1
2 Halaman 1. Nama Program 3 2. Kertas Kerja 4 3. Surat Permohonan kepada pihak MBR 19 4. Surat Kelulusan Melaksanakan Program 20 5. Pengesahan Bayaran Yuran Penyertaan 22 6. Minit Mesyuarat Perancangan Projek 30 7. Surat Makluman Gotong-royong 38 8. Laporan Proses Kerja Projek 40 (i) Proses Pengumpulan Penutup Botol 40 (ii) Proses Menebuk Lubang Penutup Botol 41 (iii) Proses Menyulam 45 (iv) Proses Mengecat 51 (v) Proses Penyusunan 53 (vi) Proses Verifikasi 56 9. Surat Makluman Pelaksanaan Majlis Pelancaran MBR 63 10. Surat Jemputan ke Majlis Pelancaran MBR 64 11. Majlis Pelancaran dan Perasmian Projek 79 12. Kehadiran Tetamu Khas, Warga Sekolah dan Masyarakat 92 13. Liputan Media Massa 113 14. Pautan Video Projek 124
3 PROGRAM MENCIPTA PETA NEGERI YANG TERBESAR MENGGUNAKAN PENUTUP BOTOL BERUKURAN 30.4 METER PANJANG DAN 10 METER TINGGI DAN DIREKODKAN KE DALAM THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS 15 SEPTEMBER 2023
4 2. KERTAS KERJA PROGRAM KERTAS KERJA PROGRAM MENCIPTA PETA NEGERI SABAH MENGGUNAKAN PENUTUP BOTOL PLASTIK AIR MINERAL YANG TERBESAR DAN DIREKODKAN DALAM THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS SDN BHD SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 Patricians Rise Up & Shine!
5 1.0 Pengenalan Impian, harapan dan cita-cita pasti akan menjadi kenyataan jika usaha bersepadu dan kecemerlangan budaya kerja secara berpasukan diperkasa bagi merealisasikan sesuatu matlamat. Bertepatan dengan usaha mencapai visi dan misi sekolah iaitu untuk menjadi sekolah yang unggul ke hadapan, maka suatu usaha telah direncanakan bagi mencapai hasrat tersebut. 2.0 Nama Program PROGRAM MENCIPTA PETA NEGERI SABAH MENGGUNAKAN PENUTUP BOTOL PLASTIK AIR MINERAL YANG TERBESAR DAN DIREKODKAN DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS SDN BHD SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 3.0 Sasaran Semua warga sekolah Menengah St Patrick, Membakut, Sabah khususnya, masyarakat setempat, rakyat Sabah ,para pelancong dari dalam dan luar negara. 4.0 Ketetapan program 4.1 Jangka masa projek penghasilan peta : Jun hingga September 2023 4.2 Majlis Pelancaran Peta Negeri Sabah pada 15 September 2023 (Jumaat). 5.0 Objektif Pelaksanaan Program 5.1 Mewujudkan rasa cinta dan bangga masyarakat setempat dan negeri Sabah secara amnya terhadap negara, terutamanya dalam kalangan generasi muda. 5.2 Memupuk keharmonian, perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat tempatan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan melalui saluran kemerdekaan yang dikecapi sekarang. 5.3 Meningkatkan nilai kerjasama dan budaya kerja berpasukan yang cemerlang dalam kalangan pelajar, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa yang seterusnya akan menjadi teladan kepada masyarakat setempat. 5.4 Menyemai budaya menghayati erti kesyukuran mendiami negeri yang aman dan harmoni, erti perjuangan menuntut kemerdekaan dan usaha pengekalan keharmonian masyarakat. 5.5 Membantu mempromosikan sektor pelancongan memandangkan SMK St Patrick, Membakut terletak di laluan utama beberapa destinasi pelancongan setempat.
6 6.0 JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA INDUK SEMPENA PROGRAM MENCIPTA PETA NEGERI SABAH MENGGUNAKAN PENUTUP BOTOL PLASTIK AIR MINERAL YANG TERBESAR DAN DIREKODKAN DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORD SDN BHD SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023 PENAUNG Pengarah Pendidikan Negeri Sabah PENASIHAT Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort PENGERUSI Encik Richard bin David Pengetua SMK St Patrick, Membakut TIMBALAN PENGERUSI 1 Cik Flavian Philippinus Guru Penolong Kanan Pentadbiran TIMBALAN PENGERUSI 2 Puan Dorothy Sinin Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid TIMBALAN PENGERUSI 3 En.Ja’afar Marip Guru Penolong Kanan Kokurikulum Pengarah Program En.Emong Angkui Setiausaha Puan Cellia David Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan Deskripsi Tanggungjawab Menyediakan surat jemputan mesyuarat dan tetamu VIP Mencatat minit mesyuarat Menyediakan laporan perjalanan Program Menyediakan fail jawatankuasa Menyediakan tanda nama AJK pelaksana (jika perlu) mendokumentasi laporan pelaksanaan majlis (resit pembelian, buku aturcara, maklumbalas, post mortem dan lain-lain yang berkaitan)
7 Timbalan Setiausaha Puan Rosmaria Abu Bakar Kaunselor Sekolah Deskripsi Tanggungjawab Membantu setiausaha menyediakan surat jemputan mesyuarat dan tetamu VIP Mencatat minit mesyuarat Menyediakan laporan perjalanan Program Menyediakan fail jawatankuasa Menyediakan tanda nama AJK pelaksana (jika perlu) Membantu mendokumentasi laporan pelaksanaan majlis anugerah (resit pembelian, buku aturcara, maklumbalas, post mortem dan lain-lain yang berkaitan) Bendahari Puan Elizabeth Liansin Deskripsi Tanggungjawab Menerima dan merekod wang masuk Mengeluarkan dan merekod wang keluar Menyediakan laporan akhir perbelanjaan Program Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada JK kecil Membentangkan anggaran perbelanjaan semasa mesyuarat jawatan kuasa pengelola Mengurus dan menyediakan penyata kewangan majlis yang dijalankan Mengurus pengagihan