tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa.
• Mengusung berekoran atau berbuntut.
-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari arah belakang mangsa.
Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang
mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa.
• Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)
-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah tangan
lagi mengampu belakang mangsa.
• Duduk di atas empat tangan (four hand seat)
-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan
memeluk bahu pembantu-pembantunya.
• Mengangkat menggunakan kerusi
-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi.
Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara
berekoran.
b) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)
• Pengusung gantian ( improvise stretcher)
I. menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya.
II. Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu.
III. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang
kayu dalam guni itu.
IV. Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.
V. Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam
baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.
PEMULIHAN PERNAFASAN DAN PERGERAKAN JANTUNG
1.PEMULIHAN PERNAFASAN
Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipratikkan semasa mangsa
mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:-
a) Pemulihan mulut ke mulut
b) Pemulihan mulut ke hidung
c) Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkok
d) Kaedah Holger Neilson
e) Kaedah Selvester’s
f) Kaedah Schafers
a) Pemulihan mulut ke mulut
Cara pratiknya
• rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.
• tutup hidung mangsa secara picitan hidung.
• lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata memerhatikan bahagian
dada mangsa
• hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada kebocoran dari
celah bibir mangsa
• lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui hidung.
• lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa. Manakala, 1 hembusan
setiap 3 saat bagi kanak-kanak dan bayi.
• permulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas sendiri atau apabila
tiba bantuan perubatan.
b) Pemulihan mulut ke hidung
Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut mangsa di mana
kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan.
Cara pratiknya
• Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.
• Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar melalui mulut.
• Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa hembusan, perhatikan
naik dan turun bahagian dada bagi menetukan udara masuk atau tidak ke paru-paru.
• Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.
• Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut.
c) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di leher.
Kaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan tebukan saluran pernafasan
kerana mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung.
Cara pratiknya.
• Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa di bahagian leher mangsa.
• Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada mangsa bagi jarak menetukan dada
mengembang atau tidak.
• Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang diterangkan dahulu.
d) Kaedah Holger Neilson.
Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan. Kaedah ini
tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan berperut
buncit.
Cara pratiknya.
• Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan mangsa
mengampu bahagian kepala dan mukanya.
• Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke hadapan supaya
saluran pernafasan mangsa terbuka.
• Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.
• Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula.
• Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat di bahagian
tulang scapula mangsa.
• Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa mengembang.
Lakukan selama kira-kira 2 saat.
• Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa.
• Kaedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau sehingga tiba
bantuan perubatan.
e) Kaedah Selvesters
Cara pratiknya.
• Letakkan mangsa dalam baringan melentang.
• Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih mengepit
bahagian kepala mangsa.
• Dongakkan kepala mangsa.
• Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian dada mangsa.
• Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. Jangan gunakan
kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh mencederakan dada mangsa.
• Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.
• Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang dada dan
mengembang kira-kira 2 saat.
• Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulangkali sehingga mangsa
pulih atau bantuan tiba.
f) Kaedah Schafers
Cara pratiknya.
• Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan mangsa mengampu
bahagian kepalanya.
• Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung mangsa dengan muka
mengarah ke arah kepala mangsa.
• Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan tekanan dengan
menggunakan berat badan ke atas mangsa sekama kira-kira 2 saat.
• Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan.
• Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau sehingga tibanya
bantuan perubatan.
Awas !!!
Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada mangsa yang gemuk atau mangsa yang
mengandung.
2) PEMULIHAN PERNAFASAN DAN PERGERAKAN JANTUNG
Resusitasi Kardio Pulmonari (CPR)
Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan permulihan pernafasan
dengan permulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah ini permulihan
pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulut ke
lubang pernafasan di tengkuk. Manakala permulihan pergerakan jantung adalah secara
mengenakan tekanan (kompresi) di bahagian tertentu dada.
Kombinasi kedua-dua bantuan tersebut membolehkan darah menerima bekalan oksigen dan
seterusnya mengedarkannya ke otak dan lain-lain organ penting.
Terdapat beberapa sebab jantung terhenti. Antaranya ialah:
i. Penyakit jantung termasuk gelepar ventrikular (ventricular fibrilltion).
ii. Kejutan elektrik.
iii. Alahan
iv. Pengambilan dadah yang berlebihan.
v. Penyakit angin ahmar (stroke).
vi. Lemas (asap, gas beracun atau tersumbat saluran pernafasan).
vii. Kecederaan.
Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan tepat apabila terjadinya
kejadian pernafasan dan pergerakan jantung terhenti kepada mangsa. Ini disebabkan faktor-
faktor berikut:
a. Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian, peluang memulihkan mangsa
adalah pada kadar 12%.
b. Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa pulih adalah pada kadar 2%
sahaja.
c. Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang memulihkan mangsa.
Di dalam istilah perubatan, terdapat 2 jenis kematian selepas kejadian pernafasan terhenti.
Kematian tersebut ialah:
a. Kematian klinikal – bermaksud kematian sementara di mana sel-sel otak dan sel-sel organ
belum mengalami kematian walaupun pernafasan dan jantung terhenti. Kematian klinikal
boleh dipulihkan sekiranya bantuan segera dan awal diberikan kepada mangsa selepas
kejadian terjadi.
b. Kematian biological – kematian kekal di mana sel-sel otak dan semua sel-sel organ badan
telah mati. Kematian ini tidak boleh dipulihkan kembali.
