MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG PIBG BAGI SESI 2023 SK PEKAN BELURAN Tarikh : 24 Jun 2023 Tempat : Dewan SK Pekan Beluran Masa : 7.30 – 12.30 tengah hari KEHADIRAN: Rujuk Lampiran Jumlah yang hadir: 234 orang (Ibu bapa/penjaga). 56 orang (Guru SK Pekan Beluran) BIL AGENDA TINDAKAN 1.0 UCAPAN PENASIHAT (GURU BESAR) 1.1 En. Sh Syafawe Bin Sh Yunus, Guru Besar SK Pekan Beluran sangat berbesar hati atas kesudian Encik Rafael Lindan Pemimpin Pembanguan Masyarakat yang mewakili YB Tuan Samad bin Jambri untuk menghadiri dan merasmikan Mesyuarat hari ini. 1.2 Guru Besar juga mengalu-alukan kehadiran semua ahli PIBG ke Mesyuarat PIBG SK Pekan Beluran bagi sesi 2023. 1.3 Antara perkara yang disampaikan dalam ucapan Guru Besar ialah: - Memaklumkan bahawa KPM memutuskan bahawa pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang sepatutnya diadakan sebelum 31 Mac dipinda kepada Tarikh baharu iaitu pada atau sebelum 30 Jun. - Berharap agar dalam mesyuarat PIBG ini dapat membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, dapat berbincang dan mendapat persetujuan bersama. - Meminta ibu bapa ambil berat terhadap perkembangan anak-anak. Hal ini kerana tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru dan pihak sekolah. - Mengucapkan Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan tidak lupa kepada PIBG yang sentiasa menyokong usaha-usaha peningkatan akademik sekolah tanpa jemu. - menegaskan sekali lagi bahawa matlamat sekolah adalah memastikan semua murid SK Pekan Beluran boleh membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, diharapkan ibu bapa dan penjaga sentiasa meluangkan masa memantau perkembangan anak-anak di rumah. - berharapkan dengan adanya sumbangan daripada pihak YB dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan dan kemudahan demi kelansungan pengajaran dan pembelajaran murid di sini setaraf dengan sekolah kebangsaan arus perdana yang lain. Makluman Tindakan semua ahli
- Berharapkan tahun ini kepimpinan Jawatankuasa PIBG meneruskan usaha membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah. - Mengucapkan Terima kasih kepada ibu bapa semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. - sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburuburu dan cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan kepada semua pihak. - mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rafael bin Lindan yang mewakili YB Tuan Samad bin Jambri dan tuantuan dan puan-puan kerana sudi hadir pada pagi ini. 2.0 UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG) 2.2 En. Kamsa Bin Tassim, YDP PIBG SK Pekan Beluran amat mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha, Encik Rafael Lindan kerana dapat bersama-sama pada mesyuarat ini. 2.1 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Pekan bagi sesi 2023. 2.3 YDP juga mengucapkan tahniah kepada murid-murid SK Pekan Beluran yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam apa juga bidang yang telah mengharumkan nama sekolah. 2.4 Selaku YDP PIBG, En. Kamsa Bin Tassim juga akan sentiasa membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anakanak SK Pekam Beluran. 2.5 Selain itu, YDP berharap agar ibu bapa prihatin terhadap masalah-masalah anak-anak tentang persekolahan. Hal ini kerana keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak sangat penting. Makluman 3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2019 3.1. Minit Mesyuarat Agung tahun 2023 dibentangkan oleh Encik Sh Syafawe Bin Sh Yunus (Guru Besar/Penasihat PIBG). 3.2. Minit Mesyuarat Agung tahun 2023 telah disahkan tanpa pindaan. Pencadang : Puan Aishah Penyokong : Puan Marlia Makluman
4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 4.1. Cik Noraslinah binti Sundang membentangkan laporang tahunan bagi sesi 2022/2023. BIL NAMA PROGRAM TARIKH CATATAN 1 Pendaftaran Tahun 1 Bagi Sesi 2022 14 -17 Mac 2022 Pendaftaran online 2 Ziarah Ramadan 2022 21 April 2022 Kerjasama PIBG 3 Pembinaan Pondok Bahasa Melayu 22 - 25 April 2022 Kerjasama PIBG 4 Sambutan Hari Raya Dan Hari Guru PPKI 19 Mei 2022 Kerjasama PIBG 5 Sambutan Hari Raya Dan Hari Jadi Prasekolah 20 Mei 2022 Kerjasama PIBG 6 Sambutan Hari Guru Aidilfitri dan Kaamatan Peringkat SK Pekan Beluran 2022 26 Mei 2022 Kerjasama PIBG 7 Hari interaksi 1 (Penyerahan Rekod PBD) 