SK SERI MAIMON, BATU PAHAT AHAD • 25 Jun 2023 • 8:00 pagi • Dewan AL-KHAWARIZMI 48 2023/2024 Dirasmikan oleh: EN NORAZAM BIN HAJI KAMISAN FOUNDER/CEO PUMAR SOLAR POWER (PSP)
GURU BESAR SK SERI MAIMON Pn Hanita Binti Hj Ali Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah dengan taufik dan iradah-Nya, pada hari ini dapat kita berkumpul bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan penglibatan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan puan semua, hubungan sesama kita dapat dipererat, cadangan dapat disepakati, segala usul dapat dirungkai, dan seterusnya segala masalah dapat dileraikan secara musyawarah. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Atas dasar kesepakatan dan komitmen yang tinggi, maka dalam tempoh 48 tahun tertubuhnya PIBG di sekolah ini, segala Kerjasama antara SESMA dengan PIBG telah berlangsung dalam keadaan yang baik. Terima kasih saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG kerana segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya terutamanya kejayaan dalam melengkapkan prasarana sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan, Akhir kalam, jadikanlah platform Mesyuarat Agung PIBG ini sebagai wadah percambahan idea, jambatan maklumat dan pengikat ukuwwah. Semoga kerjasama yang terjalin dapat memupuk hubungan yang saling melengkapi dalam usaha menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi realiti. Kepada barisan AJK PIBG 2021/23, sekalung penghargaan saya ucapkan atas sikap mesra dan budaya mudah dibawa berbincang yang kalian tunjukkan. Kepada barisan kepimpinan baharu AJK PIBG 2023/2025, pihak sekolah berharap agar gerakan baharu dapat disusun, digembleng, dipacu, disepakati menjadi senada seirama demi kemajuan anakanak SESMA, dalam memenuhi impian dan harapan kita agar SESMA menjadi sebuah sekolah yang kondusif, hebat dan berwatak. Sekian. Terima kasih. Wabillahhitaufikwalhidayah, Assalamualaikum w.b.t.
YDP PIBG Pn Hjh Noor Zahian binti Hj Mohd Jemadi Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat bersama-sama lagi untuk merealisasikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke48 bagi tahun 2023. Tahniah, syabas dan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG dan semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/23 kerana dengan komitmennya berjaya melaksanakan tanggungjawab bersama iaitu mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -48 ini. Adanya kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan PIBG, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan menjadikan sekolah cemerlang. Bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi membina modal insan yang mempunyai sahsiah murni untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Semoga lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan serta idea yang realistik demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Semoga Allah SWT memberkati kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Sekian , terima kasih.
PERKARA HALAMAN Atur cara majlis Jawatankuasa Pelaksana Carta Organisasi PIBG Sesi 2021-2023 Notis Mesyuarat Agung PIBG 2023 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 Laporan Penyata Kewangan PIBG sesi 2022/2023 Senarai usul dan cadangan daripada ibu bapa Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 Jawatankuasa PIBG Baharu sesi 2023/2025 Penghargaan
