The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11293258, 2023-02-03 02:10:54

Tokoh Pahlawan Mat Kilau

Hanisah_6FLC2@STaBuk Inn

TOKOH PAHLAWAN MELAYU KEMERDEKAAN MAT KILAU


Pengenalan... Nama Nama Sekolah Kelas Tarikh Lahir Hobi Cita-Cita Emel BIODATA MURID : Nur Hanisah Binti Mohd Ridzwan : SK Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri @ STaBuk Inn : 6 FLC 2 : 28 Februari 2010 : Melayari dunia ICT dan Sains : Ahli Astronomi dan Saintis : [email protected] Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dengan izin-Nya, dapatlah saya menyiapkan Buku Skrap Ringkas mengenai Tokoh Pahlawan Melayu Mat Kilau. Diharap ringkasan ini dapat membantu kita mengenali Tokoh Pahlawan Melayu ini secara ringkas.


Pendahuluan... MAT KILAU merupakan tokoh pahlawan terkenal yang matang dan sangat disegani. Beliau banyak berjasa bermula akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Jasanya yang sering menghidupkan semangat patriotik kepada orang-orang Melayu, disanjungi dan diingati. MAT KILAU bersama ayahnya Tok Gajah dan tokoh-tokoh perjuangan yang lain seperti Datuk Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim dan beberapa pahlawan yang lain tidak pernah kenal erti penat dalam menentang penjajah sejak tahun 1890. Anak jati Negeri Pahang ini mempunyai sifat ketahanan diri yang tinggi dalam menentang penjajah di negeri kelahirannya. Beliau sentiasa menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama. "JAGALAH AGAMA, JAGALAH BANGSA DAN JAGALAH NEGARA. JANGAN SAMPAI BANGSAKU TIADA NEGARA" ...itulah amanat terakhir beliau kepada kaum keluarga dan sahabat perjuangannya.


Biodata... Amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Mempunyai sifat seorag pemimpin dan pemikiran yang matang, luas pandangan, tegas, jujur sehingga menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani, dihormati dan mendapat kepercayaan oleh penduduk negeri Pahang. Pandai mengaji Al Quran, berzanji & berdikir sehingga menjadikan beliau seorang pendikir terkenal di Pulau Tawar. Pernah berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud ketika berusia 20 tahun dan dikurniakan tiga orang anak. Merupakan anak lelaki kepada Imam Rasu@Tok Gajah. Ibunya adalah Mahda anak kepada Tok Kaut dari Burau. Dilahirkan di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang pada 1865/1866. Gemar bermain gasing, berlaga buah pala dan berburu. Banyak menuntut ilmu daripada ayahnya Tok Gajah.


Rasionalisasi Tokoh... Digelar MAT KILAU atau MAT SIAM. Seorang tokoh yang hebat dan mempunyai sifat keberanian yang tinggi. Seorang tokoh termasyhur dan pahlawan melayu terbilang yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada dijajah pihak British. Segala cabaran yang dilalui MAT KILAU disanjung tinggi kepahlawanan beliau. MAT KILAU dan Tok Gajah memberikan sokongan hebat kepada perjuangan Datuk Bahaman dalam menawan semula lubuk terus. Perjuangan MAT KILAU mendapat sokongan padu daripada tokoh ternama dan ulama terkenal di Terengganu iaitu Tok Ku Paloh dan Hj Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut di Kelantan. MAT KILAU dianggap penderhaka oleh British dan menjadi buruan sehinggakan beliau menghilangkan diri dan muncul kembali pada Disember 1969. Jasanya yang sangat besar sehingga Malaysia menjadi negara merdeka dan berdaulat.


Sumbangan... Mengetuai penentangan terhadap penjajah dan berjaya membangunkan pasukannya. Mewujudkan sikap cintakan tanahair di kalangan penduduk setempat. Mengembangkan ilmu persilatan, ilmu agama dan ilmu kebatinan kepada muridnya sehingga dipraktikkan ke hari ini. Atas dasar pungutan cukai yang sering menindas penduduk dan keangkuhan penjajah, MAT KILAU, Datuk Bahaman dan Tok Janggut berganding bahu memulakan pemberontakan ke atas British. DATUK BAHAMAN TOK JANGGUT


Penutup... Kematian misteri MAT KILAU tersiar dalam akhbar Inggeris di Singapura pada 22 OKtober 1895. Mereka percaya bahawa MAT KILAU telah mati sepenuhnya. Namun, tiada sesiapa pun tahu kejadian yang sebenar melainkan sahabat terdekatnya. Disebabkan MAT KILAU dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, beliau terpaksa mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semejak 1930, MAT KILAU juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya memakai nama MAT SIAM. Pada Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati beliau yang ketika itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar.


Lampiran... TEMPATTINGGALPAHLAWAN MAT KILAU DETIK PENYERAHAN KUASA KITAB MAT KILAU KEMUNCULAN MAT KILAUPADA DISEMBER 1969


Lampiran... MAKAM PAHLAWAN MAT KILAU


Click to View FlipBook Version