MODUL ADAB DALAM PENDIDIKAN Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Cetakan Pertama 2022 ©Hakcipta Terpelihara – Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu. ISBN Diterbitkan oleh: Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Modul Adab Dalam Pendidikan 3 MAKLUMAT PENYEDIAAN MODUL Project Director Dr. Norhapizah Mohd Burhan Module Writers Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ramli, Dr. Norhapizah Mohd Burhan, Dr. Mahfuzah Mohammed Zabidi, Dr. Rasyad Afif Ibrahim, Dr. Nurul Badriyah Ali, Cik Norzie Diana Baharum & Dr. Mohd Rilizam Rosli Module Editors Dr. Mahfuzah binti Mohammed Zabidi, Dr. Nurul Badriyah binti Ali, Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Ramli, Dr. Norhapizah Mohd Burhan Secretariat Encik Mohd Shahrul Azman Ahmad, Cik Nurul Syairah Mohd Isa Developed by Collaborative Group ADAB In Education, Centre for Innovative Delivery and Learning Developments, Office of Deputy Vice Chancellor (Academic and International) Printed by Centre For Academic Leadership, University Technology MARA
Modul Adab Dalam Pendidikan 4
Modul Adab Dalam Pendidikan 5 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, modul Adab dalam Pendidikan Siri 2 ini berjaya dihasilkan. Penghasilan modul ini adalah untuk membantu para pensyarah mempersiapkan diri bagi menjalankan tugas mereka yang semakin mencabar dalam berhadapan dengan era revolusi industri, lebih-lebih lagi ketika maklumat dapat dicapai dengan mudah di hujung jari. Para pensyarah perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran penyampaian pengajaran agar dapat melengkapkan mahasiswa dengan ilmu bidang dan ilmu bimbingan akhlak yang sepatutnya. Modul ini mengandungi dua bahagian dalam bentuk teoritikal dan praktikal, terdiri daripada siri 1, 2 dan 3. Modul Siri 2 ini menjurus kepada teori atau konsep tentang pelaksanaan adab dalam pendidikan khusus kepada nilai dalam pendidikan. Antara topik yang dibincangkan dalam siri ini ialah profesionalisme pensyarah berasaskan nilai, nilainilai utama dalam pengajaran dan pembelajaran dan kajian kes berkaitan isu semasa dari sudut pelajar. Ilmu berbentuk kognitif semata-mata tidak dapat membenteng mahasiswa daripada anasir pelbagai yang dialami oleh mahahsiswa di dalam persekitaran digital pada masa kini. Justeru, para pensyarah perlu melengkapkan diri dengan ilmu keinsanan sebagai persiapan diri untuk membimbing mahasiswa menjadi insan adabi. Isi kandungan modul ini diharapkan dapat menyediakan pensyarah yang dapat menjalankan peranan secara komprehensif ke arah melahirkan graduan yang holistik seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025). PRAKATA
Modul Adab Dalam Pendidikan 6 MAKLUMAT MODUL MODUL ADAB DALAM PENDIDIKAN Module Name Code Credit Hours Student Learning Time (SLT) Mode Module Description Transferable Skills Teaching Methodologies Learning Outcomes MODUL ADAB DALAM PENDIDIKAN MAP 01 - - BERSEMUKA DAN DALAM TALIAN Modul ini dihasilkan bagi kegunaan pensyarah untuk mendapat input yang jelas berkaitan dengan konsep adab dan model A.D.A.B serta aspek-aspek yang mempunyai hubungkait antara kedua-duanya sebagai panduan dalam penyampaian pengajaran. Syarahan, Latihan Dalam Kumpulan, Kajian Kes, Demonstrasi dan Pembentangan Kemahiran Interpersonal, Kemahiran Komunikasi & Etika Profesionalisme Menjelaskan kepada pensyarah tentang nilai dan adab secara inovatif dan relevan dengan keperluan semasa LO1 Menyediakan garis panduan pengintegrasian Model A.D.A.B dalam penyampaian pengajaran LO2 Melatih pensyarah menjadi role model dalam pembangunan holistik pelajar LO3 Melengkapkan pensyarah dengan pedagogi akal dan hati dalam penyampaian pengajaran LO4
Modul Adab Dalam Pendidikan 7 MAKLUMAT MODUL MODUL ADAB DALAM PENDIDIKAN Pre-requisite (if any) Topics - Bahagian 1 & Bahagian 2 Assessment Pembentangan Dalam Kumpulan & Kuiz Recommended Text Bahagian 1 Pelaksanaan Adab Dalam Pendidikan TOPIK 1 Konsep Insan TOPIK 2 Konsep Ilmu TOPIK 3 Penghayatan dan Penerapan Adab TOPIK 4 Falsafah dan peranan pensyarah Bahagian 2 Pelaksanaan Model A.D.A.B Dalam Pendidikan TOPIK 1 Falsafah Asas Model A.D.A.B TOPIK 2 Integrasi Model A.D.A.B TOPIK 3 Peranan dan Fungsi Refleksi TOPIK 4 Isu-isu Semasa Adab TOPIK 5 Profesionalisme pensyarah berasas nilai TOPIK 6 Nilai-nilai utama dalam pengajaran dan pembelajaran TOPIK 7 Kajian kes -Isu-isu semasa berkaitan (Pelajar) TOPIK 5 Kajian Kes – Isu-isu semasa berkaitan (Pensyarah) Syed Muhammad Naquib al-Attas (2019). Risalah untuk Kaum Muslimin, Kuala Lumpur: Ta’dib International. 1
Modul Adab Dalam Pendidikan 8 MAKLUMAT MODUL MODUL ADAB DALAM PENDIDIKAN Reading List Dzulkifli Abdul Razak & Rosnani Hashim (pnyt.) 2020. Penafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020. Gombak: IIUM Press. 2 Sayyid Muhammad Amir bin Idrus (2016). Kitab Adab Mencakup 50 Adab dalam 50 Keadaan. Indonesia: Pustaka Sheikh Abu Bakar bin Salim. 3 Mohd Kamal Hassan. 2021. The Malay Concept of Sejahtera from an Islamic Perspective. Gombak: IIUM Press. 4 Al-Attas, S.M. Naquib. 1991. The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: ISTAC. 5 Imam Nawawi (2017). Adab Pembaca Al-Quran, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. 1 Other materials (links, etc) https://cidl.uitm.edu.my/CG-ADAB.php Haron Din (2010). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2
Modul Adab Dalam Pendidikan 9 BAB 1 FALSAFAH ASAS MODEL A.D.A.B 1.1 Pengenalan Model A.D.A.B adalah sebuah model yang dibentuk bagi kegunaan para pensyarah bagi menyumbang kepada sesi pengajaran yang lebih efektif. Sebagai asas, terdapat tiga hubungan utama yang perlu dijaga oleh seorang pensyarah agar dapat memastikan keberjayaan model ini iaitu: Hubungan dengan Tuhan (ubudiyah), hubungan dengan masyarakat (ukhuwah) dan hubungan dengan alam sekeliling (fitrah). Selain itu, model ini juga memfokuskan kepada proses menyemai kecintaan kepada ilmu pengetahuan melalui empat tahap utama iaitu melalui rasa rendah diri ataupun tawaduk dalam menuntut ilmu, mencintai majlis ilmu, menyantuni orang berilmu atau para sarjana dan juga mencintai ilmu pengetahuan itu sendiri. 1.2 Tiga Hubungan Utama Bagi Seorang Pensyarah Pensyarah ataupun lebih bermakna disebut pendidik, mempunyai peranan yang besar untuk menyampaikan ilmu, memberi kefahaman tentang pelajaran serta membentuk keperibadian mulia dalam diri pelajar (Radwani, S., 2008). Sebagai pendidik, seorang pensyarah tertakluk kepada tiga hubungan utama iaitu hubungan dengan Tuhan, masyarakat dan alam. Bab 1: Falsafah Asas Model A.D.A.B Hubungan Utama Seorang Manusia Hubungan Dengan Tuhan Hubungan Dengan Masyarakat Hubungan Dengan Alam Sekeliling Ubudiyah Ukhwah Fitrah Rajah 1.1 Konsep Kesejahteraan Melalui Hubungan Utama Seorang Manusia
Modul Adab Dalam Pendidikan 10 Bab 1: Falsafah Asas Model A.D.A.B 1.2.1 Hubungan Dengan Tuhan (Ubudiyah) Hubungan dengan Tuhan melibatkan niat ikhlas seorang pensyarah dalam menjalankan amanah mendidik pelajar. Seorang pensyarah yang baik menganggap tugasannya sebagai satu langkah untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dan mempamerkan matlamat tersebut melalui tindakan positif mereka. Seorang pensyarah mampu mengukuhkan hubungan dengan Tuhan ini ketika menjalankan tugas dengan beberapa cara, antaranya tidak menganggap tugasan mengajar adalah bebanan tetapi satu cara untuk mendapatkan restu daripada Tuhan dan keberkatan hidup. Seorang pensyarah yang menjadikan hubungan dengan Tuhan ini sebagai asas hidup akan sentiasa bertanggungjawab dan amanah dalam menyampaikan ilmu sehabis upaya atas kesedaran bahawa mereka akan dipersoalkan oleh Tuhan mengenai amanah tersebut kelak. Mereka percaya bahawa tugasan yang mereka jalankan itu akan mendapat balasan setimpal dengan usaha mereka di sisi Tuhan. Pensyarah yang mengambil penting hubugan dengan Tuhan juga akan sentiasa terbuka untuk memperbaiki kelemahan diri dan menerima teguran orang lain terhadap diri mereka. Hal ini kerana mereka mengetahui bahawa ilmu ini adalah milik Tuhan. Mereka tidak terlampau berbangga dengan kepakaran, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki sehingga menganggap diri sendiri tidak akan melakukan kesalahan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai pensyarah. Dalam tugasan hakiki sebagai tenaga pengajar, pensyarah menganggap pelajar adalah amanah daripada Tuhan untuk dididik dengan sebaiknya. Dengan itu, pensyarah akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan pelajar memahami dan mendalami ilmu serta dan mendorong mereka untuk mengamalkannya. Melalui perbincangan di atas, jelaslah bahawa seorang pensyarah yang mempunyai hubungan baik dengan Tuhan akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, kreatif dalam menyampaikan pelajaran kepada murid dengan baik, sentiasa memanfaatkan masa sebaiknya serta produktif kerana menganggap amanah sebagai pensyarah bukanlah diberi dengan sia-sia sebaliknya menuntut sumbangan yang besar dalam melahirkan generasi yang lebih baik pada masa hadapan. 