The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitidin1985, 2021-12-04 21:19:32

E-PAMERAN DIABETES Disember 2021 pdf

E-PAMERAN DIABETES Disember 2021 pdf

DIABETES

E-PEMARAN SEMASA BULAN
DISEMBER 2021

UNIT RUJUKAN DAN
MULTIMEDIA PERPUSTAKAAN

AWAM KULIM

DISEDIAKAN OLEH :
SITI MARIAM BINTI DIN
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM

APA ITU DIABETES

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan
masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia
satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih
dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda
adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk
mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan
insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan
berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam
badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran
darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk
membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan
tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga
ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap
glukosa yang tinggi.

DUA JENIS DIABETES

Terdapat dua jenis diabetes utama:

 Jenis 1 – “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes

Mellitus” (bergantung pada Insulin)

• Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
• Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
 Jenis 2 – “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes

Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)

• Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90%

penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.

• Selalunya pada orang yang berumur dan berat

badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu
yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang
dikenali sebagai Impaired Glucose
Tolerance atau kumpulan IGT.

APAKAH TANDA-TANDA
AMARAN DIABETES?

Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat
awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

 Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
 Letih
 Berat badan menurun
 Penglihatan kabur
 Otot lemah
 Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

 Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
 Luka yang lambat sembuh
 Kencing yang kerap
 Gatal pada bahagian kemaluan
 Rasa kebas

Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah
penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

SIAPAKAH YANG MEMPUNYAI
RISIKO TINGGI UNTUK
MENDAPAT DIABETES?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau
bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi
diabetes jika mempunyai perkara berikut:

• Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko

anda untuk menghidapi diabetes

• Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda

bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.

• Impaired glucose tolerance (IGT).
• Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
• Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
• Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg

atau lebih ).

• Tekanan darah tinggi
• Tidak aktif -gaya hidup sedentari
• Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan

kurang pengambilan makanan berserat

• Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.

KOMPLIKASI DIABETES

Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ
bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul
ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular,

kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

Keadaan kecemasan:

• Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah

rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening,
pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan
atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah
terlalu rendah

• Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila

tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda
benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan
oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan
ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit
jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak
sedar diri.

• Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah

tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar
diri



KANDUNGAN GULA DALAM DARAH
TINGGI YANG BERPANJANGAN
(KRONIK)

Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:

 Mata
• Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta

 Saraf
• Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki

dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa
disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan
gangrene. Sekiranya melarat, mungkin perlu menjalankan
pembedahan amputasi untuk mengelakkan jangkitan
daripada merebak ke seluruh badan.

 Otak
• Angin ahmar

 Buah pinggang
• Kegagalan buah pinggang

 Jantung
• Sakit jantung

Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan
baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan
komplikasi

APAKAH YANG SEPATUTNYA SAYA
LAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI

MENDAPAT DIABETES?

Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap
gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai
dengan kaedah berikut:

Mengawal pengambilan makanan

• Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan

makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam
darah

Melakukan senaman fizikal

• Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah

dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan.
Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat
badan.

Ubatan

• Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan

suntikan insulin

• Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya

memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk
menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah
mungkin memerlukan suntikan insulin.

Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani
kehidupan normal dan aktif.



Anda boleh menjaga diri anda
sendiri

Penjagaan secara umum:

Penjagaan kulit

• Mandi setiap hari
• Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
• Merawat luka dan calar dengan segera
• Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 – 3 hari.

Penjagaan kaki

• Basuh kaki setiap hari
• Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara

celah-celah jari kaki

• Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa

perubahan warna kulit.

• Potong kuku jari kaki secara lurus
• Tukar stokin anda setiap hari
• Jangan berjalan tanpa kasut di luar rumah
• Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.

Mengawasi diri sendiri

• Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah.

sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh
memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes

• Penjagaan gigi
• Kerap menjalani pemeriksaan mata
• Mengelakkan minuman keras
• Berhenti merokok

APAKAH YANG PATUT SAYA LAKUKAN
UNTUK MENGELAKKAN DARI MENDAPAT

PENYAKIT DIABETES?

• Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

• Makan makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu

mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan,
mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan
mencegah penyakit jantung.

• Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh

itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat
badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan
membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan
baik.

• Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes.

Kekalkan berat badan yang unggul

KUMPULAN SOKONGAN

• Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)
• National Diabetes Institute (NADI)
• National Kidney Foundation (NKF)
• EMKAY (Yayasan EMKAY)



SUMBER RUJUKAN

• http://www.myhealth.gov.my/en/diabetes-mellitus-3/


Click to View FlipBook Version