The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASAL USUL DAN SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfarrahnajiha04, 2022-10-17 00:56:32

ASAL USUL DAN SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL BAHASA MELAYU

ASAL USUL DAN SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL BAHASA MELAYU

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS

SEMESTER 1
TAHUN 2022

NAMA PELAJAR: NUR FARRAH NAJIHA BINTI ADLAN
P22141454
ANGKA GILIRAN: 040310030632

NOMBOR KAD
PENGENALAN:

KUMPULAN/UNIT: PPISMP / BAHASA MELAYU 2

KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB1074 / SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU

NAMA PENSYARAH: PUAN RANA BINTI HAMZAH

TARIKH HANTAR: 25 SEPTEMBER 2022

ASAL USUL BAHASA MELAYU DAN SEJARAH PERKEMBANGAN AWAL BAHASA
MELAYU

1.0 PENGENALAN
Sebelum menelusuri mengenai asal usul sesuatu bahasa Melayu, kita perlu mengetahui
pengertian Melayu terlebih dahulu. Pelbagai penyiasatan yang dijalankan oleh sarjana
barat semasa menganalisis konsep Melayu. Menurut Nik Safiah Karim (2010), Melayu
pada awalnya merujuk kepada konsep kawasan. Hal ini terbukti bahawa Melayu pada
awalnya merujuk kepada kawasan atau kerajaan dan bukannya bangsa. Abdullah jumain
(1993), ‘Melayu’ sebagai suatu istilah yang merujuk nama bahasa dan bangsa cuma ada
setelah wujudnya kerajaan Melaka dan kemudian berkembang sebagai sebuah kerajaan
yang teragung. Pengertian Melayu mungkin merujuk kepada nama sama ada dalam
bangsa atau bahasa hasil daripada kewujudan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Kewujudan sesuatu bangsa boleh dikaitkan dengan mana-mana bahasa. Akibatnya,
mana-mana bahasa yang digunakan mempunyai penutur asli yang boleh memahaminya.
Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
memulakan penyelidikannya pada 1972, dan penemuannya mengesahkan kewujudan
bahasa Melayu sebagai suku bangsa di seluruh dunia, termasuk Madagascar, Sri Lanka,
dan Asia Tenggara. Namun, akar umbi keturunan Melayu masih lagi kabur kerana tiada
bukti yang konkrit terhadap kajian yang dikemukan oleh ramai sejarawan disebabkan
kajian penyelidikan sejarah kuno yang tidak dilakukan secara mendalam. Tanpa
mengambil kira kaedah tersebut, kita dapat memahami salasilah bahasa Melayu secara
jelas dan padat daripada pengalaman kehidupan seharian nenek moyang dahulu.
Pelbagai projek penyelidikan berkaitan bahasa yang sedang dijalankan oleh sarjana
barat di Semenanjung Malaysia. Sumber maklumat yang paling terkenal ialah R.H.
Geldern, J.H.C. Kern, Van Deer Tuuk, Brandsetter, dan lain-lain. Terdapat juga orang dari
negara lain yang kerap bercakap bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama mereka,
seperti Asmah Haji Omar, Harun Aminurrashid, Amat Juhari Joain, dan lain-lain. Dua
kawasan iaitu Asia Tenggara dan Nusantara mungkin menjadi asal usul orang Melayu,
menurut ahli bahasa dan ahli arkeologi masing-masing.
Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu pasti mempunyai sejarahnya tersendiri
mengenai susur galur bahasa Melayu dan perkembangan bahasa Melayu sehingga
diaplikasikan oleh masyarakat kini terutamanya masyarakat Melayu sendiri. Sejarah
perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut estimologi kata ‘Melayu’.

2.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal usul orang Melayu iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana kurangnya
kajian sistematik bahasa Melayu. Maksud Melayu ialah Melayu merujuk kepada bangsa
Austronesia yang wujud di Benua Asal Melayu. Beberapa teori juga mendakwa bahawa
bahasa Melayu berasal daripada Austronesia kuno dalam rumpun bahasa Austris (Zurina
Binti Abdullah dan Adi Yasran bin Abdul Aziz, 2021). Mengikut teori yang dinyatakan di
atas, Austronesia ialah nama yang diberikan kepada golongan manusia yang berbahasa
Melayu. Mereka meninggalkan Yunan dan mengembara ke selatan dalam bentuk
beberapa gelombang yang terus-menerus menyesarkan Asia Tenggara. Bahasa Melayu
itu merupakan bahasa di bawah rumpun Austronesia (Nik Safiah Karim, 2010). Teori-teori
yang mengatakan bahasa Melayu berasal darripada rumpun Austronesia juga dinyatakan
oleh sejarawan negara.