2 September 2022 Kerjasama PIBG 8 Gotong Royong Perdana 3k Peringkat Negeri Sabah 24 September 2022 Kerjasama PIBG 9 Pembinaan Pondok Sains Dan Matematik 6 – 13 November 2022 Kerjasama PIBG 10 Sumbangan Pembelian Kerusi Batu 8 November 2022 Kerjasama PIBG 11 Sukaneka Prasekolah dan PPKI 22 November 2022 Kerjasama PIBG 12 Sukan Sekolah 23 – 24 November 2022 Kerjasama PIBG 13 Majlis Hari Jadi Prasekolah Bulan (2) 1 Disember 2022 Kerjasama PIBG 14 Penyerahan Pondok PIBG Kepada Warga Sekolah 7 Disember 2022 AJK PIBG 15 Hari Anugerah Kecemerlangan 2022/2023 09 Februari 2023 Kerjasama PIBG 16 Taklimat Pendaftaran Prasekolah bagi Sesi 2023/2024 15 Februari 2023 Kerjasama PIBG 17 Hari interaksi 2 (Penyerahan Rekod PBD) 16 Februari 2023 Kerjasama PIBG 18 Pendaftran Tahun 1 Bagi Sesi 2023/2024 17 Februari 2023 Kerjasama PIBG Makluman
BIL MESYUARAT AJK PIBG 2022/2023 TARIKH CATATAN 1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG 2022 29 Mac 2022 AJK PIBG 2 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022/2023 2 April 2022 Kerjasama PIBG 3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Bil 1 2022/2023 7 Disember 2022 Kerjasama PIBG 5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 5.1. Pembentangan Laporan Kewangan telah dibuat oleh Puan Bunah Majunis (Bendahari PIBG). Jumlah wang masuk : RM 26 739.50 Jumlah wang keluar : RM 16 352.00 Baki bersih : RM 10 387.50 Dalam akaun bank : RM 4 747.70 Tunai dalam tangan : RM 5 639.80 Puan Noraidah mencadangkan yuran PIBG dikekalkan dan disokong oleh semua ahli yang hadir. Makluman 6.0 MEMBAHASKAN USUL 6.1. Lalu lintas depan sekolah - Puan Rosida Ahmad memberi cadangan meminta bantuan lalu lintas semasa waktu puncak dengan Pertahanan Awam atau RELA. - Encik Abdullah menyokong cadangan ini dan semua ahli yang hadir. - Encik Marius juga memberi respond bahawa pihak sekolah boleh menghantar surat kepada Jabatan Kerja Raya JKR berkaitan isu lalu lintas untuk perhatian pihak JKR. Tindakan semua ahli
6.2 Isu anjing di Kawasan sekolah - Encik Abdullah mencadangankan agar ada tindakan diberikan terhadap anjing yang berkeliaran di Kawasan sekolah kerana ada murid yang diganggu oleh anjing-anjing yang berkeliaran di Kawasan sekolah ini. - Respond guru besar; pihak sekolah sudah menghantar surat kepada Majlis Daerah untuk tindakan. - Puan Rosidah memberi cadangan – membuat jemputan kepada pihak Polis, Bomba, JPM dan sebagainya setiap kali ada aktiviti melibatkan PIBG untuk menyampaikan taklimat berkaitan keselamatan atau cara-cara mengelak daripada serangan Binatang buas. - Respond guru besar; bersetuju dengan cadangan ini dan akan diusahakan melaksanakan program seperti ini. 6.3 Isu makanan kantin - Puan Norsidah menyatakan bahawa anaknya ada mengadu bahawa makanan di kantin ada kutu / ulat dan sosej tidak masak dan bersemut. - Respond PK HEM; mohon murid untuk terus membuat aduan kepada guru agar tindakan segera dapat diambil. - Respond Guru Besar; pemantauan akan dibuat setiap hari. 6.4 Program atau aktiviti murid - Puan Marlia meminta agar sebarang program atau aktiviti murid-murid seperti Hari Anugerah Kecemerlangan dan sebagainya ibu bapa juga mahu dijemput hadir menyaksikan program tersebut. - Respond Guru Besar; disebabkan murid yang ramai dan kapasiti dewan tidak mampu menampung bilang yang terlalu ramai dalam dewan SKPB. Oleh sebab itu, terdapat program yang tidak menjemput ibu bapa. 6.5 Pendaftaran murid tahun 1 - Puan Malia mewakili pihak-pihak ibu bapa yang lain menyatakan bahawa pendaftaran secara dalam talian atau online menyukarkan bagi sesetengah pihak yang kurang mahir penggunaan internet. Oleh itu, memohon agar ada pendaftaran secara manual. - Respond Guru Besar: semua pendaftaran tahun 1 adalah secara dalam talian atau online merupakan arahan oleh pihak Kementerian Pendidikan yang mana didaftarkan sendiri oleh ibu bapa. Oleh itu, Guru Besar meminta agar ibu bapa mencari inisiatif dan usahakan pendaftaran tersebut. 6.6 Isu Buku teks - Puan Malia mencadangkan agar box untuk letak buku teks murid-murid disediakan di setiap kelas bagi mengurangkan beban murid membawa buku terlalu banyak. - Respond Guru Besar: disebabkan kelas sangat padat dengan meja murid ruang untuk meletakan box adalah tidak ada. Namun begitu, isu ini akan dibuat kajian terlebih dahulu bersama barisan pentadbir.