Sel-sel otak akan mula mengalami kematian selepas 4 minit pernafasan dan jantung terhenti.
Ia akan mati kekal selepas 10 minit tidak menerima bekalan darah beroksigen.
Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam resusitasi Kardio Pulmonary.
Antaranya ialah:
a. Saluran pernafasan (airway)
b. Pernafasan (breathing)
c. Edaran darah (circulation)
a) Saluran pernafasan.
• Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan teknik
menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau.
• Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian dagu mangsa (head
tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan mangsa terbuka. Ini penting kerana
semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan
saluran pernafasan mangsa.
b) Pernafasan
• Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa secara
mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa sambil mata
memerhatikan pergerakan dada mangsa.
• Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulu
ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa.
c) Edaran darah
• Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau lengan (nadi
brachial) bagi bayi.
• Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah dipastikan pergerakan
nadi terhenti.
TEKNIK- TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI
1. TEKNIK SEORANG PENOLONG BAGI MANGSA DEWASA.
• Goncang bahu dan panggil nama mangsa bagi menentukan tahap kesedaran mangsa.
Menjerit meminta bantuan supaya menarik perhatian orang yang ada berhampiran.
Betulkan salur pernafasan mangsa secara teknik dongak kepala dan angkat dagu (head tilt
and chin lift).
Periksa pernafasan mangsa dengan teknik dengar, lihat dan rasa sambil mata memerhati
pergerakan dada mangsa. Periksa selama 3 hingga 5 saat.
Beri bantuan pernafasan secara kaedah mulut ke mulut atau mulut ke hidung atau tutup
mulut ke lubang pernafasan di leher. Picit hidung dan mulut mangsa. Tarik nafas dan
rapatkan betul-betul ke mulut, hidung dan lubang pernafasan mangsa dan berikan hembusan
selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat. Buka mulut atau hidung mangsa supaya udara yang
dihembus keluar. Ulang hembusan yang serupa sekali lagi. Perhatikan bahagian dada semasa
melakukan hembusan bagi menentukan dada mengembang atau tidak.
Periksa pergerakan nadi karotik di bahagian leher selama 5 hingga 10 saat bgai
menentukan nadi terhenti atau sebaliknya.
Cari kedudukan sternum notch (tempat pertemuan antara kiri dan kanan tulang rusuk di
bahagian dada).
Letakkan 2 jari di sternum notch sebagai penanda tempat tekanan. Letakkan tumit tapak
tangan dan tindihkan tangan tersebut dengan tangan yang satu lagi.
Luruskan tangan dan kuncikan sendi-sendi siku dan sendi-sendi bahu supaya tidak
dibengkokkan semasa tekanan dilakukan.
Beri tekanan di bahagian dada dengan menggunakan tekanan berat badan. Jangan gunakan
kekuatan tenaga kerana boleh mencederakan tulang dada dan tulang rusuk. Tekan sedalam
kira-kira 1.5 hingga 2 inci (4 - 5cm) mengikut rentak yang sistematik sebanyak 15 kali
tekanan.
Lakukan tekanan berselang-seli dengan bantuan pernafasan dengan bantuan pernafasan
dengan ratio 15: 2. lakukannya sebanyak 4 pusingan dan akhiri dengan 2 hembusan yang
terakhir.
Periksa pergerakan nadi selama 5 hingg 10 saat kembali.
Teruskan rResusitasi Kardio Pulmonary jika pergerakan nadi belum pulih.
Jika nadi pulih, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa 3 hingga 5 saat. Jika tiada,
jalankan bantuan pernafasan sahaja dengan kadar 1 hembusan setiap 5 saat sekali berterusan
sehingga mangsa pulih ataupun tiba bantuan perubatan.
2. TEKNIK BANTUAN DUA ORANG AHLI BANTUAN
(MANGSA DEWASA)
Pembantu pertama berperanan sebagai pemeriksa taraf kesedaran, memeriksa pernafasan,
membantu pernafasan dan memeriksa pergerakan nadi mangsa. Tekniknya sama dengan
kaedah Resusitasi Kardio Pulmonari seorang ahli bantuan.
Pembantu kedua berperanan sebagai pemanggil bantuan perubatan serta menjalankan
tekanan jantung (chest compression) apabila mendapat isyarat bahawa tiada pergerakan nadi
si mangsa. Lokasi dan kedudukan tangan adalah sama dengan teknik resusitasi terdahulu.
Beri 5 kali tekanan dan diikuti dengan sekali hembusan pernafasan oleh pembantu
pertama.
Tekanan hembusan dan tekanan dilakukan dengan ratio 5 : 1 dan diteruskan sehingga 10
pusingan. Akhiri pusingan ke 10 dengan sekali hembusan oleh pembantu pertama.
Sekiranya masih tiada pergerakan nadi, maka diteruskan tekanan dan hembusan seperti
terdahulu.
Jika pergerakan nadi telah dirasai, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa. lakukan
bantuan sekali hembusan setiap 5 saat sekali berterusan sehingga mangsa boleh bernafas.