Orang Melayu berpindah secara berperingkat dan kumpulan pertama dikenali sebagai
Melayu Proto. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada tahun 2500 sebelum masihi.
Orang Melayu-Proto hidup secara berpindah-randah pada ketika itu. Mereka telah
menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Mereka juga pandai
membuat alat bercucuk tanam dan alat perhiasan serta memperlihatkan kepandaian
berlayar. Zaman Melayu Proto dikenali sebagai zaman Neolitik.

Kemudian, kira-kira tahun 1500 sebelum masihi, kelompok kedua dari daerah Yunan
datang ke Nusantara. Mereka dikenali sebagai orang Melayu Deutro. Zaman Melayu
Deutro dikenali sebagai zaman Logam. Orang Melayu Neutro ketika ini pandai membuat
peralatan seperti alat perburuan dan pertanian daripada besi. Mereka mengembara ke
Kepulauan Melayu dan menemui banyak pinggir bandar di sana. Akibatnya, orang Melayu
Proto terpaksa mengembara ke kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang
bergunung-ganang dan kawasan hutan.

Selain itu, akar umbi keturunan melayu juga boleh diperhatikan melalui beberapa
bukti. Terdapat beberapa buku sejarah yang merujuk kepada bahasa Melayu sebagai
bahasa utama mereka. Satu contoh ialah orang Cina bercakap tentang seorang ahli
perniagaan Cina bernama Mo-Lo-Yeu menghantar bungkusan ke China untuk
menyampaikan keputusan pemerintah negara itu kepadanya sekitar 644-645 Masihi. Kali
terakhir China mendakwa bertemu dengan rakyat Malaysia ialah apabila seorang sami
Buddha Sami bernama I-Tsing menggunakan frasa "Mo-La-Yu" sebagai menjawab
pertanyaan mengenai dua raja Malaysia yang berumur kira-kira 675 tahun pada masa itu
iaitu raja Melayu Sungai Batang dan raja Palembang Sriwijaya.

Oleh kerana penduduk Austronesia fasih dalam setiap Kepulauan Melayu dan Lautan
Pasifik, mereka fasih dalam setiap bahasa yang digunakan di setiap wilayah. Bahasa

Austronesia ialah satu-satunya bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan kecil orang
dalam keluarga bahasa Austris. Julat bahasa rasmi Austronesia menjangkau dari
Formosa di utara hingga New Zealand di selatan dan dari Madagaskar di barat hingga
Pulau Easter di timur (Nik Safiah, 2010). Rumpun Austronesia difahami oleh lapan
cabang. Pembahagian keluarga yang dimaksudkan adalah berdasarkan persamaan dan
perbezaan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain, termasuk pembentukan
kata dan ayat serta perbendaharaan kata. Empat kelompok utama bahasa Austronesia
ialah yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau Nusantara, Polinesia, Melanesia, dan
Mikronesia, masing-masing. Bahasa melayu tergolong dalam cabang bahasa Nusantara
dalam keluarga Austronesia. Cabang nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling
banyak, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Daripada masyarakat Indonesia atau Nusantara,
bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling kondusif kepada pertumbuhan golongan
ini. Buktinya, Bahasa Melayu telah ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan di beberapa
negara, antaranya Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia (Asmah, 1993).
Subkeluarga Indonesia Pusat dan subkeluarga Filipina-Formosa kedua-duanya layak
menerima mesej daripada keluarga Indonesia. Subkeluarga Indonesia Pusat terdiri
daripada bahasa yang dituturkan di Sarawak, Kalimantan, dan pulau-pulau Indonesia
yang lain serta Melayu. Selain itu, komuniti Filipina-Formosan terdiri daripada penutur
bahasa tempatan Filipina, Sabah dan Brunei.

3.0 SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Sejarah perkembangan bahasa Melayu terbahagi kepada empat peringkat, iaitu bahasa
Melayu Purba, bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang terawal digunakan oleh masyarakat yang
mendiami Nusantara iaitu zaman prasejarah untuk berkomunikasi antara. Kelompok-
kelompok yang menuturkan bahasa Melayu Purba merupakan kelompok Melayu Deutro (Nik
Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2004). Bahasa Melayu Purba dituturkan oleh
masyarakat Melayu Deutro sebelum kedatangan India.

