The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Assignment Fiqh (IAE)
IzzatiAddinaEzzah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eddy na, 2021-09-25 03:12:51

Bai' Bithaman Ajil

Assignment Fiqh (IAE)
IzzatiAddinaEzzah

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

Bay Bithamal Ajil (BBA)

Fiqh Muamalat 2 (ECO 2513)

DBF5A

PUAN ASHIKIN BINTI SALLEH

NAMA NO ID
NURUL EZZAH FARHANA BINTI ROSLI BMF20-01-005
NUR IZZATI NADHIRA BINTI ZURAIDI BMF20-01-008
BMF20-01-013
ADDINA BINTI KHADZRI





















LAMPIRAN

Maksud Bai Bithaman Ajil

Bai' Bithaman Ajil (perjanjian jual beli balik) atau BBA merupakan konsep perbankan
Islam yang digunakan dalam pembiayaan sewa beli atau pembelian insurans. Di bawah
konsep ini, bank memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta atau
perkhidmatan dengan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada 'vendor'
dengan harga tunai dan kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan
dengan harga belian ditambah keuntungan.

Pelanggan boleh membayar balik secara tangguh atau ansuran dan jumlah bayaran
bergantung kepada:

➢ jumlah kos belian yang terlibat
➢ risiko pembayaran
➢ tempoh perjanjian

Kaedah BBA dianggap sebagai kaedah pembiayaan yang menggantikan kaedah
pembiayaan berdasarkan pinjaman yang diamalkan oleh sistem perbankan
konvensional.

Isu semasa berkaitan kontrak Bay Bithaman Ajil (BBA).

• Isu Gharar Dalam Pembelian Rumah Melalui Bay’ Bithaman al-Ajil (BBA)

Apa yang jelas di dalam BBA terdapat unsur gharar yang dilarang oleh Islam. Gharar di sini
bermaksud ketidakpastian tentang kewujudan sesuatu perkara yang telah dipersetujui. Perkara
penting dalam sesuatu jual beli rumah adalah unit-unit rumah yang siap sepenuhnya dan sedia
diduduki serta boleh didaftarkan ke atas nama pembeli. Di dalam projek perumahan
terbengkalai, jelas unit-unit rumah tidak dapat disiapkan oleh penjual (vendor) iaitu Perbankan
Islam. Namun perbankan Islam meminta para pembeli peminjam tetap membayar ansuran
bulanan yang telah ditetapkan. Bukankah ini merupakan suatu contoh gharar. Sepatutnya,
perbankan Islam perlu memastikan unit-unit rumah itu dapat disiapkan sepenuhnya sebelum
meminta pembeli peminjam membuat bayaran bulanan. Maksud siap sepenuhnya itu adalah
rumah itu siap menurut kehendak undang-undang – Akta Bangunan Seragam 1984, Akta Jalan,
Parit dan Bangunan 1974, memperoleh Sijil Layak Menduduki atau Sijil Siap dan Pematuhan
(CCC), bangunan itu sedia untuk diduduki dan hakmilik hartanah itu boleh didaftarkan ke atas
nama pembeli.

Bagi mengelakkan daripada terjatuh dalam praktis gharar, perbankan perlu melibatkan diri
dalam projek perumahan yang telah siap sepenuhnya. Bukan separuh siap. Sekiranya,
perbankan Islam masih lagi mahu meneruskan praktis melibatkan projek perumahan yang
masih belum siap sepenuhnya, terma-terma di dalam BBA perlu meletakkan tanggungjawab ke
atas Perbankan Islam selaku pemilik rumah itu untuk memulihkan projek itu sekiranya projek
tersebut menjadi terbengkalai, bukan menuding jari menyalahkan pembeli rumah. Secara
alternatif, sekiranya projek itu gagal untuk dipulihkan, perbankan Islam perlu sedia untuk
memulangkan kembali segala wang yang telah dibayar pembeli. Secara tidak langsung ini
memberi keadilan kepada para pembeli dan meletakkan kedudukan di mana Perbankan Islam
adalah suatu sistem perbankan yang boleh dipercayai dan adil.

PENDAPATAN ULAMA

FIRMAN ALLAH S.W.T BERMAKSUD:
“Dan hendaklah kamu mendatangkan saksi apabila kamu berjual beli dan janganlah orang yang
menulis dan yang menjadi saksi itu saling menyulitkan.”( Surah al-Baqarah, 2:282 )

Ia menjelaskan bahawa keharusan dalam jual beli. Jual beli yang berbentuk hutang hendaklah
memerlukan transaksi jual beli secara bertulis. Tujuan diwujudkan transaksi tersebut adalah untuk
menghindarkan salah faham, penipuan dan pergaduhan pada masa akan datang serta tidak
mendatangkan masalah kepada kedua-dua belah pihak.

PENDAPAT ULAMA TERHADAP AMALAN BAI BITHAMAL AJIL

Ulama fiqh Islam sepakat mengharuskan jual beli barangan dengan bayaran tangguh. Imam Shafi’i
menjelaskan bahawa ” Tidak mengapa dengan seoranglelaki menjual barang dengan bayaran
tangguh dan membelinya semula dari pembeli itudengan bayaran tunai yang lebih rendah.” Imam
Malik juga mengharuskan jual belidengan bayaran tangguh. Bagi Imam Hanafi, sesiapa yang yang
menjual sesuatu barangan dengan harga tunai dan kemudian menangguhkan bayarannya dalam
tempoh yang ditetapkan, maka hukumnya sah dan jadilah hutang.

PENDAPAT ULAMA TERHADAP AMALAN BAI BITHAMAL AJIL

Ibn al-Humam pula menjelaskan bahawa dalil yang mengharuskan jual barang dengan bayaran
lebih kerana tangguh adalah berdasarkan riwayat Ibn Umar r.ayang mengatakan bahawa, ”setelah
Rasulullah s.a.w memperlengkapkan tentera, baginda memerintahkan aku supaya membeli seekor
unta dengan harga dua ekor unta secara tangguh”. Peristiwa ini merupakan hujah bagi
mengharuskan jual beli dengan bayaran lebih kerana tangguh. Maka, jelaslah bahawa pembiayaan
al-Bai’ Bithaman Ajil yangtelah dilaksanakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad, bank konvensional
melalui SkimPerbankan Islam dan sebagainya adalah diharuskan mengikut nas Al-Quran, al-
Sunnahdan Ijma’ Ulama

Aktiviti

Isi tempat kosong di dalam diagram Bai Bithaman Ajil dengan jawapan yang
betul.

Bai Bithaman Ajil (BBA) JAWAPAN

3. ➢ Menjual rumah pada
kos+keuntungan

➢ Pelanggan
➢ Rumah/ Harta
➢ Bayar harga rumah
➢ Membeli rumah pada kos

4.

Bank Islam

2.

5. Kenal pasti
1. rumah

Rujukan

1. https://nuarrualhilal.wordpress.com/2013/11/20/isu-gharar-dalam-pembelian-
rumah-melalui-bay-bithaman-al-ajil-bba/

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bai%27_Bithaman_Ajil
3. https://suaraviral.org/pelbagai-jenis-pinjaman-perumahan-yang-ada-di-malaysia/


Click to View FlipBook Version