perbelanjaan mengikut jawatankuasa kecil 7.0 JAWATANKUASA KERJA AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM MENCIPTA PETA NEGERI SABAH MENGGUNAKAN PENUTUP BOTOL PLASTIK AIR MINERAL YANG TERBESAR DAN DIREKODKAN DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORD SDN BHD SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 Bil Jawatankuasa Kerja dan Senarai Petugas Deskripsi Tanggungjawab 1 Protokol 1 Cik Flavian Philippinus (GPKP) -Ketua Puan Dorothy Sinin (GPK HEM) Encik Ja’afar Marip (GPK Kokurikulum) Semua Guru Kanan Mata Pelajara Protokol 2 Encik Mohd Rais Serubih (Skrip Pentadbiran) Puan Evaleen Samamjuis (Skrip Juruacara) Puan Cellia David (Skrip Ucapan) -Bertanggungjawab memastikan pengurusan kerja setiap jawatankuasa berjalan mengikut piawaian masa dan protokol -Menugaskan pelajar (PRS dan Pengawas) sebagai penyambut tetamu -Memantau progres pengurusan setiap jawatankuasa
8 -Menyediakan skrip pentadbiran dan skrip juruacara yang telah ditetapkan mengikut tentatif -Membentangkan skrip dalam mesyuarat persediaan akhir -Mengagihkan salinan skrip kepada pihak berkenaan -Menyediakan cadangan teks ucapan kepada pegawai terlibat 2 Pegawai Perhubungan MBOR Encik Richard bin David (Tuan Pengetua) Encik Emong Angkui (Pengarah Program) -Menghubungi pihak-pihak yang terlibat berkaitan pengurusan dan persediaan program -Menetapkan keputusan dan memaklumkan perkembangan pengurusan tertinggi berkaitan program -Memantau perkembangan pengurusan setiap jawatankuasa -Melantik pegawai yang sesuai bagi tujuan pengurusan logistik wakil MBOR mengikut keperluan 3 Jawatankuasa Plak Perasmian Cik Marciana Maturin (K) Puan Mitmah Jumat -Berbincang dengan Pengerusi dan Penyelaras program untuk merekabentuk plas perasmian yang sesuai -Menyediakan cadangan bajet bagi pembelian plak untuk dikemukakan kepada pengerusi -Membuat tempahan plak perasmian -Bekerjasama dengan jawatankuasa gimik perasmian 4 Jawatankuasa Publisiti Puan Rosdinah Hj Sulaiman (K) Encik Gerald Venantius Encik Chin Sin Choi -Menghubungi syarikat akhbar dan stesen radio bagi tujuan pemakluman dan jemputan ke majlis pelancaran -Memuatnaik pemakluman berkaitan program ke laman rasmi sekolah (Facebook, Youtube, Instagram) 5 Jawatankuasa Peralatan Kerja Encik Emong Angkui (K) Encik Zainal Ariffin Mohd Ali Encik Joelymond Raymund Encik Rexelona Kamponisi Yassin Encik Rusli Mohd Rashid -Berbincang untuk menetapkan jenis dan bilangan peralatan kerja yang sesuai sebelum, semasa dan selesai program. -Mengemukakan cadangan bajet bagi pembelian peralatan -Memastikan peralatan direkodkan sebelum dan selepas digunakan 6 Jawatankuasa Juruacara Majlis Pelancaran Encik Mohd Rais Serubih (K) Puan Evaleen Samamjuis -Bertugas sebagai juruacara majlis semasa di dalam dewan dan di tapak pelancaran -Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya dari semasa ke semasa 7 Jawatankuasa Siaraya Encik Gerald Venantius (K) En. Zainal Ariffin Mohd Ali Encik Joelymond Raymund Encik Christer Eric -Mengendalikan dan menyediakan peralatan teknikal seperti mikrofon, alat pembesar suara, skrin putih dan projektor sekiranya diperlukan -Memastikan peralatan berfungsi dengan baik sepanjang perjalanan program -Memantau peralatan siaraya sedia ada dan mencadangkan bajet bagi pembelian alat siaraya sekiranya diperlukan 8 Jawatankuasa Gimik Perasmian Puan Evaleen Samamjuis (K) Encik Mohd Rais Serubih Encik Rusli Mohd Rashid -Merekacipta gimik perasmian yang sesuai untuk majlis pelancaran -Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya untuk mengendalikan perjalanan gimik perasmian -Melaksanakan raptai bagi gimik perasmian sehari sebelum majlis
9 9 Jawatankuasa Cenderahati dan Hadiah Puan Masniah Othman(K) Cik Asnah Che Wan -Berbincang dengan pihak pengerusi bagi menentukan bajet pembelian cenderahati dan hadiah yang sesuai -Menempah dan menghias cenderahati dan hadiah 10 Buku Rekod Verifikasi MBOR Puan Cellia David (K) Puan Luginy Rosliah Johny -Menyediakan buku rekod verifikasi MBOR -Menyerahkan buku rekod verifikasi MBOR kepada penyelaras program sebelum majlis pelancaran 11 Jawatankuasa Sumbangan /Derma Puan Norifah Jusi (K) Puan Nur Ain Iswandi Encik Azrey Chungan -Berbincang dengan pengerusi untuk menentukan senarai penyumbang -Menghantar surat dan menghubungi penyumbang derma dari semasa ke semasa -Merekodkan senarai penyumbang derma 12 Jawatankuasa Hiasan Pentas dan Tapak Pelancaran Puan Rosdinah Hj Sulaiman (K) Puan Luginy Rosliah Johny Puan Zarinah Alisan -Merancang tema yang sesuai bagi hiasan pentas dan tapak pelancaran -Menyediakan bajet sekiranya perlu dan menghantar cadangan bajet kepada pihak pengerusi -Membuat pembelian bahan hiasan sekiranya perlu -Menghias pentas dan tapak pelancaran sebelum majlis pelancaran 13 Jawatankuasa Sijil Pelajar dan Guru Cik Vui Oi Ling (K) Puan Tay Hui Ling Puan Sariah Samat -Mendapatkan senarai penerima sijil daripada pihak penyelaras program dan setiausaha -Mencetak sijil penghargaan mengikut jumlah senarai yang diperlukan -Menyusun sijil mengikut urutan senarai penerima sebelum diserahkan kepada jawatankuasa penyampaian sijil 14 Jawatankuasa Fotografi dan Rakaman Video Puan