8.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa/penjaga dan guru. 8.30 pagi : Ketibaan Perasmi En Norazam bin Hj Kamisan 9.00 pagi : Majlis Perasmian dimulakan: • Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah & Lagu Negaraku • Bacaan Doa Oleh Ustaz Suhaili bin Kamisan • Bacaan al-Quran & Terjemahan • Ucapan Aluan oleh YDP PIBG Pn Hjh Noor Zahian binti Hj Mohd Jemadi • Ucapan Guru Besar Pn. Hanita binti Hj Ali • Persembahan murid • Ucapan Perasmian oleh En Norazam bin Hj Kamisan • Penyampaian Cenderahati kepada perasmi • Penyampaian Cenderahati kepada AJK PIBG Sesi 2021/2023 • Cabutan Bertuah 1 10.00 pagi : Jamuan Makan VIP, Ibubapa & Guru 11.00 pagi : Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa & Guru Kali ke-48 bermula: Agenda Mesyuarat Agung • Ucapan YDP PIBG – Pn. Hjh Noor Zahian binti Hj Mohd Jemadi • Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-47/2022 • Pembentangan Penyata Kewangan PIBG 2022/2023 • Perbahasan Usul • Cabutan Bertuah 2 • Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2023 • Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2025 • Hal-hal lain • Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG • Penyerahan bantuan beg untuk murid tahun 1 • Cabutan bertuah 3 1.00 tengah hari : Majlis Bersurai 1
JAWATANKUASA PENGELOLA/PENYAMBUT TETAMU Pn Hjh Noor Zahian binti Hj Mohd Jemadi Tn Hj Kamarudin bin Hj Tamrin Pn Hanita binti Hj Ali Ustaz Ahmad Ruzi bin Sulaiman En Mohd Fahrul Razi bin Abd Jalil En Mohd Nizam bin Mohd Salleh PENGURUS PROGRAM En Mohd Hanif bin Abu Bakar En Suhaili bin Kamisan DOKUMENTASI En Mohd Hanif bin Abu Bakar JAWATANKUASA SIARAYA / PS SISTEM En Mohd Shah Redza bin Abdullah (K) En Mohd Hanif bin Abu Bakar PENGACARA MAJLIS Pn Nor Asikin binti Razali (K) Pn Nur Surayahani binti Mastuki BANNER Pn Suriyani binti Basiron BUKU PROGRAM Pn Pn Norasikin binti Mohd Anuar(K) Pn Siti Zuraidah binti Ehsan Pn Suriyani binti Basiron JAWATANKUASA CENDERAMATA Pn Mawarina binti Haseth Pn Karmiliah binti Rajiman PENCATAT MINIT MESYUARAT Pn Mazlina binti Burhan Pn Hjh Norfadzilah binti Muradi JAWATANKUASA PENDAFTARAN Pn Turimah binti Surib Pn Karmiliah binti Rajiman BACAAN DOA Ustaz Suhaili bin Kamisan JAWATANKUASA JAMUAN VVIP & AJK Pn Zuhaida binti Adnan Pn Hashimah binti Abd Rahman Pn Masidah binti Awang 2
JAWATANKUASA JAMUAN IBUBAPA/PENJAGA & GURU Pn Junainah binti Leman (K) En Muhd Adam Abdul Rahman bin Abdul Jalil Pn Zamnah binti Abd Rahman Pn Norhayati binti Mohd JAWATANKUASA KEBERSIHAN En Suhaimi bin Abdullah En Mohd Razif bin Misdan En Muhammad Ammarul bin Mahbob JAWATANKUASA CABUTAN BERTUAH (Ibubapa) Pn Rosnani binti Semaon Pn Lenny binti Hj Kamsani Pn Mahanom binti Suib Pn Zainon binti Basri (Guru) Pn Fareha binti Ismail Pn Salina binti Mohd Yusof Pn Fazilah binti Yatiman Pn Siti Nooraini binti Maliki PERSIAPAN TEMPAT En Muhammad Arif bin Maleki (K) En Mohd Yusri bin Shair En Mohd Khair bin Ab. Rahman En Ishak bin Auf En Muhd Faiz Arsyad bin Mohd Khairul Adnan JAWATANKUASA PERSEMBAHAN Pn Hjh Mahfuza binti Nahaman (K) Pn Turimah binti Surib DOKUMENTASI En Mohd Hanif bin Abu Bakar JAWATANKUASA CENDERAMATANKUASA CENDERAMATA Pn Mawarina binti Haseth (K) Pn Karmiliah binti Rajiman 3
4
LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MAIMON KALI KE- 47 TARIKH : 2 JULAI 2022 HARI : SABTU MASA : 10.45 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : DEWAN AL KHAWARIZMI KEHADIRAN : IBUBAPA / PENJAGA : 101 orang GURU / KAKITANGAN : 36 orang 1. UCAPAN PENGERUSI YANG DIPERTUA PIBG 1.1 Ucapan kesyukuran serta terima kasih kepada ajk PIBG, ibubapa dan guru yang dapat hadir Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2022/ 2023. 1.2 Berharap ibubapa terus kekal bersemangat untuk bergerak ke hadapan dalam menerajui pendidikan anak- anak. 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-46 2.1 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Setiausaha PIBG, En Mohd Hanif bin Abu Bakar 2.2 Ahli diminta menyemak dan menyatakan perkara berbangkit sekiranya ada. 2.3 Mencadangkan minit mesyuarat disahkan 2.4 Mengesahkan minit mesyuarat : Pn Mazuen binti Mohd shah 2.5 Menyokong minit mesyuarat disahkan : Pn. Normala binti Molkan Makluman 3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN 3.1 Laporan kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG, En Suhaili bin Kamisan 3.2 Tiada perkara berbangkit dibahaskan. 3.3 Pn. Lenny binti Kamsari mencadangkan penyata kewangan disahkan. 3.4 Pn. Mahanom binti Suib menyokong penyata kewangan PIBG disahkan 5
