The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eiyzan38, 2021-04-23 21:29:29

EBOOK DR NORIZAN 24.4.21

EBOOK DR NORIZAN 24.4.21

PENILAIAN
FORMATIF DAN

SUMATIF

51

Kaedah Penilaian Penerangan

Formatif

Semua strategi pelaksanaan Program/Aktiviti dinilai

setiap tahun;

Penilaian formatif mengambil kira pemantauan yang

telah dilakukan;

Penilaian formatif dilaksanakan secara konsisten dan
berkala
bagi memastikan isu-isu/masalah dapat ditangani
pada peringkat pelaksanaan

Tindakan pembetulan akan diambil ke atas strategi

pelaksanaan Program/Aktiviti bagi meningkatkan
keberhasilan; dan

Keputusan penilaian Program/Aktiviti akan
dikemukakan kepada MOIC

52

Kaedah Penilaian Penerangan

Sumatif

Kementerian wajib melaksanakan penilaian bagi
semua Program/Aktiviti sekurang-kurangnya sekali
dalam tempoh lima tahun
Penilaian sumatif Program/Aktiviti dilakukan mengikut

Peringkat kitaran hayat Program/Aktiviti yang telah
ditentukan dalam Rancangan Penilaian Program dan
Aktiviti aBB
Penilaian sumatif dilaksanakan bagi menentukan
kesesuaian dan keberkesanan Program/Aktiviti aBB
dalam mencapai keberhasilan;
Pengubahsuaian kepada Program/Aktiviti aBB (sama
ada menambah/ mengurang bilangan Program/Aktiviti
dan/atau memperluaskan/memperkecilkan skop
Program/Aktiviti sedia ada) akan dilakukan sekiranya
laporan penilaian mendapati bahawa wujudnya
kekurangan/kelemahan kepada Program/ Aktiviti.

53

Dalam penilaian program terdapat empat proses yang harus dinilai
agar dapatan yang diperolehi nanti adalah lebih telus dan adil. Justeru,
keseluruhan proses tersebut hendaklah dinilai agar tidak mempunyai
unsur bias dalam pelbagai aspek

54

3.1 Penilaian Aspek Input

3.1.1. Penilaian Input
Aspek penilaian input terdiri daripada dua input iaitu input sumber
manusia dan input sumber bukan manusia. Input sumber manusia
melibatkan manusia dalam program tersebut dan akan dilihat dari
segi jantina dan sebagainya berdasarkan aspek demografi yang ingin
dikaji. Seterusnya input sumber bukan manusia pula adalah sesuatu
benda yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program
tersebut yang mana ke semua input tersebut akan dinilai dari segi
keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan.
3.1.2 Penilaian Aspek Proses
Penilaian proses pula adalah penilaian dari aspek proses yang
berkaitan dalam pelaksanaan program tersebut yang terdiri daripada
Dimensi Perancangan, Dimensi Pelaksanaan, Dimensi Pemantauan
dan Dimensi Penilaian dalam menilai proses pelaksanaan program
tersebut.

55

3.1.3 Penilaian Aspek output

Penilaian produk adalah penilaian terhadap output program yang
ingin dicapai.

3.1.4 Penilaian aspek Impak

Penilaian impak yang dimaksudkan adalah impak terhadap aspek
penilaian OBB iaitu keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan.
Penilaian ini akan membantu dalam mengenal pasti dan menilai
hasil, sama ada hasil itu positif atau negatif, sama ada berbentuk
jangka pendek atau jangka panjang (Randall,1969).

(A) Penilaian keberkesanan

Menepati objektif yang ingin disasarkan daripada pelaksanaan
program MBI tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rossi et
al, (1999); Alford dan Baird (1997). Manakala Perbendaharaan
(2002) menetapkan:

i Sejauh manakah objektif aktiviti tercapai?
ii Apakah sumbangan outcome Aktiviti kepada pencapaian

impak yang dirancang?
iii Apakah impak yang tidak dirancang dan/

atau yang negatif yang timbul daripada
pelaksanaan Aktiviti berkenaan?