1.2.2 Hubungan Dengan Masyarakat (Ukhuwah) Tugas pensyarah melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka, hubungan mereka dengan sesama manusia adalah sangat dekat. Atas dasar persaudaraan ataupun disebut sebagai ukhuwah, pensyarah menganggap komuniti adalah ladang untuknya menabur bakti dan jasa terutama kepada para pelajar. Jika pensyarah mempunyai kesedaran tentang pentingnya memelihara hubungan dengan masyarakat, mereka akan menjaga tingkah laku dan berkelakuan sopan ketika menjalankan apaapa urusan dengan sesiapa sahaja. Mereka juga akan bertimbang rasa dan cuba memahami keadaan pelajar. Terdapat banyak situasi pelajar yang menuntut toleransi guru antaranya kekangan ekonomi, masa dan keterbatasan keadaan dalam melengkapkan tugasan sepanjang semester. Pensyarah yang baik akan sedaya-upaya memberi kelonggaran kepada pelajar yang memerlukan ini supaya hubungan kedua-dua pihak akan kekal dalam keadaan baik. Seorang pensyarah yang menjaga hubungan sesama manusia akan sentiasa percaya bahawa hubungan antara pendidik dan pelajar bukan terbatas tentang pelajaran dalam sukatan ataupun kelas sahaja, tetapi mereka yakin bahawa hubungan tersebut mampu menjadi pendorong kepada pembudayaan ilmu dalam kehidupan pelajar. Maka, mereka akan cenderung bersifat penyayang dan menganggap pelajar adalah insan yang
Modul Adab Dalam Pendidikan Bab 1: Falsafah Asas Model A.D.A.B 11 memerlukan didikan. Dengan pelbagai cara dan usaha, mereka cuba membina hubungan baik, saling menghormati dan tidak menyalahgunakan kuasa sebagai pensyarah untuk membebankan pelajar dengan urusan yang tidak sepatutnya. 1.2.3 Hubungan Dengan Alam Sekeliling (Fitrah) Manusia umumnya mempunyai hubungan erat dengan alam semulajadi, flora dan fauna, benda hidup dan bukan hidup. Selain kelompok manusia, terdapat alam haiwan dan alam tumbuh-tumbuhan yang melengkapkan keperluan manusia sebagai pentadbir dunia Berbeza dengan kelompok yang lain, manusia dibekalkan dengan akal yang mampu membuatkan mereka mengendalikan hidup dengan cara yang istimewa. Bahkan, kelebihan berfikir menggunakan akal itu memberi mereka kuasa untuk mengendalikan bahkan mengubahsuai apa sahaja berkenaan alam di sekeliling mereka. Namun, hak manusia terbatas kepada memakmurkan alam sekitar dan sumber-sumbernya, bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya. (Ghazali, A.S, 1997). Atas dasar ini, sebagai pensyarah ataupun pengkaji, golongan ini mesti memelihara hubungan baik dengan alam sekitar. Dalam melaksanakan kajian mereka, pensyarah bebas menggunakan apa sahaja daripada bumi, laut, sungai, gunung-ganang untuk memudahkan kehidupan, asalkan tidak membawa kerosakan seperti pencemaran dan gangguan. Hal ini kerana alam telah diciptakan sebagai satu ekosistem yang saling berinteraksi antara satu sama lain ataupun disebut simbiosis. Manusia juga menikmati kemudahan dan keseronokan yang disediakan oleh alam ini sejak awal kejadiannya lama dahulu. Malangnya, setelah beberapa lama, manusia telah menyalahgunakan kuasa mereka dan menjadi ejen pemusnah kepada konsep ekosistem yang sempurna ini. Akibat campur tangan mereka, berlaku pelbagai kemerosotan ekosistem dan mengganggu beberapa fungsi alam ini (Ismail, H., et. al, 2004). Oleh itu, pensyarah yang amanah akan berusaha memelihara hubungan dengan alam sekeliling mereka. Mereka berusaha mengekalkan kelestarian konsep ekosistem yang telah tersedia untuk manfaat manusia serta menerapkan nilai-nilai yang diamalkan tersebut kepada pelajar agar dapat dicontohi dan menjadi penerus usaha murni mereka. 1.3 Proses Menyemai Kecintaan Kepada Ilmu Pengetahuan Seorang pensyarah yang baik tidak hanya memindahkan maklumat, mengajarkan ilmu dan menambahkan pengetahuan pelajar tetapi berupaya membina kecintaan terhadap ilmu pengetahuan itu sendiri. Usaha menyemai kecintaan terhadap ilmu pengetahuan ini melalui satu proses yang mempunyai empat tahap. Setiap tahap menjadi pembuka kepada tahap-tahap yang lebih tinggi. Proses ini melibatkan usaha berterusan dan melibatkan kedua-dua pihak, pensyarah dan pelajar.
Modul Adab Dalam Pendidikan 12 1.3.1 Menanam Rasa Rendah Diri Terhadap Ilmu (Tawaduk) Sebelum membawa pelajar mencintai ilmu, mereka perlu diperkenalkan dengan rasa rendah diri terhadap ilmu pengetahuan. Seorang pelajar perlu dididik untuk sentiasa berasa diri mereka mesti menambah pengetahuan sedia ada dan tidak berasa cukup dengan pengetahuan sedia ada sahaja kerana ilmu itu bersifat luas dan tidak terbatas. Sifat ini menyebabkan pelajar lebih terbuka menerima ilmu dan mendapat kefahaman yang benar tentang pelajaran (Rahmadi, 2016). Tawaduk dalam diri pelajar perlu dibentuk sejak awal sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran. Sifat rendah diri ini akan menyebabkan hubungan guru dan pelajar akan lebih selesa. Menjadi kebiasaan cendikiawan terdahulu, jika mereka mendengar daripada guru mereka tentang sesuatu yang telah pun mereka ketahui sebelumnya, mereka tetap berusaha menunjukkan minat terhadap perkara tersebut seolah-olah mereka belum mengetahuinya (Ibnu Jamaah, 2012). Walaupun tawaduk ini adalah sifat yang sinonim bagi pelajar, seorang pensyarah juga perlu menanam perasaan ini sepanjang sesi pengajaran untuk membuatkan sesi pembelajaran menjadi lebih terbuka dan menyenangkan pelajar. Seorang sarjana mahupun guru yang telah mahir dalam pelbagai bidang perlu bersedia untuk sentiasa belajar dan menambah pengetahuan mereka walaupun daripada murid sendiri. Kata salah seorang guru orang Islam yang ternama, Saidina Ali (R.A): “Aku adalah murid kepada seseorang yang mengajarkanku walau satu huruf.” (Al-Zarnuji, 1981) Dengan menanam rasa rendah diri terhadap ilmu, seorang pensyarah dan murid akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai medan menjadikan diri lebih baik. Suasana ini bukan sahaja menjadikan murid dapat menerima pelajaran dengan baik, bahkan menjadikan pensyarah sentiasa terbuka untuk menimba pengalaman baharu daripada muridnya pula. 1.3.2 Mencintai Majlis Ilmu Pendidikan adalah asas kepada pembangunan manusia. Setiap kepercayaan bagi sesuatu kaum bermula hanya dengan sebaran idea dan galakan menuntut ilmu. Jika ilmu terus dicari, disebarkan dan diamalkan, satu budaya sihat dan harmoni akan terbina. Contohnya, pada awal era kegemilangan Menanam rasa rendah diri terhadap ilmu (tawaduk) Mencintai majlis-majlis ilmu Menghormati dan menyantuni para sarjana Kecintaan kepada ilmu pengetahuan 1 2 3 4 Rajah 1.2 Empat Tahap Proses Menyemai Kecintaan Kepada Ilmu Pengetahuan Bab 1: Falsafah Asas Model A.D.A.B
Modul Adab Dalam Pendidikan 13 Islam, Nabi Muhammad telah memberi syarat kepada tawanan perang untuk mengajarkan sepuluh orang murid di Madinah membaca dan menulis sebelum mereka boleh dibebaskan (Izuli & Abd Rahman, 2011). Majlis ilmu ini telah menjadi budaya dalam tamadun-tamadun besar dunia. Para pensyarah bukan sahaja perlu mendidik pelajar untuk mencintai majlis ilmu, bahkan mereka sendiri yang perlu terlebih dahulu mencintai majlis tersebut. Antara cara untuk menyemai perasaan tersebut adalah dengan keyakinan bahawa kehadiran mereka dicatat kebaikan yang banyak dan majlis itu dinaungi doa para Malaikat yang meraih keredaan Tuhan kepada mereka (Muslim, 2006) Al-Bukhari meriwayatkan satu peristiwa tentang tiga lelaki yang melintasi majlis ilmu Nabi Muhammad S.A.W. Seorang lelaki mengambil tempat di hadapan, seorang lagi duduk di ruangan belakang dan seorang lagi berlalu meninggalkan majlis. Nabi Muhammad S.A.W mengkhabarkan bahawa lelaki yang duduk di bahagian hadapan mendapat keberkatan Allah. Seorang lagi malu untuk ke hadapan dan Allah juga malu kepadanya. Seorang yang berpaling meninggalkan majlis, maka Allah juga berpaling daripadanya (Al-Bukhari, 2002) Melalui hadis tersebut, Islam sangat menggalakan rasa kecintaan kepada majlis-majlis ilmu. Dengan mengetahui sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi majlis ilmu yang dinaungi doa para malaikat dan rahmat Allah, seorang pensyarah akan sentiasa ikhlas dan berusaha menjadikan sesi pengajarannya sesuatu yang membekas di hati para pelajar. 1.3.3 Menghormati Dan Menyantuni Para Sarjana Apabila seseorang pendidik ataupun pelajar telah mencintai majlis ilmu, mereka akan mula menghormati dan mencintai perantara kepada ilmu tersebut, iaitu para pendidik, guru, sarjana dan pakar dalam sesuatu bidang yang dipelajari. Satu kisah yang popular tentang menyantuni sarjana seperti yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi tentang Nabi Musa (A.S) yang mengekori gurunya Khidir (A.S) untuk tempoh masa yang panjang semata-mata untuk mendapatkan ilmu yang benar. Akhirnya, baginda dibentangkan dengan ilmu pengetahuan yang jelas dan luas oleh guru tersebut (Al-Quran, Surah al-Kahfi, ayat 66-82). Sejarah juga banyak membuktikan bahawa mendampingi sarjana dan guru untuk sesuatu bidang adalah demi memastikan keaslian dan kebenaran ilmu tersebut. Seorang lelaki bijaksana bernama Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya untuk mendampingi para ahli ilmu supaya dapat menjelaskan banyak hal yang tidak jelas sebelumnya kerana dengan ilmu akan membuatkan hati yang mati akan menjadi hidup seperti tanah yang kering dilimpahi hujan. Mencintai para pendidik, sarjana ataupun guru merupakan perasaan yang perlu disemai dalam diri setiap pelajar. Apabila pelajar mempunyai rasa hormat kepada pensyarah mereka, mereka akan berusaha menonjolkan rasa hormat tersebut dan sentiasa menyantuni pensyarah mereka. Maka, ilmu yang bakal dipindahkan kepada mereka akan lebih mudah diterima dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. 1.2.4 Kecintaan Kepada Ilmu Pengetahuan Mencintai ilmu pengetahuan merupakan kemuncak kepada perjalanan seseorang dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Seorang pensyarah yang mencintai ilmu pengetahuan berasa ingin Bab 1: Falsafah Asas Model A.D.A.B