Sekiranya pembantu kedua keletihan, pertukaran boleh dilakukan dengan pembantu kedua
memberi isyarat dengan sebutan “tukar” dan meneruskan 5 tekanan yang terakhir sebelum
pembantu pertama mengambil tempatnya. Manakala pembantu kedua mengambil tempat
pembantu pertama.
3. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI
MANGSA KANAK-KANAK ( 1 HINGGA 8 TAHUN ) SEORANG PEMBANTU.
Aturan bantuan dari A hingga C adalah hampir sama dengan kaedah orang dewasa. cuma
terdapat sedikit perbezaan iaitu :
a) Tekanan dada mangsa cuma menggunakan sebelah tumit tapak tangan sahaja.
b) Dalam tekanan yang diberikan adalah 1 hingga 1.5 inci sahaja.
c) Ratio hembusan dan tekanan adalah 1:5
d) Kadar pusingan adalah 10 pusingan sebelum pemeriksaan nadi dijalankan.
e) Bantuan pernafasan berterusan adalah pada kadar 1 kali bagi setiap 3 saat.
4. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI
MANGSA BAYI ( 1 TAHUN KE BAWAH )
Tekniknya sama dengan orang dewasa dan kanak-kanak kecuali perkara-perkara berikut :
a. Hidung mangsa tidak perlu dipicit semasa hembusan dilakukan. Pembantu menggunakan
mulut untuk menutup mulut dan hidung si mangsa.
b. Ampu bahagian tulang skapula bayi dengan lengan supaya keadaan kepala mangsa
terlangut dan secara tidak langsung akan membuka saluran pernafasan.
c. Pemeriksaan nadi adalah pada nadi brakial ( bahagian lengan). Ini disebabkan leher bayi
pendek.
d. Penandaan lokasi tekanan adalah dengan menanda garisan lurus antara dua puting susu
bayi dengan 3 jari tangan. Letak 2 jari di atas tulang sternum manakala 1 jari diangkat. Tekan
menggunakan dua jari sedalam 0.5 hingga 1.0 inci sebanyak 5 kali tekanan dengan kadar 100
kali seminit. Pusingan keseluruhan adalah 20 pusingan.
-Periksa pergerakan nadi. Jika ada nadi, periksa pernafasan mangsa. Lakukan bantuan
pernafasan sekali bagi setiap 3 saat berterusan jika di dapati mangsa tidak bernafas.
5. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK /
TERSEKAT PERNAFASAN(ORANG DEWASA YANG MASIH SEDAR )
Jika mangsa berseorangan tanpa sebarang pembantu, ia boleh menjalankan beberapa
kaedah bagi mengeluarkan benda asing yang tersekat dalam saluran pernafasan. Antaranya
ialah :
i. Menggunakan kaedah berdiri di belakang penyandar bangku dan meletakkan bahagian
abdomennya di penyandar bangku tersebut.Tundukkan badan ke hadapan bangku berulang-
ulang kali. Tundukan akan menyebabkan udara yang terdapat di abdomen menolak keluar
udara dan seterusnya membantu mengeluarkan bendasing yang tersekat.
ii. Menggunakan Teknik Heimlich iaitu menggenggam penumbuk satu tangan. Letakkan
penumbuk tersebut di bahagian abdomen dan tangan yang satu lagi diletakkan di atas
penumbuk tersebut. Lakukan tekanan ke arah dalam dan ke atas secara cepat dan berulangkali
kerana daya tekanan yang kuat dan cepat akan memaksa udara di dalam paru-paru keluar dan
menolak bendasing keluar.
Sekiranya terdapat membantu semasa kejadian tercekik bendasing, maka pembantu boleh
menjalankan tugasnya melalui kaedah-kaedah berikut :
- Tanya mangsa sama ada ia boleh bernafas, tercekik dan batuk. Jika mendapat tindakbalas
positif dari mangsa, jangan lakukan apa-apa ke atas mangsa melainkan berada di sisi mangsa
kerana kebiasaannya mangsa akan berusaha sendiri mengeluarkan bendasing tersebut.
- sekiranya mangsa memberi tindakbalas negatif, maka pembantu perlu mengambil tindakan
melakukan bantuan-bantuan berikut :
a) Teknik Heimlich
-berdiri di belakang mangsa.
-peluk bahagian pinggang mangsa.
-genggam penumbuk dengan ibu jari dimasukkan ke dalam pada satu tangan dan letakkan di
bahagian atas sedikit dari pusat. Lapikkan genggaman tersebut dengan tangan sebelah lagi.
-tekan penumbuk dengan cepat dan berulangkali secara gerakan ke dalam dan ke atas.
Tekanan tersebut dapat memaksa udara di paru-paru keluar dan seterusnya menolak keluar
bendasing yang menyekat saluran pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada
mangsa yang gemuk, berperut buncit dan perempuan mengandung.
b) Tekanan Dada ( chest thrusts )
Kaedah ini sesuai bagi mangsa gemuk, berperut buncit dan perempuan mengandung.
caranya
berdiri di belakang mangsa.
genggam penumbuk sebelah tangan.
letak genggaman mengarah ke ibu jari di bahagian tengah tulang dada mangsa.
lapikkan penumbuk dengan tangan yang sebelah lagi.
tekan ke arah dalam dengan kuat dan cepat berulangkali.
lakukan teknik ini sehingga bendasing keluar atau sehingga mangsa pengsan.
6. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK DARI
SEDAR HINGGA PENGSAN ( MANGSA DEWASA )
Letak mangsa dalam keadaan melentang.
Minta bantuan perubatan.
Dongakan kepala mangsa dengan teknik dongakan dahi dan angkat bahu ( head tilt/chin
tilt ).
Periksa kerongkong mangsa bagi menetukan tedapat bendasing. Keluarkan bendasing
dengan jari telunjuk.
Beri bantuan pernafasan. Jika hembusan tidak masuk, ianya menandakan masih terdapat
bendasing yang menyekat salur pernafasan.
Lakukan tekanan dengan teknik Hemlich secara duduk di atas bahagian paha mangsa.
Tindihkan tumit tapak tangan dengan tangan sebelah lagi.
Kuncikan bahagian sendi siku dan bahu dan luruskan tangan. Tekan secara ke arah dalam
dan ke atas 5 kali secara sistematik.
Periksa mulut mangsa. Korek tekak mangsa supaya bendasing dapat dikeluarkan.
Beri bantuan pernafasan. Jika masih tersekat, lakukan ulangan teknik tekanan Hemlich
sehingga bendasing keluar.
Sekiranya mangsa gemuk atau mengandung, tekanan secara teknik tekanan dada ( chest
thrusts ) sebanyak 5 kali.
7. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA TIDAK SEDAR (MANGSA
DEWASA)
Jalankan pemeriksaan tahap kesedaran mangsa.
Dongakkan dahi dan angkat bahu mangsa supaya saluran pernafasan terbuka.
Periksa pernafasan mangsa 3 hingg 5 saat.
Lakukan hembusan kaedah mulut ke mulut. Jika di dapati hembusan tidak masuk,
betulkan sekali lagi kedudukan kepala mangsa. Lakukan hembusan sekali lagi. Jika tidak
masuk juga, maka sah terdapat bendasing di dalam saluran pernafasan mangsa.
Lakukan teknik Heimlich atau teknik tekanan dada seperti yang diterangkan dahulu.
Periksa bendasing pada mulut mangsa dan keluarkan bendasing dengan jari.
Ulang teknik yang serupa sekiranya masih gagal mengeluarkan bendasing sehinggalah
bendasing tersebut dapat dikeluarkan.
Lakukan tekanan dada ( chest compression ) sekiranya nadi di dapati tiada seperti mana
teknik CPR.
Sekiranya ada pergerakan nadi, lakukan bantuan pernafasan seperti mana kaedah CPR
berterusan sehinggalah tiba bantuan perubatan atau mangsa pulih.
8. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA KANAK-KANAK YANG
SEDAR
Teknik yang dijalankan adalah sama dengan teknik yang dilakukan kepada mangsa
dewasa yang sedar.
9. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA KANAK-KANAK DARI
SEDAR KEPADA TIDAK SEDAR
Sama seperti teknik mengeluarkan bendasing kepada orang dewasa yang sedar kepada
tidak sedar.
10. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA
BAYI YANG TIDAK SEDAR DIRI
Baringkan mangsa secara melentang.
Tentukan tahap kesedaran mangsa.
Dapatkan bantuan perubatan.
Dongakkan dahi dan angkat bahu mangsa supaya saluran pernafasan terbuka.
Periksa penafasan mangsa 3 hingga 5 saat.
Berikan sekali hembusan. Jika tidak masuk, re-posisikan kepala mangsa. Berikan sekali
lagi hembusan. Jika kali kedua masih tidak masuk, terdapat bendasing menyekat saluran
pernafasan mangsa.
Masukkan lengan pemulih di bahagian belakang bayi dan ampukan bahagian kepalanya.
Lengan lagi sebelah diletakkan di bahagian dada mangsa dan tangan mengampu di bahagian
dagu bayi.
Angkat bayi dengan merendahkan bahagian kepalanya dan pusingkan badannya supaya
berkeadaan muka dan dadanya mengadap ke bawah. Ampu bayi dengan bahagian paha.
Lakukan tepukan sebanyak 5 kali tepukan pada bahagian tulang skapula bayi.
Terbalik semula supaya muka bayi mengadap ke atas tetapi dalam keadaan kepalanya
mencuram arah ke tanah. Ampu badan bayi dengan paha.
Lakukan teknik tekanan pada dada bayi sebanyak 5 kali tekanan.
Letakkan bayi di atas lantai dan buka mulut bayi. Buang bendasing dengan menggunakan
jari kelingking apabila bendasing diperolehi. Jangan korek mulut bayi sekiranya bendasing
tidak kelihatan.
Lakukan sekali bantuan pernafasan. Pastikan ianya masuk atau tidak. Jika tidak masuk,
lakukan kaedah di atas semula. Jika udara masuk, beri hembusan sekali lagi dan seterusnya
memeriksa nadi bayi.
Lakukan tekanan dada jika nadi terhenti atau lakukan bantuan pernafasan sahaja jika
terdapat pergerakan nadi.
11. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING BAYI
YANG SEDAR.
Perhatikan pernafasan, batuk, tangisan dan warna kulit bayi yang tercekik.