3.5 Penerangkan mengenai penyata kewangan : 3.5.1 YDP memaklumkan aircond dewan yang telah dipasang adalah sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar Johor. 3.5.2 Sumbangan Hj Masli dan keluarga atas nama program bakul Ramadan 3.5.3 Pembelian kerusi kegunaan dewan juga adalah sumbangan kewangan daripada Pejabat Menteri Besar Johor 3.5.4 Guru Besar memaklumkan bahawa segala sumbangan yang disalurkan dalam akaun PIBG (menumpang) akan dikeluarkan dan direkod dalam penyata kewangan PIBG. Makluman 4. PEMBENTANGAN USUL 1. Nama : Muhammad Hafiz bin Khadzir Usul : mohon bantuan mana-mana pihak untuk tambak laluan masuk murid terutama jika waktu hujan lebat. Status : Tidak Hadir dan dibahas Bahas : Perbahasan di bil. 2 2. Nama : Suriyani binti Snaim@Musnaim Usul : menurap atau menyimin dengan meninggikan kawasan bahagian pintu laluan masuk pelajar kerana didapati air bertakung dikawasan tersebut semasa hujan Status : Tidak Hadir dan dibahas Bahas : Pihak sekolah akan mengusahakan untuk menyimin lebih tinggi laluan masuk dan keluar dipintu pagar. (berunding dengan En Razali) GB memaklumkan penyuraian balik murid mengikut model murid tunggu dalam pagar. Pintu pagar 2 ditutup dan menggunakan pakai pagar 1 sahaja supaya pengurusan murid masuk dan keluar lebih teratur Ibubapa / penjaga dimohon supaya tidak u-turn kenderaan di bus stop bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku. Guru besar mengalu-alukan kepada ibubapa sebarang bentuk sumbangan sama ada wang ringgit, tenaga mahupun masa kepada pihak sekolah. Tindakan : Guru besar & Pengurusan sekolah 6
3. Nama : Noor Hafissa binti July Usul 1 : mencadangkan kedai buku alat tulis dibuka Usul 2 : menyediakan tabung untuk amalan bersedekah Usul 3 : lebihkan pembelajaran pendidikan untuk anak- anak Status : Hadir dan dibahas Bahas 1 :- Semasa PKP kedai buku tidak dibuka dan tidak berfungsi seperti sediakala. - Urusan pembelian buku latihan dan aktiviti diambil alih oleh kedai buku daripada Kebirus - Guru besar meminta kepada cikgu Yusri untuk mengemaskini kedai buku dan alat tulis serta mengaktifkannya semula. Bahas 2 : Guru besar meminta seorang ustazah untuk mengendalikan tabung sedekah subuh. Hasil dana kutipan tabung subuh akan digunakan untuk aktiviti murid- murid di sekolah. Bahas 3 : Guru-guru ramai yang terpaksa bertugas diluar, terlibat aktiviti bola jaring, olahraga, diperingkat mssc dan mssd. - Arahan daripada KPM untuk melaksanakan aktiviti Kokurikulum- sehingg hujung minggu hadapan menyebabkan kekangan guru masuk kekelas - Isu khatam Quran- peratusan murid khatam menurun selepas pkp,bilangan murid yang tidak khatam sangat ramai. Ibubapa perlu mengambil berat berkaitan isu ini. - Ibubapa perlu menggalakkan anak-anak untuk hadir kesekolah dan memastikan mereka sentiasa menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru. - Pihak sekolah memerlukan bantuan ketua kampung mengenai kehadiran murid yang tidak hadir tegar. InsyaAllah Pendidikan anak-anak terjamin sekiranya mereka hadir kesekolah. Tindakan : Cikgu Yusri, semua guru & ibubapa 7