Selepas kedatangan pedagang India dan penyebaran agama Hindu dari Kepulauan
India ke Tanah Melayu, bahasa Melayu mengalami perubahan iaitu dari bahasa Melayu Purba
ke bahasa Melayu Kuno disebabkan oleh evolusi pertama. Mengikut Ismail Hussein (1966),
melalui pengaruh bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama iaitu
dari bahasa yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya ke arah bahasa
sarjana. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengaruh Sanskrit ke Tanah Malayu
menyebabkan bahasa Melayu Purba berkembang menjadi Bahasa Melayu Kuno. Bahasa
Melayu Kuno mencapai zaman kegemilangannya pada zaman pemerintahan Kerajaan

Srivijaya iaitu pada aabd ke-7 hingga abad ke-13. Kegemilangan bahasa Melayu Kuno
terbukti apabila bahasa Melayu Kuno menjadi bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran
pada era tersebut. Mereka yang bertutur menggunakan Bahasa Melayu Kuno merangkumi
semenanjung Tanah Malayu iaitu yang kini ialah semenanjung Malaysia, Kepulaun Riau dan
Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana bersifat sederhana dan mudah
menerima pengaruh luar. Selain itu, Bahasa melayu kuno tidak terikat kepada susun lapis
masyarakat. Bahasa Melayu Kuno juga lebih mudah dipelajari berbanding Bahasa Jawa
kerana ia mempunyai sistem yang lebih ringkas. Oleh kerana agama Hindu adalah agama
yang dominan dalam kalangan orang Melayu pada masa itu, sistem bahasa Sanskrit banyak
mempengaruhi bahasa Melayu Kuno. Bahasa asing ini iaitu bahasa Sanskrit mudah diterima
kerana sifat bahasa Melayu mudah dilentur mengikut keadaan. Bahasa Sanskrit menjadi
penyumbang dalam memperkaya kosa kata Melayu dan ciri- ciri keilmuan bahasa melayu.
Antara bahan yang menjadi bukti penggunaan bahasa Melayu Kuno ialah batu bersurat di
Kedukan Bukit, Palembang, batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang, batu bersurat di Kota
Kapur, Pulau Bangka dan batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi. Empat batu
bersurat ini menjadi bukti penting tentang penggunaan bahasa Melayu Kuno. Tiga sistem
tulisan yang digunakan pada zaman bahasa Melayu Kuno iaitu tulisan palava, tulisan kawi
dan tulisan nagiri. Keempat-empat batu bersurat yang menjadi bukti penggunaan bahasa
Melayu Kuno menggunakan tulisan palava iaitu tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran
agama Hindu. Tulisan nagiri pula berasal dari utara India dan digunakan pada batu bersurat
Gandasuli. Tulisan kawi digunakan pada batu bersurat di Joreng dan Padang Lawas yang
terletak di Tapanuli, Sumatera.

Pengaruh dan perkembangan agama Islam di Tanah Melayu semakin meluas pada
abad ke-14. Bahasa Melayu Kuno berkembang menjadi bahasa yang lebih jelas iaitu bahasa
Melayu Klasik. Bahasa Melayu Klasik ialah bahasa yang digunakan pada abad ke-14 hingga
abad ke-18 (Nik safiah karim, 2010). Islam diperkenalkan ke Asia Tenggara selari dengan
bahasa Melayu Klasik. Berdasarkan perkara di atas, penggunaan tulisan jawi telah beralih
kepada kata pinjaman Arab kemudian kepada Melayu Klasik. Oleh sebab itu, bahasa Arab
Klasik Melayu dilengkapkan dengan adanya sistem tulisan jawi. Bahasa Melayu Klasik
digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Acheh dan Johor Riau dan berkembang
pesat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman bahasa Melayu klasik, terdapat
pengaruh kosa kata Arab, pengaruh bahasa istana, kosa kata klasik, kata pangkal ayat dan
penegas pun dan lah mula digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Hal ini
menunjukkan bahasa Melayu semakin berkembang seiring dengan peredaran zaman. Antara
bukti penggunaan bahasa Melayu Klasik pada abad ke-14 hingga abad ke-18 ialah dengan
adanya batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau. Batu bersurat ini menggunakan huruf