Terlungkup muka bayi ke arah bawah. Ampu badan menggunakan lengan dan letakkan di
bahagian paha. Beri tepukan bahagian skapula ( shoulder blade ) mangsa sebanyak 5 tepukan.
Pusingkan muka bayi ke atas semula dengan keadaan kepalnya arah ke bawah. Ampu
dengan menggunakan paha dan kenakan tekanan dada (chest thrusts) sebanyak 5 tekanan
dengan menggunakan 2 jari.
Lakukan langkah ini berulangkali ( step 1 dan step 2 ) sehingga bendasing keluar atau
mangsa pengsan.
12. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING DARI
BAYI SEDAR KEPADA TIDAK SEDAR.
Minta bantuan perubatan.
Buka mulut mangsa dan pastikan sama ada bendasing kelihatan atau tidak. Jangan korek
jika tidak nampak bendasing.
Dongakkan kepala mangsa dan beri sekali hembusan. Betulkan sekali lagi kepala mangsa
jika hembusan tidak masuk.
Berikan 5 tepukan di belakang bayi ( chest blade ).
Berikan 5 tekanan di bahagian dada bayi ( chest thrusts ).
Periksa mulut mangsa dan keluarkan bendasing.
Beri bantuan pernafasan 2 kali.
Periksa nadi mangsa.
KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )
Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut :
1. Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan.
2. Kain anduh tiga segi
3. Kain kasa sucihama
4. Kapas
5. Kain pembalut gulung
6. Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )
7. Plaster
8. Ubat gosok atau minyak gosok
9. Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol )
10. Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )
11. Garam cium ( smelling salt )
12. Penyepit ( forcep )
13. Buku catitan
14. Pin
15. Pen/pensel
Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya bersih, alatannya
mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi mengelakkan dimasuki oleh serangga atau
binatang. Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan tanda bulan sabit merah
atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi
supaya tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup rapat
supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan ditanda dengan perkataan racun bagi bahan-
bahan beracun.
DEMAHAN
Demahan terbahagi kepada 2 jenis iaitu ;
a. Demahan panas
b. Demahan sejuk
Demahan Sejuk
1) Tujuan :
a) Mengurangkan atau melegakan kesakitan.
b) Menghadkan bengkak atau lebam pada tisu yang mengalami pendarahan dalam.
c) Membantu menghentikan atau mengurangkan pendarahan dalam tisu akibat kecederaan.
d) Mengecutkan saluran darah dan seterusnya mengurangkan pengaliran darah.
Cara-Cara Menjalankan Demahan Sejuk
-Rendamkan kain bersih dalam bekas yang diisi dengan air sejuk atau ketulan air batu atau
merendam kain di dalam larutan spirit yang dicampur dengan air atau memasukkan air batu
ke dalam karung demahan.
-Perahkan kain supaya berkeadaan lembab atau balut karung air batu dengan sehelai kain-
kenakan demahan tersebut di tempat yang cedera.
-Titiskan air dari masa ke semasa sekiranya menggunakan kain rendaman supaya ianya
sentiasa sejuk.
Penting!!!
Jangan gunakan larutan spirit bagi demahan di bahagian yang terdapat kecederaan atau
pada bahagian mata.
Demahan basah juga tidak sesuai bagi tempat-tempat yang terdapat luka terbuka.
Demahan sejuk amat sesuai bagi kecederaan lebam yang baru terjadi (kurang dari 24 jam).
Demahan Panas
Tujuan :
a) Memecahkan gumpalan darah beku di dalam tisu akibat luka lebam.
b) Mengurangkan kesan lebam di tempat cedera.
Demahan panas perlu dilakukan bagi kecederaan lebam yang melebihi dari 24 jam selepas
kecederaan. Ia tidak sesuai digunakan bagi kecederaan lebam yang baru kerana dengan
memberi demahan panas, saluran darah akan mengembang dan menggalakkan lagi
pengeluaran darah.
Teknik Membuat Demahan Panas.
-Masukkan air panas ke dalam botol atau karung demahan.
-Tutup kemas penutup botol atau karung air panas.
-Balut botol atau karung dengan sehelai kain bagi mengelakkan terbakar kulit mangsa.
-Letakkan botol atau karung yang telah dibalut di tempat lebam lakukan demahan yang
diperlukan.
PENGENALAN SISTEM RANGKA
Tulang, rangka dan otot memberikan bentuk, saiz, sokongan dan juga perlindungan kepada
manusia. Sistem ini disebut sebagai sistem rangka. Di dalam tubuh manusia, terdapat tisu
penghubung yang mencantumkan bahagian-bahagian tubuh. Tisu-tisu ini adalah tisu hidup,
tetapi mempunyai sifat yang berbeza antara satu sama lain.
SISTEM RANGKA
Rangka manusia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
Rangka aksial (paksi atau tulang belakang) yang terdiri daripada tengkorak, turus vertebra,
tulang rusuk dan sternum.
-Penting dalam membentuk struktur tubuh.
Rangka apendej yang tediri daripada lengkungan pektoral, lengkungan pelvis, tulang
lengan dan tulang kaki
-Penting dalam memberi sokongan untuk mengawal pergerakan tubuh.
TENGKORAK
Tengkorak manusia terdiri daripada semua tulang di bahagian kepala.
Kranium melindungi bahagian otak dan organ-organ yang terdapat di bahagian kepala
serta mengekalkan bentuk kepala manusia.
Kranium terdiri daripada lapan kepingan tulang yang bercantum secara kukuh melalui
sendi tidak bergerak, iaitu sutur.
Kepingan tulang kepala sangat keras supaya otak di dalamnya tidak mudah cedera
melainkan kepala terkena hentakan yang terlalu kuat.
Tulang muka melindungi mata, telinga dan hidung.
Rahang atas dan rahang bawah merupakan tempat perletakan gigi. Rahang atas bersendi
secara tetap dengan kranium, manakala persendian di antara rahang bawah dengan kranium
membenarkan pergerakan rahang bawah bagi membenarkan kita mengunyah dan bertutur.
Tengkorak bersambung dengan turus vertebra melalui satu bukaan yang terdapat pada
dasar kranium. Bukaan ini membolehkan saraf tunjang melaluinya.
STRUKTUR DAN SUTUR TENGKORAK MANUSIA
TURUS VERTEBRA
Turus vertebra terdiri daripada 33 tulang kecil yang dikenal sebagai vertebra. vertebra ini
disambung oleh rawan.
Semua vertebra dibezakan dari sagi struktur,fungsi, dan kedudukannya pada turus vertebra.
Terdapat 5 jenis vertebra seperti dalam rajah di bawah:
TULANG BELAKANG MANUSIA
Antara dua vertebra adanya satu cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk
menyerap hentakan dan mengurangkan geseran antara vertebra semasa pergerakan.
BAHAGIAN VERTEBRA DAN FUNGSINYA
Bahagian vertebra Stuktur binaan dan fungsinya
Sebtrum Bahagian yang peal dan tegar untuk memberi sokongan dan menentang daya
mampatan.
Lengkuk saraf Lengkungan yang terdapat dibahagian dorsal yang mengurungi satu salur saraf
serta melindungi saraf.
Salur saraf Salur ini adalh berterusa bagi semua vertebra untuk menempatkan saraf tunjang.
Spina saraf Satu cuaran yang menyediakan permukaan untuk pelekatan otot
Cuaran melintang Terdapat dua cuaran di sisi lengkuk saraf tang berfungsi untuk pelekatan
otot.
Vertebra atlas
Vertebra atlas mempunyai spina saraf yang kecil tetapi salur saraf besar.
Cuaran melintangnya lebar dan pipih. Terdapat dua salur vertebrateri di anterior tetapi
tiada sentrum. Pada anteriornya satu lekuk yang bersendi dengan sepasang bonggol di dasar
kranium. Persendian ini menyokong tengkorak dan membenarkan kita mengangguk.
Vertebra aksis
• Vertebra aksis mempunyai sentrum dan cuaran melintang yang kecil tetapi spina sarafnya
besar.
• Tulang ini juga mempunyai sepasang salur vertebrateri.
• Di hujung superior tulang ini ialah satu cuaran yang disebut cuaran odontoid yang menjulur
ke dalam salur saraf vertebra atlas dan membenarkan kita memusingkan kepala.
Vertebra serviks
• Vetebra serviks mempunyai sentrum yang pipih, spinal saraf yang pendek, dan cuaran
melintang yang lebar.
• Vertebra ini mempunyai sepasang salur vertebrateri pada cuaran melintangnya yang
bertugas untuk menyokong tengkorak dan leher kita.
Vertebra toraks
• Spina saraf vertebra toraks panjang dan meruncing ke bawah.
• cuaran melintangnya lebar serta sentrumnya tebal dan besar.
• Saraf spinanya menyediakan suatu permukaan bagi pelekatan otot yang menyokong kepala
dan leher.
• Pada cuaran melintang dan sentrumnya terdapat muka sendi untuk bersendi dengan tulang
rusuk, tetapi muka sendi ini tidak hadir pada vetebra toraks ke-11 dan ke-12.
• Muka sendi di cuaran melintang bersendi dengan bahagian tuberkulum tulang rusuk,
manakala bahagian kapitulum tulang rusuk bersendi dengan muka sendi di sentrum toraks.
Vertebra lumbar
•Vertebra lumbar adalah vertebra paling besar, mempunyai spina saraf yang pendek dan
menjulur ke posterior secara mengufuk.
• Cuaran melintangnya lebar dan pipih.
•Sentrumnya besar dan tebal.
•Dibahagian anterior dan posteriornya terdapat muka sendi untuk bersendi dengan vertebra
yang lain.
•Spina saraf dan cuaran melintangnya adalah tempat pelekatan otot belakang.
VERTEBRA LUMBAR
SAKRUM
•Terdiri daripada 5 vertebra yang bertaup untuk membentuk satu tulang tunggal yang
berbentuk segitiga.
•Salur ini tidak mempunyai salur saraf dan permukaan anteriornya melengkung.
•Sakrum mempunyai muka sendi pada sisinya untuk bersendi dengan ilium lengkungan
pelvis.
•Spina saraf kelima-lima vertebra adalah pedek dan bersambung bersama untuk membentuk
satu permatang.