56

B) Penilaian Kesesuaian
Penilaian kesesuaian adalah berkaitan dengan kesesuaian program
yang dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa faktor-faktor
berikut (Perbendaharaan, 2002) iaitu:
i Setakat mana Aktiviti dapat mengatasi masalah dan/atau
memenuhi keperluan asas pelanggan?
ii Setakat mana objektif Aktiviti berkenaan masih relevan?
iii Sama ada dasar-dasar yang dilaksanakan di bawah Aktiviti
adalah sesuai dan berpatutan dari segi skop dan liputan?
C) Penilaian Kecekapan
Kecekapan adalah berkaitan dengan kos faedah (cost benefit) dan
keberkesanan kos (cost effectiveness) yang terhasil daripada
pelaksanaan program. Seseorang penilai akan mendapat maklumat
yang cukup sekiranya penilaian tersebut memfokuskan kedua-dua
aspek tersebut. Ini kerana aspek-aspek tersebut adalah saling berkait
dan akan menghasilkan kecekapan dalam pelaksanaan sesuatu
program (Rossi et al, 1999).

57

Menurut Perbendaharaan (2002) pula kecekapan adalah jawapan bagi
persoalan-persoalan tersebut iaitu :
i Bagaimana aktiviti berkenaan boleh dilaksanakan secara lebih
cekap?
ii Sama ada input yang digunakan untuk mengeluarkan
outcome adalah berpatutan?
iii Adakah aktiviti berkenaan melengkapkan, bertentangan,
bertindih ataupun menjalankan fungsi-fungsi yang sama dengan aktiviti
yang lain?

58

4.1 Konsep rubrik
Rubrik adalah instrumen yang berbentuk senarai semak.
Instrumen ini banyak digunakan dalam menilai pencapaian pelajar
(Peirce, 2006). Antara fungsinya adalah seperti membantu tenaga
pengajar untuk membuat penilaian dengan lebih konsisten dan
berkesan, membantu pelajar mengetahui dan mengecapi
ekspektasi pengajarnya. Selain daripada itu, instrumen ini juga
adalah sebagai alat untuk membekalkan maklumat tentang
penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap sesuatu program
(Mertler, 2001).

59

Manakala menurut Andrade (1997) pula menjelaskan bahawa
terdapat banyak kebaikan menggunakan rubrik dalam melakukan
penilaian ke atas hasil pelajar atau penilaian terhadap sesuatu
aktiviti. Kerana rubrik dapat meningkatkan pencapaian pelajar,
memantau perkembangan pembelajaran pelajar di samping
mencapai ekspektasi gurunya, menyedarkan pelajar akan tahap
penguasaannya ke atas hasil kerja sendiri, memupuk semangat
berdikari dan bertanggungjawab.
Dalam kajian oleh Tee., Mimi, Jailan, Baharom, Widad dan Yee
(2010) mendapati instrumen rubrik juga telah digunakan bagi
menilai tahap kefahaman pelajar seperti peta minda oleh Buzan
(2002a) yang menggunakan senarai semak oleh Doss (2008).

60

JENIS-JENIS RUBRIK

RUBRIK RUBRIK
ANALITIK HOLISTIK

61

RUBRIK ANALITIK

Instrumen rubrik analitik ini digunakan kerana konstruknya lebih
teliti dan spesifik untuk menilai sesuatu penilaian yang
memerlukan penelitian ke atas bahagian-bahagian kecil atau
spesifik (Gavin, 2005).
Menurut Peirce (2006), beliau menekankan bahawa rubrik analitik
membekalkan lebih maklumat berbanding rubrik holistik. Ini
kerana rubrik analitik sangat berguna dalam penilaian ke atas
sesuatu projek. Menurut Peirce (2006) juga, rubrik boleh
digunakan untuk menilai sesuatu program, kursus atau projek. Ini
kerana rubrik adalah suatu alat penilaian yang membekalkan
maklum balas tentang kekuatan dan bahagian yang perlu
penambahbaikan (Andrade, 1997) sebagaimana template rubrik
analitik berikut:

62

Jadual 2.3 Template Rubrik Analitik

63

RUBRIK HOLISTIK

Rubrik holistik digunakan untuk menilai secara keseluruhan sesuatu
penilaian. Mertler (2001) menerangkan rubrik holistik memerlukan
guru untuk menilai hasil kerja pelajar secara keseluruhan dengan
tidak menilai bahagian atau komponen kecil secara terperinci. Rubrik
holistik adalah lebih bersifat umum (Peirce, 2006). Sebagaimana
template rubrik holistik berikut:

64

Jadual 2.4 Template Rubrik Holistik

65

RUBRIK DUA LAPIS DALAM
PENILAIAN PROGRAM

Penggunaan instrumen rubrik dua lapis (double layer rubric) dalam
penilaian program di Malaysia amatlah sesuai dan lebih menepati
kehendak soalan yang dikemukakan. Di Malaysia instrumen rubrik
dua lapis merupakan bentuk penilaian baharu yang belum
digunakan secara meluas lagi. Instrumen Rubrik Dua Lapis adalah
instrumen yang berbentuk rubrik iaitu senarai semak yang
menggunakan skala untuk menilai pencapaian sesuatu program
atau pelajar (Mertler, 2001).

Instrumen ini dirujuk daripada literature yang berkaitan bagi
setiap konstruk yang dibina dan seterusnya pembinaan instrumen
tersebut dibina berdasarkan Jadual Pembinaan Instrumen (JPI)
rubrik oleh Mohd Sahandri (2013). Instrumen ini menggunakan
dua skala pengukuran untuk mendapatkan maklumat kecil yang
lebih spesifik. Pertama melalui skor min markah yang berdasarkan
0 (tiada), 1 (sebahagian) dan 2 (sepenuhnya).

66

Seterusnya akan jumlahkan dan diterjemahkan ke skala ordinal 5
markah iaitu markah 1 (1-2), 2 (3-4), 3 (5-6), 4 ( 7-8) dan 5 (9-10) dan
dibina berdasarkan Jadual Penentuan Instrumen (JPI) Mohd Sahandri
et. al (2013). Instrumen rubrik dua lapis ini telah mula digunakan di
Malaysia sebagai satu bentuk transformasi baharu dalam pembinaan
instrumen. Transformasi baharu ini telah dipelopori oleh Mohd
Sahandri Gani dalam artikel yang bertajuk ”Transformasi Pembinaan
Instrumen Kajian Dalam Pendidikan (2013) dan “Development of the
Double Layer Rubric for the Study on the Implementation of School-
Based Assessment Among Teachers" (2015). Seterusnya instrumen
telah digunakan juga oleh beberapa orang pelajar doktor falsafah pada
tahun 2015 dan 2016 dalam kajian tesis doktor falsafah dan
mendapati penggunaan instrumen ini lebih menepati kehendak soalan
dan lebih spesifik.

67

4.4 Contoh Pembinaan Instrumen rubrik

68

Penilaian program amat sesuai dilaksanakan bagi memastikan
program yang dilaksanakan tidak sia-sia dan mengelak dari
berlakunya pembaziran sama ada dari segi wang, masa dan
tenaga kerja yang terlibat. Melalui penilaian program juga
dapat memastikan program yang dilaksanakan berada pada
landasan yang betul dan tidak lari dari matlamat asal program
yang dilaksanakan. Dengan melaksanakan semua prosedur
tersebut, dapatan penilaian kita nanti lebih telus dan menepati
semua aspek ini.

69

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Stitistik Penyelidikan. Buku 1. Asas
Statistik

Penyelidikan. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Stitistik Penyelidikan. Buku 2. Asas
Statistik

Penyelidikan. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.

Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahya, Rosli Sahat & Badrul
Hisham Alang

Osman (2012). Menguasai penyelidikan tindakan: Untuk PISMP dan
DPLI, Perak:

Percetakan Lee Sdn. Bhd.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner.
Geelong, Victoria,

Australia: Deakin University Press.

Lomax, P. (1995). Action research for professional practice , British
Journal of In-

Service Education, 21:1, 49-57

70

Mariam Mohamed Nor & Abd.Halim Bin Ibrahim. (2004). HBET 2303
Writing in an esl

context. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

McNiff, J. (1988). Action research: Principles and practice. London:
Routledge

Mohd Hasani, D., Salleh, A.R., dan Mohammed Sani, I. (2006). Konsep
Profesionalisma

Keguruan. Dalam Kesediaan Profesionalisme Guru Novis. Institut
Pengajian Tinggi Awam, Bahagian Pendidikan Guru, Jawatankuasa
Penyelerasan Pendidikan Guru. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan,
UKM.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006 – 2010. (2006). Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia , 2013-2025. (2013).
Kementerian Pengajian

Tinggi. Putrajaya: KPT.

71

Stenshouse, L. (1975). An introduction to curriculum research and
development,

Heinemann
Whitehead, J. (1985). An analysis of an individual's educational

development – the basis for personally orientated
action research. Published in Shipman, M. (Ed.)
Educational Research: Principles, Policies and
Practice, pp. 97-108; Falmer; London.

72

73


Click to View FlipBook Version