Modul Adab Dalam Pendidikan 14 menyebarkan manfaat yang diperolehinya kepada semua orang. Perasaan ini membuatkan mereka gembira dan teruja untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Umum mengetahui bahawa sistem pendidikan yang baik mampu membina akhlak dan perasaan yang baik. Proses ini bermula daripada pensyarah yang menggunakan kaedah memberi kefahaman, mendorong penghayatan dan mengajarkannya kepada pelajar sehingga menjadi satu rantaian pendidikan dari satu generasi kepada generasi yang lain (Norhisham bin Muhammad, 2019). Maka, dalam dunia serba moden yang tanpa sedar telah mengikis keterujaan manusia untuk menimba ilmu pengetahuan, usaha murni pensyarah adalah untuk menerapkan rasa kecintaan tersebut kembali dalam diri pelajar. Dengan itu, mereka mampu membina individu yang sempurna ataupun disebut insan kamil yang akhirnya membentuk generasi yang berprinsip teguh, mengamalkan nilai dan ilmu pengetahuan dalam mentadbir kehidupan sendiri dan komuniti (Abdul Aziz Kamil, 1987). 1.4 Penutup Ilmu pengetahuan adalah asas dalam proses pendidikan. Pengetahuan umum yang hanya memindahkan kepandaian dan kefahaman akal tanpa melibatkan penghayatan jiwa adalah proses yang merugikan. Kesannya, tiada rasa kecintaan terhadap ilmu itu sendiri. Kecintaan terhadap ilmu itu perlu melalui empat proses utama seperti yang telah dibincangkan. Proses tersebut memerlukan kesungguhan seorang pensyarah dalam menerapkannya di samping mengambil penting tiga hubungan utama yang perlu menjadi teras kehidupan bagi memastikan keberjayaan model ini. Bab 1: Falsafah Asas Model A.D.A.B
Modul Adab Dalam Pendidikan Bab 2: Pengintegrasian Model A.D.A.B Dalam Pengajaran 15 BAB 2 PENGINTEGRASIAN MODEL A.D.A.B DALAM PENGAJARAN 2.1 Pengenalan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara adalah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini disokong dengan kewujudan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang bertujuan memantapkan sistem pendidikan di peringkat pendidikan tinggi. Kedua-dua komponen ini memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan yang holistik tidak mengira agama, bangsa dan keupayaan seseorang individu. Antara perkara yang sering ditekankan ialah kemenjadian pelajar, iaitu berkaitan: adakah graduan universiti mempunyai ilmu, kemahiran, kebolehan dan tingkah laku yang sesuai untuk mereka berperanan dalam masyarakat, di tempat kerja dan sebagai rakyat yang berhemah dan berbudi pekerti mulia? 2.2 Model A.D.A.B Dalam Pengajaran Kadar kebolehpasaran dijadikan salah satu indikator kejayaan sesebuah program akademik. Sejak 10 tahun yang lalu, UiTM telah mencatat kadar kebolehpasaran graduan ijazah yang menjangkau lebih 80%. Namun, perubahan global yang mendadak dan adakalanya di luar jangka memerlukan insan yang mempunyai keteguhan jati diri dan kekentalan jiwa sebagai hamba dan khalifah yang dapat menjaga hubungan dengan Pencipta, hubungan sesama insan dan hubungan dengan alam. Ini membolehkan mereka mengembangkan kemahiran, di samping mempunyai akhlak dan nilai yang dapat memelihara kesejahteraan insan serta menyokong integriti nasional. Pembangunan modal insan bukanlah merupakan satu perkara yang baru malah ia sentiasa dan perlu secara berterusan diberi perhatian. Hal ini seperti yang pernah disebutkan: Pembangunan insan bersifat menyeluruh bermula dari peringkat sebelum lahir, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan pendidikan sepanjang hayat. Usaha mempergiat sistem pendidikan perlu dilaksanakan dengan lebih rancak. Ini kerana, pendidikan merupakan alat terpenting untuk memperkembang dan membangunkan potensi manusia dan seterusnya menghasilkan modal insan yang dapat meningkatkan peradaban ummah. “…Human Capital in the 21st century is one that needs to be developed, not just preserved. That means creating work environments where people can collaborate and learn effectively. When people are offered challenging and stimulating work, high performance and quality are the result…” (GaryNelson 2002).
Modul Adab Dalam Pendidikan 16 Bab 2: Pengintegrasian Model A.D.A.B Dalam Pengajaran Jangka masa tiga hingga empat tahun berada di kampus merupakan tempoh yang sangat berharga untuk para pendidik membentuk pelajar yang berilmu dan berciri holistik seperti yang dijelaskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kemakmuran Negara 2030, Dasar Manhaj Rabbani, misi dan visi UiTM dan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran UiTM sendiri. Sehingga kini, sebahagian pensyarah berpegang kepada reka bentuk penyampaian dan pembelajaran yang biasa digunakan oleh para akademik di seluruh dunia seperti model ADDIE dan GAGNE. Masanya telah tiba untuk para akademik UiTM melihat keperluan universiti dan negara serta mencari formula yang bersifat kontekstual dan sesuai untuk menjana kemenjadian para pelajar secara holistik. Sekiranya perubahan tidak diurus dengan baik dan respon kepada dunia yang rancak berubah masih dengan ruh dan kaedah lama, besar kemungkinan pelajar yang terhasil daripada sistem pendidikan tinggi akan menjadi mereka yang kurang berwibawa, tidak dapat mengembangkan potensi diri sepenuhnya secara seimbang, mudah ditelan arus kemajuan, sentiasa berhadapan krisis kesihatan mental serta matlamat melahirkan insan sejahtera sukar untuk dicapai. Pelan Education 5.0@UiTM yang dimulakan sejak tahun 2019 meletakkan ADAB dan AMANAH sebagai dua unsur utama untuk mendasari segala usaha dan proses penitisan ilmu dalam era dan persekitaran kaya teknologi. Ia bertitik tolak dari konsep adab dalam Pendidikan (Naquib Al Attas, 1994): Adab ditakrifkan sebagai suatu tindakan untuk mendisiplinkan jasmani, fikiran dan rohani agar mempunyai perilaku yang baik dan menolak perilaku yang salah agar dapat menyelamatkan manusia daripada kesalahan membuat keputusan secara berhikmah (Al-Attas, 1980) Al-Farabi mendefinisikan adab sebagai aktiviti yang bertujuan menghasilkan suatu watak yang bersumber daripada sikap akhlak. Manakala Insan Beradab ialah “…yang sedar insaf akan tanggungjawabnya kepada Allah s.w.t sebagai Tuhan Yang Sebenarnya disembah; yang memahami dan melaksanakan tanggung jawabnya kepada diri sendiri dan kepada masyarakat dengan adil. Dan yang sentiasa berusaha memperbaik setiap aspek dirinya ke tahap yang lebih sempurna…(al-Attas, 2019). Adab adalah kesedaran dan pengakuan terhadap realiti bahwasanya ilmu dan segala sesuatu yang ada terdiri dari hirarki yang sesuai dengan kategori-kategori dan tingkatan-tingkatannya, dan bahawa seseorang itu mempunyai tempatnya masing-masing berdasarkan keupayaan serta potensi fizikal, emosi, intelektual dan spiritual. Adab dilihat dari sudut kesedaran dan juga tingkah laku. Ia mengandungi unsur-unsur ilmu, pengajaran dan penyuburan yang baik. Ia berhubung rapat dengan kerangka pandangan hidup (worldview) seperti kebijaksanaan (hikmah), keadilan (‘adl), realiti dan kebenaran (haq) (al-Attas, 2019). Seseorang yang beradab menyedari dan memahami kedudukan dan tanggungjawabnya terhadap Pencipta, manusia dan alam serta memenuhi tanggungjawabnya dengan adil dan sempurna. Seseorang yang beradab akan mengambil tindakan “proper and right action”. Adab ditekankan dalam pencarian ilmu, penyampaian ilmu dan perluasan ilmu. Rajah di bawah menjelaskan adab dalam bentuk kesedaran, pemahaman dan tingkah laku. “An educated man in Islam is a good man and by a good man is a man possessing adab or man of adab (insan adabi).; Adab is the discipline that assures the recognition and acknowledgement of one’s proper place in relation to one’s physical, intellectual, and spiritual capacities and potentials”.
