Kata Ganda OP1: Murid-murid Tingkatan 1 Bestari secara berkumpulan dapat mengelaskan 3 jenis kata ganda mengikut kategori dengan betul mengikut konteks OP2: Murid-murid Tingkatan 1 Bestari secara individu dapat membina sekurang-kurangnya 3 ayat menggunakan jenis kata ganda yang betul mengikut konteks Pada akhir pembelajaran: Oleh: Azlin Izzati
Apa itu Kata Ganda? Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagianbahagian tertentu, dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. AIASR23
Jenis-Jenis Kata Ganda Kata Ganda Majmuk Kata Ganda Penuh Kata Ganda Penuh Berimbuhan AIASR23
01 Kata Ganda Penuh KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF buku-buku pusing-pusing cantik-cantik kucing-kucing lari-lari besar-besar budak-budak gelak-gelak pendek-pendek Kata ganda penuh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Contoh kata ganda penuh (dalam bentuk kata tunggal): AIASR23
01 Kata Ganda Penuh AWALAN APITAN AKHIRAN ketua-ketua pertandinganpertandingan amalan-amalan pemimpin-pemimpin persatuan-persatuan jualan-jualan pelatih-pelatih permainan-permainan ajaran-ajaran Kata ganda penuh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Contoh kata ganda penuh (dalam bentuk kata berimbuhan): AIASR23
02 Kata Ganda Penuh Berimbuhan IMBUHAN KATA KERJA me- menolong: tolong-menolong meN- mencari: mencari-cari beRberlari : berlari-lari berbisik: berbisik-bisik Turut dikenali sebagai kata ganda separa Kata dasar yang telah mengalami imbuhan digandakan Melibatkan kata kerja berimbuhan (me- , meN- dan beR) dan kata adjektif berimbuhan (teR- , te- , se-) Contoh kata ganda penuh berimbuhan: IMBUHAN KATA ADJEKTIF setinggi: setinggi-tinggi baik: sebaik-baik pandai: sepandai-pandai AIASR23
02 Kata Ganda Penuh Berimbuhan Contoh lain kata ganda penuh berimbuhan adalah seperti dalam jadual berikut: AIASR23
03 Kata Ganda Majmuk KATA MAJMUK KATA GANDA MAJMUK alat tulis alat-alat tulis gambar rajah gambar-gambar rajah balai raya balai-balai raya Kata ganda majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja Contoh kata ganda majmuk: AIASR23
03 Kata Ganda Majmuk Satu kekecualian kepada penggandaan yang melibatkan bentuk kata majmuk yang telah mantap, penggandaannya melibat penggandaan yang melibatkan bentuk kata majmuk yang telah mantap, penggandaannya melibatkan kan keseluruhan unsur Contoh kata ganda majmuk yang telah mantap: pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa setiausaha-setiausaha AIASR23
Terima kasih atas perhatian anda. Jika terdapat sebarang soalan, boleh ajukan kepada cikgu di ruangan komen pada posting di Google Classroom dan jangan lupa bersedia untuk aktiviti seterusnya.