Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)
NAMA ALIS NUR AN-NIS`SA BINTI SAMSUL
BAHARI
NO KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN 010720-11-0574
KUMPULAN/ KELAS 2020192340216
NAMA PENSYARAH
PISMP F12
TAJUK TUGASAN
TARIKH PENYERAHAN TUAN HAJI OMAR CHEKMAN
PENULISAN AKADEMIK
04 NOVEMBER 2020
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1
2
2.0 KONSEP PERKEMBANGAN TEORI JEAN PIAGET
3
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET 4-5
3.1 Guru dapat memahami cara pemikiran kanak-kanak 5-6
3.2 Guru dapat menyusun bahan bantu mengajar bersesuaian dengan tahap 6
perkembangan kognitif murid 7
3.3 Guru dapat menggalakkan murid untuk menyelesaikan masalah 7-8
3.4 Guru dapat mewujudkan suasana yang sosial 9
3.5 Guru dapat mempelbagaikan gaya pengajaran dalam mata pelajaran yang
diajar.
4.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
1
1.0 PENGENALAN
Menurut Mohd Sharani Ahmad (2006), pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat
penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar
kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan
proses yang saling berkait rapat. Pengetahuan mengenai teori-teori perkembangan yang dikemukakan oleh ahli
psikologi membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai peringkat
umur dan akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling
sesuai. Oleh itu, antara teori-teori perkembangan yang dikemukakan ialah, Teori Perkembangan Jean Piaget, Teori
Perkembangan Vygotsky, Teori Perkembangan Noam Chomsky, Teori Perkembangan Erik Erikson dan Teori
Perkembangan Lawrence Kohlberg. Akan tetapi, teori perkembangan yang ingin difokuskan ialah Teori Perkembangan
Jean Piaget.
2
2.0 KONSEP PERKEMBANGAN TEORI JEAN PIAGET
Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan kognitif. Kajian-kajian yang
dibuat oleh beliau ialah mengenai tingkah laku kanak-kanak yang ditinjau dari aspek struktur, operasi tingkahlaku
cerdas dan peringkat-peringkat perkembangan berturutan, iaitu dari segi penaakulan, pemikiran dan kematangan
intelek (Azizi Yahaya, 2010). Bagi beliau dengan mengkaji kecerdasan kanak-kanak, kita akan dapat memahami sifat
pengetahuan manusia yang berkembang mengikut peringkat tertentu. Oleh itu, Piaget menjalankan penyelidikannya
berdasarkan pendekatan epistemologi genetik yang mengkaji biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku cergas.
Menurut Fatimah Ibda (2015), awalnya, beliau melakukan pemerhatian terhadap anak-anaknya dan kemudian kepada
kanak-kanak lain. Aspek-aspek yang beliau kaji dengan teliti adalah mengenai bahasa, taakulan, perkembangan
moral, struktur kognitif dan intelek kanak-kanak. Akan tetapi, Teori Piaget yang terkenal ialah mengenai perkembangan
kognitif iaitu berkaitan tingkah laku. Untuk memahami tingkah laku dan perkembangan kognitif, Piaget memperkenalkan
peringkat penting, iaitu skema dan skemata, asimilasi, akomodasi dan perimbangan yang bertujuan untuk proses
keseimbangan kanak-kanak. Justeru itu, guru mestilah mempelajari dan memahami konsep kognitif mengikut Teori
Perkembangan Jean Piaget ini, supaya membolehkan guru menilai serta memilih bahan bacaan pada peringkat
kesukaran umur yang sesuai dengan kanak-kanak.
3
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI
PERKEMBANGAN JEAN PIAGET
Perkembangan yang berlaku terhadap kanak-kanak terbahagi kepada tiga aspek, iaitu fizikal, kognitif dan emosi. Akan
tetapi, untuk Teori Perkembangan Jean Piaget hanya menfokuskan aspek kognitif, iaitu merujuk kepada aktiviti-aktiviti
mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Hal ini
sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Oleh itu, terdapat
banyak kepentingan kepada guru apabila guru menguasai perkembangan kanak-kanak berdasarkan Teori Jean Piaget.
