat penilaian
terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran