SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
(BMMB1074)
NAMA PELAJAR : NURUL NABILAH BINTI MOHD NOR
ANGKA GILIRAN : 2021232310104
KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU (SK)
PENGHARGAAN
Bismillahhirrahmanirrahim,
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaanya dapat juga saya melaksanakan tugasan
kerja kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB1074) yang diberikan oleh Encik Zainudin Bin Ramli
dengan sempurna dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis kerana telah memberi peluang kepada
saya untuk menyiapkan dan melaksanakan kerja kursus ini dengan lebih teratur dengan menyediakan kemudahan
yang sangat mencukupi kepada saya seperti talian internet bagi mencari dan mengkaji maklumat dengan lebih
mendalam. Tidak kurang juga peranan pihak perpustakaan yang bertungkus lumus menyediakan prasarana yang
mencukupi untuk pelajar pelajar seperti penyediaan pencarian buku di perpustakaan dengan menggunakan
khidmat atas talian. Terdapat banyak bahan rujukan yang boleh saya rujuk sebagai kajian saya melalui
komputer dan juga perpustakaan.
Dengan kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya bagi mata
pelajaran kerja kursus ini iaitu Encik Zainudin Bin Ramli kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada saya langkah untuk menyiapkan kerja kursus sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini tanpa rasa
jemu dan lelah. Tanpa sebarang tunjuk ajar daripada pensyarah sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya dan sempurna. Tambahan pula, sudah pasti saya tidak dapat menghantar tugasan
yang diberi pada masa yang ditetapkan jika tiada tunjuk ajar daripada beliau.
Di samping itu, turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
membantu serta menyumbang idea kepada saya dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya
berharap agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria-kriteria yang terkandung dalam soalan kerja kursus ini.
Sekian terima kasih.
SEJARAH PERKEMBANGAN
TULISAN DALAM BAHASA
MELAYU
ISI KANDUNGAN
01 02 03
Sistem Tulisan Sistem Tulisan Sistem Tulisan
Pallawa
Kawi Jawi
04 05 06
Sistem Ejaan Sistem Ejaan Pedomen Ejaan
Za’ba Rumi Kongres Rumi Bahasa
Melayu
01 SISTEM TULISAN PALLAWA
• Tulisan pallawa ini merupakan sistem tulisan lama orang tamil yang paling awal digunakan di kawasan
Kepulauan Melayu iaitu bahasa melayu kuno. Tulisan ini berasal dari India Selatan dan mula bertapak di Pulau Jawa . Ia
digunakan untuk menulis kitab dalam bahasa Sanskrit untuk penyebaran agama hindu dan ianya terdiri daripada 46 abjad.
Pada ketika itu, bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu
ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang
kebanyakan membaca dan menulis. Bukti penggunaan tulisan Pallava : Batu bersurat Batu bersurat
Talang Tuwo Kedudukan Bukit
1. Batu bersurat
a) batu bersurat di Kedudukan Bukit, Palembang (683 Masihi)
b) Batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi)
c) Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 Masihi)
d) Batu bersurat di Karang Berahi, Meringin daerah Hulu Jambi (686 Masihi)
2. Yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam
dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota
Kabupaten Kutai Kartanegara.
Yupa
● Selain itu aksara Pallawa juga digunakan di dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari pertengahan
abad ke-5. dokumen2 inilah yang menjadi bukti penggunaan aksara Pallawa sebagai tanda aksara ini telah berkembang di
Nusantara. Tugu(batu bersurat) juga turut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava
berbahasa Sanskrit. Tujuh tugu tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang pencapaian Raja
Mulawarwan, cucu Kudungga. Tugu tersebut berasal dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.
Contoh petikan teks Batu Bersurat Kedukan Bukit
➢ Swasti sri sakawarsatita 605 ekadasi su klapaksa wulan Contoh tulisan pallawa
waisakha daputa hyang nayik di samwau mangalap
siddhayatra di saptami suklapaksa wulan jyestha
dapunta hyang marlapas dari minanga Tamwan mamawa
yang wala dualaksa ko dua ratus cara di samwau dangan
jalan sariwu tluratus sapuluh dua wanakna datang di
mataa jap sukhacitta di pancami suklapaksa wula[n]
asada laghu mudita datang marwuat vanua ... sriwijaya
jaya siddhayatra subhika ...
02 SISTEM TULISAN KAWI
• Tulisan kawi ialah sistem tulisan terawal yang digunakan oleh orang melayu di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam
kurun ke-8 Masihi. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika
itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi
sistem-sistem tulisan baharu. Tulisan kawi ini sebenarnya berasal daripada huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-
orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini kemudian lenyap pada tahun 1400 M beriringan
dengan runtuhnya kemaharajaan yang menggunakan huruf itu iaitu Majapahit yang kemudiannya digantikan oleh Huruf
Jawa (Carakan) yang dikembangkan daripada huruf kawi oleh Kekhalifahan Demak. Pada peringkat awal, tulisan kawi
ditulis pada daun lontar dan kemudiannya digunakan untuk menulis pada batu. Tulisan ini digunakan pada batu
bersurat di Joreng dan Padang Lawas yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.
Contoh tulisan kawi
• Aksara Kawi adalah sebuah huruf yang digubah dari huruf India Selatan. Tiap hurufnya merepresentasikan
sebuah suku kata dengan vokal yang dapat diubah dengan penggunaan tanda baca. Aksara ditulis tanpa
ruang kosong. Aksara Kawi memiliki sekitar 47 huruf, namun terdapat sejumlah huruf yang bentuk dan
penggunaannya tidak diketahui pasti karena sedikitnya contoh yang ditemukan dalam mempraktikan sistem
bertulis Kawi. Aksara Kawi memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan untuk menulis tumpukan
konsonan, sama dengan pasangan dalam aksara Bali. Namun beberapa inskripsi Aksara Kawi tidak
menggunakan pasangan dalam penulisannya.
Contoh Aksara kawi
03 SISTEM TULISAN JAWI
Tulisan jawi merupakan sejenis tulisan yang menggunakan aksara atau huruf Arab. Tulisan jawi ini menjadi tulisan bahasa
melayu klasik. Terdapat beberapa pendapat tentang istilah jawi daripada beberapa pengkaji. Ada pengkaji yang
beranggapan bahawa perkataan jawi daripada perkataan jawa iaitu Pulau Jawa. Omar Awang berpendapat bahawa istilah
jawi berasal daripada perkataan Arab Al-Jwah, yang merujuk kepada Pulau Sumatera. Orang Arab menamakan tulisan jawi
bagi merujuk kepada tulisan jawi bagi merujuk kepada tulisan yang digunakan oleh orang Sumatera yang beragama islam
dan menggunakan Bahasa Melayu. Tulisan jawi ini menggunakan 29 aksara jawi yang diambil daripada Bahasa arab kecuali
aksara hamzah. Terdapat lima aksara yang ditambah kepada aksara arab kerana terdapat
Bahasa melayu yang tiada padanananya dengan bunyi dalam Bahasa arab, iaitu
• Penemuan batu bersurat di Sungai Teresat, kuala Berang , kira-kira 20 batu dan muara
Sungai Terengganu pada 1303 Masihi merupakan bukti penggunaan tulisan arab dalam Bahasa
melayu. tulisan pada batu bersurat tersebut menggunakan huruf jawi sepenuhnya.
• Terdapat dua pengaruh dalam perkembangan tulisan jawi, iaitu pengaruh arab dan pengaruh melayu.
➢ Dari segi Pengaruh Arab, tulisan jawi mengalami dua tahap perkembangan.
TAHAP PERTAMA TAHAP KEDUA
Tanda baris digunakan dalam tulisan jawi. Tanda baris pada tulisan jawi digugurkan .
Ejaannya pula tidak menggunakan huruf Ejaannya masih tidak menggunakan huruf
vocal. Pada tahap ini, baris yang digunakan vokal. Tulisan jawi jenis ini dikenali juga
banyak, dan masa yang lama diambil untuk sebagai tulisan arab gondol. Namun,
menulis sesuatu perkataan atau ayat. pengguguran baris ini telah menimbulkan
masalah.
➢ Oleh sebab penguguran baris boleh mengelirukan pembaca, maka system ejaan jawi dengan pengaruh Bahasa
melayu diperkenalkan . Dari segi pengaruh melayu, tulisan jawi mengalami dua tahap perkembangan.
TAHAP PERTAMA TAHAP KEDUA
Huruf vokal, iaitu alif, wau dan ya telah Huruf vokal diletakkan pada kedua-dua suku
diwujudkan. Huruf-huruf ini diletakkan pada kata. Penambahan huruf vokal melambangkan
suku kata pertama sahaja. Penggunaan huruf fonem vokal dalam Bahasa melayu.
vokal pada huruf pertama turut menimbulkan Alif melambangkan vokal a dan e pepet.
masalah bagi perkataan berhomograf. Wau melambangkan vokal o dan u
Ya melambangkan vokal I dan e taling
04 SISTEM EJAAN ZA’BA
➢ Sistem ejaan Melayu merupakan sumbangan terbesar Za’ba. Za’ba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa
melayu pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Sistem Ejaan Wilkinson yang dipakai
sebelum ini terdapat beberapa kelemahan. Maka, sistem Ejaan Rumi Za’ba telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi
sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.
➢ Antara pembaharuan dalam Ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf vokal dan huruf
konsonan. Huruf vokal yang terdiri daripada enam abjad, iaitu a, e, e, i, o dan u. Huruf konsonan terdiri daripada 21 huruf.
Terdapat 40 peraturan yang telah dikemukan dalam sistem Ejaan Za’ba. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian
vokal dalam suku kata pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup.
• Antara beberapa peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah huruf h dan k dalam tulisan jawi adalah huruf akhir dalam
suku kata akhir tertutup, maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh, leteh, sireh, tueh, balek,
batek, chantek dan sebagainya, kecuali jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya,
naik, baik, raih, dan sebagainya.
• Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan konsonan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e.
Contohnya nasib, katil, kutip, pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal o dan vokal e,
maka vokal e digunakan bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan sebagainya.
➢ Selain itu, Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ianya hanya melambangkan bunyi –
bunyi bahasa Melayu melalui huruf – huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi – bunyi yang terdapat dalam
bahasa Melayu. Maka, grafem dan tanda – tanda baru telah digunakan untuk mencukupkannya.
➢ Misalnya, dalam rumi <ng>, <ny>, <ch>, <kh>, <sh>, <th>, <gh>, <dha>, <dz>, dan tanda – tanda seperti < ‘>, < ’> adalah
untuk melambangkan bunyi – bunyi yang dilambangkan oleh huruf – huruf Jawi seperti < a’ in> dan < hamzah >.
Dalam penggunaan partikel <pun> dalam sistem ejaan ini mestilah dipisahkan. Sebagai contoh, <ada pun>, dan
<atau pun>. Za’ba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi
bagi mana – mana grafem vokal dalam sistem ejaannya. Setiap perkataan yang dieja adalah dengan berdasarkan
bunyi. Dalam sistem ejaan ini juga mempunyai tiga bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai huruf ‘bunyi
berkait’ iaitu bunyi – bunyi <ai>, <au>, dan <oi>,
➢ Za’ba membuat pindaan pada system ejaan Wilkinsonkerana beliau berpendapat bahawa ejaan itu tidak menggambarkan
sebutan melayu. Sistem ejaan ini digunakan secara menyeluruh di sekolah dan dinamakan “Ejaan Sekolah”. Sistem ejaan
ini digunakan sehingga tahun 1972.
05 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
• Selepas Ejaan Rumi Za’ba ialah Ejaan Rumi Kongres. Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah
satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956. Sidang
tersebut telah menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Sidang tersebut telah
membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan
tentang tulisan Jawi.
1. Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu
melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja.
2. Kedua, perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir
tertutup.
3. Ketiga, tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali dengan sistem Za’ba yang banyak
sekali menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes tertentu sahaja.
4. Keempat, terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan
Kongres menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutannya yang asal.
5. Kelima, terdapat perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan di, ke, dan
penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang.
06 PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
• Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan
penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan cetusan daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada
tahun 1972 itu ialah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah
Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa ini diletakkan
di bawah pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem
ejaan Jawi yang disusun berdasarkandokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan
maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan yang
berikut
(i) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.
(ii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989
➢ Pedoman ejaan rumi ini merangkumi : c) Huruf Diftong
• Dalam bahasa Melayu, diftong dilambangkan
a) Penggunaan huruf dan abjad
dengan gabungan dua huruf vokal (ai, au, dan
a) Huruf Vokal oi) yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran.
• Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri
d) Huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu
daripada a, e, i, o, dan u. Terdapat dua versi terdiridaripada huruf-huruf b, c, d, f, g, h, j, k, l, m,
huruf e iaitu, e pepet dan e taling. n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, dan z
SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA &
PASCAMERDEKA
ISI KANDUNGAN
01 02 03
Pejabat Karang Pakatan Belajar- ASAS 50
Mengarang Mengajar
Pengetahuan Bahasa
04 05
Bahasa Melayu Pengenalan Bahasa
dalam Sistem Melayu Moden
Pendidikan
01 PEJABAT KARANG MENGARANG
(Sultan Idris Training College(SITC) Tanjong Malim)
• Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan oleh O.T.Dussek, Pengetua Pejabat Karang Ketika itu dan Za’ba sebagai
penterjemah. Ia telah ditubuhkan Di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1942. O.T.Dussek dan R.O Winstedt
pula telah dilantik sebagai penasihat Pejabat Karang Mengarang.
• Tujuan penubuhan Pejabat Karang Mengarang : JANGKA PANJANG
1. Menulis, menterjemah & menyunting buku-
JANGKA PENDEK buku pelajaran dan novel-novel moden serta
menyelenggarakan percetakannya
1. Menerbitkan buku-buku untuk sekolah Melayu 2. Menterjemah perkara yang diperlukan oleh
2. Menerbitkan bahan-bahan bacaan untuk Jabatan Kerajaan
masyarakat Melayu amnya. 3. Melatih penterjemah baharu
• Sultan Idris Training College (SITC) yang ditubuhkan pada 29 November 1922 merupakan idea R.O.Winstedt.
• SITC memainkan peranan sebagai :
• Institusi Latihan untuk melahirkan pendidik
• Badan penerbitan buku, khususnya buku untuk kegunaan sekolah.
PERANAN PEJABAT KARANG
MENGARANG
Membina Menghasilkan Lahirlah
asas buku penting, Dewan Bahasa
iaitu Pelita dan Pustaka
Pengetahuan Bahasa Melayu,
Bahasa atas
Melayu Ilmu usaha Pejabat
Mengarang dan
Daftara Ejaan Karang
Mengarang
Melayu
Memajukan
Pendidikan
orang
Melayu
Memberi peluang dalam Menyumbang
kalangan orang Melayu Kepada
dalam membina asas perkembangan
ilmu karang mengarang bahasa dan
persuratan
Melayu
02 PAKATAN BELAJAR MENGAJAR
PENGETAHUAN BAHASA
• Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bharu.
• Pengasasnya ialah Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi.
• PBMPB merupakan sebuah perhimpunan belajar-mengajar dan siasat-menyiasat tentang pengetahuan
dan peraturan Bahasa melayu. Merupakan salah sebuah badan pembinaan dan pengembangan Bahasa
melayu sebelum merdeka.
• Sultan Johor telah menganugerahkan gelaran Diraja kepada pakatan ini pada 14 April 1935 dan
pertubuhan ini menggunakan nama baharunya iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja
Johor tetapi mengekalkan singkatan PBMPB.
• Tujuan penubuhan
• Untuk mengendalikan perbincangan tentang Bahasa melayu
• Mewujudkan perpustakaan
Dato’ Seri Amar Diraja Dato’ Muhammad
Abdul Rahman Andak Ibrahim Munsyi
➢ Hasil penulisannya diterbitkan dalam jurnal peredar yang diterbitkan enam
bulan sekali.
➢ Tokoh utama PBMPB, iaitu Major Dato’ Haji Muhammad Said Sulaiman telah
menghasilkan beberapa buah buku penting antaranya:
1. Buku Katan (1936)
2. Jalan Bahasa Melayu (1937) ➢ Perancangan PBMPB
3. Penokok dan Penambah (1939) 1. Pemilihan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi
➢ Kegiatan Utama PBMPB
1. Mengahasilkan buku Bahasa melayu
2. Membentuk Istilah 2. Menyusun buku tatabahasa melayu
3. Menganjurkan ceramah-ceramah bahasa 3. Penstandardan dan penyeragaman ejaan
Jawi
4. Menyusun buku katan /kamus melayu
5. Mengumpul gugus kosa kata asing-melayu
6. Mengatur sebutan Bahasa melayu yang lazim
PERANAN PAKATAN BELAJAR MENGAJAR
PENGETAHUAN BAHASA
Menerbitkan buku PBMPB mengubah Mohd Said Sulaiman,
dan istilah, istilah jurucapak, tonggak utama PBMPB.
mengadakan setiausaha, kerja
Beliau banyak
majlis ceramah raya dan jadual menghasilkan makalah
dengan waktu.
untuk jurnal PBMPB
perbincangan
Buku lain yang Melarang ahli untuk 1935 – 1947, PBMPB
diterbitkan menyebut Berjaya menerbitkan
berkaitan sejarah, dan mengeja istilah 34 buah buku. 16
kebudayaan, riwayat yang dicipta. buah buku ilmu
bahasa Melayu
perjalanan dan
maklumat tentang (perkamusan,
tatabahasa, ejaan
PBMPB. dan daftar kata)
03 PERANAN ASAS 50
• Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura.
• Tokoh ASAS 50 terdiri daripada Usman Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas, Jimy Asmara, Mansuri
SN, Mas dan Asraf.
• ASAS 50 dengan konsep perjuangannya “Seni Untuk Masyarakat” atau “Seni Untuk Rakyat”, bercita-cita
untuk memajukan Bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju kemerdekaan, keadilan sosial,
dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya.
• Tujuan ASAS 50
• Mengembangkan bahasa dan kesusateraan Melayu serta memajukan Pendidikan orang Melayu.
• Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah.
• ASAS 50 terdiri daripada mereka yang pernah menyertai parti politik yang progresif. Mereka bukan
sahaja pandai bahasa serta sastera tetapi berhasrat memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah.
• Penulis ASAS 50 yang bergiat dalam penulisan sajak ialah Usman Awang (Tongkat Warrant) dan
Mahsuri SN.
• Sajak Usman Awang yang popular ialah Gadis Kuburan, Pak Utih dan Ke Makam Bonda.
• Sajak Mnasuri SN pula menghasilkan analogi Puisi Baru, Awan Putih, dan Warna Suasana.
• ASAS 50 memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu pada masa kini.
1. memperjuangkan bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan dalam
bahasa Melayu untuk memperoleh kerajaan.
2. Perkembangan bahasa Melayu dalam aspek ejaan dan peristilahan hingga mengangkat taraf
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
3. Sumbangan dalam bidang Bahasa dan persuratan amat penting ketika negara menuju
kemerdekaan.
04 BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
1. Laporan Barnes 1951
• Laporan Barnes ditubuhkan pada tahun 1951 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti
Oxford. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji dan memperbaiki Pendidikan bagi orang melayu. Jawatankuasa ini
lebih dikenali sebagai Penyata Barnes.
• Laporan ini merupakan satu blueprint system pelajaran Malaya yang tunggal, yang merangkumi semua anak-anak
Melayu, Cina, Tamil dan lain-lain. Tetapi hal ini dijalankan tanpa rundingan atau persetujuan masyarakat bukan
Melayu. Hal ini merupakan kesalahan besar penyata ini tidak dapat dipertahankan.
• Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes.
1. Menubuhkan sekolah dwibahasa dimana Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa melayu dan Bahasa inggeris.
2. Sekolah vernacular dalam Bahasa Melayu, Cina, dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan dimana sekola-sekolah ini
akan menggunakan Bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa melayu.
3. Pengajaran agama menggantikan pengajaran jawi di sekolah.
• Laporan Barnes menjadikan bahasa Melayu sebagai landasan perpaduan melalui pendidikan. Bagaimanapun peranan
bahasa Melayu tetap terbatas di peringkat sekolah rendah dan apabila ke sekolah menengah murid-murid akan
melalui sistem pendidikan yang berbahasa penghantar bahasa Inggeris
• Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut
dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa
kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai
memupuk perkembangan individu kearah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi
pengetahuan dan kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu
mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat
majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang
merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada
masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina.Ini membawa
kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.
2. Laporan Fenn-Wu
• Laporan Barnes diketuai oleh Dr.Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu Negara China) 1951
dan Dr.Wu (Penubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)
• Laporan ini ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang
menganggap laporan tersebut bertujuan mengahpuskan Bahasa dan budaya orang cina.
• Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem
persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan
memperkecil keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah
dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang Bahasa tersebut melalui
pengalaman pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu
jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.
• Beberapa syor di dalam Laporan Fenn-WU :
1. Sekolah Vernakular dibenarkan berfungsi & menggunakan 3 Bahasa, iaitu Melayu, Cina, dan Tamil dan Bahasa kebangsaan juga
diadakan.
1. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (inggeris) dikekalkan
2. Sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk perkembangan
negara.
3. Ordinan Pelajaran 1952
• Sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji
Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
• Pada 21 November 1952, Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Penyata
ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini.
• Matlamat Ordinan Pelajaran 1952 adalah untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan
perwatakanyang baik untuk tiap-tiap individu. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum
menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Selain itu, ia juga bermatlamat membentuk warganegara yang
bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum.
• Ordinan ini telah menetapkan beberapa cadangan.
1. Penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitu iaitu satu sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan
satu lagi sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
2. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6
tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.
3. Sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajaran kebangsaan. Bahasa Inggeis akan menjadi pelajaran wajib bagi
sekolah Melayu dan bahasa Melayu akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Inggeris.
4. Bahasa Cina dan Tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15
orang dalam sebuah bilik darjah.
4. Laporan Razak 1956
• Penyata Razak 1956 ialah laporan oleh satu jawatankuasa bagi mengkaji semula sistem
pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30
September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh oleh Dato Abdul Razak bin Hussein,
Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan
April 1956. Cadangan dalam Penyata Razak telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 .
• Tujuan Penyata Razak
1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan. Bahasa perpaduan, dan Bahasa pengantar di sekolah.
2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina, dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu.
3. Mengembangkan system Pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.
4. Menyediakan kemudahan Pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.
5. Mewujudkan system pengurusan Pendidikan yanglebih cekap dan berkesan.
6. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan system Pendidikan
• Berdasarkan Penyata Razak 1956, tujuan dasar pelajaran bermaksud hendak menyatukan murid-murid dari semua bangsa di
dalam negara ini dan menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama
dan menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa penghantar besarbagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu
di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu (Penyata Razak 1956). Walaupun begitu, perkara ini tidak dapat dilakukan
dengan serta-merta melainkan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.
05 PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN
1. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
• Pada awalnya DBP dikenali sebagai Balai Pustaka, ditubuhkan di Johor Bharu pada 22 Jun 1956
• Pada peringkat awal, DBP berperanan sebagai sebuah jabatan di bawah kementerian pelajaran yang
bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kebahasaaan.
• Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bertujuan untuk mengembangkan Bahasa
Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan ketika itu.
• DBP telah dinaikkan statusnya sebagai badan berkanun sebaik sahaja Ordinan Dewan Bahasa
diluluskan pada tahun 1959.
• Pengarah DBP yang pertama ialah Ungku Abdul Aziz Bin Abd Hamid.
• Maklamat penubuhan DBP adalah untuk :
1. Memajukan dan memperkaya Bahasa kebangsaan.
1. Memajukan bakat kesusateraan, terutama dalam Bahasa kebangsaan
2. Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus Bahasa kebangsaan
3. Menyeragamkan ejaan dan bunyi sebutan serta menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam
Bahasa kebangsaan.
Peranan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP)
Mencetak / menerbitkan Menggalakkan Memajukan bakat Menjadikan Bahasa
/ membantu usaha penggunaan bahasa kesusasteraan terutama Melayu sebagai
percetakan atau kebangsaan yang betul
dalam bahasa bahasa komunikasi
penerbitan buku-buku, kebangsaan yang cekap dan
risalah-risalah dan lain- berkesan dalam
Menggalakkan semua bidang
lain bentuk persuratan penggunaan bahasa
dalam bahasa kebangsaan supaya ia
kebangsaan akan digunakan secara
meluas bagi segala
Membina dan memperkaya Membakukan ejaan maksud mengikut
bahasa kebangsaan dalam undang-undang yang
semua bidang termasuk sains dan sebutan, dan sedang berkuat kuasa
membentuk istilah-
dan teknologi istilah yang sesuai
dalam bahasa
kebangsaan
2. Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan
➢ Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai Bahasa dunia atau bahasa antarabangsa memang telah ada
dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu, sejak zaman Sriwijaya pada abad ke-7
Masihi dan memuncak dalam zaman Kesultanan Melayu, dalam tempoh beberapa ratus tahun.
➢ Perkembangan bahasa Melayu yang merentasi buana secara langsung berkaitan dengan bidang pendidikan
bahasa, khususnya strategi pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing.
➢ Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa benar-benar menyerlah dalam zaman bahasa
Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya walaupun tidak dominan seperti
Bahasa inggeris yang menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda.
➢ Kerjasama Kebahasaan Peringkat Serantau :
1. Malaysia dan Indonesia menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 bagi memulakan era
baru dalam Kerjasama kebahasaan peringkat serantau.
2. Pada tahun 1985 Brunei Darussalam menyertai penubuhan pakatan ini sekaligus MBIM diperluas menjadi Majlis Bahasa
Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia (MABBIM).
3. MBIM dan MABBIM ditubuhkan untukmerancang dan memantau perkembanganbahasa Melayu/Indonesia di rantau ini.
4. Kerjasama ini telah menghasilkan penyeragaman pedoman ejaan, penyeragaman pedoman pembentukan istilah, dan
penyeragaman istilah-istilah ilmu tinggi peringkat profesional.
USAHA MENGANTARABANGSAKAN BAHASA
MELAYU DI BEBERAPA BENUA NEGARA
• Peringkat serantau dan antarabangsa yang • Malaysia telah memulakan langkah penubuhan Kursi
dikongsi wawasan pelaksanaannya oleh Dewan Pengajian Melayu di Eropah dengan ditempatkan seseorang
Bahasa dan Pustaka (DPB) Malaysia semasa yang bertaraf Profesor di Universiti Leiden. Penubuhan
pimpinan Dato’ Haji A. Aziz Deraman, DBPBrunei Kursi itu bukan sahaja diharap akan mempertingkatkan
di bawah pimpinan Dato Paduka Haji Alidin bin kajian sastera Melayu di Eropah, bahkan turut
Haji Othman dan PusatBahasa Indonesia yang mengembangkan bahasa, budaya Melayu dan promosi
diketuai oleh Dr Hassan Alwi pengetahuan pelbagai bidang tentang Malaysia khasnya dan
Dunia Melayuatau rantau itu amnya
• Pusat pengajian Melayu yang pertama telah • Pada tahun 1995, Kursi Pengajian Melayu telah
ditubuhkan di Leiden, Belanda pada tahun ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New
1876, dan sehingga kini pusat itu telah diiktiraf Zealand.
sebagai pusat utama bagi kajian budaya
Melayu di peringkat antarabangsa • Malaysia telah juga menubuhkan Kursi
PengajianMelayu di di Universiti Pengajian Asing
Beijing (BFSU), China. Seorang Profesor telah
ditempatkan di sana pada awal tahun 2008 yang lalu
CABARAN & MASA
DEPAN BAHASA
MELAYU
ISI KANDUNGAN
01 02 03 04
Pendidikan Ekonomi Pentadbiran Keracuan
Kerajaan Bahasa di
Media
07 Sosial
05 06 Penerapan
Elemen Hak
Percampuran Slanga Asasi
Kod
1. PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan satu alat yang berpengaruh dan berkesan dalam usaha perkembangan bahasa Melayu untuk
menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, perkembangan Bahasa
kebangsaan di negara ini dalam aspek pendidikan antara tempoh 1957 hingga 1966, dapat dinilai berdasarkan dua
dokumen penting yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956 (Ordinan Pelajaran 1957) (Penyata Jawatan-kuasa
Pelajaran 1956: 17-28) dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 (Akta Pendidikan 1961) (Penyata Jawatan-kuasa
Peranchang Pelajaran Tinggi, 1967). Kedua-dua dokumen tersebut telah memainkan peranan penting dalam
pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang begitu menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai Bahasa
pengantar di semua peringkat pendidikan.
➢ Cabaran Pendidikan adalah kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu yang menyebabkan subjek ini terpaksa diajar
oleh guru opsyen lain. Faktornya pada masa kini, kegilaan para pentadbir sekolah untuk mendapatkan guru-guru
Bahasa Melayu yang berkualiti mengajar di sekolahmereka sudah tiada lagi seperti pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Pada mereka, subjek Bahasa Melayu bukan lagi subjek penting yang harus menduduki tempat tertinggi di sekolah.
➢ IPTS dibenarkan untuk menggunakan Bahasa inggeris sebagai Bahasa pengantar.
2. EKONOMI Bahasa melayu dalam urusan perniagaan
Bahasa melayu dalam peluang pekerjaan
➢ Menurut Ridzuan Kamis (2012), beliau menyatakan bahawa bilangan pengguna bahasa Melayu semakin
meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana
terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain, dinafikan hak dan upayanya dek kehadiran bahasa lain seperti
bahasa Inggeris. Namun begitu, memang tidak dapat menafikan bahawa pengaruh penggunaan bahasa
Inggeris begitu sukar ditepis, malah terpaksa diterima kerana bahasa itu merupakan bahasa ilmu dan
komunikasi sejak berzaman lamanya. Kebanyakan aktiviti ekonomi negara seperti urusan perniagaan
banyak menggunakan Bahasa inggeris sebagai Bahasa dominan. Hal ini menimbulkan kerisauan dalam
kalangan masyarakat kerana wujud persaingan antara Bahasa melayu dengan bahasa Inggeris di tanah air
sendiri, Malaysia. Kebanyakkan peluang kerjaya juga banyak memerlukan graduan yang mempunyai
kemahiran Bahasa inggeris berbanding Bahasa melayu. Hal ini telah menimbulkan isu antara graduan
dalam bidang Bahasa melayu yang mana dikatakan tidak laku di pasaran pekerjaan.
1. BAHASA MELAYU DALAM URUSAN PERNIAGAAN
• Bahasa inggeris masih digunakan sebagai Bahasa dominan dalam urusan
perniagan seperti dokumen perniagaan terutamanya syarikat swasta
manakala Bahasa melayu dijadikan sebagai Bahasa kedua.
• Penggunaan Bahasa inggeris banyak digunakan dalam industri restaurant,
penghotelan barangan elektrik dan sebagainya.
2. BAHASA MELAYU DALAM PELUANG PEKERJAAN
• Kebanyakan para graduan university yang mempunyai kemahiran
berbahasa inggeris yang fasih mudah untuk mendapat peluang pekerjaan.
Hal ini menyebabkan timbul isu graduan bidang Bahasa melayu tidak laku
di pasaran pekerjaan.
3. PENTADBIRAN KERAJAAN
Surat Rasmi Urusan Rasmi dalam Negara
Surat rasmi yang digunakan oleh agensi kerajaan menggunakan Bahasa kebangsaan.
Surat yang diterima dalam Bahasa kebangsaan, namun hendaklah juga dibalas dalam
Bahasa kebangsaan bersama dokumen lampiran. Urusan mesyuarat melibatkan
kehadiran warganegara Malaysia.
Dokumen Dokumen perjanjian yang digunakan oleh agensi kerajaan menggunakan Bahasa
Perjanjian kebangsaan . Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran warganegara Malaysia
Surat Rasmi Urusan Rasmi Antarabangsa
Antarabangsa
Penulisan surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan digalakkan untuk
menggunakan Bahasa kebangsaan bersama dengan bahasa inggeris. Urusan
mesyuarat melibatkan kehadiran warganegara bukan Malaysia.
Dokumen Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia
Perjanjian
Antarabangsa
4. KERACUAN BAHASA DI MEDIA
SOSIAL
• Menurut kamus dewan, ‘rancu’ didefinikan sebagai keadaan tidak teratur atau kekacauan. Kerancuan bahasa ialah
penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan,
ejaan, peristilahan, kosa kata serta tatabahasa danlaras bahansa. Perkataan-perkataan yang sama maksud ialah ialah
pencemaran, kecelaruan, kekacauan, kesalahan dan kesilapan.
• Penggunaan bahasa Melayu dalam golongan remaja terutamanya, cukup membimbangkan dan boleh merosakkan nilai
bahasa Melayu. Hal ini berlaku disebabkan kecanggihan aplikasi media sosial pada abad ke-21 iaitu melalui penggunaan
telefon bimbit seperti aplikasi whatsapp, wechat, facebook dan sebagainya. Untuk menghantar SMS kepada rakan-rakan,
mereka akan menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan Bahasa. Sebagai contoh, perkataan yang sering disalah
gunakan semasa menghantar sms adalah perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum(assalamualaikum), w’lam
(wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan pahal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata
ganti nama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler
(bila), camner (bagaimana) dan maner (mana). Hal ini bukan sahaja boleh didapati di dalam SMS,malah boleh ditemui dalam
laman web media sosial iaitu Twitter , melalui email ataupun melalui blog.
