The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN MERENTAS DESA ZON SELATAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pjerra96, 2023-04-24 05:17:17

PERATURAN MERENTAS DESA MSSZS

PERATURAN MERENTAS DESA ZON SELATAN

MERENTAS DESA PERINGKAT ZON SELATAN 2023/2024 SKMENGKAPKB2023 1. UNDANG – UNDANG 1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang MSSM yang sedang berkuatkuasa sekarang. 2. PENYERTAAN / PENDAFTARAN PESERTA 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah-sekolah rendah di Zon Selatan, Kota Belud. 2.2 Setiap peserta mestilah mengemukakan salinan surat beranak asal kepada urusetia semasa membuat pendaftaran. R01, R02 dan surat kebenaran perlu disertakan. 2.3 Borang penyertaan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada pengelola sehari sebelum kejohanan. (10 MEI 2022) Online 2.3 Pertandingan merentas desa dijalankan secara individu dan berkumpulan (kategori lelaki dan Perempuan) iaitu dibawah 12 tahun sahaja yang layak menyertai. 2.4 Jarak larian adalah 4 Kilometer bagi setiap kategori. 2.5 Setiap pasukan Sekolah boleh menghantar wakil seramai 5 orang peserta bagi setiap kategori. Boleh menghantar 1 orang tambahan setiap kategori tetapi tidak layak / hanya 5 peserta terbaik berkumpulan dikira. 2.6 Nombor-nombor peserta yang menyertai perlu disediakan oleh sekolah masing-masing mengikut nombor yang diperuntukkan peserta dalam acara Olahraga MSS Zon Selatan. (Contoh SK. Melangkap 451 – 500) 2.7 Semua peserta hendaklah memakai nombor di bahagian hadapan dan bahagian belakang baju dengan menggunakan empat pin. Pin baju haruslah disediakan oleh sekolah masing-masing.


MERENTAS DESA PERINGKAT ZON SELATAN 2023/2024 SKMENGKAPKB2023 3. MENENTUKAN PEMENANG ACARA BERPASUKAN 3.1 Pungutan pingat acara berpasukan ditentukan berdasarkan jumlah mata terendah yang diperoleh oleh 5 orang peserta yang terbaik bagi pasukan masing– masing mengikut kategori. 3.2 Jika jumlah mata berkedudukan SERI ia akan ditentukan oleh kedudukan peserta ke-4 yang mempunyai kedudukan yang lebih baik bagi sekolah masing-masing. Jika masih seri, ia ditentukan oleh kedudukan peserta ke5 dalam kategori dan seterusnya. 3.3 Untuk melayakkan kiraan mata bagi pasukan masing-masing, 5 orang peserta mengikut kategori mesti sampai ke garisan penamat. 4. HADIAH 4.1 10 orang peserta terbaik layak mendapat hadiah dalam acara individu mengikut kategori masing-masing. 4.2 Hadiah berpasukan akan diberikan iaitu 3 pasukan terbaik (Johan hingga tempat ketiga) 5. LOKASI PERTANDINGAN Pengelola adalah bertanggungjawab menentukan lokasi, tarikh, masa dan tempat pertandingan dengan menyediakan pelan laluan dan mengedarkan kepada semua pasukan semasa taklimat.


MERENTAS DESA PERINGKAT ZON SELATAN 2023/2024 SKMENGKAPKB2023 6. LEMBAGA JURI RAYUAN DAN BANTAHAN Jawatankuasa Pengelola akan melantik panel Juri Rayuan berdasarkan peruntukan KOAM Bantahan bertulis dan bayaran RM200.00 akan dikenakan. Keputusan Jemaah juri adalah muktamad. 7. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam undang-undang dan Peraturan am MSSM, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan. Segala keputusan adalah muktamad Disediakan oleh Disagkan oleh EN. PETER J. LAJIM EN. KUKUNG BIN EMANG PT Olahraga / PT Merentas Desa Pengerusi MSS Zon Selatan MSS Zon Selatan


Click to View FlipBook Version