Modul Adab Dalam Pendidikan 17 The Creator Environment Knowing one’s proper place (in relation to others) (Ilmu / Knowledge) Taking the proper and right action (Amal / Practise) Non living & Living things - Fauna, Flora Spiritual Social Environmental Courtesy / Civility Embracing Diversity Respectful Appreciating and Appropriating Human ADAB - “Menyantuni” Rajah 1.3 Adab Dalam Bentuk Kesedaran, Pemahaman Dan Tingkah Laku Satu model reka bentuk penyampaian yang berlandaskan adab dan merangkumi prinsip-prinsip penyampaian pengajaran adalah perlu untuk membolehkan pelajar UiTM dilihat sebagai mereka yang berilmu dan beradab. Model ini mengambil ruh Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta amanah yang diberikan kepada UiTM. 2.3 Empat Proses Penyampaian Model A.D.A.B Model A.D.A.B UiTM terdiri daripada empat proses penyampaian yang utama iaitu: A - Analyse (Analisis) • Align content to outcomes (Selarikan kandungan silibus dengan hasil pembelajaran) Topik-Kandungan-Aktiviti-Penilaian • Anticipate learner’s needs (Membuat jangkaan keperluan pelajar dengan melakukan kajian keperluan pada minggu pertama kuliah) • Analyse learning context and learning environment (Analisis konteks pembelajaran dan persekitaran pembelajaran) • Analyse current advances in the field (Analisis perkembangan semasa di dalam bidang pengajian) • Analyse community issues and challenges (Analisis isu dan cabaran komuniti berkaitan bidang pengajian) Bab 2: Pengintegrasian Model A.D.A.B Dalam Pengajaran
Modul Adab Dalam Pendidikan 18 D - Design and Deliver (Rekabentuk dan Sampaikan) • Design connectedness to knowledge, people, environment, and the Creator (Reka bentuk pengajaran yang mempunyai keterhubungan dengan pengetahuan, manusia, persekitaran dan pencipta) • Design awareness of the world and workplace (Reka bentuk kesedaran tentang dunia dan tempat kerja) • Deliver in context - contextual learning, real world (Menyampai ilmu yang berkait dengan pembelajaran kontekstual dan dunia sebenar) • Deliver within a respectful learning environment (Menyampai ilmu dalam persekitaran pembelajaran yang saling hormat menghormati) A - Assess (Taksir dan Nilai) • Assess learning continuously, ipsatively, synoptically with the purpose of improving learning (Mentaksir dan menilai pembelajaran berterusan untuk penambahbaikan) • Evaluate engagement, involvement and interaction with knowledge, people, and environment including respectfulness (Menilai penglibatan dan interaksi pelajar dengan ilmu, manusia dan persekitaran dengan sikap hormat menghormati) • Assess essential transversal skills (Menilai kemahiran pelbagai) B - Build in Belief (Bina Kepercayaan dan Keyakinan) • Embed reflection (Memasukkan refleksi) • Espouse values (Menyuntik nilai) • Engender strong conviction (Membina kepercayaan yang kuat) • Enhance faith (Meningkatkan kepercayaan) Untuk membolehkan para pensyarah menterjemah dan mengaplikasi model ini dalam penyampaian masing-masing, tujuh elemen penyampaian diperincikan dan digambarkan dalam rajah di bawah. Elemen 1 adalah penting pada permulaan pengajaran untuk menjelaskan kedudukan pelajar dan pembelajaran. Elemen-elemen seterusnya boleh dilaksanakan tanpa menurut turutan. Elemen-elemen 5, 6 dan 7 juga dilihat sebagai elemen unik dalam reka bentuk penyampaian. Bab 2: Pengintegrasian Model A.D.A.B Dalam Pengajaran
Modul Adab Dalam Pendidikan 19 Contoh pelan pengajaran yang direka bentuk menggunakan model A.D.A.B dan tujuh langkah pelaksanaan dijadualkan seperti berikut: Situate Emphasize conduct, courtesy and respectful learning plus where students are in terms of their learning Connect Give students the platform to connect with other people, with new knowledge, with the environment, community and with the Creator Synthesize Get students to put info/facts together, relate and make conclusions Value and Extend Assist students to value and extend what they have learned to affect others (people, environment) Create Get students to create content, illustrate ideas or deliver facts/info etc Digest Give students access to content – read, watch, observe and summarize Reflect Get students to reflect on content, experience, new discoveries etc 1 2 2 2 2 2 2 3 4 7 6 5 Rajah 1.4 7 Elemen Reka Bentuk Penyampaian Model A.D.A.B Situate Pensyarah menganalisis keperluan pelajar, meneliti capaian/ akses, memprofil pelajar, memetakan dan menyampaikan hasil pembelajaran yang perlu dicapai, keperluan pembelajaran dan pentaksiran yang akan dijalankan. Pensyarah juga menjelaskan adab dan respectful learning dalam sesi pembelajaran dan menyampaikan jangkaan pensyarah terhadap pelajar. Pensyarah maklum akan aksesibiliti dan keadaan mental serta emosi pelajar. Digest Pensyarah menyampaikan kandungan utama kursus. Pelajar diberi akses kepada bahan/kandungan kursus dalam pelbagai bentuk ( ppt, video, bahan pembelajaran kendiri, MOOC) dan diberi panduan supaya pelajar dapat mencerna topik-topik berkaitan. Create Pelajar diberi peluang untuk menzahirkan apa yang telah dipelajari dalam bentuk ilustrasi ide, produk, penerbitan/penulisan, dialog, sketsa, galeri dan sebagainya menurut bidang pengajian. Connect Pelajar dihubungkan dengan pelajar lain/pakar/pengamal industri/komuniti melalui sesi pembelajaran atau perkongsian. Pelajar juga didedahkan kepada ilmu terkini, hubungkait ilmu dengan alam dan Pencipta. Reflect Pelajar digesa membuat refleksi mengenai pengalaman, ilmu baru dan kepentingannya, perubahan kognitif, afektif dan kemahiran melalui maklumbalas lisan dan bertulis, video 90 Synthesize Pelajar dilatih membuat kesimpulan dan sintesis tentang apa yang dipelajari serta mengaplikasikannya dalam konteks. Bab 2: Pengintegrasian Model A.D.A.B Dalam Pengajaran
Modul Adab Dalam Pendidikan 20 Create Pelajar diberi peluang untuk menzahirkan apa yang telah dipelajari dalam bentuk ilustrasi ide, produk, penerbitan/penulisan, dialog, sketsa, galeri dan sebagainya menurut bidang pengajian. Connect Pelajar dihubungkan dengan pelajar lain/pakar/pengamal industri/komuniti melalui sesi pembelajaran atau perkongsian. Pelajar juga didedahkan kepada ilmu terkini, hubungkait ilmu dengan alam dan Pencipta. Reflect Pelajar digesa membuat refleksi mengenai pengalaman, ilmu baru dan kepentingannya, perubahan kognitif, afektif dan kemahiran melalui maklumbalas lisan dan bertulis, video 90 saat, diskusi, catatan jurnal, pengisian e-portfolio. Value and Extend Pelajar dibantu untuk menilai pembelajaran dan menyebarkan pengetahuan dan kemahiran untuk dimanfaatkan bagi kesejahteraan dan kemampanan komuniti dan masyarakat setempat serta alam sekitar. Synthesize Pelajar dilatih membuat kesimpulan dan sintesis tentang apa yang dipelajari serta mengaplikasikannya dalam konteks. 2.4 Penutup Model ADAB UiTM adalah model rekabentuk penyampaian. Model ini menyokong penerapan nilai dalam penyampaian dan pembelajaran dan harus dijadikan panduan untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Selain itu, model ini dapat menjana inovasi penyampaian dan pembelajaran yang menyokong pencapaian hasil pembelajaran yang lebih menjurus kepada pembentukan pelajar seimbang dan holistik. Bab 2: Pengintegrasian Model A.D.A.B Dalam Pengajaran
Modul Adab Dalam Pendidikan Bab 3: Peranan Dan Fungsi Refleksi Dalam Pengajaran 21 BAB 3 PERANAN DAN FUNGSI REFLEKSI DALAM PENGAJARAN 3.1 Pengenalan Pengajaran sesuatu kandungan pelajaran melibatkan aspek kefahaman dan pemikiran (kognitif), pembentukan sikap dan nilai (afektif) dan juga kemahiran melakukan sesuatu dengan tepat dan betul (psikomotor). Apabila pengajaran disampaikan, apa yang diharapkan ialah pelajar bukan sahaja dapat memahami konsep penting tetapi juga dapat menghayati dan mengamalkan konsep yang dipelajari dalam situasi sebenar sama ada dalam ruangan bidang professional mahupun kehidupan harian. Namun begitu, kandungan pengajaran yang disampaikan kepada pelajar terutamanya aspek konsep atau teori hanya akan berlegar di peringkat pemikiran dan kefahaman pelajar sekiranya pelajar tidak digesa untuk melakukan refleksi. Pengalaman pembelajaran pelajar seperti keluar ke lapangan membuat tugasan, menemuramah tokoh, mendengar kuliah pensyarah, berbincang bersama rakan sekumpulan dan sebagainya, akan menjadi sesuatu bentuk aktiviti yang bersifat luaran semata-mata, apabila pelajar tidak dibimbing melakukan proses refleksi. 3.2 Refleksi Sebagai Proses Pembangunan Kesedaran (Consciousness) Secara umumnya, refleksi dalam penulisan ini merujuk kepada satu proses perenungan atau penaakulan yang membangkitkan kesedaran (consciousness) yang dapat mengaitkan setiap rangsangan luaran yang berbentuk ilmu atau pengalaman dengan diri sendiri untuk menerbitkan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara yang akhirnya memberi kesan kepada sikap dan tingkah laku seseorang (Cowan, 2006). Dalam proses penerapan nilai atau adab, proses refleksi ini membantu pelajar menyaring dan memproses maklumat yang bersifat teori atau konsep kepada sesuatu yang boleh dihayati dan difahami secara emosi dan perasaan, sehingga melahirkan satu kesedaran yang membuatkan tindakan. Ilmu pengetahuan yang tidak membuahkan penghayatan dan amalan dianggap tidak sempurna (Mohd Zaidi, 2019). Justeru, refleksi merupakan satu komponen penting untuk menghubungkan pengetahuan tersebut dengan kesedaran dan penghayatan sesuatu nilai di sebalik ilmu tersebut. Sebagai contoh, seorang pelajar mempelajari konsep manusia yang terdiri dari unsur ruh dan jasad. Pelajar tersebut juga memahami bahawa unsur ruh dan jasad tersebut mempunyai ciri dan keperluan masingmasing. Malah, apabila ditanya ketika peperiksaan, pelajar tersebut mampu menjawab dan menjelaskannya dengan baik. Di tahap ini, pensyarah dapat menilai bahawa pelajar telah menguasai ilmu dan konsep tentang manusia. Namun begitu, pelajar tersebut belum tentu dapat melaksanakan tindakan yang diperlukan daripada penguasaan tentang konsep manusia itu tadi. Meskipun pelajar sudah memahami ciri-ciri ruh dan jasad
Modul Adab Dalam Pendidikan 22 Bab 3: Peranan Dan Fungsi Refleksi Dalam Pengajaran yang sihat, belum tentu pengetahuan dan kefahaman tersebut membuatkan pelajar dapat menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang memudaratkan ruh dan jasad. Sifat marah, tamak, sombong serta perbuatan merokok, memakan makanan yang tidak sihat mungkin menjadi amalan yang telah sebati dengan pelajar tersebut dan sukar untuk dikikis (Muhammad Hasanul Arifin, 2019). Daripada contoh atau situasi yang diberikan, jelas terdapat kelompangan antara penguasaan ilmu dan penghayatan ilmu. Di sinilah, elemen refleksi dapat membantu pelajar secara perlahan-lahan membina kesedaran untuk mengaitkan ilmu, teori atau konsep yang difahami dengan amalan dalam diri sendiri. Refleksi menjadikan seseorang pelajar tidak sekadar tahu tetapi juga sedar dan dapat membawa pengetahuan ke dalam aspek rasa dan penjiwaan serta seterusnya amalan. Namun, proses membina kesedaran ini mengambil masa dan perlu dilakukan secara beransur-ansur tetapi konsisten agar sikap atau pemikiran lama yang negatif dapat dibuang secara perlahan-lahan (Noor Hisham, 2015). Huraian di atas menjelaskan kepentingan amalan refleksi untuk pembentukan afektif pelajar yang melibatkan aspek penghayatan nilai, pembangunan sikap dan peribadi yang baik, serta mendorong motivasi dan minat terhadap sesuatu. Refleksi membawa pengamalnya untuk memahami apakah makna yang diperolehi atau hasil yang dicapai bagi setiap pengalaman atau situasi yang dilalui. Dalam kata lain, pengalaman pembelajaran yang tidak diikat dengan proses refleksi akan menyebabkan pengalaman tersebut berlalu dan dilupakan tanpa meninggalkan apa-apa makna pada diri pelajar. Justeru, proses refleksi perlu dibiasakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses ini dapat mempengaruhi idea, kepercayaan, proses membuat keputusan, perasaan dan emosi seseorang, selanjutnya membawa kepada tingkah laku dan pembentukan sikap mereka. Pensyarah boleh mencetuskan proses refleksi tersebut dengan bertanyakan soalan agar pelajar dapat memikirkan dan menjelaskan perasaan mereka tentang sesuatu isu atau perkara (Zaharah et al., 2017). Antara contoh soalan yang boleh ditanyakan ialah, “Sekiranya kamu berada dalam situasi A, apa yang kamu rasa?” Atau, “Kenapa kamu berasa sedemikian?” Atau, “Apakah pencerahan baru yang kamu dapat pada pelajaran kali ini?” Atau, “Apa perkara yang kamu harapkan berbeza berlaku berbanding perkara A ini?” Soalan-soalan ini dapat menyebabkan pelajar berfikir dan menyelami diri sendiri. Segala memori atau pengetahuan dan pengalaman lepas akan menjadi asas atau tapak untuk pelajar memproses idea dan pandangan baru. Dengan itu, pelajar akan memperolehi kefahaman baru yang didasari oleh refleksi terhadap pengalaman dan pengetahuan sedia ada tersebut. 3.3 Akal Dan Hati Sebagai Jentera Utama Proses Refleksi Untuk melakukan refleksi dalam pengajaran mahupun pembelajaran dengan berkesan, dua jentera utama yang memainkan peranan ialah akal dan hati. Akal berfungsi sebagai pemproses maklumat dan ilmu yang diterima. Hati pula berfungsi untuk menyelami maklumat yang telah diproses sehingga kefahaman baru yang lebih mendalam diterima dalam bentuk hikmah dan ilham. Seterusnya, kesedaran baru yang muncul hasil daripada proses tersebut akan menghidupkan satu bentuk penghayatan kejiwaan dan pengamalan dalam tingkah laku luaran (Dzulkifli, 2021). Sebagai persiapan melakukan refleksi, dua jentera ini perlu berada dalam keadaan yang baik. Akal perlu disiapkan dengan ilmu yang benar dan pemikiran yang positif. Manakala hati perlu disiapkan dengan niat yang benar. Ilmu yang benar merujuk kepada ilmu yang bertepatan dengan hakikat. Ilmu yang benar tidak bersifat sangkaan atau dakwaan. Sumber ilmu yang utama ialah khabar yang benar, akal dan pancaindera. Niat yang benar pada hati pula merujuk kepada matlamat dan tujuan yang benar, jujur serta tiada tujuan lain yang tersembunyi. Niat seseorang membangkitkan kehendak dan motif yang menghasilkan keazaman sesuatu tindakan (Mohd Zaidi, 2019).