palava tetapi menerima pengaruh Arab. Selain itu,batu bersurat Terengganu menjadi bukti
terawal mengenai perkembangan bahasa Melayu Klasik. Batu bersurat ini dijumpai di Sungai
Teresat, Kuala Berang dan bertulisan jawi yang merupakan campuran sistem ejaan Arab
dengan sistem ejaan Melayu. Hukum Kanun Melaka juga menjadi bukti penggunaan bahasa
Melayu Klasik dalam undang-undang lama kerana bahasa Melayu Klasik sudah digunakan
pada zaman kesultanan melayu melaka. Hukum Kanun Melaka merupakan teks undang-
undang bertulis pertama yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun
begitu, terdapat banyak lagi bahan yang menjadi bukti penggunaan bahasa Melayu Klasik
seperti Batu Nisan Malik al-Salleh, Hukum Kanun Pahang, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain
lagi. Oleh itu, bahasa Melayu Klasik menjadi penyumbang kepada sistem bahasa Melayu
dimana bahasa Melayu Klasik menjadi bahasa lingua franca, bahasa pentadbiran, bahasa
ilmu, bahasa undang-undang dan bahasa persuratan.

Zaman bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19. Perjuangan untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercapai apabila bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam perkara 152 dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu (Nik Safiah Karim et al. 2015). Selepas mencapai kemerdekaan
pada tahun pada tahun 1957, Bahasa Melayu Moden telah diiktiraf secara rasmi sebagai
bahasa kebangsaan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Sejak zaman Bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu telah mendapat perbendaharaan
kata baharu melalui pengaruh bahasa asing iaitu bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu Klasik pula
menerima pengaruh bahasa Arab diikuti bahasa Melayu Moden menerima pengaruh bahasa
Eropah. Menurut Azura (2011), pembentukan istilah dalam bahasa Melayu dipengaruhi oleh
bahasa asing melalui peminjaman kata. Antara bahasa asing yang dipinjam ialah bahasa
Inggeris, Arab, Portugis, Belanda dan Sanskrit. Peminjaman kosa kata asing adalah melalui
dua proses iaitu peminjaman terus dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan contohnya
perkataan psychology dalam bahasa asing menjadi psikologi dalam bahasa Melayu. Selain
itu, peminjaman penterjemahan dengan mengambil makna tau konsep perkatan asing
contohnya perkataan honeymoon dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bulan madu
dalam bahasa Melayu. Pembentukan istilah dalam bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa
asing melalui peminjaman kata. Walau bagaimanapun, peminjaman kosa kata asing memberi
banyak sumbangan kepada bahasa melayu dimana koasa kata asing menjadi keperluan
untuk menamakan sesuatu benda yang tiada dalam bahasa Melayu. Secara tidak langsung,
pengaruh kosa kata asing dapat memperkaya kosa kata Melayu dengan lebih luas.

4.0 RUMUSAN

Pelbagai penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan dunia mahupun negara dalam
menyelidik asal usul dan perkembangan bahasa melayu. Walaupun tiada bukti yang kukuh
lagi tentang salasilah bahasa Melayu, penutur bahasa Melayu mengetahui sedikit sebanyak
salasilah dan sejarah perkembangan bahasa mereka hasil daripada perjuangan masyarakat
dalam memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Maka bahasa melayu
kini telah menjadi bahasa untuk semua kaum. Malah, terdapat masyarakat luar negara seperti
penduduk mekah fasih berbahasa melayu bertujuan untuk memudahkan urusan perdagangan
dah perhubungan antarabangsa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua penutur bahasa
Melayu untuk menjaga bahasa Melayu supaya kekal menjadi bahasa untuk semua kaum
kerana bahasa merupakan identiti bangsa.

RUJUKAN

Nik Safiah Karim. (2010). Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur:
Unversiti Malaya

Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah dan Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn Bhd

Noriah Mohamed & Rohani Mohd Yusof. (2011). Pengelompokan Leksikostatistik
Bahasa-Bahasa Peribumi di Sarawak. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Asmah Omar. (1993). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2004).
Tatabahasa Dewan edisi semakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Zurina binti Abdullah dan Adi Yasran bin Abdul Aziz. (2020). Penilaian Semula Ciri Bahasa
Melayu Klasik Berdasarkan Perbandingan Inskripsi. Jurnal Bahasa dan Linguistik.
2(2). 19. Diperoleh daripada https://ejbl.kuis.edu.my/index.php/e-
jbl/article/view/47/16

Azura Halid. (2011, 11 September). Bahasa Melayu Klasik Citra Malaysiana. Astro Awani
Online. Bahan diakses pada 11 September 2011, daripada
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/bahasa-melayu-klasik-citra-malaysiana-
319174

Ismail Hussein. (1966). Sejarah pertumbohan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka


Click to View FlipBook Version