3.1 GURU DAPAT MEMAHAMI CARA PEMIKIRAN KANAK-KANAK
Pendidikan bertujuan untuk mengembangkan pemikiran kanak-kanak, dimana ketika kanak-kanak cuba menyelesaikan
masalah. Sedemikian itu, guru haruslah memainkan peranan penting supaya tidak terlalu kasar dengan kanak-kanak
dan tidak terlalu cepat menghukum kanak-kanak apabila melakukan kesalahan dalam pembelajaran. Guru seharusnya
cuba untuk memahami apa yang mengganggu fikiran kanak-kanak tersebut. Contohnya, guru mengadakan sesi bersoal
jawab dengan kanak-kanak tersebut sekiranya kanak-kanak itu memberi jawapan yang salah lalu memberikan
penerangan tentang jawapan yang betul ataupun guru juga tidak meninggalkan kanak-kanak belajar sendiri supaya
guru dapat mengkaji atau meneliti tahap pemikiran kanak-kanak. Kesannya, guru dapat mengenalpasti golongan
kanak-kanak yang lambat dan cepat belajar.
3.2 GURU DAPAT MENYUSUN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG BERSESUAIAN DENGAN TAHAP 4
PERKEMBANGAN KOGNITIF MURID
Selain itu, Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget juga dapat membantu guru dalam menyusun bahan bantu mengajar
yang bersesuaian dengan dengan tahap perkembangan kognitif murid. Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa bahan
pengajaran harus sesuai dengan keupayaan murid dalam menaakul supaya dapat memahami isi pelajaran yang hendak
disampaikan oleh guru. Mengikut Teori Jean Piaget, bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap perkembangan
kognitif murid, ialah guru mestilah menyusun daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada
pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru dan daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal
individu. Hal ini kerana murid-murid peringkat sekolah rendah masih belum bersedia menyelesaikan masalah-masalah
secara abstrak atau dipanggil pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk hipotesis. Contohnya, guru haruslah
menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan
mereka seperti dalam aktiviti pembelajaran matematik. Sehubungan itu, alat bantu mengajar memainkan peranan yang
penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Guru dapat menggunakan kaedah kerja praktik
yang merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran matematik. Contoh lain, guru juga boleh memperkenalkan semua konsep matematik baru melalui
contoh-contoh konkrit seperti pengajaran geometri harus diperkenalkan dengan gambar rajah atau model dan
kaedah yang membuktikan teorem harus dielakkan. Hal ini kerana, murid-murid dalam peringkat operasi konkrit
5
tidak berupaya membuktikan teorem geometri yang abstrak. Oleh itu, guru dapat menyusun bahan bantu mengajar
dengan sentiasa mengaitkan pengajaran masalah matematik dengan situasi yang sebenar seperti perkenalan simbol
matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.
Contoh lain, guru juga boleh memperkenalkan semua konsep matematik baru melalui contoh-contoh konkrit seperti
pengajaran geometri harus diperkenalkan dengan gambar rajah atau model dan kaedah yang membuktikan teorem harus
dielakkan. Hal ini kerana, murid-murid dalam peringkat operasi konkrit tidak berupaya membuktikan teorem geometri yang
abstrak. Oleh itu, guru dapat menyusun bahan bantu mengajar dengan sentiasa mengaitkan pengajaran masalah
matematik dengan situasi yang sebenar seperti perkenalan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.
3.3 GURU DAPAT MENGGALAKKAN MURID UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget dapat membantu guru dalam menggalakkan murid-muridnya
menyelesaikan masalah untuk memahami konsep tertentu yang diajarkan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini memerlukan murid membuat aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah
dipelajari untuk membina konsep (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Oleh itu, guru seharusnya mengelakkan diri
daripada berperanan sebagai penyampai maklumat sebaliknya guru menyediakan peluang untuk murid-murid membuat
penerokaan dan penemuan konsep yang dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran (Wong Kiet Wah et.al, 2016).
Contohnya, guru boleh mengadakan aktiviti seperti pembentangan di khalayak ramai, gallery walk di dalam kelas yang
membolehkan murid-murid menyampaikan topik pembelajaran secara telus kepada murid yang lain.
6
Tambahan daripada tindakan ini menyebabkan guru dapat mengukur tahap kefahaman murid-muridnya itu. Dengan erti
kata lain, pengajaran dan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Tugas guru di sini hanyalah sebagai pemudah
cara. Contohnya, guru hanyalah menyediakan bahan-bahan untuk murid dan menilai penglibatan aktif murid tersebut.
Hal ini bertujuan supaya guru dapat berfikir secara logik tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid tersebut.