Zurayanti Daud (K) Encik Chin Sin Choi Encik Rexelona Kamponisi Yassin -Menyediakan sudut bergambar dalam dewan - Mengambil gambar dan video dari semasa ke semasa sepanjang kerja-kerja penyiapan projek (sebelum majlis pelancaran),dan semasa majlis pelancaran. Menyediakan klip video untuk ditayangkan semasa pelancaran. - menyediakan viseo klip untuk dihantar ke MBOR 15 Jawatankuasa Tapak Pelancaran Encik Mohd Rais Serubih (K) Encik Zainal Ariffin Mohd Ali Encik Christer Eric Darius Encik Suparmin Suratman -Bertanggungjawab memastikan lokasi tapak pelancaran yang ditetapkan berada dalam keadaan yang bersih dan peralatan yang lengkapdihias kemas. -Bekerjasama dengan jawatankuasa hiasan tapak pelancaran 16 Jawatankuasa Buku Pelawat Program MBOR Cik Siti Shahirah Shahpuan (K) Pn.Elizabeth Liansin -Menyediakan buku pelawat bagi guru dan ibu bapa bagi majlis pelancaran Menyediakan buku pelawat bagi tetamu khas untuk kegunaan semasa majlis pelancaran 17 Jawatankuasa Dokumentasi Pn Cellia David (K) Puan Rosmaria Abu Bakar -Mengumpul laporan, minit mesyuarat, surat-menyurat, dan gambar bagi tujuan perekodan -Memastikan laporan lengkap dapat disediakan untuk dihantar kepada pihak MBOR selepas majlis pelancaran diadakan 18 Jawatankuasa Buku Program Pn.Vivien Chok Kui Eng(K) Pn.Zarinah Alisan -Menyediakan buku program yang sesuai bagi majlis pelancaran -Mendapatkan senarai maklumat yang diperlukan
10 daripada setiausaha program -Mencetak dan mengedarkan buku program kepada tetamu semasa majlis pelancaran 19 Jawatankuasa Disiplin En.Joelymond Raymund (K) Puan Nur Ain Iswandi Badan Pengawas Sekolah -Memastikan tahap disiplin dan tingkah laku pelajar berada dalam keadaan baik sepanjang kerja-kerja penyiapan dan semasa majlis diadakan -Menyampaikan taklimat khas disiplin kepada pelajar sekiranya perlu 20 Jawatankuasa Kebersihan Pn.Lilawati Suhaimi (K) Badan Pengawas Sekolah Pekerja Pembersihan -Memastikan tahap kebersihan persekitaran sekolah berada dalam keadaan yang baik dan terkawal -Bekerjasama dengan petugas pembersihan untuk memantau tahap kebersihan kawasan sekolah sepanjang kerja-kerja penyiapan , semasa majlis pelancaran dan selepas majlis -Melaksanakan agihan tugas dalam kalangan pengawas sekolah untuk memantau kebersihan kawasan sekolah 21 Jawatankuasa Keselamatan dan Parkir Encik Rusli Mohd Rashid (K) Encik Joelymund Raymond -Menyediakan papan tanda keselamatanbagi manamana kawasan sekolah yang diperlukan -Menyediakan papan tanda bagi kawasan parkir tetamu khas 22 Jawatankuasa Jamuan Puan Masniah Hj Othman (K) Puan Rosdinah Hj Sulaiman Puan Nabila Edora Mohd Khir -Berbincang bersama pihak pengerusi (pengetua) untuk menyediakan bajet bagi tujuan penyediaan jamuan -Membincangkan menu yang bersesuaian untuk jamuan -Membuat tempahan bagi jamuan -Memantau dan mengendalikan acara jamuan 23 Jawatankuasa Banner Puan Nabila Edora Mohd Khir (K) Cik Suzie Stephen -Mereka banner yang bersesuaian dengan majlis -Membuat tempahan banner -Memastikan banner dipasang di lokasi yang sesuai 24 Jawatankuasa Penyampaian Sijil, Cenderahati dan Hadiah Puan Mitmah Hj Jumat (K) Puan Nur Ain Iswandi Puan Lilawati Suhaimi -Mengendalikan acara penyampaian sijil, cenderahati dan hadiah semasa majlis -Memastikan sijil, cenderahati dan hadiah selaras dengan senarai penerima 25 Lakaran Imej (Mengecat) Dan Kekemasan Kerja Puan Rosdinah Sulaiman(K) Puan Zarinah Alisan Puan Luginy Rosliah Johny -Mengecat imej peta negeri Sabah mengikut kawasan daerah pada penutup botol dengan banrtuan pelajar -Memastikan kekemasan dan ketelitian hasil kerja mematuhi standard dan ukuran -Memantau proses kerja dari semasa ke semasa -Berbincang dengan penyelaras program dari semasa ke semasa 26. Tempahan baju Pn.Lilawati Suhaimi (K) Cik Suzie Stephen -Merancang dan memilih design baju, mendapatkan cadangan harga yang berpatutan, menempah dan mengurus agihan baju 27. Jawatankuasa Pengurus Wakil MBOR Encik Zainal Ariffin Mohd Ali Puan Zarinah Alisan Puan Vivien Chock Kui Eng - Menjemput wakil MBOR di lapangan terbang dan menghantar wakil ke tempat penginapan - Mengurus perjalanan wakil MBOR sebelum, semasa dan selepas bagi program pelancaran MBOR 28. Pameran Cik Suzie Stephen (K) Pelajar -Menyediakan alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan projek
11 29. Persiapan Rangka Projek Encik Joelymund Raymond (K) Encik Jumat Aliju Pelajar - Menyediakan rangka projek -Menggantung, menaikkan dan menyusun projek -membuka, menurunkan bahan projek selepas sebulan. 30 Jawatankuasa Kerusi Meja Ustaz Rusli Mohd Rashid Encik Joelymond Raymund Menyusun atur kedudukan kerusi tetamu mengikut protokol Mengemas kedudukan kerusi dan meja sebelum dan selepas majlis. 31 Jawatankuasa Stage dan Floor Manager Encik Rexelona Kamponisi Yassin Encik Azrey Chungan Mengendalikan perjalanan majlis secara fizikal dan bekerjasama rapat dengan juruacara bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis di lokasi 1 dan lokasi 2. 8.0 CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PROGRAM Pembentangan Kertas Kerja 16 Mei 2023 (Selasa) Pemurnian Kertas Kerja 16-18 Mei 2023 (Rabu-Khamis) Menghantar permohonan dan kelulusan pihak Malaysia Book of Record 19 Mei 2023 (Jumaat) Taklimat kepada Pelajar 24 Mei 2023 (Rabu) Mesyuarat Perkembangan 1 13 Jun 2023 (Selasa) Mesyuarat Perkembangan 2 1 Ogos 2023 (Selasa) Mesyuarat Perkembangan 3 dan Persediaan Akhir Majlis Pelancaran 5 September 2023 (Selasa) Pelancaran Program 15 September 2023 (Jumaat) Mesyuarat Post Mortem Program 26 September 2023 (Selasa) Penghantaran Pelaporan Program 26 Oktober 2023 (Khamis)
12 9.0 JADUAL KERJA PERLAKSANAN PROGRAM TARIKH ACARA/AKTIVITI TINDAKAN 16/05/2023 Pembentangan Kertas Kerja En. Emong 19/05/2023 Menghantar permohonan dan kelulusan MBOR Pn. Cellia 24/05/ 2023 Taklimat kepada Pelajar En. Emong Jun 2023 Gotong royong melubang penutup botol Guru kelas dan Pembantu Mencari dana Pn. Norifah 13 /06/ 2023 Mesyuarat Perkembangan 1 Semua guru 8 /07/2023 Sabtu ke 2 Gotong royong perdana 1, bersama LPS, PIBG dan ibubapa (Dalam Dewan) Melubang dan menganyam penutup botol. Semua guru Mencari dana dan merujuk semula permohonan diteruskan Pn. Norifah 1 /08/ 2023 Selasa Mesyuarat Perkembangan 2 Semua Guru Gotong Royong melubang dan menganyam Guru Dan Pelajar Menempah banner utama Menempah banner countdown Pn. Nabilah Menempah plak Cik Marciana 12 /08/ 2023 Sabtu Ke 2 Gotong royong Perdana 2 (Dalam Dewan) Memasang / menggantung anyaman. Semua guru 4 /09/ 2023 Menghantar surat-surat jemputan Menempah hotel untuk wakil MBOR Kerja-kerja mengecat dimulakan Pn. Cellia Pn. Zarinah 5 /09/ 2023 Mesyuarat Perkembangan 3 dan Persediaan Alkhir Majlis Pelancaran Semua Guru 13 /09/2023 Menjemput 2 orang wakil ke sekolah untuk justifikasi / mengira jumlah. Pn. Cellia 14 /09/2023 Pelancaran Program Semua Guru 15 /09/2023 Menjemput wakil MBOR dari lapangan terbang ke hotel dalam daerah Beaufort. En. Zainal/Pn. Zarinah Menghantar wakil MBOR ke lapangan terbang En. Zainal/Pn. Zarinah 26 /09/2023 Mesyuarat Post Mortem Program Penghantaran Pelaporan Program Pn. Cellia
13 10.0 SENARAI AJK GOTONG-ROYONG MENGIKUT KELAS (KETUA KUMPULAN) 1 LAVENDER PN. LILAWATI SUHAIMI PN. ZURAYANTI DAUD 1 ASTER PN. NUR AIN ISWANDI CIK ASNAH CHE WAN 1 IXORA PN. ZARINA ALISAN PN. CELLIA DAVID 2 LAVENDER EN. RUSLI MUHD RASHID PN. TAY HUI LING 2 ASTER EN. MUHD. JUMAT PN. ROSMARIA ABU BAKAR 2 IXORA EN. CHIN SIN CHOI EN. AG. AZLAN 3 LAVENDER PN. LUGINY R JOHNY CIK VUI OI LING 3 ASTER EN. JOELYMOND RAYMUND EN. AZREY CHUNGAN 3 IXORA PN VIVIEN CHOCK EN. EMONG ANGKUI 4 TENOR PN. ROSDINAH SULAIMAN EN. RAIS SERUBI 4 ALTO PN. NORIFAH JUSI CIK SUZIE STEPHEN 4 SOPRANO EN. ZAINAL ARIFFIN EN. REXELONA 5 TENOR CIK MARCIANA MATURIN PN. EVALEEN SAMAMJUIS 5 ALTO EN. GERALD VENANTIUS PN. MASNIAH OTHMAN 5 SOPRANO PN. NABILAH EDORA PN. MITMAH JUMAT
14 11.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA GOTONG ROYONG PERDANA 1 DAN 2 SASARAN: LPS PIBG IBU BAPA SEMUA PELAJAR TEMPAT: DALAM DEWAN SEKOLAH PENGERUSI Encik Richard bin David Pengetua SMK St Patrick, Membakut PENASIHAT I Cik Flavian Philippinus Guru Penolong Kanan Pentadbiran PENASIHAT II Puan Dorothy Sinin Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid PENASIHAT III En.Ja’afar Marip Guru Penolong Kanan Kokurikulum Pengarah Program En.Emong Angkui Setiausaha Puan Cellia David Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan AJK Kerja Peralatan : En. Emong Angkui Makan dan minum: : Pn. Rosmaria Abu Bakar En . Zainal Ariffin Pn.Norifah Abdullah En. Joelymund Raymund Pn. Masniah Hj Othman En. Rexelona Kamponisi Pn. Nabilah Edora Ustaz Rusli Mohd Rashid Pn.Nur Ain Iswandi Siaraya : En. Gerald Venantius En. Zainal Ariffin Mohd Ali
15 12.0 ANGGARAN JUMLAH PENUTUP BOTOL PLASTIK YANG DIKUMPUL Dianggarkan sebanyak 300 ribu penutup botol plastik akan dikumpul bagi menjayakan projek ini. 13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PELAKSANAAN PROGRAM BIL ITEM HARGA SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH (RM) 1 Besi Pullin Besi ring RM 70 RM 50 RM 40 RM 20 2 X 4 X 23 = 10 batang 2 X 4 X 10 = 9 batang 2 X 3 X 15 =10 batang 6 batang 700 450 400 120 2 Skru RM40 2 kotak 80 3 Grinder Stone 30 1 kotak 30 4 Tangsi 15.00 20 bungkus 300 5 Besi Ring RM30 5 batang 150 6 Baju TShirt MBOR RM30 60 1800 7 Cat Biru Hijau Putih Kuning Hitam Perang 5 liter 10 liter 5 liter 5 liter 5 liter 5 liter 150 300 150 150 150 150 8 Yuran MBOR 15,000 1 15,000 9 Penginapan Pegawai MBOR 150 1 150 10 Jamuan 500 1 500 11 Tiket Penerbangan Pegawai MBOR 1500 1 700 12 Plak Pelancaran 200 1 200 13 Banner 1 Banner 2 Banner 3 (Countdown) 250 200 100 1 1 1 250 200 100 14 Gimik Pelancaran 150 1 150 15 Hadiah 100 5 500 16 Hadiah Pengumpul Terbanyak 600 1 600 17 Cordless drill 50.00 10 unit 500 18 Drill Bit 5.00 50 unit 250 19 Thinner 22.00 10 tin 220 JUMLAH KESELURUHAN RM25,080.00
16 14.0 DRAF LAKARAN PETA NEGERI SABAH 30.4 meter panjang 10 meter tinggi
17 15.0 TENTATIF MAJLIS PELANCARAN TARIKH: 15 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT) LOKASI 1: DEWAN SMK ST PATRICK, MEMBAKUT 6.30 pagi- Kehadiran guru dan pelajar seperti biasa 7.00 pagi- Guru kelas mengambil kehadiran di kelas masing-masing 7.30 pagi- Kehadiran ibu bapa dan tetamu jemputan 7.40pagi- Kehadiran tetamu jemputan khas Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku Persembahan pelajar 8.00 pagi- Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua Ucapan alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort Ucapan Perasmian YB Datuk Dr Hj Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif Gimik Perasmian Tayangan Video Kronologi Penyiapan Peta Negeri Sabah 9.15 pagi- Bergerak ke tapak pelancaran MBOR LOKASI 2 : TAPAK PELANCARAN 9.30 pagi- Gimik Pelancaran 9.45 pagi- Pemeriksaan dan Lawatan ke Tapak 10.15 pagi- Pengisytiharan Pencapaian oleh Pegawai MBOR 10.30 pagi- Sesi bergambar 11.00 pagi- Jamuan 11.30 pagi- Bersurai
18 16.0 PENUTUP Pelaksanaan program ini diharapkan akan mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak demi membuktikan semangat dan kekuatan kerja berpasukan dalam kalangan warga di sekolah ini khususnya tetap utuh. Semoga aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat demi keharmonian bersama di samping dapat memupuk semangat perpaduan. Disediakan oleh Disemak dan diluluskan oleh EMONG ANGKUI RICHARD BIN DAVID Penyelaras Program Pengetua
19 3. SURAT PERMOHONAN MENCIPTA PETA NEGERI YANG TERBESAR MENGGUNAKAN PENUTUP BOTOL KEPADA PIHAK MBR
20 4. SURAT KELULUSAN PERMOHONAN MELAKSANAKAN PROGRAM
21
22 5. RESIT PENGESAHAN PEMBAYARAN YURAN PENYERTAAN
23
24
25
26
27
28
29
30 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. PATRICK PETI SURAT 16 89727 MEMBAKUT SABAH MALAYSIA 6. MINIT MESYUARAT PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROGRAM __________________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT LAPORAN PERKEMBANGAN PROGRAM THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS PERINGKAT SMK ST PATRICK, MEMBAKUT TAHUN 2023 Tarikh : 4 Ogos 2023 (Jumaat) Masa : 11.30 pagi Tempat: Bilik Transformasi Agenda Perjumpaan : 1.0 Ucapan Pengerusi 2.0 Laporan Penyelaras The Malaysia Book of Records 2023 3.0 Laporan Perkembangan Jawatankuasa Pelaksana Projek MBOR 4.0 Aliran Pelaksanaan Program MBOR 5.0 Jadual Kerja Pelaksanaan Program MBOR 2023 6.0 Atur Cara Pelancaran The Malaysia Book of Records 2023 7.0 Hal-hal lain Kehadiran 1. Encik Richard bin David -Tuan Pengetua 2. Cik Flavian Philippinus -GPK Pentadbiran 3. Puan Dorothy Sinin -GPK HEM 4. Cik Asnah Che Wan -GKMP Sains Matematik 5. Puan Cellia David -GKMP Kemanusiaan 6. Puan Masniah Hj Othman -GKMP Bahasa 7. Encik Azrey Chungan -GKMP TekVok 8. Puan Rosmaria Abu Bakar -Kaunselor 9. Encik Emong Angkui 10. Encik Rusli Mohd Rashid 11. Encik Rexelona Kamponisi Yasin 12. Encik Mohd Rais Serubih 13. Cik Marciana Maturin 14. Encik Chin Sin Choi 15. Puan Lilawati Suhaimi 16. Puan Luginy Rosliah Johny Tel : 087-887513 Faks : 088-886175 E-mel : [email protected]
31 17. Puan Nabilah Edora Mohd Khir 18. Puan Evaleen Samamjuis 19. Puan Zarinah Alisan 20. Puan Norifah Abdullah 21. Cik Suzie Stephen 22. Puan Rosdinah Hj.Sulaiman 23. Puan Tay Hui Ling 24. Puan Mitmah Ag.Jumat 25. Encik Joelymond Raymund Tidak hadir Bersebab 1. Cik Vui Oi Ling -Urusan keluarga 2. Encik Muhammad Jumat bin Aliju -Sakit 3. Puan Nur Ain Iswandi -Urusan bank 4. Puan Vivien Chok -Urusan keluarga 5. Puan Zurayanti Daud -Kejohanan Kriket 6. Encik Zainal Ariffin Mohd Ali -Kejohanan Kriket 7. Encik Gerald Venantius -Kejohanan Kriket 8. Encik Ak.Azlan Ak Sallih 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dalam mesyuarat kali ini. Beliau mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan dalam usaha menjayakan projek The Malaysia Book of Records (MBOR) peringkat sekolah . 1.2 Berdasarkan pemerhatian sepanjang minggu pertama bulan Ogos ini, Tuan Pengetua mendapati pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPC) sangat longgar berikutan ramai guru bertugas di luar dan kebanyakan kelas menerima guru ganti (relief). Tuan Pengetua berharap agar aktiviti pembelajaran dapat berjalan seperti biasa (pelajar menyiapkan tugasan guru asal) walaupun kelas dikendalikan oleh guru ganti. 1.3 Tuan Pengetua mengingatkan bahawa aktiviti menyiapkan projek MBOR sepatutnya hanya dilaksanakan pada setiap hari Isnin dan Rabu petang (semasa kokurikulum) dan hari Selasa dan Khamis petang (bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 4). 1.4 Tuan Pengetua mengingatkan sekali lagi bahawa kerja-kerja melubang penutup botol hanya melibatkan pelajar menengah atas sahaja bagi mengelakkan sebarang isu keselamatan manakala aktiviti menyulam melibatkan pelajar menengah rendah. 2.0 Laporan Penyelaras The Malaysia Book of Records 2023 2.1 Encik Emong Angkui memaklumkan setakat 4 Ogos 2023, sebanyak 7 set kepingan penutup botol telah siap disusun. Setiap set kepingan berukuran 3 meter lebar dan 10 meter panjang. Jumlah ukuran keseluruhan bagi 7 set kepingan tersebut adalah 21 meter dengan baki 9 meter panjang atau bersamaan 3 keping lagi. 2.2 Gerak kerja seterusnya adalah menyiapkan 3 set kepingan lagi manakala setiap kepingan akan disulam dengan tangsi secara melintang dan tugas ini mengambil masa yang agak panjang. 2.3 Encik Emong memaklumkan beliau akan melaksanakan agihan tugas menyulam secara berkumpulan supaya lebih cepat disiapkan. 2.4 Sasaran penyiapan 10 set kepingan yang lengkap adalah pada minggu ketiga bulan Ogos.
32 2.5 Apabila telah siap, beliau mencadangkan set tersebut dibentangkan di padang sekolah untuk kerja-kerja melakar dan mengecat supaya menjadi bendera negeri Sabah. 2.6 Encik Emong memaklumkan gotong-royong menyulam kepingan secara melintang akan dilaksanakan pada 5 Ogos 2023 (Sabtu) dan hanya melibatkan petugas MBOR sahaja seramai 22 orang. 2.7 Tuan Pengetua mencadangkan supaya perlunya pelan kontigensi untuk menyimpan hasil reka cipta tersebut. Encik Emong mencadangkan supaya rekaan tersebut diletakkan di gelanggang bola tampar semasa kerja mengecat dilaksanakan. Tindakan: Penyelaras MBOR 2.8 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa perhimpunan mingguan boleh diadakan di kawasan padang atau hadapan dewan bagi memberi laluan hasil rekaan MBOR disimpan di dalam dewan sehingga siap digabungkan. 3.0 Laporan Perkembangan Jawatankuasa Pelaksana Projek MBOR 3.1 Jawatankuasa Tapak Pelancaran 3.1.1 Encik Mohd Rais Serubih memaklumkan beliau akan berbincang dengan ahli jawatankuasa yang lain bagi menyediakan kawasan tapak pelancaran tersebut. 3.1.2 Tuan Pengetua memaklumkan setelah berbincang dengan pihak PIBG dan LPS berkaitan aspek keselamatan dan lalu lintas, diputuskan bahawa tapak pelancaran projek MBOR adalah di tepi padang sekolah. 3.1.3 Pelawat atau pengunjung dari luar dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dengan mengenakan pas pelawat yang akan disediakan oleh pihak sekolah dan tabung derma akan disediakan di hadapan pondok keselamatan Tindakan: AJK Tapak Pelancaran 3.1.4 Tuan Pengetua meminta jawatankuasa publisiti untuk menyebarluas informasi tentang hal ini kepada orang ramai. Tindakan: AJK Publisiti 3.2 Jawatankuasa Gimik Perasmian 3.2.1 Encik Mohd Rais Serubih memaklumkan beliau telah berbincang dengan Puan Evaleen dan dicadangkan penggunaan dron semasa gimik perasmian. 3.2.2 Oleh sebab tapak pelancaran berlangsung di padang, penggunaan dron kurang sesuai dan jawatankuasa gimik akan berbincang semula tentang hal ini. Tindakan: AJK Gimik Perasmian 3.3 Jawatankuasa Sumbangan 3.3.1 Tuan Pengetua memaklumkan setakat ini pihak sekolah hanya menerima sumbangan dana sebanyak RM3,300 daripada para penyumbang. 3.3.2 Jumlah perbelanjaan bagi kerja-kerja menyiapkan projek setakat ini telah mencecah RM13,089.00. 3.3.3 Encik Emong memaklumkan surat memohon sumbangan dana kepada pihak KOPEKS belum diterima oleh syarikat tersebut. 3.3.4 Tuan Pengetua meminta supaya jawatankuasa sumbangan dapat menghubungi semula pihakpihak yang telah dihantar surat permohonan untuk mendapatkan maklum balas berhubung permohonan sumbangan tersebut. Tindakan:AJK Tajaan
33 3.4 Jawatankuasa Penyediaan Sijil 3.4.1 Puan Tay Hui Ling memaklumkan beliau akan berbincang dengan penyelaras untuk menetapkan rekaan sijil yang sesuai serta kotasi berkaitan pencetakan sijil. Sijil akan dicetak tanpa nama oleh syarikat pencetak yang akan ditentukan manakala jawatankuasa penyediaan sijil akan mencetak nama-nama penerima bagi sijil tersebut. 3.4.2 Encik Emong mencadangkan supaya sijil penghargaan juga diberikan kepada para ibu bapa yang telah terlibat menyertai program gotong-royong MBOR. Tindakan: AJK Sijil 3.5 Jawatankuasa Penyediaan Plak Perasmian 3.5.1 Cik Marciana Maturin meminta kepastian maklumat yang perlu dipaparkan pada plak perasmian. 3.5.2 Encik Emong memaklumkan contoh maklumat berkaitan plak akan dikongsikan dan jawatankuasa plak perasmian juga perlu memastikan pen khas dapat disediakan untuk digunakan oleh pegawai semasa menandatangani plak tersebut. Tindakan: AJK Plak Perasmian 3.6 Jawatankuasa Publisiti 3.6.1 Puan Rosdinah memaklumkan jawatankuasa publisiti akan menyebarluas maklumat berkaitan projek MBOR sekiranya projek tersebut telah dapat mencapai 80% disiapkan . 3.6.2 Antara pihak yang akan dihubungi atau dijemput untuk membuat liputan semasa majlis pelancaran tersebut termasuklah RTM, TV3, berita Radio, Astro Awani dan Berita Harian. Tindakan: AJK Publisiti 3.7 Jawatankuasa Peralatan Kerja 3.7.1 Encik Emong memaklumkan setakat ini peralatan yang diperlukan untuk menyiapkan projek adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, peralatan perancah (scaffolding) untuk mendirikan set penutup botol yang telah lengkap belum ada dan berharap peralatan tersebut dapat disediakan setelah hasil rekaan hampir disiapkan. 3.8 Jawatankuasa Siaraya 3.8.1 Tuan Pengetua memaklumkan 2 set kelengkapan peralatan siaraya perlu disediakan di dua lokasi majlis yang berbeza iaitu di dalam dewan sekolah dan di tapak pelancaran Malaysia Book of Records. Beliau berharap jawatankuasa siaraya dapat berbincang untuk mengenal pasti keperluan peralatan siaraya untuk memudahkan kelancaran program pada hari tersebut. Tindakan : AJK Siaraya 3.9 Jawatankuasa Cenderahati dan Hadiah 3.9.1 Encik Emong mencadangkan agar replika bendera Sabah menggunakan penutup botol direka untuk dijadikan cenderahati kepada para tetamu khas. 3.9.2 Puan Masniah memaklumkan 6 set replika perlu disediakan kepada tetamu khas manakala hadiah kepada pengumpul penutup botol terbanyak adalah dalam bentuk wang tunai dan sijil. 3.9.3 Senarai pengumpul penutup botol terbanyak tersebut boleh diperoleh daripada penyelaras MBOR. 3.10 Jawatankuasa Buku Rekod Verifikasi MBOR 3.10.1 Puan Cellia David memaklumkan buku rekod verifikasi akan disediakan untuk ditandatangani oleh pegawai pemverifikasi MBOR yang terdiri daripada pegawai dari Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Daerah Membakut. Surat jemputan kepada pegawai-pegawai tersebut bagi tujuan verifikasi projek perlu disediakan dan dihantar kepada pihak berkenaan.
34 Tindakan : Setiausaha 3.10.2 Tuan Pengetua juga meminta supaya surat permohonan dan pemakluman mengenai kehadiran menteri bagi tujuan perasmian program MBOR kepada Jabatan Pendidikan Sabah disediakan bagi mendapatkan kelulusan JPN Sabah. Tindakan : Setiausaha 3.11 Jawatankuasa Penyediaan Banner 3.11.1 Puan Nabilah memaklumkan 3 banner akan ditempah iaitu banner kira detik (countdown), banner utama dan banner di tapak pelancaran MBOR. 3.11.2 Tuan Pengetua meminta supaya penggunaan tema berwarna ungu diseragamkan untuk banner, sijil, buku program dan pemakluman lain yang berkaitan MBOR. 3.12 Jawatankuasa Buku Program 3.12.1 Puan Zarinah Alisan memaklumkan beliau akan berbincang dengan Puan Vivien berhubung penyediaan buku program MBOR tersebut. 3.12.2 Tuan Pengetua meminta supaya tema ungu digunakan untuk keseragaman warna bagi program MBOR dan berharap agar buku program disediakan dalam dua bentuk iaitu secara bercetak dan juga berbentuk softcopy (anyflip) untuk dikongsikan melalui media sosial. Tindakan: AJK Buku Program 3.13 Jawatankuasa Jamuan 3.13.1 Puan Masniah meminta kepastian mengenai jumlah tetamu khas yang terlibat dalam program MBOR memandangkan anggaran peruntukan kewangan untuk jamuan hanya RM500. 3.13.2 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa bilangan tersebut akan ditentukan kerana selain menteri, wartawan juga akan turut serta bersama menteri semasa program dan semestinya akan terlibat sama dalam sesi jamuan. 3.13.2 Jamuan untuk guru adalah dalam bentuk berbungkus dan minuman panas. 3.13.3 Cik Flavian Philippinus mengingatkan supaya ibu bapa turut dijemput untuk menghadiri program pelancaran MBOR tersebut. Jamuan untuk ibu bapa akan ditentukan kemudian. Tindakan: Setiausaha 3.14 Jawatankuasa Lakaran Imej 3.14.1 Puan Rosdinah memaklumkan bahawa beliau akan dibantu oleh Puan Luginy Rosliah dan Cik Suzie Stephen bagi menyiapkan kerja-kerja lakaran dan mengecat. Puan Rosdinah berharap kerja-kerja mengecat oleh pasukan beliau dapat dilakukan tanpa perlu menaiki scaffolding atas faktor keselamatan. 3.15 Jawatankuasa Tempahan T-Shirt 3.15.1 Puan Lilawati Suhaimi memaklumkan beliau telah membayar deposit bagi tempahan t-shirt MBOR kepada syarikat pembekal t-shirt. Guru-guru dikehendaki membayar bagi mendapatkan t-shirt tersebut memandangkan buat masa ini belum ada peruntukan sumbangan atau tajaan yang mencukupi daripada mana-mana pihak. 3.16 Jawatankuasa Pengurus Wakil MBOR 3.16.1 Puan Zarinah meminta kepastian mengenai tugas sebagai pengurus wakil MBOR.J Tuan Pengetua memaklumkan bahawa jawatankuasa tersebut akan bertugas menjemput pegawai yang mewakili pihak Malaysia Book of Records semasa berada di Sabah sama ada dari
35 lapangan terbang ke tempat penginapan , sekolah serta menghantar ke lapangan terbang setelah selesai program. Encik Zainal Ariffin atau Puan Zarinah Alisan dan Puan Vivien Chok akan ditugaskan sebagai pengurus wakil MBOR tersebut . 3.17 Jawatankuasa Pameran 3.17.1 Cik Suzie memaklumkan beliau telah merancang untuk menggunakan petugas pelajar untuk membantunya mengendalikan di bahagian pameran berkaitan program MBOR. Bahan pameran akan melibatkan peralatan-peralatan yang digunakan untuk menyiapkan rekaan bendera negeri Sabah menggunakan penutup botol serta perinciannya. 3.17.2 Tuan Pengetua mencadangkan supaya pelajar yang bertugas sebagai jurucakap di bahagian pameran dapat memanfaatkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu (dwibahasa) semasa menyampaikan penerangan kepada pengunjung pameran. Tindakan:AJK Pameran 4.0 Aliran Pelaksanaan Program MBOR Pembentangan Kertas Kerja 16 Mei 2023 (Selasa) Pemurnian Kertas Kerja 16-18 Mei 2023 (Rabu-Khamis) Menghantar permohonan dan kelulusan pihak Malaysia Book of Record 19 Mei 2023 (Jumaat) Taklimat kepada Pelajar 24 Mei 2023 (Rabu) Mesyuarat Perkembangan 1 13 Jun 2023 (Selasa) Mesyuarat Perkembangan 2 1 Ogos 2023 (Selasa) Mesyuarat Perkembangan 3 dan Persediaan Akhir Majlis Pelancaran 5 September 2023 (Selasa) Pelancaran Program 15 September 2023 (Jumaat)
36 Mesyuarat Post Mortem Program 26 September 2023 (Selasa) Penghantaran Pelaporan Program 26 Oktober 2023 (Khamis) 5.0 Jadual Kerja Pelaksanaan Program MBOR 2023 TARIKH ACARA/AKTIVITI TINDAKAN 16/05/2023 Pembentangan Kertas Kerja En. Emong 19/05/2023 Menghantar permohonan dan kelulusan MBOR Puan Cellia David 24/05/ 2023 Taklimat kepada Pelajar Encik Emong Angkui Jun 2023 Gotong royong melubang penutup botol Guru kelas dan pembantu Mendapatkan dana Puan Norifah Abdullah 13 /06/ 2023 Mesyuarat Perkembangan 1 Semua guru 8 /07/2023 Sabtu ke 2 Gotong royong perdana 1, bersama LPS, PIBG dan ibu bapa (Dalam Dewan) Melubang dan menganyam penutup botol. Semua guru Mencari dana dan merujuk semula permohonan diteruskan Puan Norifah Abdullah 1 /08/ 2023 Selasa Mesyuarat Perkembangan 2 Semua Guru Gotong Royong melubang dan menganyam Guru Dan Pelajar Menempah banner utama Menempah banner countdown Puan Nabilah Edora Menempah plak Cik Marciana Maturin 12 /08/ 2023 Sabtu Ke 2 Gotong royong Perdana 2 (Dalam Dewan) Memasang / menggantung anyaman. Semua guru 4 /09/ 2023 Menghantar surat-surat jemputan Menempah penginapan untuk wakil MBOR Kerja-kerja mengecat dimulakan Puan Cellia David Puan Zarinah Alisan 5 /09/ 2023 Mesyuarat Perkembangan 3 dan Persediaan Akhir Majlis Pelancaran MBOR Semua Guru 13 /09/2023 Menjemput 2 orang wakil ke sekolah untuk verifikasi / mengira jumlah. Puan Cellia David 14 /09/2023 Pelancaran Program MBOR Semua Guru 15 /09/2023 Menjemput wakil MBOR dari lapangan terbang ke hotel dalam daerah Beaufort. En. Zainal Ariffin Puan Zarinah Alisan PuanVivien Chok Menghantar wakil MBOR ke lapangan terbang Encik Zainal Ariffin Puan Zarinah Alisan Puan Vivien Chok 26 /09/2023 Mesyuarat Post Mortem Program Penghantaran Pelaporan Program Pn. Cellia David