5. PERCAMPURAN KOD
➢ Percampuran kod atau code mixing merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang boleh
berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa
atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Fenomena ini
amat berleluasa di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu,
Cina, Tamil dan suku kaum serta dialek tempatannya. Terlalu banyak percampuran kod ini berlaku di mana-
mana sahaja di persekitaran kita. Malah, percampuran kod ini berlaku sehari-hari dalam kehidupan seharian
tanpa kita sedari. Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu bercakap dalam bahasa Inggeris untuk
membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya mencampuradukkan dengan bahasa Melayu kerana sesuatu
hal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya. Fenomena percampuran
kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Namun
begitu, dengan berlakunya peredaran masa dan penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput
apabila kanak-kanak berupaya menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk menyampaikan maksud. Namun
demikian, di Malaysia dengan latar pendidikan dwibahasa yang diamalkan di sekolah-sekolah dan luar
persekitaran yang didedahkan dengan bahasa Inggeris seperti media elektronik, kanak-kanak telah didedahkan
dalam situasi dwibahasa pada peringkat awal lagi. Malah, percampuran kod bukan sesuatu yang asing lagi
dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.
6. SLANGA
• Bahasa slanga merupakan Bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur tertentu , misalnya kumpulan remaja,
kumpulan pekerja atau kalangan professional tertentu. Lazimnya, istiolah slanga ini merujuk kepada variasi Bahasa yang
digunakan oleh kumpulan remaja. Variasi ini amat tidak formal dan tidak digunakan dalam perbualan atau komunikasi yang
serius, jauh sekali dalam situasi formal. Kosa katanya, mempunyai makna tertentu yang difahami oleh kumpulan yang
berkenaan sahaja. Kadang-kadang ada kosa kata yang dicipta oleh mereka sendiri dan tidak ada dalam Bahasa asalnya.
Dalam slanga Bahasa melayu misalnya, terdapat beberapa perkataan seperti cun , kantoi, cintan, poyo dan sebagainya.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah membangkitkan kebimbangan penggunaan bahasa slanga yang tidak terkawal,
kurang teratur dan tidak sopan terutamanya dalam media sosial akan merendahkan nilai bahasa Melayu itu sendiri. Antara
faktor pengaruh slanga adalah pengaruh rakan sebaya melalui penggunaan perkataan dan tingkah laku dan pengaruh
media massa iaitu media elektronik dan media cetak. Penggunaan Bahasa slanga ini boleh menjejaskan kedaulatan Bahasa
melayu, dan boleh menyebabkan matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan terhalang. Hal ini jika tidak
ditangani bakal menimbulkan kekeliruan sehingga boleh menjejaskan generasi akan datang dan paling menyedihkan, isu
itu bukan hanya melibatkan golongan muda, bahkan yang berusia.
7. PENERAPAN ELEMEN HAK ASASI
Menurut John Locke dalam bukunya yang berjudul The Second Treatise of Civil Government and a Letter Concerning
Toleration (2002 ), hak asasi adalah hak yang diberikan Tuhan kepada manusia mencakup persamaan dan kebebasan yang
sempurna, serta hak untuk mempertahankan hidup dan harta benda yang dimilikinya. Persekutuan melihat hak asasi manusia
dari sudut sebuah negara yang baru terlepas daripada belenggu penjajahan selama lebih daripada empat abad (dikira daripada
kejatuhan Melaka) yang membawa kebanjiran pendatang bersama-sama bahasa, budaya dan agama mereka yang hampir
menenggelamkan penduduk asal di bumi sendiri, yang terpaksa pula berkongsi kuasa dengan pendatang itu, selepas Merdeka.
Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan hak asasi manusia
sejagat, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, faham politik atau lain-lain
fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain. Perisytiharan sejagat hak
asasi manusia yang diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung ini sebagai suatu ukuran bersama terhadap pencapaian oleh
seluruh umat manusia dan kesemua negara dengan tujuan supaya setiap individu dan setiap badan masyarakat, dengan
sentiasa mengingati Perisytiharan ini, hendaklah berazam melalui pengajaran dan pendidikan bagi memajukan sanjungan
terhadap seluruh hak-hak dan kebebasan ini dan secara langkah-langkah berperingkat-peringkat, di bidang negara dan
antarabangsa, bagi menjaminkan pengkitirafan dan pematuhan sejagatnya yang berkesan, kedua-duanya di antara negara-
negara anggota masing-masing dan rakyat wilayah-wilayah di bawah bidang kuasa mereka.