Modul Adab Dalam Pendidikan Bab 3: Peranan Dan Fungsi Refleksi Dalam Pengajaran 23 Sesuatu perbuatan yang baik dapat dinyatakan dilakukan dengan ikhlas apabila pelakunya menyedari bahawa perbuatan yang dilakukan itu baik, dengan tujuan yang baik dan dengan motif yang mendekati kebaikan. Kebaikan yang dimaksudkan di sini tiada lain selain daripada perbuatan yang mendekatkan seseorang kepada Tuhan. Namun begitu, sesuatu perbuatan yang baik tidak boleh disempurnakan dengan hati yang tidak ikhlas atau benar. Contohnya apabila perlakuan tersebut dilakukan tanpa sedar, terpaksa ataupun sambil lewa. Hal ini kerana penilaian utama terhadap perlakuan seseorang sama ada baik mahupun buruk bersandarkan kepada niat seseorang. Perbuatan bersedekah contohnya, meskipun satu contoh perbuatan baik, tetap tidak akan membuahkan kebaikan apabila hati pemberi sedekah tidak ikhlas dan tidak jujur dalam melakukannya. Bagi menguatkan akal dan hati dalam melakukan refleksi yang berkesan, seseorang memerlukan disiplin dan keazaman yang kuat untuk menghindari perbuatan dosa, menjaga niat agar sentiasa jujur dan ikhlas mencapai kebaikan daripada Tuhan semata-mata, menghindari kelalaian atau mengikut hawa nafsu, menjauhi emosi negatif seperti marah, takut, sedih dan bimbang yang keterlaluan, mengelakkan kekeliruan dan andaian yang tidak berasas agar akal dan hati dapat menilai dengan jelas sesuatu perkara. Sekiranya akal dan hati ini tidak berada dalam keadaan yang baik, maka proses refleksi juga tidak akan menghasilkan makna yang tepat dan mungkin sahaja mengukuhkan pemikiran dan sikap negatif yang sudah berada dalam minda dan jiwa seseorang itu (Mohd Kamal, 2021). Oleh yang demikian, pensyarah bertanggungjawab merangsang persoalan untuk membawa pelajar menyedari wujudnya pemikiran, persepsi atau tanggapan yang salah terhadap sesuatu perkara. Perkara ini juga boleh dilakukan dengan refleksi. Sebagai contoh, pensyarah boleh bertanya, “Pernahkah kamu bertemu dengan seseorang yang tidak langsung berasa bersalah membuang sampah merata-rata kerana beranggapan terdapat pekerja yang akan melakukan kerja pembersihan?” Dan, “Apa pandangan kamu terhadap sikap orang tersebut?” Dan, “Apa yang menyebabkan individu tersebut bersikap begitu?” Dan, “Wujudkah cara fikir dan sikap sebegitu dalam diri kita?” Dan, “Sekiranya wujud, apa perancangan untuk membetulkan sikap tersebut?” Dengan persoalan-persoalan yang diutarakan, pelajar dapat meneliti kembali kepercayaan dan pemikiran yang tidak tepat serta memperbaikinya. Pemikiran baharu dan kepercayaan baharu akan membawa kepada sikap dan tingkah laku yang baharu. Kefahaman tentang perkara ini membawa pensyarah dan pelajar untuk menyedari kepentingan memelihara akal dan hati selaku jentera utama dalam menghasilkan makna yang tepat dan tingkah laku yang baik. Malah, akal perlu sentiasa dibersihkan daripada pemikiran negatif dan salah. Manakala, hati pula perlu sentiasa disucikan daripada niat yang salah serta tanggapan-tanggapan negatif yang menyebabkan kebenaran tidak dapat dicapai (Amilah, 2014). Akal dan hati yang bersih dan sihat itu akan melakukan tugas-tugas seperti menyaring dan menyusun maklumat dan idea baharu secara logikal di samping menolak konsep yang tidak tepat atau salah dari sistem kepercayaan dan pemikiran. Idea dan kefahaman baharu yang terhasil daripada proses ini akan membawa kesedaran dalam memahami diri dan realiti kewujudan. Maka, wujud dialog dalaman (inner dialogue) dan pemikiran baharu yang mempengaruhi perasaan dan emosi individu terbabit. Seterusnya, membentuk sistem nilai dan sikap diri yang lebih positif (Mohd Zaidi, 2019). Dalam model penyampaian pengajaran A (Analyse), D. (Design & Deliver), A. (Assess) dan B (Built in belief) yang berpaksikan kepada amanah dan adab, proses refleksi ini dianggap satu perkara utama. Setiap peringkat dalam model boleh diwujudkan proses refleksi. Peringkat yang paling utama ialah di peringkat B iaitu peringkat pengukuhan nilai dan keyakinan dalam diri pelajar. Keyakinan yang dimaksudkan merujuk kepada keyakinan kepada Tuhan selaku pencipta dan pentadbir alam serta keyakinan terhadap fungsi kewujudan diri sebagai hamba dan khalifah yang bertanggungjawab mentaati nilai-nilai dalam agama serta berbuat baik kepada masyarakat sekitar dan alam.
Modul Adab Dalam Pendidikan 24 Penghayatan tanggungjawab diri yang berhubung dengan Tuhan, masyarakat dan alam berlangsung apabila proses refleksi menjadi kelaziman. Proses refleksi merangsang keyakinan, pemikiran, perasaan, emosi dan hubungan sosial yang sihat dalam diri seseorang. Proses melakukan refleksi bergantung kepada sistem kepercayaan sedia ada, kedalaman fokus dan tumpuan semasa melakukan refleksi, keadaan emosi dan mental, faktor persekitaran, pengaruh budaya serta pengetahuan seseorang tentang perkara yang ingin direfleksikan (Malik Badri 2000). Namun begitu, faktor yang paling utama untuk digerakkan dalam diri pelajar agar mencapai matlamat yang digariskan dalam Model A.D.A.B ialah kesedaran diri untuk menghubungkaitkan ilmu yang dipelajari dengan kewujudan diri sebagai hamba dan khalifah Tuhan. Pada peringkat pertama, proses refleksi melibatkan seseorang melihat perkaitan ilmu dan pengalaman baharu dengan dirinya dalam bidang pengajian yang diambil. Sebagai contoh, dalam bidang pengajian akhlak, seseorang mengetahui bahawa akhlak bukan sekadar melibatkan tingkah laku zahir atau luaran, tetapi juga melibatkan amalan dalaman iaitu hati. Justeru, wujud satu kesedaran baharu untuk seseorang itu melakukan solat, bersedekah dan amal ibadah yang lain dengan disertakan amalan hati yang ikhlas (Malik Badri, 2000, Mohd Zaidi, 2019). Kemudian, pada peringkat kedua, proses refleksi melibatkan perkaitan ilmu dan pengalaman baharu tadi dengan diri tetapi melangkau kepada disiplin dan bidang lain. Contohnya, perlakuan akhlak yang baik, yakni yang melibatkan amalan zahir dan amalan hati perlu wujud dalam aspek kehidupan yang lain. Termasuklah dalam melaksanakan tuntutan pekerjaan lain seperti melaksanakan tugas sebagai ahli keluarga, bekerja di pejabat, semasa bermain bola. Akhlak pada tingkah laku dan hati bukan sahaja dalam perkara ibadah tetapi juga dalam perkara kehidupan harian yang bukan bersifat ibadah khusus (Muhammad Hasanul Arifin, 2019). Pada peringkat ketiga, ilmu baharu yang diterima disusun kefahamannya sehingga dapat mengaitkannya dengan hikmah dan kesedaran bertuhan. Proses refleksi pada tahap ini membantu seseorang untuk melihat bahawa akhlak yang baik bukan sahaja penting untuk kesihatan holistik seseorang tetapi juga dapat melihat kasih sayang dan kebijaksanaan Tuhan yang menciptakan manusia. Ilmu yang awalnya bersifat teori dan maklumat baharu bertukar menjadi satu kepercayaan dan sistem nilai dalam diri yang membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih baik (Mohd Kamal, 2021). Bagi mencapai proses refleksi yang lebih mendalam, beberapa perkara perlu dilaksanakan secara berterusan iaitu proses pembelajaran maklumat dan ilmu baru, penyucian hati dan jiwa serta amalan refleksi yang berterusan. Konsistensi dalam melakukan perkara ini dapat membantu dalam mencapai akal dan hati yang lebih jernih dalam menangkap hikmah yang terdapat dalam ilmu. Bertitik tolak daripada hal itu, nilai amanah dan adab selaku insan dapat diperkemaskan. 3.4 Penutup Sebagai kesimpulan, refleksi dapat membantu mencetuskan kesedaran dalaman seseorang untuk memastikan ilmu yang dipelajari menjadi sesuatu yang boleh dihayati dan dimanfaatkan dalam perlakuan harian sebagai manusia yang baik. Proses refleksi memerlukan keseriusan untuk menjaga akal dengan ilmu yang benar serta memelihara hati dengan niat dan tujuan yang baik. Segala kekeliruan dan kejahilan yang boleh merencatkan fungsi akal serta sifat-sifat buruk yang dapat merosakkan hati perlu dijauhkan sedaya mungkin kerana alat yang paling utama dalam melaksanakan refleksi yang baik ialah akal dan hati yang jernih lagi sihat. Kepentingan melakukan refleksi ini berkemungkinan besar tidak disedari oleh para pelajar. Oleh yang demikian, pengajaran pensyarah yang membangkitkan persoalan-persoalan yang mencetuskan rasa ingin berfikir dan melakukan refleksi diharap dapat membantu pelajar menjadikan refleksi bukan sahaja amalan dalam pembelajaran, tetapi juga dalam kehidupan untuk menjadi manusia yang lebih baik dari masa ke masa. Bab 3: Peranan Dan Fungsi Refleksi Dalam Pengajaran