37 6.0 Atur Cara Pelancaran The Malaysia Book of Records 2023 TARIKH: 15 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT) LOKASI 1: DEWAN SMK ST PATRICK, MEMBAKUT 6.30 pagi - Kehadiran guru dan pelajar 7.00 pagi - Guru kelas mengambil kehadiran di kelas masing-masing 7.30 pagi - Kehadiran ibu bapa dan tetamu jemputan 7.40pagi - Kehadiran tetamu jemputan khas 8.00 pagi - Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua Ucapan alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort Ucapan Perasmian YB Datuk Dr Hj Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif Gimik Perasmian Tayangan Video Kronologi Penyiapan Peta Negeri Sabah 9.15 pagi - Bergerak ke tapak pelancaran MBOR LOKASI 2 : TAPAK PELANCARAN 9.30 pagi - Gimik Pelancaran 9.45 pagi - Pemeriksaan dan Lawatan ke Tapak Pelancaran 10.15 pagi - Pengisytiharan Pencapaian oleh Pegawai MBOR 10.30 pagi - Sesi bergambar 11.00 pagi - Jamuan 11.30 pagi - Bersurai 7.0 Hal-hal lain 7.1 Tuan Pengetua meminta supaya minit mesyuarat perkembangan dan tentatif pelancaran program MBOR dikongsikan dalam aplikasi Whatsapp staf untuk pemakluman dan rujukan terkini semua guru. 7.2 Encik Emong Angkui meminta kerjasama guru agar tidak membenarkan pelajar melaksanakan kerja-kerja projek MBOR ketika sesi pengajaran dan pembelajaran kerana kerja-kerja sepatutnya hanya dilaksanakan pada waktu petang. 7.3 Encik Emong memaklumkan wartawan biasanya akan meminta penjelasan mengenai status rekaan selepas program MBOR selesai dilancarkan. Cadangan seperti fokus ke arah keusahawanan, kitar semula , cenderahati atau dijadikan arca dinding dikemukakan perlu ditentukan kemudian sebagai persediaan menjawab soalan pihak wartawan. 7.4 AJK peralatan kerja diminta untuk menitiberatkan aspek ketahanan scaffolding bagi menjamin keselamatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.11 tengah hari. Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh CELLIA DAVID RICHARD BIN DAVID Setiausaha Pengetua SMK St.Patrick, Membakut
38 7. SURAT MAKLUMAN PELAKSANAAN GOTONG-ROYONG Ruj.Kami : SMSPM.100-19 (01) Tarikh :17 JULAI 2023 Ibu bapa dan Penjaga Semua murid Tingkatan 1 hingga 5 SMK St Patrick, Membakut. Tuan/Puan, JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM GOTONG-ROYONG PROJEK THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2023 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan Program Gotong-Royong The Malaysia Book of Records pada ketetapan berikut: Tarikh : 22 Julai 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 hingga 11.00 pagi Tempat : Dewan SMK St Patrick, Membakut 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan tuan/puan dalam menjayakan program berkenaan. Sukacita dimaklumkan juga bahawa kehadiran para ibu bapa ke program berkenaan akan membolehkan markah amalan baik dapat direkodkan ke dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) oleh guru kelas. 4. Pihak sekolah memohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklum balas awal mengenai kehadiran tuan/puan ke program berkenaan melalui pautan https://forms.gle/2aHh6gyZFEmrNoKcA. 5. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan penyertaan pihak PIBG dalam menjayakan program ini. Sekian dan terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, RICHARD BIN DAVID Pengetua, SMK St.Patrick, Membakut Sk i. Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK St.Patrick, Membakut SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. PATRICK PETI SURAT 16 89727 MEMBAKUT SABAH MALAYSIA Tel : 087-887513 Faks : 087-886175 E-mel : [email protected]
39 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. PATRICK PETI SURAT 16 89727 MEMBAKUT SABAH MALAYSIA __________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : SMSPM/700-1 (24) Tarikh : 24 OGOS 2023 Ibu bapa dan Penjaga, Murid Tingkatan 1 hingga 4, SMK St.Patrick, Membakut Tuan/Puan, MAKLUMAN KEHADIRAN MURID KE AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN PETA NEGERI SABAH TERBESAR MENGGUNAKAN PENUTUP BOTOL MINUMAN BERUKURAN 30.4 METER (PANJANG) X 10 METER (TINGGI) DAN DIREKODKAN DALAM THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SMK Saint Patrick, Membakut, Sabah akan mengadakan Pelancaran Peta Negeri Sabah Terbesar Menggunakan Penutup Botol Minuman berukuran 30.4 Meter (Panjang) x 10 Meter (Tinggi) yang akan direkodkan ke dalam The Malaysia Book of Records Tahun 2023 pada 15 September 2023. 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan mengadakan gotong-royong menyiapkan projek berkenaan semasa cuti persekolahan penggal 2 ini mengikut jadual berikut: BIL TARIKH MASA TINGKATAN TEMPAT 1 26 Ogos 2023 (Sabtu) 7.30 pagi hingga 3.30 petang Tingkatan1 Dewan Sekolah 2 28 Ogos 2023 (Isnin) Tingkatan 2 3 29 Ogos 2023 (Selasa) Tingkatan 3 4 30 Ogos 2023 (Rabu) Tingkatan 4 ***Pakaian : Baju T-Shirt Rasmi (Hijau) 4. Sehubungan itu, pihak sekolah berharap agar pihak tuan/puan akan dapat mengatur kenderaan anak-anak jagaan tuan/puan untuk menghadiri aktiviti mengikut jadual berkenaan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada pihak sekolah melalui talian yang disertakan iaitu 017- 8933058 (Pejabat Sekolah) pada waktu bekerja. 5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, RICHARD BIN DAVID Pengetua, SMK St. Patrick, Membakut, Sabah. S.k i. Fail Tel : 087-887513 Faks : 088-886175 E-mel : [email protected]
40 8. PROSES KERJA PROJEK (I) PROSES PENGUMPULAN PENUTUP BOTOL
41 (II) PROSES MENEBUK LUBANG PENUTUP BOTOL
42
43
44
45 (III) PROSES MENYULAM MENGGUNAKAN TANGSI
46
47
48
49
50