The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Fail Kelab Kebudayaan dan Keseniaan SK Sematan 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kesumadewatabagiau, 2021-09-24 23:07:55

Fail Kelab Kebudayaan dan Keseniaan SK Sematan 2021

Fail Kelab Kebudayaan dan Keseniaan SK Sematan 2021

8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan,
perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pedalaman. Tempurung
kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Congkak zaman moden kebanyakannya diperbuat daripada plastik keras atau kayu mampat,
dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubah suai menjadi mudah alih , dan boleh
dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Buah congkak yang dipakai selalunya ialah biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan
biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa
sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan

Permainan batu seremban
Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban[1] atau Serembat ialah
sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di
sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung
permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-
kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.

Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu
kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak
lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya
juga digunakan.

Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di
taman atau di mana-mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain
akan duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.

. TINGTING

Sebagaimana yang kita semua tahu, tingting merupakan permainan tradisional yang
sememangnya popular sejak zaman dahulu lagi.

Bermain tingting dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak sekaligus menguatkan lagi
otot mereka kerana mereka perlu mengawal dan menyeimbangkan badan mereka untuk
melompat ke dalam kotak-kotak tingting tanpa terjatuh.

LOMPAT TIKUS
Permainan lompat tikus ini memerlukan pergerakan berlari, melompat dan juga merangkak

bagi melepasi halangan tangan serta kaki dua orang rakan sepermainan.

Melalui pergerakan-pergerakan dalam permainan ini, ianya secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran motor kasar anak.

LOMPAT GETAH
Lompatan melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang rendah sememangnya melegakan.
Tetapi apabila ketinggian ditingkatkan, kita pasti memikirkan teknik terbaik untuk melakukan
lompatan di atas rantaian gelang getah tersebut. Kadang kala kita perlu berlari dari jauh untuk

mendapatkan impak lompatan yang tinggi bagi melepasi gelang getah.

Pasti seronok jika kita dapat bermain permainan lompat getah ini bersama anak. Pergerakan
dalam permainan ini dapat melatih kemahiran motor kasar anak dan membantu anak untuk

membina otot yang lebih mantap.

Jika dahulu kita menggunakan rantaian gelang getah untuk bermain lompat getah, kini anak-
anak boleh bermain lompat getah dengan menggunakan ‘skipping rope’.

KONDA KONDI
Permainan konda kondi memerlukan fokus yang tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang
baik untuk menyungkit kayu anak menggunakan kayu ibu dan berlari sambil mengejar kayu

yang dibaling sebelum menangkap kayu tersebut.
Kita pasti gembira melihat keseronokan anak-anak bermain permainan tradisi ini kerana

secara tidak langsung ianya dapat memperkasa kemahiran motor kasar mereka.

\

PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU

Masih ingatkah lagi kita dengan adegan tarik menarik rakan dan baju rakan kita tatkala
dikejar oleh ‘sang harimau’ dalam permainan ‘Pukul Berapa Datuk Harimau’ ini? Akhirnya

apabila salah seorang daripada rakan kita terlepas pegangannya, kita semua akan lari
bertempiaran. Walaupun debaran sentiasa mencengkam dada kerana takut ditangkap oleh
‘harimau’, tetapi permainan ini tetap menyeronokkan! Permainan ini melibatkan pergerakan

aktif anak dengan berlari,

GALAH PANJANG

Memandangkan permainan galah panjang ini memerlukan ramai pemain, anak-anak mungkin
boleh bermain bersama sepupu-sepupu mereka atau jiran-jiran terdekat. Lebih ramai yang
dapat bermain, permainan ini pasti lebih meriah!

Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai kemahiran berlari laju serta berhenti dengan cepat
ketika melepasi petak permainan yang dikawal oleh pasukan lawan. Aktiviti ini bukan sahaja
dapat melatih fokus dan meningkatkan kemahiran motor kasar anak, malah dapat merapatkan

lagi hubungan persahabatan dengan rakan-rakan sepermainan.

MAIN GULI

Bermain guli juga merupakan salah satu permainan yang memerlukan fokus yang tinggi
untuk membaling atau menjentik guli tepat pada sasaran. Selain itu, anak-anak juga perlu

mempunyai koordinasi tangan dan mata yang baik untuk bermain permainan ini.

Cabang
keseniaan
Lagu-lagu

rakyat

Lagu-lagu rakyat

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang
amat menggamitkan nostalgia. Kini di Wikipedia bahasa Melayu bertindak untuk
mengetengahkan lagu-lagu rakyat yang terkenal yang acap kali diperdendangkan di Alam
Melayu. Lagu-lagu rakyat ini mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya,
gaya nyanyiannya, dendangan lagu bersama dengan alat muzik serta cara penyampaiannya
yang dipelbagaikan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan lagu-lagu rakyat masyarakat
Melayu itu yang telah tersebar luas merentasi samudera dan pelbagai negara yang dipenuhi
pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya dilihat dalam
konteks yang sempit dengan maksud, hanya sesebuah negara asal dimana sesuatu lagu rakyat
itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut
pandang yang positif, lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu harus dikembangkan
penggunaaanya dan diperkayai maksud tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi,
agar dunia dapat mengetahui bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu
rumpun yang besar di Alam Melayu.Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau
nyanyian yang berasal dari sesuatu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu
terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau
terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan
tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-
tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan
dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang
dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan
secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak Melayu.

Antara lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini adalah:

1. Ala Canggung
2. Ambil Madu Lebah
3. Anak Ayam (lagu rakyat)
4. Anak Itik Tok Wi
5. Anak Ondeng (a.k.a Lagu Lembu Patah Tanduk)
6. Ayam den lapeh
7. Bapaku Pulang dari Kota
8. Burung Kakak Tua (lagu rakyat)
9. Can Mali Can
10. Dadong
11. Geylang Si Paku Geylang
12. Hello Hello (lagu rakyat)
13. Hijau (lagu rakyat)
14. Inang rodat
15. Ikan Kekek (lagu rakyat)
16. Jambatan Tamparuli
17. Joget Tari Lenggang (a.k.a Joget Pahang)
18. Jong Jong Inai
19. Kenek Kenek Odeng
20. Ketipong Payung
21. Kurik Kundi
22. Lemak manis (lagu rakyat)
23. Lenggang Kangkung
24. Londeh Mak Londeh

25. Menghilir di Sungai Pahang
26. Pak Ketipak Ketipung (joget 106)
27. Pak Pung Pak Mustafe
28. Puteri Santubong
29. Rasa Sayang
30. Tepuk Amai-Amai
31. Trek Tek Tek
32. Tualang Tiga
33. Ulek mayang
34. Enjit-enjit Semut
35. Bangau Oh Bangau
36. Wau Bulan
37. Tambak Johor
38. Lagu Tiga Kupang


Click to View FlipBook Version