•4 pasang bukaan pada sakrum membolehkan salur darah dan saraf melaluinya.
Vertebra koksik
•Terdiri daripada 4 tulang yang bertaup untuk membentuk suatu struktur berbentuk segitiga
dan meruncing pada satu hujung.
•Saiz vertebranya kecil dan tidak mempunyai fungsi yang penting.
TULANG RUSUK
•Sangkar rusuk terdiri daripada 12 pasang rusuk.
•Pasangan tulang rusuk 1 hingga 7 bersambung dengan sternum melalui rawan tulang rusuk
pada bahagian anterior kita merupakan tulang rusuk benar.
•Manakala pasangan ke 8 hingga ke 10 tidak bersambung terus dengan sternum tetapi kepada
tulang rusuk pasangan ketujuh.
•Tulang ke 8 hingga 12 dipanggil tulang rusuk palsu.
•Di hujung distal, pasangan tulang rusuk ke 8, 9, dan 10 bersambung sesama sendiri.
•Pasangan tulang rusuk yang ke 11 dan yang ke 12 pula tidak berpaut dengan sternum atau
pasangan tulang rusuk yang lain dan didapati “terapung” yang dipanggil tulang rusuk
terapung.
•Pada bahagian posterior, semua tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks.
•Struktur ini sesuai untuk melindungi organ dalam seperti peparu dan jantung.
LENGKUNGAN PEKTORAL
1 . Berfungsi menghubugkan tulang lengan kepada rangka paksi.
2 . Lengkungan pektoral terdiri daripada dua tulang , iaitu :
• Klavikel di anterior
• Skapula di posterior
3 . Tulang klavikel terdiri daripada sebatang tulang berbentuk rod yang mengufuk di bawah
leher kita.
4 . Klavikel bersendi dengan bahagian manubrium sternum pada satu hujung dan satu hujung
lagi bersendi dengan cuaran akromion di skapula.
5 . Klavikel berfungsi memindahkan daya dari lengan ke badan kita.
6 . Skapula merupakan satu tulang yang berbentuk segitiga dan leper. Tulang ini mempunyai
satu permatang yang disebut spina skapula pada posteriornya yang menyediakan tempat
untuk pelekatan otot.
7 . Hujung spina ini mengunjur ke 2 unjuran yang dikenal sebagai akromion bagi pelekatan
otot.
8 . Satu hujung skapula mempunyai lesung glenoid yang bersendi dengan kapala humerus
tulang lengan kita. Persendian ini disebut sendi bahu.
LENGKUNGAN PEKTORAL YANG BERSENDI DENGAN HUMERUS
TULANG LENGAN
1. Tulang lengan terdiri daripada :
•Humerus
•Radius
•Karpus
•Mentakarpus
•falanks
2. Humerus ialah satu tulang yang panjang dan merupakan lengan atas kita.
3. Terdapat dua bonggol yang disebut tuberkel di kepala humerus untuk pelekatan otot dan
ligamen.
4. Di hujung posterior humerus, terdapat satu salur seperti takal yang dinamakan troklea dan
satu lekuk yang disebut fosa olekranon. Troklea bersendi dengan radius-ulna melalui sendi
engsel.
5. Radius-ulna merupakan lengan bawah dan terdiri daripada dua betang tulang yang tersusun
hampir selari serta berpaut pada hujungnya. Tulang ini adalah lebar pada bahagian atas
daripada bahagian bawahnya.
6. Bahagian atas ulna bersendi dengan troklea dan fosa olekranon humerus di lekuk sigmoid
dan cuaran olekranon, manakala hujung bawah radius-ulna bersendi dengan tulang-tulang
karpus.
7. Karpus merupakan tulang pergelangan tangan, terdiri daripada lapan tulang kecil yang
disusun dalam 2 baris.
8. Metakarpus atau tapak lengan terdiri daripada lima tulang. Kepala metakarpus merupakan
buku lima kita. Metakarpus bersendi dengan tulang jari yang disebut falanks.
9. Falanks terdiri daripada 14 tulang. Ibu jari kita mempunyai 2 tulang falanks, jari yang lain
mempunyai 3 tulang falanks setiap satunya.
LENGKUNGAN PELVIS
1. Lengkungan ini terdiri daripada dua tulang punggung yang serupa dan bercantum antara
satu sama lain di simfisis pubis di anterior dan berpaut dengan turus vertebra di posteriornya.
2. Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian, iaitu
• Ilium
• Iskium
• Pubis
3. Ilium mempunyai muka sendi yang bersendi dengan sakrum. Kebanyakan permukaan
adalah untuk pelekatan otot abdomen.
4. Iskium dan pubis mengurungi suatu permukaan yang disebut obturator foramen yang
membenarka saraf, salur darah, dan ligamen melaluinya.
5. Di setiap lengkungan pelvis terdapat lesung supaya kepala femur kaki termuat ke dalamnya
untuk membentuk sendi punggung. Lesung ini dinamakan asetabulum.
TULANG KAKI
1. Tulang terdiri daripada:
• Femur
• Tibia-fibula
• Tarsus
• Metatarsus
• Falanks
2. Femur ialah satu tulang yang panjang dan merupakan kaki atas. Kepalanya berbentuk
bebola dan bersendi dengan asetabulum.