6.7 Isu disiplin murid - Cikgu Syafiq memohon dan meminta kepada ibu bapa supaya mengawal emosi berkaitan isu-isu anak-anak di sekolah. - Cikgu Syafiq juga meminta agar ibu bapa menyerahkan kepada pihak sekolah terutama kepada guru displin, guru kelas dan pihak pentadbir untuk melakukan siasatan dan menyelesaikan isu-isu berkaitan anak-anak di sekolah. - Diminta juga agar ibu bapa tidak terlalu berimosi untuk melakukan viral atau penyebaran maklumat yang tidak bertapis terhadap isu yang belum mencapai kata penyelesaian daripada pihak sekolah. - Cikgu Syafiq juga menyatakan bahawa kehadiran murid pada hari isnin dan jumaat agak kurang memberansangkan. Oleh itu mohon tindakan ibu bapa memastikan murid-murid rajin ke sekolah. - Respond Guru Besar; akan melaksanakan program Ziarah Cakna Sekolah bersama unit bimbingan dan kaunseling serta bersama AJK PIBG. 6.8 Isu kebenaran ibu bapa - Cikgu Jimson menyatakan bahawa ibu bapa perlu peka terhadap surat kebenaran ibu bapa terhadap anak-anak menyertai sebarang Latihan sukan atau aktiviti di sekolah dan sebagainya. - Pastikan murid-murid memberi surat kebenaran kepada ibu bapa untuk meminta kebenaran menyertai sebarang Latihan atau aktiviti. - Ibu bapa juga perlu memastikan agar anak-anak datang latihan sukan di sekolah memngikut masa yang telah ditetapkan. Jangan biarkan anak-anak keluar ke sekolah terlalu awal (pada waktu tengah hari) untuk berlatih kerana tiada pengawasan. 6.9 Usul lain - Encik Zainal mencadangkan agar ada sukaneka yang melibatkan PIBG dilaksanakan sebelum sesi persekolahan 2022/2023 tamat. - Selain itu, Encik Zainal juga mencadangkan agar ada program sambutan Hari Raya bersama ibu bapa. - Respond Guru Besar; akan dirancang semula. - Memasang penapis air (water cooler); semua ahli yang hadir bersetuju jika ada penapis air dipasang kerana ini akan memudahkan murid-murid mendapatkan bekalan air yang secukupnya.
7.0 HAL-HAL LAIN 7.1. Cikgu Safwan, Penolong Kanan PPKI - Menjelaskan kepada semua ibu bapa yang hadir tentang Program Pendidikan Khas Integrasi - Menyatakan murid PPKI di sekolah SKPB ada 33 orang - Memohon kepada ibu bapa yang belum tahu tentang syarat kemasukan PPKI boleh berhubung terus dengan cikgu Syafwan. - Cikgu Safwan juga menyatakan bahawa pihak PPKI SKPB sedang membuat pembinaan bilik sensori yang memerlukan dana yang besar. Pihak Beluran Hope telah menjalankan kempen menjual T-shirt dan totebag untuk menyumbang kepada tabung projek bilik sensori ppki SKPB. Oleh itu sesiapa yang berminat untuk membuat pembelian boleh berhubung terus dengan guru-guru PPKI SKPB. - Cikgu Safwan juga memaklumkan bahawa, pada 27 Julai 2023, Toh Puan akan melakukan lawatan amal ke PPKI, cikgu Safwan minta didoakan agar apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Makluman 8.0 UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ibu bapa yang hadir mesyuarat. Kehadirian ibu bapa sangat memberansangkan dan memberikan semangat kepada AJK PIBG. YDP juga amat mengambil berat terhadap usul-usul yang dibincangkan dan akan berusaha untuk memajukan PIBG sekolah. 8.2 YDP menanguhkan mesyuart dan mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli yang hadir. Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.28 tengah hari. Minit mesyuarat dicatat dan disediakan oleh: Setiausaha, PIBG SK Pekan Beluran. Tarikh : 30 Jun 2024
Lampiran (Kehadiran Ibu Bapa/Penjaga)
Lampiran kehadiran (Guru SK Pekan Beluran)