SINOPSIS BUKU
Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana
Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat
dari 1981 hingga 2003. Sebagai Perdana
Menteri, beliau telah berjaya memimpin dan
mengurus pelbagai usaha untuk mentransformasi
negara dari tahap pertanian yang tidak
menyerlah kepada sebuah ‘gedung
janakuasa’perindustrian. Sepanjang perjalanan,
Dr Mahathir Berjaya mengatasi pelbagai cabaran,
politik serta ekonomi, domestik dan luar negara.
Memang hampir mustahil untuk menyebut
pencapaian Malaysia tanpa mengaitkan
beberapa kejayaan kepimpinan Dr. Mahathir.
Jejak Seorang Pemimpin: Buku ini mengandungi wawancara lisan yang
Sejarah Lisan Tun Dr. Mahathir dijalankan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana
bersama Dr. Mahathir. Transkrip mengandungi
Mohamad kehidupan peribadinya serta pandangan beliau
Petaling Jaya, Selangor: MPH mengenai peralihan ke negara maju dan pelbagai
Group Publishing Sdn. Bhd., 2018. pelaksanaan dasar yang penting. Buku ini diolah
untuk penyelidik serta rakyat Malaysia dengan
ISBN: 9789674150969 intipati wawasan pemikiran pemimpin yang paling
berpengaruh di Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad.
Sari Pustaka Bil 4/2018 51
SINOPSIS BUKU
HASNAH TORAN Autisme adalah sejenis kecelaruan neurological
Autisme: Panduan Ibu Bapa yang kompleks. Ibu bapa kepada anak-anak
Kedah: Penerbitan Ryadh, 2017. yang mengalami autisme perlu memahami dan
mempelajari bagaimana untuk mendidik anak
ISBN: 9789671518700 demi memastikan masa hadapan yang cerah
untuknya. Buku ini berguna sebagai panduan
kepada ibubapa bagi memahami autisme serta
mengetahui cara-cara untuk mendapatkan
diagnosis dan intervensi untuk anak. Ibu bapa
juga akan di ajar bagaimana untuk merancang
masa hadapan anak, mengenalpasti intervensi-
intervensi yang berkesan dan melaksanakan
intervensi untuk anak. Tidak kurang penting
adalah cara bagaimana ibu bapa mampu
menerima diagnosis anak dengan redha dan
membuat persediaan untuk membantunya. Buku
ini sangat berguna sebagai bahan bacaan
pertama jika ibu bapa mengesyaki anak
mengalami autisme atau baru mendapat
diagnosis autisme anak.
Sari Pustaka Bil 4/2018 52
SINOPSIS BUKU
Buku Panduan Pelaksanaan Panduan Pelaksanaan Kaunseling Intervensi
Kaunseling Intervensi Murid di Murid di Sekolah dalam menangani isu ponteng,
rokok dan dadah ini dihasilkan dengan hasrat
Sekolah menyediakan garis panduan dan asas kepada
Negeri Sembilan: Penerbit guru-guru kaunseling di sekolah-sekolah dalam
Universiti Sains Islam Malaysia, mengendalikan sesi kaunseling intervensi secara
berkesan kepada murid-murid yang terlibat dalam
2018. penyalahgunaan bahan terlarang termasuklah
ISBN: 9789674404819 gam, ganja, ketum dan sebagainya. Modul ini
juga menyediakan bahan bagaimana guru-guru
dapat memahami serta menggunakan
pendekatan kaunseling ketagihan secara
berkesan dengan menggunakan The
Transtheoretical Model (TTM) dan skill kemahiran
Motivational Interviewing (MI) yang terbukti
berkesan dalam membantu klien-klien melakukan
perubahan tingkah laku termasuklah isu
kesihatan penyalahgunaan dadah dan bahan
terlarang.
Sari Pustaka Bil 4/2018 53