Modul Adab Dalam Pendidikan Bab 4: Isu-Isu Semasa ADAB 25 BAB 4 ISU-ISU SEMASA ADAB 4.1 Pengenalan Isu adab yang dibincangkan dalam topik ini adalah gejala hilangnya adab (the loss of adab) yang membawa pelbagai implikasi besar dalam kehidupan manusia moden. Analisis yang dibuat oleh Prof. Naquib alAttas tentang fenomena hilang adab yang membawa kepada kerosakan kepada kehidupan manusia dalam konteks yang menyeluruh adalah berakar dan berlingkar dari persoalan pendidikan, epistemologi ilmu dan pandangan terhadap kebenaran. Ia juga berpunca daripada hakikat ilmu yang sifatnya bukan bebas nilai seperti yang dibuktikan oleh para ilmuwan Islam masa silam dan kontemporari. Menghadapi gejala yang merosakkan ini memerlukan usaha penapisan ilmu terutamanya ilmu yang diambil daripada sumber asing bagi disesuaikan dengan worldview Islam khususnya. 4.2 Gejala Kehilangan Adab Adab adalah asas penting pembentukan sebuah peradaban. Pada zaman modenisme dan pasca-modenisme memperlihatkan timbulnya gejala loss of adab. Kehilangan adab hampir melata di setiap aspek penghidupan manusia moden. Dalam pendidikan, wujudnya gejala hilangnya adab sama ada dalam kalangan guru atau pelajar. Gejala lain seperti berlakunya kerosakan alam sekitar, krisis ekologi, lahirnya pemimpin yang korup, media sosial digunakan untuk memaparkan aksi yang tidak bermoral dan cara hidup liberal-sekular. 4.3 Faktor Berlaku Kehilangan Adab Banyak faktor yang menyumbang kepada kehilangan adab dalam kehidupan manusia moden hari ini. Kehilangan adab membawa timbulnya pelbagai dilema dan masalah dalam kehidupan manusia. Prof. Naquib al-Attas telah menganalisis faktor sebenar yang menyebabkan berlakunya loss of adab. Beliau menyimpulkan faktor berlakunya gejala tersebut adalah disebabkan berlakunya kekeliruan dalam ilmu pengetahuan (confusion in knowledge). Kekeliruan dan kesilapan dalam memahami ilmu merupakan satu krisis yang akhirnya membawa kepada kehilangan adab (the loss of adab). Kehilangan adab pula membawa kepada timbulnya kebingungan dalam bidang ilmu yang akhirnya akan membawa kepada kerosakan akhlak dan pendidikan sesebuah masyarakat. Kebingungan dalam bidang ilmu juga bererti rosaknya sesuatu ilmu pengetahuan (corruption of knowledge) (Zuraidah Othman, 2013). Justeru, Prof. Naquib al-Attas menekankan kepada kepentingan Ilmu yang benar kerana ia berperanan membentuk seorang ilmuwan yang beradab dan baik. Kebaikan tersebut adalah dalam makna menyeluruh yang meliputi kehidupan rohani dan material. Menurutnya lagi, orang yang benar-benar terpelajar adalah orang yang beradab. Ilmu yang benar mampu menjaga manusia daripada melakukan kesalahan dan mendorong lahirnya perbuatan yang mulia serta menghasilkan keadilan pada diri individu, masyarakat dan negara (Akhmad Hasan Saleh, 2020).
Modul Adab Dalam Pendidikan 26 Bab 4: Isu-Isu Semasa ADAB Ringkasnya, kekeliruan ilmu berlaku apabila seseorang itu tidak dapat memahami epistemologi ilmu secara holistik dari sudut makna, sumber ilmu, susun lapis atau martabat ilmu, matlamat ilmu, berlakunya sekularisasi atau dikotomi ilmu, kaedah pencarian ilmu yang bersikap skeptisme iaitu pencarian ilmu bermula dari konsep kecurigaan dan andaian. Skeptisme merupakan suatu sikap meragukan kepada setiap informasi atau sesuatu ilmu yang telah diwarisi oleh manusia. Skeptisme adalah pandangan yang melihat sesuatu kebenaran bersifat relatif, tidak ada suatu pendapat dan tindakan yang benar serta perkara yang bersifat metafizik mustahil dicapai oleh akal manusia. Ringkasnya, skeptisme menolak sesuatu perkara atau kebenaran yang bersifat dogmatik. 4.4 Kesan Kehilangan Adab Kehilangan adab membawa pelbagai implikasi dalam kehidupan manusia secara menyeluruh. Ini kerana adablah yang memanusiawikan manusia dan menjadikan sebuah peradaban tersebut menjunjung tinggi nilai kemanusiaan dan akhlak. Hilangnya adab bermakna peradaban berada dalam jalur kemerosotan. Perkara ini telah ditegaskan oleh Ibnu Khaldun (1332-1395M) pada abad ke 14M lalu tentang naik turunnya sebuah kerajaan dan peradaban sangat dipengaruhi dengan pegangan terhadap nilai moral, ilmu pengetahuan dan semangat solidariti sosial (esprit de corps) yang kukuh berpaksikan agama. Apabila sesebuah kerajaan melunturkan adab, itu bermakna akan mempercepatkan faktor kejatuhan mereka. Kehilangan adab juga membawa kehilangan identiti yang membawa ilmuwan Islam tidak dapat membezakan antara ilmu Islam dan ilmu Barat yang sekular. Ia melahirkan pandangan bahawa ilmu adalah bebas nilai yang tidak ada hubungannya dengan agama dan etika. Sedangkan hakikat sebenarnya ilmu tersebut dibina di atas dasar nilai (Zuraidah Othman, 2013) dan ideologi yang mempengaruhinya. Dengan sebab itulah, Prof. Naquib al-Attas telah menyarankan keperluan Islamisasi ilmu dilakukan kerana ilmu sebenarnya tidak bersifat neutral atau bebas nilai walaupun pada zahirnya sifat ilmu seakan-akan tidak menyebelahi mana-mana pihak, tiada baik buruknya, tiada benar palsunya, maka dia dianggap sebagai sesuatu yang jernih yang boleh menganggap kandungan maklumat tanpa diwarnai oleh penilaian tanggapan diri insani. Al-Attas telah menolak tanggapan tersebut dengan menyatakan ilmu tersebut tidak bersifat neutral, kerana wujudnya pengaruh kebudayaan masing-masing dalam memahami sesuatu maklumat yang ditanggapinya (al-Attas, 2002). Dalam erti kata yang lain, nilai, ideologi dan budaya juga sangat mempengaruhi sesuatu ilmu tersebut. Justeru, menurut al-Attas (2020) ilmu pengetahuan masa kini adalah hasil pengaruh daripada kebudayaan dan peradaban Barat yang bersifat mengagungkan kekuatan akal, menganut fahaman dualisme tentang realiti dan kebenaran, sekular serta humanisme (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2018). Demikian juga yang diperjelaskan oleh Prof.Ismail Ragi al-Faruqi dengan panjang lebar melalui gagasan Islamisasi ilmu melalui buku Islamization of Knowledge: General Principles and Work Plan (1982). Kehilangan adab juga mengakibatkan kemunculan pemimpin palsu yang tidak berkelayakan disebabkan oleh kekeliruan ilmu. Mereka ini gagal melaksanakan keadilan disebabkan tidak mempunyai nilai moral, intelektual dan spiritual yang tinggi (Al-Attas, 1993). Ilmu yang benar melahirkan pemimpin adil yang berpegang teguh dengan kebenaran hasil proses ta’adib dan tarbiah seperti yang dapat dicontohkan melalui kepimpinan Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Khalifah Abu Bakar sebaik dilantik menjadi khalifah telah berkata “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan
Modul Adab Dalam Pendidikan Bab 4: Isu-Isu Semasa ADAB 27 Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku.” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Penghayatan adab membawa kepada keharmonian hidup dalam konteks masyarakat yang mempunyai kepelbagaian agama, budaya dan bangsa. Adab membawa kepada sifat toleransi terhadap kepelbagaian. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mendidik umat Islam dengan adab perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam bahkan dengan realiti hidup berdampingan dengan non-muslim. Nabi Muhammad SAW melarang menyakiti non-muslim yang berlindung dalam negara Islam. Khalifah Abu Bakar berpesan kepada Usamah bin Zayd (Ketua Tentera Islam) yang mengetuai peperangan dengan kerajaan Byzantine supaya menjaga adab berperang, iaitu supaya jangan mengganggu paderi dan orang yang beribadat dalam tempat ibadat mereka. Saidina Umar pula semasa berada dalam Gereja di Baitulmuqaddis dan tiba waktu sembahyang beliau keluar bersembahyang di luar gereja dan berkata “Jika saya bersembahyang di dalamnya nescaya nanti orang Islam akan merampasnya. Mereka mengatakan di sini Umar bersembahyang (Abdul Halim Ramli, 2009). Namun, kehilangan adab ketika berbeza pendapat dan agama akan membawa wujudnya kehidupan pelbagai agama yang tidak harmoni. Ini kerana penghayatan adab membawa penganut agama bersikap terbuka dengan perbezaan dan kepelbagaian kerana wujudnya sikap saling meraikan dan menghormati antara satu sama lain (Wan Mohd. Nor Wan Daud, 2021). 4.5 Penutup Adab perlu difahami dan diaplikasikan secara holistik. Adab menyangkut hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia dan lingkungan. Ternyata gejala kehilangan adab telah membawa pelbagai kesan negatif kepada kehidupan manusia. Gejala kehilangan adab pada asasnya disebabkan kekeliruan ilmu dan pemahaman yang sempit dalam memahami epistemologi ilmu. Akibat dari kehilangan adab tersebut telah membawa berlakunya pelbagai krisis seperti krisis ekologi, kemerosotan nilai akhlak, kelahiran pemimpin palsu yang melakukan kezaliman dan hilangnya sikap toleransi dalam beragama serta perbezaan pendapat. Justeru, penghayatan dan aktualisasi adab adalah salah satu penawar dan penyelesaian terhadap pelbagai krisis yang melanda manusia moden hari ini.