Contoh lain juga dapat kita lihat, iaitu guru memberi galakan kepada murid untuk meningkatkan pengetahuan mereka
dengan menjalankan eksperimen khususnya bagi mata pelajaran Sains. Oleh itu, teori perkembangan kognitif tersebut
diaplikasikan oleh guru dengan mengalakkan murid-murid menyelesaikan masalah eksperimen itu untuk memahami
sesuatu konsep.
3.4 GURU DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA YANG SOSIAL
Teori Perkembangan Jean Piaget juga dapat membantu guru dalam mewujudkan suasana yang sosial di dalam kelas.
Melalui pendekatan kognitif ini, guru boleh memastikan murid tidak hilang fokus dan melakukan kerja lain semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tambahan pula, murid akan berasa seronok apabila belajar kerana
faktor persekitaran yang berkesan. Hal ini kerana murid-murid dapat pengetahuan dan pengembangan skema kognitif
suasana sosial yang riang dan harmoni. Contohnya, guru memastikan suasana bilik darjah sesuai dan sentiasa
kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak di sekolah seperti susunan tempat duduk yang boleh disusun secara
berkumpulan. Kesannya, murid dapat berinteraksi dan berkongsi idea dengan murid yang lain. Begitu juga dari segi
suasana persekitaran bilik darjah yang membolehkan guru mewujudkan persekitaran bilik darjah tersebut agar menjadi
7
hidup seperti guru dapat menukarkan tema bilik darjah setiap seminggu. Bahkan, ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh
guru sahaja malah guru boleh meminta idea daripada murid-muridnya. Oleh itu, suasana yang sosial dapat diwujudkan
di dalam bilik darjah.
3.5 GURU DAPAT MEMPELBAGAIKAN GAYA PENGAJARAN DALAM MATA PELAJARAN YANG DI AJAR
Pemahaman yang jelas tentang Teori Perkembangan Jean Piaget juga dapat membantu guru dengan mempelbagaikan
gaya pengajaran dalam mata pelajaran. Guru dapat merancang strategi pengajaran yang dapat menarik minat atau
perhatian murid untuk belajar seterusnya membantu mereka mengingati sesuatu topik yang telah diajar oleh guru
dengan mudah. Contohnya, murid didedahkan kepada ransangan-ransangan kreatif seperti seni visual dan tayangan
video kerana dapat mensimulasikan perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini dapat dilhat apabila guru mendapati
sesetengah murid lebih faham dengan topik yang berpandukan visual dan meyebabkan guru dapat merancang
pengajarannya dengan menyediakan lebih banyak pengajaran yang berkonsepkan gambar rajah, graf dan carta.
Begitu juga dengan contoh pengajaran melalui muzik dan tarian. Sehubungan itu, dapat mewujudkan murid yang kreatif
disamping dapat mewujudkan suasana belajar yang seronok.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif Jean Piaget menerangkan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah mengikut beberapa peringkat iaitu sensori motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan diikuti
8
peringkat operasi formal. Justeru itu, ilmu dan kemahiran adalah dibina berdasarkan usaha individu itu sendiri.
Sumbangan penting Jean Piaget harus dianalisis dari segi perkembangan pemikiran kanak-kanak, iaitu bagaimana
kanak-kanak berfikir dan bertingkahlaku. Oleh itu, keperluan guru memerhati kanak-kanak dengan teliti untuk
membantu pembelajaran yang berdasarkan perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam
menterjemahkan idea Jean Piaget dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
9
RUJUKAN
Azizi Yahaya & Abu Bakar Zainuddin. (2008). Bab 2: Teori-teori perkembangan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahaya. (2010). Psikologi pendidikan: Teori-teori perkembangan. Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan kognitif : teori Jean Piaget. Jurnal Intelektualita 3(1), 27-38.
https://www.jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/intel/article/download/197/178
Mok Soon Sang. (2009). Psikologi pendidikan dan pedagogi murid dan alam belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mohd Sharani Ahmad. (2006). Psikologi kanak-kanak. PTS Publishing & Distributors Sdn. Bhd.
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2010). DPLI falsafah dan etika. Kumpulan Budiman.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad & Maridah Hj Alias. (2013). Siri pendidikan guru: perkembangan kanak-kanak.
Oxford Fajar.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Siri pendidikan guru: perkembangan kanak-kanak edisi
kedua. Oxford Fajar.