KERTAS KONSEP KEJOHANAN MERENTAS DESA ZON SELATAN 2023/2024
PERATURAN 1. 1. UNDANG – UNDANG 1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang MSSM yang sedang berkuatkuasa sekarang.
PERATURAN 2. PENYERTAAN / PENDAFTARAN PESERTA 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah di sekolah-sekolah Zon Selatan, Daerah Kota Belud. 2.2 Setiap peserta mestilah mengemukakan salinan surat beranak asal kepada urusetia semasa membuat pendaftaran. R01, R02 dan surat kebenaran perlu disertakan.
PERATURAN 2. PENYERTAAN / PENDAFTARAN PESERTA 2.3 Pertandingan merentas desa dijalankan secara individu dan berkumpulan (kategori lelaki dan Perempuan) iaitu dibawah 12 tahun sahaja yang layak menyertai. 2.4 Jarak larian adalah 4 Kilometer bagi setiap kategori.
PERATURAN 2.5 Setiap pasukan Sekolah boleh menghantar wakil seramai 6 orang peserta bagi setiap kategori. Tetapi hanya 5 orang layak setiap kategori yang dikira mata berkumpulan. 2.6 Nombor-nombor peserta yang menyertai perlu disediakan oleh sekolah masing-masing mengikut nombor yang diperuntukkan peserta dalam acara Olahraga MSS Zon Timur. ( Contoh SK. MELANGKAP 300 - 350 )
PERATURAN 2.7 Semua peserta hendaklah memakai nombor di bahagian hadapan dan bahagian belakang baju dengan menggunakan empat pin. Pin baju haruslah disediakan oleh sekolah masing-masing.
PERATURAN 3. MENENTUKAN PEMENANG ACARA BERPASUKAN 3.1 Pungutan pingat acara berpasukan ditentukan berdasarkan jumlah mata terendah yang diperoleh oleh 5 orang peserta yang terbaik bagi pasukan masing-masing mengikut kategori.
PERATURAN 3. MENENTUKAN PEMENANG ACARA BERPASUKAN 3.2 Jika jumlah mata berkedudukan seri, ia akan ditentukan oleh kedudukan peserta ke-4 yang mempunyai kedudukan yang lebih baik bagi sekolah masing-masing. Jika masih seri, ia ditentukan oleh kedudukan peserta ke-5 dalam kategori dan seterusnya.
PERATURAN 3. MENENTUKAN PEMENANG ACARA BERPASUKAN 3.3 Untuk melayakkan kiraan mata bagi pasukan masing-masing, 5 orang peserta mengikut kategori mesti sampai ke garisan penamat.
PERATURAN 4. HADIAH & YURAN PENYERTAAN 4.1 10 orang peserta terbaik layak mendapat hadiah dalam acara individu mengikut kategori masingmasing. 4.2 Hadiah berpasukan akan diberikan iaitu 3 pasukan terbaik (Johan hingga tempat ketiga) akan dibincangkan dalam mesyuarat serta menetapkan jumlah yuran setiap penyertaan pasukan
PERATURAN 5. LOKASI PERTANDINGAN Pengelola adalah bertanggungjawab menentukan lokasi, tarikh, masa dan tempat pertandingan dengan menyediakan pelan laluan dan mengedarkan kepada semua pasukan semasa taklimat. Dibincang dan dimuktamadkan dalam mesyuarat
PERATURAN 6. LEMBAGA JURI RAYUAN DAN BANTAHAN Jawatankuasa Pengelola akan melantik panel Juri Rayuan berdasarkan peruntukan KOAM Bantahan bertulis dan bayaran RM200.00 akan dikenakan. Keputusan Jemaah juri adalah MUKTAMAD.
PERATURAN 7. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam undang-undang dan Peraturan am MSSM, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan. Segala keputusan adalah muktamad