Modul Adab Dalam Pendidikan 28 Bab 5: Isu-Isu Semasa Berkaitan Pendidik 5.1 Pengenalan Bab 5 mengandungi kompilasi penulisan berkaitan isu adab dalam kalangan pendidik Malaysia. Secara idealnya, penghayatan adab adalah seharusnya berbentuk dua hala, melibatkan pelajar dan pendidik. Namun begitu, permasalahan “loss of adab” turut sama melibatkan golongan pendidik. Ianya perlu dibincangkan secara matang dan terbuka agar isu pelanggaran adab tidak dibiarkan berterusan dalam masyarakat kita. Justeru, penulisan-penulisan ini akan digunakan dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti yang telah disediakan dibawah. 5.2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) BAB 5 KAJIAN KES: ISU-ISU SEMASA BERKAITAN PENDIDIK 5.2.1 LDK: Kajian Kes 1 Melalui sesi LDK ini, • Peserta dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap berpandukan aktiviti kajian kes. • Peserta dapat mengenalpasti isu dan kaedah penyelesaian berkaitan adab berdasarkan aktiviti seperti di bawah: (i) Analisa satu kajian kes yang menerangkan tentang isu kehilangan adab. (ii) Tulis nota ringkas tentang isu yang dibincangkan daripada setiap kajian kes. (iii) Bincangkan cara untuk menyelesaikan isu di dalam setiap kajian kes. (iv) Bentang hasil kajian daripada kajian kes yang dibincangkan Pengarang: Nurul Azwa Aris Tarikh Terbit: Jun 22, 2019 Alamat URL: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/06/22/publish-or-perish- or-just-steal-it-a-peek-into-academic-theft-in-malaysian-universities/ Publish or Perish, or Just Steal It: A Peek into Academic Theft in Malaysian Universities Sometimes, just owning a lab is used as a reason to have one’s name listed as a co-author of a research paper, says an academic. PETALING JAYA: It is a norm in Malaysian universities for academics to get their names published in research papers – without having to actually write anything.
Modul Adab Dalam Pendidikan Bab 5: Isu-Isu Semasa Berkaitan Pendidik 29 This is part of the insight provided by a senior lecturer to FMT – a glimpse into the world of paper chase and academic competition. In the rush, some academics have no qualms about getting recognition without earning it, and the stakes are too high to resist. This comes in the wake of the revelation by FMT last week of a foreign student at a local university whose work was stolen by his PhD instructor. A Yemeni student said his paper was published last year on his university’s official website under the names of his supervisors, one of whom did nothing to earn it. Speaking to FMT, an academic at a local branch of a foreign university said the revelation was not surprising. He said many academics regard their job as an opportunity “to make more money”, and collecting bylines for research papers, the heart of gaining academic credentials, is one way to do it. Local and international rankings of universities and promotions of individual academics depend on key performance indicators (KPI), which put direct pressure on them to perform. “A significant portion of KPIs is given for research output including scientific publications,” the academic told FMT on condition of anonymity. Academics, therefore, are required “to publish or perish”. “In fact, job contracts are renewed based on performance. As a result, everybody is keen on publishing research papers by hook or by crook,” he added. It is not difficult for academics and researchers to get their names listed as “co-authors” without giving any contribution, said the lecturer. Is this why some academics have their names on multiple research papers in a year? “It is simply impossible for someone to publish, for instance, 30 academic papers a year,” he told FMT. He said there were times when professors who had their names on research papers could not explain the topics they supposedly wrote about. “If we ask them to explain further about the research, that person may not be able to give us an answer straight away as they lack understanding,” said the academic, who is a senior research fellow. He said it was normal for critical tasks to be passed to another person. There are certain ground rules for putting one’s name on a research paper. The International Committee of Medical Journal Editors, for example, recommends that authorship be based on substantial contributions to the conception or design of the work, or the acquisition, analysis or interpretation of data for the work.
Modul Adab Dalam Pendidikan 30 An academic would have to draft the work, revising it critically for important intellectual content before giving final approval for publication. He also has to be accountable for all aspects of the work especially when questions are raised on its accuracy or integrity. The lecturer gave one specific example of how co-authorship is earned. A professor could allow students the use of the lab and facilities under his control. Others are less circumspect, asking students to include their names as first authors, sometimes through force. “As a result, we have no original scientific research that really has value,” said the lecturer, who has almost a decade’s experience in research. He said he had met many lecturers who published research papers without contributing to them. “It’s common in many universities, both public and private,” he added. He recalled an occasion when he was in the midst of completing a research paper and went to a nearby public university to get access to a piece of equipment. “From the beginning, I tried my best to be very polite to ask for permission to use the equipment. “But the permission was denied because I did not offer any money or co-authorship to the person who owns the lab. “Here, if you have a very well-established lab, you can get your name listed as a co-author on the research paper simply by letting people use your lab without any scientific contribution from your side.” But not all is lost: there are still genuine professors, although they are few in number, he claims. If the problem continues to be tolerated, there is little chance for Malaysia to make significant progress in its higher education ranking. 5.2.2 LDK: Kajian Kes 2 Melalui sesi LDK ini, • Peserta dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap berpandukan aktiviti kajian kes. • Peserta dapat mengenalpasti isu dan kaedah penyelesaian berkaitan adab berdasarkan aktiviti seperti di bawah: (i) Analisa satu kajian kes yang menerangkan tentang isu kehilangan adab. (ii) Tulis nota ringkas tentang isu yang dibincangkan daripada setiap kajian kes. (iii) Bincangkan cara untuk menyelesaikan isu di dalam setiap kajian kes. (iv) Bentang hasil kajian daripada kajian kes yang dibincangkan Bab 5: Isu-Isu Semasa Berkaitan Pendidik
Modul Adab Dalam Pendidikan 31 Pengarang: Mindeerjeet Kaur Tarikh Terbit: November 16, 2017 Alamat URL: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/16/tiru-tipu-ponteng- bekas-pensyarah-senaraikan-pelbagai-salah-laku-pensyarah/ Tiru, Tipu, Ponteng: Bekas Pensyarah Senaraikan Pelbagai Salah Laku Pensyarah KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah mendakwa terdapat salah laku yang berleluasa di institusi pengajian tinggi tempatan. Menurut pensyarah kimia Datuk Omar Shawkataly yang mempunyai pengalaman 30 tahun mengajar di universiti awam dan swasta, salah laku itu bukan sahaja melibatkan jenayah akademik seperti plagiarisme dan mencuri kerja penyelidikan, tetapi juga gangguan seksual dan sikap pensyarah yang tidak hadir kuliah. Katanya, ramai pensyarah tiada nilai etika tetapi hanya dikenakan hukuman ringan seperti persaraan awal atau diminta meninggalkan institusi mereka secara diam-diam. “Itu bukan hukuman, saya rasa ia adalah ganjaran kerana mereka diberi cuti tahunan,” kata Omar pada forum mengenai masalah integriti dan etika di kalangan ahli akademik yang dianjurkan oleh kumpulan akademik Gerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), di Universiti Nottingham Malaysia, malam tadi. Omar berkata pihak universiti tidak menghiraukan aduan yang dibuat. “Mereka tidak mahu universiti berada dalam imej yang tidak baik,” katanya. Omar menyenaraikan pelbagai kes yang pernah dilaporkan oleh pelajar dan kakitangan universiti. Salah satu daripadanya melibatkan pensyarah yang meluluskan pelajar dengan gred A atau B tanpa menandakan kertas peperiksaan. Perkara itu didapati berlaku selama 15 tahun, tetapi hanya diketahui selepas siasatan oleh ketua jabatan yang baru dilantik. Pensyarah itu diminta bersara atas pilihan sendiri dan diberi ganjaran kencana (golden handshake). Seorang lagi pensyarah menterjemahkan kandungan buku lama dan mendakwa ia sebagai karya asalnya. Buku itu ditarik balik daripada pasaran, tetapi pensyarah itu dibenarkan bersara secara diam-diam. Seorang lagi pensyarah mencuri cadangan tesis dengan tujuan mendapatkan geran penyelidikan. Pensyarah itu meminjam karya pelajar pensyarah lain dan menerbitkannya tanpa menyebut nama pelajar terbabit. Selepas seseorang mengadu, pensyarah tersebut diberi amaran. Omar berkata terdapat juga insiden dan aduan di mana ketua fakulti atau dekan mengganggu pelajar secara seksual kerana merasakan mereka mempunyai kuasa. Bagaimanapun, ia tidak dilaporkan. Ahli Keluarga Periksa Kertas Memberikan satu lagi contoh, Omar berkata terdapat kes di mana pensyarah menjadi pemeriksa tesis pelajar suaminya, abang menjadi pemeriksa untuk kertas pelajar adiknya, dan bapa mentua menjadi pemeriksa untuk kertas pelajar menantunya. Bab 5: Isu-Isu Semasa Berkaitan Pendidik
Modul Adab Dalam Pendidikan 32 Omar turut memberi contoh penipuan dalam permohonan mendapatkan geran akademik. Peralatan yang sama digunakan untuk setiap geran tetapi tuntutan dibuat setiap kali pembelian baharu. Ada juga kes pensyarah yang ponteng tugas. Salah satu daripadanya melibatkan seorang pensyarah tidak hadir mengajar selama 3 tahun dan didapati mengajar secara sambilan di sebuah kolej swasta. Dia kemudian diberikan persaraan pilihan, tanpa tindakan lain diambil. Seorang lagi pensyarah tidak hadir bekerja selama 40 hari, sehinggakan ketua jabatan terpaksa menghantar kakitangan untuk memujuknya kembali bekerja. Seorang pensyarah pernah menipu dia mempunyai 3 ijazah. Perkara itu bagaimanapun diketahui selepas beberapa tahun. Ada juga pensyarah yang cuba membuat keuntungan, dengan mewajibkan buku mereka dibeli pelajar. Omar berkata beliau berkongsi pengalamannya berdepan salah laku itu sebagai mesej kepada institusi pengajian tinggi. “Lembaga universiti harus serius mengambil tindakan terhadap mereka yang ditangkap melakukan tindakan yang tidak beretika,” katanya. 5.2.3 LDK: Kajian Kes 3 Melalui sesi LDK ini, • Peserta dapat mengaplikasi pengetahuan, mempamerkan kemahiran dan sikap berpandukan latihan kajian kes yang dijalankan. • Peserta dapat mengenalpasti isu dan kaedah penyelesaian berkaitan adab berdasarkan aktiviti seperti di bawah: (i) Analisa satu kajian kes yang menerangkan tentang isu kehilangan adab. (ii) Tulis nota ringkas tentang isu yang dibincangkan daripada setiap kajian kes. (iii) Bincangkan cara untuk menyelesaikan isu di dalam setiap kajian kes. (iv) Bentang hasil kajian daripada kajian kes yang dibincangkan Pengarang: Azuar Fahmi Mohd Ali Tarikh Terbit: Februari 21, 2022 Alamat URL: https://majoriti.com.my/berita/2022/02/21/sikap-guru-039gila-konten039-tidak- beretika Sikap Guru ‘Gila Konten’ Tidak Beretika, Langgar Profesionalisme TULAR di media sosial baru-baru ini apabila seorang guru merakam wajah salah seorang muridnya yang kurang berkemampuan untuk membeli pakaian sukan. Perkongsian guru berkenaan yang dilihat mahu membantu muridnya itu menerima kecaman warganet. Ada warganet yang menyifatkan tindakan guru berkenaan adalah tidak beretika dan melanggar Bab 5: Isu-Isu Semasa Berkaitan Pendidik