4. Nama : Nur Shila binti Ishak Usul 1 : mengadakan program saringan penentuan murid berkeperluan khas Usul 2 : Pihak sekolah perlu memanggil atau menjemput pihak perawat KKM agar memberi pendedahan tentang kanak-kanak berkeperluan khas. Status : Tidak hadir dan dibahas Bahas 1 & 2 : Saringan murid berkeperluan khas (MBK) hanya dilaksanakan selepas 6 bulan berada disekolah Segala urusan permohonan ke Pendidikan khas adalah dibawah tanggungjawab ibubapa/ penjaga. Sekolah akan mengenalpasti dari segi penerimaan pembelajaran murid dan mencadangkan kepada ibubapa/penjaga ke doktor sekiranya murid ada masalah pembelajaran. Tindakan : Semua guru 5. KEHADIRAN 137 / 276- Hampir 50% kehadiran Makluman 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Norliana binti Abd Rahim mencadangkan agar meletakkan kon dihadapan sekolah semasa murid datang dan balik. Respon : Cadangan diterima dan akan diambil Tindakan. 6.2 Normala binti Molkan mencadangkan jaga atau guru bertugas menjaga lalu lintas di hadapan sekolah. Respon : Cadangan diterima dan akan diambil Tindakan. Tindakan dalam tempoh seminggu Tindakan : Pengurusan sekolah 8
6.3 YDP PIBG Bayaran sumbangan PIBG bagi tahun 2022 adalah RM 30.00 Manakala bayaran tambahan RM 50.00 – dimasukkan dalam yuran persekolahan mengikut pengkelasan seperti berikut : Kertas soalan : RM 25 Kerohanian : RM 10 Keceriaan : RM 10 Trasformasi : RM 10 Kenyataan bayaran sumbangan PIBG dan bayaran tambahan adalah berbeza mengikut pengkelasan Makluman 7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 YDP PIBG menangguhkan mesyuarat agung dengan harapan agar semua pihak dapat bekerjasama dalam membentuk sahsiah dan jati diri anak- anak demi kecemerlangan bersama. 7.2 Mesyuarat agung PIBG ditangguhkan pada puku 11.42 pagi. Disediakan oleh: Disahkan oleh ( Mohd Hanif bin Abu Bakar ) ( Hjh. Noor Zahian bt. Hj Jemadi ) Setiausaha PIBG YDP PIBG SK Seri Maimon, SK Seri Maimon, Batu Pahat, Batu Pahat Johor Johor. 9
PN HANITA BT HJ ALI PENASIHAT PIBG PN HJH NOOR ZAHIAN BT HJ MOHD JEMADI YDP PIBG TN HJ KAMARUDIN BIN HJ TARMIN NYDP PIBG EN MOHD HANIF BIN ABU BAKAR SETIAUSAHA PIBG EN SUHAILI BIN KAMISAN BENDAHARI PIBG AJK PIBG IBUBAPA 1. Pn. Zainon binti Basri (Pt L. Laman) 2. En. Mohd Ikhwan bin Kadiran (Pt. Laman) 3. En.Azmizaid bin Salleh (Pt Othman) 4. Pn. Mazuen binti Mohd Shah (Pt Othman) 5. Pn. Rosnani binti Samaon (Pt Othman) 6. Pn . Mahanom binti Suib (Pt Mustaffa) 7. Pn. Lenny binti Kamsani (Pt Mustaffa) 8. En. Kamil@Huzaidi bin Jikan (Pt Puasa) AJK PIBG GURU 1. En. Mohd Yusri bin Shair 2. Pn. Hjh Mafuza binti Nahman 3. Pn. Junainah binti Leman 4. En. Suhaimi bin Abdullah 5. Pn. Zuhaida binti Adnan PEMERIKSA KIRA -KIRA 1. Pn. Normalah binti Molkan (Ibubapa) 2. Pn. Mazlina binti Burhan (Guru) 9 SENARAI NAMA JAWATANKUASA PIBG 2021-2023
10 LAPORAN KEWANGAN
BIL PERKARA 1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-48 2 Pembentangan laporan aktiviti tahunan bagi sesi 2022/2023. 3 Pembentangan dan penerimaan penyata kewangan yang berakhir 31 Mei 2023. 4 Pembentangan usul. 5 Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2023. 6 Pelantikan Pengerusi Sementara. 7 Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2023/2025 8 Pemilihan dua orang Juruaudit Dalaman (1 guru dan 1 ibu/bapa). 9 Ucapan Penangguhan. 11
1. Nurain Binti Othman USUL - Memohon makanan RMT buat tukar2 menu harian. 2. Noraisya Erra Binti Md Saib USUL - 1. Saya Cuma nak ucapkan terima kasih pada cikgu-cikgu yang mengajar dan pada seluruh guru kerana mendidik anak saya. Beri mereka kasih sayang, pinjamkan buku cerita yang best-best pada diorang. Terima kasih banyak- banyak cikgu, sebab selalu berusaha untuk kebaikan anak-anak. Saya tak tahu nak balas macamana. Saya doakan semoga guru-guru di SKSM terus sihat dan diredha dan dimurahkan rezeki. Amin. 2. Andai cikgu nak pasang aircond atau penapis udara disekolah. Saya boleh bantu untuk dapatkan. Insha Allah (01973777967) 3. Normalah Binti Molkan USUL - 1. Saya ingin memohon pihak sekola meletakkan tanda kon merah Di jalanraya sewaktu ibubapa murid menghantar dan mengambil Murid atas tujuan beri isyarat kepada kenderaan yang lalu dihadapan Sekolah agar mereka dapat memperlahankan kenderaan mereka. 