3. Trokanter yang berdekatan dengan kepala femur menyediakan tempat pelekatan otot
punggung dan otot paha.
4. Hujung bawah femur adalah berbentuk takal dan disebut kondil yang bersendi dengan tibia
melalui sendi lutut. Sendi ini dioleh suatu tulang kecil yang dinamakan patela atau tempurung
lutut.
5. Tibia-fibula merupakan kaki bawah kita yang terdiri daripada percantuman tulang tibia dan
tulang fibula.
6. Tibia lebih besar daripada fibula dan menanggung kebanyakan berat badan kita. Hujung
atas tibia bersendi dengar femur, manakala hujung bawah tibia-fibula bersendi dengan tarsus.
7. Tarsus atau pergelangan kaki terdiri daripada 7 tulang tetapi hanya satu tulang bersendi
dengan tibia-fibula. Tulang tarsus yang terbesar ialah tumit kaki.
8. Metatarsus atau tapak kaki terdiri aripada 5 tulang yang bersendi dengan tarsus pada satu
hujung dan bersendi dengan falanks pada hujung yang lain.
9. Falanks atau tulang jari kaki terdiri daripada 14 tulang kecil. Setiap jari dibentuk oleh 3
tulang kecuali ibu cari kaki yang terdiri daripada dua tulang falanks yang lebih besar.
PERANAN OTOT, LIGAMEN DAN TENDON
Otot rangka terbentuk daripada gentian otot yang tersusun bersama secara selari sebagai
bongkah.
Bongkah otot ini mempunyai dua hujung, iaitu satunya melekat pada tulang yang tetap
dan satu lagi pada tulang yang bebas bergerak.
Pengecutan otot mengakibatkan tulang yang bebas bergerak ditarik ke arah yang
dikehendaki.
Otot rangka bertindak biasanya bertindak secara bertentangan iaitu salah satu otot
mengecut, maka otot lagi satu akan mengendur dan sebaliknya. Pasangan otot ini dinamakan
otot antagonis.
Contoh otot antagonis ialah otot biseps dan otot triseps yang yang terdapat lengan kita.
Apabila otot biseps mengecut, otot triseps akan mengendur dan mengakibatkan tangan
kita membengkok. Apabila otot triseps mengecut, otot biseps akan mengendur, maka tangan
diluruskan.
Otot rangka bersambung kepada tulang tendon.
Tedon terdiri daripad gentian yang kukuh dan tidak kenyal.
Tendon dipercayai berasal dari bahagian dalam tulang dan berterusan ke dalam bongkah
otot. Oleh itu, perpautan antara otot dengan tulang adalah kuat.
Apabila otot mengecut, daya tarikan itu akan dipindahkan kepada tulang melalui tendon
untuk menghasilkan pergerakan.
Tulang disambung dengan tulang yang lain oleh ligamen pada sendinya.
Ligamen merupakan gentian yang liat, kuat, dan kenyal. Oleh itu, ia dapat memegang dua
tulang secara kukuh dan membenarkan tulang membengkok di sendi.
JENIS SENDI BERGERAK DAN TIDAK BERGERAK
• Sendi merupakan dua tulang bersambung.
• Sendi boleh di bahagi kepada tiga jenis, iaitu
• Sendi tidak bergerak
• Sendi bergerak sedikit
• Sendi bebas bergerak
Pada amnya, sendi bebas bergerak adalah sendi sinovia seperti rajah di bawah yang terdiri
daripada:
Bahagian sendi Struktur binaan Fungsi
Kapsul Terbentuk daripada tisu gentian. Membalutka sendi dan juga mengikat tulang-tulang
pada sendi itu.
Membran sinovia Terbentuk daripada sel epitelium. Merembeskan bendalir sinovia.
Rawan Terbentuk daripada tisu liat dan licin. Mengurangkan geseran antara dua permukaan
tulang yang bergerak dan menyerap sebarang hentakan.
Ligamen Terbentuk daripada gentian yang kuat dan licin.
Menyambung tulang dengan tulang.
Jenis pergerakan
Sendi tidak bergerak Sendi antara kepingan tulang di tengkorak manusia (sutur) Tidak
membenarkan pergerakan
Sendi bergerak sedikit •Sendi antara tulang rusuk dengan sternum.
•Sendi antara vertebra.
•Sendi antara dua belah lengkungan pelvis
•Beri sedikit pergerakan
•Terdapat lapisan rawan gentian
Sendi bebas bergerak
1.Sendi lesung yang terbentuk daripada permuatan kepala satu tulang yang berentuk bebola
dgn lesung tulang yg lain.
2.Sendi engsel
3.Sendi pangsi-terbentuk apabila cuaran suatu tulang menjulur ke dalam saluran tulang yang
lain.
Kain anduh
Peti pertolongan cemas
PETI PERTOLONGAN CEMAS Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta
peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat,
jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya
perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang
lain seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama
sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya. Antara senarai peralatan asas yang perlu
ada ialah:
1. Dresing steril - beberapa saiz.
2. Plaster - beberapa saiz.
3. Bendej tiga segi ( kain anduh )
4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )
5. Larutan Flavin ( Iodin)
6. Larutan atau krim antiseptik
7. Gunting kecil