DERMA DARAH
E-PAMERAN SEMASA
JUN 2022
UNIT RUJUKAN DAN
MULTIMEDIA PERPUSTAKAAN
AWAM KULIM
DISEDIAKAN OLEH:
SITI MARIAM BINTI DIN
DERMA DARAH
• DERMA DARAH…sekiranya anda pernah menderma
darah walaupun sekali, anda adalah merupakan
insan yang istimewa dan sumbangan yang telah
diberikan tidak ternilai harganya!! Untuk menderma
darah seseorang didorong oleh banyak faktor
termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti,
ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri
daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat
pengaruh rakan-rakan dan saudara mara.
• Sepertimana kita sedia maklum, darah merupakan
satu komponen penting dalam perawatan kesihatan.
Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin
meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan
peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.
Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung,
pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit
talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan
pemindahan darah.
• Sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia
adalah untuk menjadikan sekurang-kurangnya
5 % rakyat Malaysia sebagai penderma
darah. Walaupun sasaran ini masih belum
tercapai, namun jumlah pendermaan darah
kebelakangan ini telah menunjukkan
peningkatan daripada setahun ke setahun.
• Segala usaha dan matlamat untuk
membekalkan darah yang secukupnya untuk
kegunaan pesakit tidak akan berjaya tanpa
sokongan daripada seluruh anggota
masyarakat. Kesedaran di kalangan
masyarakat adalah amat perlu sekiranya kita
ingin menjadikan pendermaan darah ini
sebagai satu tanggungjawab dan budaya hidup
seluruh masyarakat.
JENIS-JENIS PENDERMAAN
Pendermaan darah boleh dilakukan melalui dua
cara, iaitu pendermaan darah penuh (whole
blood donation) dan pendermaan secara
aferesis (apheresis donation).
A) Pendermaan Darah Penuh (Whole Blood
Donation)
Ini merupakan pendermaan darah yang biasa
dilakukan. Darah yang didermakan ini akan
diproses di makmal kepada beberapa komponen
seperti Plasma, Platelet dan Sel Darah Merah
(Packed Cell).
KOMPONAN-KOMPONAN
DARAH
SEL DARAH PLATELET PLASMA
MERAH
• Isipadu darah yang diambil bergantung
kepada berat badan penderma. Jumlah
maksima darah yang diambil ialah 450 ml
bagi berat badan melebihi 50 kg. Sekiranya
berat badan di antara 45-50 kg, kuantiti
darah yang diambil ialah sebanyak 350 ml.
Keseluruhan proses menderma darah
mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Penderma darah penuh ini boleh menderma
setiap 2-3 bulan sekali.
B) Pendermaan Aferesis (Apheresis Donation).
Pendermaan aferesis ialah pendermaan plasma
dan platelet, atau kedua-duanya sekali dengan
menggunakan mesin aferesis. Masa yang
diambil untuk menderma adalah di antara 30
minit hingga 45 minit bagi Plasma dan 45 minit
hingga 75 minit untuk menderma Platelet. Oleh
kerana melalui pendermaan aferesis sel darah
merah penderma tidak diambil, penderma boleh
menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara
pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali.
KRITERIA PENDERMA DARAH DAN
AFERESIS
• Sebelum layak mendaftar diri sebagai seorang
penderma,darah, seseorang bakal penderma
perlulah memenuhi beberapa kriteria asas berikut:
1. Penderma Darah Penuh ( Whole Blood ):
➢Berumur di antara 17 hingga 60 tahun (jika
berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran
bertulis ibubapa/penjaga)
➢Berat badan melebihi 45 kg.
➢Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah
kesihatan yang kronik.
➢Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak
mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu
terdekat sebelum hari pendermaan.
➢Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang
cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
➢Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1
tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)
2. Bagi penderma aferesis, selain kriteria di atas,
terdapat beberapa kriteria tambahan iaitu :
➢Berumur tidak melebihi 55 tahun
➢Berat badan 55 kg dan ke atas.
➢Telah menderma darah penuh sekurang-
kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak
lebih daripada 6 bulan.
➢Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar
dan jelas)
PROSES PENDERMAAN DARAH
➢Penderma perlu mengisi borang/kad pendaftaran
pendermaan darah.
➢Menimbang berat badan
➢Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan
darah dan kandungan hemoglobin darah.
➢Menjalani sessi kaunseling dengan Pegawai
Perubatan / Jururawat.
➢Pendaftaran dan penderma diberikan buku
penderma darah.
➢Seterusnya, proses menderma darah yang
mengambil masa di antara 7 – 15 minit.
➢Selepas selesai pendermaan dan jarum
dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-
kurangnya 10 minit sebelum bangun.
➢Penderma akan dihidangkan dengan makanan /
minuman ringan
UJIAN DARAH SEBELUM MENDERMA
NASIHAT KEPADA PENDERMA
SELEPAS MENDERMA
➢Selepas menderma,penderma dinasihatkan berehat
di katil menderma darah selama sekurang-
kurangnya 10 minit. Selepas itu, bolehlah bangun
daripada katil sekiranya tiada apa-apa masalah
seperti loya, pening, kepucatan atau rasa hendak
pitam.
➢Penderma juga digalakkan mengambil minuman dan
makanan yang telah disediakan selepas menderma.
➢Dinasihatkan meminum banyak air selepas dalam
tempoh 12 jam selepas menderma menderma Ini
adalah untuk mengembalikan cecair yang hilang
semasa pendermaan darah.
➢Jangan mengambil minuman beralkohol untuk
beberapa jam selepas menderma.
➢Jangan mengambil bahagian di dalam aktiviti-
aktiviti berat seperti payung terjun, menyelam,
berenang mendaki gunung serta sukan lasak dalam
tempoh 24 jam selepas menderma.
PUSAT-PUSAT PENDERMAAN DARAH
Pendermaan darah boleh di buat di Pusat Darah
Negara, Kuala Lumpur dan juga tabung-tabung
darah hospital kerajaan yang terpilih di seluruh
negara. Perkhidmatan menderma darah di
tabung darah ini dibuka pada setiap hari
bekerja mengikut waktu pejabat (sila hubungi
tabung darah masing-masing untuk jadual
terperinci).
UNIT PENDERMAAN DARAH
BERGERAK (MOBILE BLOOD
DONATION)
Selain daripada pendermaan di tabung darah,
program pendermaan darah bergerak juga giat
dijalankan bagi memberi kemudahan kepada
orang ramai untuk menderma darah. Ianya
dijalankan di pejabat-pejabat dan bangunan-
bangunan kerajaan dan swasta, kilang-kilang,
pusat-pusat pengajian tinggi serta pusat-pusat
membeli belah. Program ini dijalankan melalui
kerjasama dan sokongan daripada pihak Badan
Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan-pertubuhan
pelajar serta badan-badan kerajaan dan
syarikat-syarikat swasta.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat atau
pertanyaan lanjut berkaitan pendermaan darah
dan waktu menderma darah ini dengan
menghubungi Pusat Darah Negara atau tabung-
tabung darah di hospital yang berhampiran.
SESI PENDERMAAN DARAH DI UNIT
BERGERAK
SUMBER RUJUKAN
http://www.myhealth.gov.my/derma-darah/