The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD SHAHRUL AZMAN AHMAD, 2024-04-16 21:26:34

MODUL ADAB - Siri 2

MODUL ADAB - Siri 2

Modul Adab Dalam Pendidikan 50 Biodata Penulis NORHAPIZAH MOHD BURHAN, PhD, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang (Kampus Jengka) dan mula berkhidmat di UiTM pada tahun 2008. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa Arab & Kesusasteraan), minor Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seterusnya beliau mengambil Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan memperoleh Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Darul Aman (IPDA). Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Usuluddin dalam bidang Dakwah dan Pembangunan Insan di Universiti Malaya (UM) dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Islam (Reka bentuk Kurikulum) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini terlibat secara langsung dalam penyelidikan pembangunan atau Design and Developmental Research (DDR) dan penghasilan bahan inovasi pengajaran. Fokus utama penulisan adalah genre akademik dalam bidang Blended Learning, e-kandungan, teknologi Pendidikan Islam, heutagogy, mediamorphosis, etika dan nilai termasuk modul pengajaran. Penulis boleh dihubungi menerusi [email protected] NORHAPIZAH MOHD BURHAN PENULIS 2


Modul Adab Dalam Pendidikan 51 Biodata Penulis MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI, Ph.D merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah dalam bidang yang sama di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk tesis PhD beliau ialah Pengaruh Kepercayaan Konsep Ilmu dan Beragama terhadap penghayatan akhlak pelajar universiti di Malaysia. Bidang kajian dan penulisan yang menjadi kecenderungan beliau ialah pendidikan Islam dan nilai, epistemologi Islam serta akhlak. Beliau terlibat dalam penulisan akademik dan projek penyelidikan mengenai pelancongan pendidikan di institusi pondok, pendidikan orang asli dan pendekatan pembelajaran Ulul Albab berasaskan kesepaduan ilmu dalam Islam. Beliau boleh dihubungi melalui emel [email protected]. MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI PENULIS 3


Modul Adab Dalam Pendidikan 52 Biodata Penulis RASYAD AFIF IBRAHIM, Ph.D bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Kampus Jengka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Ibnu Tofayl, Kenitra, Morocco dalam bidang pengajian Islam. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang penyelidikan beliau lebih tertumpu kepada bidang tafsir al-Quran dari aspek bahasa dan ulum al-Quran. Beliau boleh dihubungi melalui emel [email protected]. RASYAD AFIF IBRAHIM PENULIS 4


Modul Adab Dalam Pendidikan 53 Biodata Penulis NURUL BADRIYAH ALI, Ph.D merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Kampus Segamat. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam, Universiti Ibnu Tofayl, Kenitra, Morocco. Seterusnya, beliau menerima ijazah sarjana Da’wah dari Universiti Islam Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dan menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Antara bidang kajian dan penulisan yang menjadi kecenderungan beliau ialah solusi permasalahan sosial masyarakat berdasarkan kaedah Islam, keibubapaan menurut al-Quran dan as-Sunnah, akhlak dan nilai diri remaja serta program pembangunan masyarakat. Beliau boleh dihubungi melalui emel [email protected]. NURUL BADRIYAH ALI PENULIS 5


Modul Adab Dalam Pendidikan 54 Biodata Penulis NORZIE DIANA BAHARUM merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti Teknologi MARA Pahang (Jengka). Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Kesusasteraan Inggeris, juga dari universiti yang sama. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah terlibat dalam beberapa projek penyelidikan berasaskan Bahasa Inggeris, menjurus kepada bidang sosiolinguistik, linguistik korpus, pemikiran kritis, sastera Inggeris dan juga beberapa penyelidikan berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Beliau boleh dihubungi melalui emel beralamat [email protected]. NORZIE DIANA BAHARUM PENULIS 6


Modul Adab Dalam Pendidikan 55 Biodata Penulis MOHD RILIZAM BIN ROSLI, Ph.D merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Mu’tah, Jordan dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam Bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah doktor falsafah dalam bidang Syariah di Universiti Teknologi Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah pengurusan harta dalam Islam disamping pendidikan moral dan akhlak remaja muslim. Beliau boleh dihubungi melalui emel [email protected]. MOHD RILIZAM BIN ROSLI PENULIS 7


Click to View FlipBook Version