2. Meminta koperasi sekolah beroperasisemula bagi memudahkan anak-anak murid membeli barang keperluan seperti pensil, pemadam, Colour dan sebagainya. 4. Nazatul Azwa binti Misli USUL - 1. Mengadakan program tandas angkat 2. Penjualan buah-buahan potong oleh pihak kantin. 5 . Rahayu Bte Esa USUL - 1. Kalau apa-apa maklumat tentang sekolah, tolong maklumkan ebih awal 2 . Bila cuaca nak hujan, minta murid-murid keluar lebih awal 5 minit. 6. USUL/CADANGAN SESI 2023/2025 12
6. Nor Salina binti Md Ali USUL - 1. Untuk meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid-murid, saya mencadangkan agar cikgu buat kuiz bagi mendorong murid-murid untuk lebih bersemangat belajar menguasai 3M dan meningkatkan daya pemikiran mereka. 2. Juga dapat buat kuiz untuk murid tahap 2 terutama berkaitan sifir, Pendidikan Islam atau subjek yang lain. Cikgu-cikgu boleh meminta manamana murid untuk baca sifir di hadapan kelas. Ini kerana anak saya sendiri yang darjah 5 pun masih belum dapat menguasai sifir dengan baik walaupun sudah disuruh banyak kali. 7. Saharudin/ Maslinda USUL - 1. Bimbang melihat situasi akhlak anak-anak sekarang terutama dari segi tutur kat, mohon sekolah adakan kem motivasi untuk kesedaran peradaban akhlak, budi Bahasa, nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dan lain-lain selain kepentingan akademik. 2. Wujudkan Kembali identity baju setiap pasukan di SKSM 8. Suriyani binti Snaim @ Musnaim USUL - 1. Mengadakan kelas tambahan bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris bagi membantu anak-anak SKSM menguasai subjek ini dengan baik. 2. Berkongsi takwim sekolah dalam bentuk softcopy bagi memudahkan perancangan ibu bapa dalam persediaan murid-murid. 3. Diharap pihak sekolah dapat membuka semula pintu belakang bahagian prasekolah idaman bagi memudahkan pengurusan penghantaran anak anak disamping mengelakkan kesesakan yang berlaku di pintu utama USUL/CADANGAN SESI 2023/2025 13
9 Muhd Fakhrul Razi bin Abd Jalil USUL - SESMA merupakan salah sebuah sekolah yg bergerak aktif dalam melaksanakan kemenjadian murid. Murid SESMA sering diberi peluang untuk bergiat secara aktif dalam bidang kokurikulum dan koakademik. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kekangan serta cabaran terutama dari segi kewangan. Bagi meningkatkan sumber kewangan PIBG yg selama ini telah banyak menyokong program sekolah, pihak sekolah mencadangkan supaya kutipan Bayaran Sumbangan PIBG di kalangan guru SESMA. Semoga dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat mengukuhkan tabung kewangan PIBG. USUL/CADANGAN SESI 2023/2025 14
SENARAI MURID YANG CEMERLANG MUHAMMAD ALIF BIN NORFAIZAL MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN DR ISMAIL PONTIAN AHMAD NURILHAM BIN MOHD ZAIHAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA KLUANG JOHOR NUR AUNI BINTI MAHATHIR SEK MEN KEB AGAMA HJ MOHD YASSIN NUR IRDINA BINTI AHMAD NIZAM SEK MEN SAINS BATU PAHAT 15
JAWATAN NAMA AHLI PENASIHAT PUAN HANITA BINTI HJ ALI (GURU BESAR SK SERI MAIMON) YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA WAKIL IBU BAPA: 1. 2. 3. 4. 5. WAKIL GURU: 1. 2. 3. 4. 5. 6. PEMERIKSA KIRA-KIRA WAKIL IBU BAPA: WAKIL GURU: 16
Kepada : • Semua guru, ibu bapa / penjaga yang sudi hadir serta menjayakan majlis ini. • Semua dermawan yang sudi menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan semua program PIBG bagi sesi 2021/2023. • Semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. • Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan usaha permuafakatan ini. PIBG SESMA mengucapkan jutaan