Modul Adab Dalam Pendidikan 33 profesionalisme sebagai seorang warga pendidik. Mengulas berhubung isu tersebut, pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad berkata, tindakan segelintir guru merakam atau membuat siaran langsung (live) ketika menjalankan tugas rasmi adalah perilaku yang tidak beretika dan sepatutnya dielakkan. “Apa lagi jika melibatkan murid-murid yang berada di dalam kelas. Privasi murid-murid mestilah dijaga. “Sekolah kerajaan adalah kawasan yang digazetkan sebagai lokasi pihak berkuasa awam, bererti sebarang aktiviti merakam mestilah mendapat kebenaran dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh badan berkaitan,” katanya kepada Majoriti. Tambah Anuar, beliau menyarankan agar para guru yang terlibat agar berhenti daripada meneruskan perbuatan berkenaan. “Kecuali mereka mendapat kebenaran daripada pihak yang diberikan kuasa untuk mereka berbuat demikian,” ujarnya. Menerusi rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu, guru terbabit bertanyakan soalan kepada pelajar berkenaan kerana dilihat sering tidak memakai pakaian sukan ketika kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Guru wanita berkenaan juga turut bertanya tentang pekerjaan ibu bapa murid tersebut sebelum memberitahu dia akan membelikan pakaian sukan buat pelajar lelaki terbabit. Difahamkan, guru tersebut membuat video terbabit selepas murid itu dilihat tidak pernah memakai pakaian sukan setiap kali kelas PJK, sejak dua bulan dia mengajar di sekolah berkenaan. 5.3 Penutup Kes yang dimuatkan dalam bahagian ini memberi contoh isu yang berkaitan dengan adab pendidik yang berlaku dalam masyarakat. Persoalan adab tidak dituntut ke atas pihak pelajar sahaja kerana pendidik juga perlu menghayati dan mengamalkan nilai dalam diri. Perbincangan kes-kes yang diutarakan dapat memberi satu muhasabah dan refleksi kepada para pendidik untuk meluruskan niat dan cara kerja yang lebih baik dan berkesan. Dengan itu, hasrat mencapai insan sejahtera, seimbang dan holistik dapat direalisasikan. Bab 5: Isu-Isu Semasa Berkaitan Pendidik
LAMPIRAN
Modul Adab Dalam Pendidikan 35
Modul Adab Dalam Pendidikan 36
Modul Adab Dalam Pendidikan 37
Modul Adab Dalam Pendidikan 38
Modul Adab Dalam Pendidikan 39
Modul Adab Dalam Pendidikan 40
Modul Adab Dalam Pendidikan 41
Modul Adab Dalam Pendidikan 42
Modul Adab Dalam Pendidikan 43
Modul Adab Dalam Pendidikan 44
Modul Adab Dalam Pendidikan 45
Modul Adab Dalam Pendidikan 46 Rujukan Abbas, S. & Jalaluddin, M. (2016). Ethics and Morality in Islam and Hinduism. INSANCITA: Journal of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia, Vol.1(1), February, pp.37-42. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, ISSN 2443-1776. Abd Halim Ramli. 2002. Pemikir Islam Prof.Ismail Raqi al-Faruqi. Segamat: Qubah Publisher. Abd Rahman, Abd Majeed. 2005. Penawar Gelisah & Murung. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Abdul Halim Ramli. 2009. Hubungan Kaum di Malaysia: Sejarah dan Asas Perpaduan. Shah Alam: UPENA. Ahmad Munawar Ismail & Kamarul Azmi Jasmi. 2016. Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam. Johor Bahru: Penerbit UTM. Ahmad Zaki Hj. Abd Latiff. 2020. Adab Sopan Penuntut Ilmu. Shah Alam: UNISEL Press. Akhmad Hasan. 2020. Permasalahan Bangsa dalam Perspektif Adab Syed Muhammad Naquib al-Attas, Jurnal Aqidah: Jurnal Ilmu aqidah Filsafat, Volume 12. Edisi 1. Jun 2020. Al-Attas, S.M. Naquib. 1979. Aim and Objectives of Islamic Education. Jeddah: King Abdul Aziz University. Al-Attas, S.M. Naquib. 1991. The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: ISTAC. Al-Attas, S.M. Naquib. 2007. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Al-Bukhari, Muhammad Bin Ismail Abu Abdillah Al-Bukhari Al-Ju’fi. Al-Jami’ Al-Musnad AsSahih Al-Mukhtasar min Umur Rasulillah Sallallahu alaihi wasallam wa sunanihi wa ayyamihi, alma’ruf bi Sahih Al-Bukhari, Tahqiq: Muhammad Zuhayr bin Nasir An-Nasir, 1st ed. Beirut: Dar Tauq An-Najat, 1422H. Al-Faruqi, Ismail Raqi. 1982. Islamization of Knowledge: General Principles and Workplan. Virginia: International Institute of Islamic Thought. Al-Harran, Saad. (2004). For Today‟s Social Ills Islam Is The Solution. Kuala Lumpur. A.S. Noordeen Amilah Awang. 2014. Moral and Ethical Concepts in Islam. Dl. Fatimah Abdullah (pnyt.). Islamic Ethics and Character Building. hlm. 68-95. Gombak: IIUM Press Aziz, A.B., (2004) Nilai Dan Etika Pengurusan: Analisa Dari Perspektif Agama-agama Di Malaysia Seminar Nilai dalam Komuniti (SIVIC) anjuran Jabatan Pengajian Umum, Universiti Utara Malaysia pada 4 dan 5 September 2004.
Modul Adab Dalam Pendidikan 47 Bennabi, Malik. 1994. Membangun Dunia Baru Islam. Afif Muhammad (terj.). Bandung: Penerbit Mizan. Bennabi, Malik. 2005. Krisis Intelektual Muslim. Zulkarnain Mohamed & Farid Mat Zain (terj.). Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Bennabi, Malik. 2009. Asal Usul Masyarakat Manusia: Rangkaian Hubungan Sosial. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Cowan, J. 2006. On Becoming an Innovative University Teacher Reflection in Action (2nd Edition). England: Open University Press. Dzulkifli Abdul Razak. 2021. Essay on Sejahtera Concept, Principle and Practice. Gombak: IIUM Press. Ghazali, A.S, 1997. Manusia dan alam sekitar: Hubungannya daripada perspektif Islam. Jurnal Usuluddin, Vol. 5. Hamka. 2007. Lembaga Hidup. Shah Alam: Pustaka Dini Hussin, S. (2010). Kesejahteraan dan kedamaian melalui pembangunan modal insan: Kajian teks hidayah al-salikin. Ibnu Jama’ah, Muhammad bin Ibrahim bin Sa’dillah ibnu Jama’ah Al-Kinani Ash-Shafie. Tazkirat as-Sami’ wa al-Mutakallim fi adab al-Alim wa al-Mutaallim, 3rd ed. Beirut: Dar Al-Basha’ir Al-Islamiyyah, 2012. Ismail, Hamidi and Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Ayob, Wahida (2004) Sumbangan teori sistem dalam pemantapan pengurusan alam sekitar holistik. In: Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar , 3-4 Julai 2004, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Izuli Dzulkifli, Abdul Rahman Abd Ghani. 2011. Keperluan Bertalaqqi Dan Bermusyafahah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ilmu Al-Qur`An: Satu Tuntutan. In. Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan 2011, UIAM. 19-20 November 2011. UIAM Gombak. P. 1-15. Kassim, M.K., Harith, Z. & Yusof A. (2010) Pembangunan Modal Insan Dan Tamadun Islam Dari Perspektif Pendidikan Guru, Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010, Malik Badri. 2000. Contemplation An Islamic Psychospiritual Study. Kuala Lumpur: Medeena Books. Masitah Idris, M., Zakaria, W.F., Long A.S. & Salleh, N. (2019) Pembangunan Modal Insan (PMI) Dari Perspektif Islam, Journal Of Management And Operation Research (JoMOR), Vol. 1 (2), 1-12.
Modul Adab Dalam Pendidikan 48 Mawer, M. (1995). The effective teaching of physical education. London: Longman Md. Nawi N.H., (2019). Konsep Insan Moral Menurut Acuan Malaysia, Jurnal Perspektif Jil. 2 Bil. 1, 108-125. Mohamed, R. & Bakar S.A. (2010) Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Berteraskan Pembangunan Insan. Mohammad Hannan, Hassan. 2012. Perjalanan Mencari Maᶜna dalam Pendidikan, Dlm Adab dan Peradaban Karya Pengiktirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas. Petaling Jaya: MPH Mohd Kamal Hassan. 2021. The Malay Concept of Sejahtera from an Islamic Perspective. Gombak: IIUM Press. Mohd Zaidi, Ismail. (2009). Faham Ilmu Dalam Islam: Pengamatan Terhadap Tiga Takrifan Utama Ilmu. Afkar-Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 10(1), 39–60. Mohd Zaidi Ismail. 2019. Aqal, Ilmu dan Pendidikan: Kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM. Moon, J. A. 1999. Reflection in Learning and Professional Development Theory and Practice. London: Kogan Page. Muhammad Hasanul Arifin Zawawi. 2019. Al-Ghazali and Academic Excellence The Art of SoulBased Learning. Kuala Lumpur: Pertubuhan Pendidikan Futuwwah. Muyaldi. 2019. “Konsep Manusia dan Pendidikan Islam Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas.” Al-Ikhtibar: Jurnal Ilmu Pendidikan 6(1): 612–39. Norasid M. A. (2016). Konsep modal insan Rabbani menurut al-Quran: Analisis pemikiran Sa’id Hawwa dalam Al-Asas Fi Al-Tafsir. Norhisham bin Muhamad, Azmil bin Hashim, Wahyu bin Abdullah, Muhammad Akramin bin Kamarul Zaman, Fatin Ardani binti Zamri. 2019. Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam Pengajaran al-Quran wa al-Hifz Kurikulum Dini SABK di Perak. International Journal of Education, Psychology and Counseling (IJEPC). 32(4): 273-283. Noor Hisham Md Nawi. 2015. Perjuangan Pendidikan dari Kesepaduan ke Islamisasi. Kota Bharu: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan. Radwani, S., 2018. “Peranan Pensyarah: Pendidik, Penyelidik atau Khidmat. Masyarakat” Universiti Kebangsaan Malaysia. Rahmadi, (2016) Konsep Guru Dan Murid Menurut Ulama Abad Pertengahan (Komparasi Antara Al-
Modul Adab Dalam Pendidikan 49 Mawardi Dan Al-Ghazali), Khazanah: Jurnal Studi Islam dan Humaniora, Vol. 14. No.2 Desember 2016, Page 37-58. Rahman K.A, Ismail, I., Omar, M.N., (2014). Manusia Dalam Wacana Pemikiran Moden Di Barat, International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17 – 18 November 2014. Rosli, S., Mahmud, S.F., Azni, M.E. (2022). Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 4, No. 1,86-103, 2022. Sardar, Ziauddin. 1985. Masa depan Islam (trj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2018. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M.Naquib al-Attas Satu Huraian Konsep asli Islamisasi. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Zaharah Hussin, Ahmad Arifin Sapar & Ab Halim Tamuri. 2017. Pendidikan Akhlak Analisis dan Reka Bentuk Kurikulum. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Zuraidah Othman. 2013. Pembentukan Ilmuwan Beradab Melalui Penerapan Konsep Ta’dib dalam Pendidikan: Suatu Analisa, International Conference on Islamic Education (ICIEd) 2013. 6-7 April 2013 di EPF Institute (ESSET), Kajang, Selangor, anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.