KENALI HARIMAU
E-PAMERAN SEMASA
JULAI 2022
UNIT RUJUKAN DAN
MULTIMEDIA
PERPUSTAKAAN AWAM
KULIM
DISEDIAKAN OLEH:
SITI MARIAM BINTI DIN
HARIMAU
• merupakan spesies binatang terbesar di
kalangan empat jenis "kucing besar"
dalam genus Panthera, dan anggota
famili Felidae. Harimau yang berasal
dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis
haiwan pemangsa dan maging. Subspesies
harimau yang lebih besar boleh mencecah
panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300
kilogram (660 paun).Selain kebesaran dan
kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang
dimiliki harimau ialah corak belang menegak
berwarna hitam yang melapisi bulunya yang
berwarna keputihan atau merah kejinggaan.
• Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri
dengan persekitaran baru, terdapat dari
kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke
paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan
yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan
kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang
amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya.
Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia
yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan
sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga
daripada sembilan subspesies harimau moden sudah
diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan
sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam
ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan
juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki
kawasan-kawasan
seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia
Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya.
Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan
undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat
dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi
ancaman.
HABITAT
Kawasan harimau biasanya mempunyai tiga ciri utama:
Ia akan memiliki perlindungan bagus, terletak
berhampiran air dan terdapat banyak mangsa.
Harimau Benggala tinggal di semua jenis hutan,
termasuk hutan basah, malar hijau, separa-malar
hijau Assam dan timur Benggala; hutan bakau Delta
Ganges; hutan daun luruh Nepal dan hutan duri Barat
Ghats. Berbanding singa, harimau lebh menyukai
tumbuh-tumbuhan tebal, kerana penyamarannya lebih
sesuai, dan di mana pemangsa tunggal tidak
kekurangan kelebihan berbanding kawanan. Antara
kucing besar, cuma harimau dan jaguar yang pandai
berenang; harimau sering ditemui mandi dalam kolam,
tasik dan sungai. Berbeza dengan kucing lain, yang
cenderung mengelak air, harimau mencarinya secara
aktif. Semasa waktu panas hari, harimau sering
dijumpai menyejukkan diri di dalam air. Harimau
merupakan perenang yang baik dan dapat berenang
sehingga 4 batu. Harimau juga sering didapati
membawa mangsa yang dibunuhnya merentasi tasik.
HARIMAU BENGGALA
Harimau Benggala, atau Harimau Benggala
Diraja (Panthera tigris tigris), ialah
sejenis subspesies harimau yang dijumpai
terutamanya di India dan Bangladesh, di
samping juga
di Nepal, Bhutan, Myanmar dan Tibet selatan.
Harimau Benggala ialah subspesies harimau
yang paling banyak bilangannya. Menurut
WWF, terdapat kira-kira 2,000 ekor harimau
Benggala Diraja yang masih buas, termasuk
1,411 di India, 450 di Bangladesh, 150 di
Nepal, 100 di Bhutan, dan sebilangan kecil di
Myanmar dan China
Harimau Benggala
Harimau Indochina
HARIMAU INDOCHINA
Harimau Indochina atau harimau
Corbett (Panthera tigris corbetti) ialah
satu subspesies harimau yang ditemui
di Kemboja, China, Laos, Burma, Thailand,
dan Vietnam. Harimau di
semenanjung Malaysia yang pernah digolongkan
sebagai Indochina, kini dikelaskan semula sebagai
subspesies yang berasingan, iaitu harimau
Malaya Panthera tigris jacksoni. Nama "Corbett"
berasal dari nama saintifik
subspesiesnya, Panthera tigris corbetti, yang
meminjam namanya daripada seorang pemburu
terkenal bernama Jim Corbett.
HARIMAU KASPIA
Harimau Kaspia atau Harimau Parsi (Panthera
tigris virgata) ialah sejenis harimau yang hidup
di wilayah barat dari subspesies harimau yang
boleh ditemui
di Iran, Iraq, Afghanistan, Turki, Mongolia, Kaz
akhstan, Kaukasus, Tajikistan, Turkmenistan,dan
Uzbekistan sehingga ia pupus pada akhir tahun
1950-an.
HARIMAU SIBERIA
Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), juga
dikenali sebagai harimau Amur, harimau
Manchuria atau harimau
Ussuri merupakan subspesies harimau nadir yang
benar-benar terkurung di
kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah
dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies
harimau terbesar dan ahli terbesar
famili Felidae dan lebih besar dari singa jantan.
HARIMAU CINA SELATAN
Harimau Cina Selatan atau Harimau China
Selatan (Panthera tigris amoyensis), juga dikenali
sebagai Harimau Cina, Harimau Amoy atau Harimau
Xiamen, ialah satu subspesies harimau yang berasal
dari hutan-hutan China Selatan. Harimau Cina
Selatan adalah yang paling teruk terancam di
kalangan subspesies harimau yang masih wujud.
Para pakar menegaskan bahawa hanya ada kurang
daripada 20 ekor harimau ini yang tinggal di dunia,
lebih teruk lagi mungkin pupus pada 2010-an.
Seekor anak harimau Cina Selatan berjaya
dilahirkan di sebuah taman simpanan di Afrika
Selatan pada November 2007, iaitu yang pertama
dari subspesies ini yang lahir di luar negara China.
Pada Oktober 2007, jabatan perhutanan kaunti
Zhenping, wilayah Shaanxi, menerbitkan gambar
foto P. t. amoyensis dalam habitat semula
jadinua, tetapi terbukti palsu setelah siasatan
dijalankan.[3] Harimau Cina Selatan dianggap
sebagai harimau “batang”, iaitu subspesies yang
menjadi leluhur kepada semua harimau yang
lain.[4] Harimau Cina Selatan baru-baru ini
disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh
jenis haiwan paling terancam di dunia.
HARIMAU MALAYA
Harimau Malaya (Panthera tigris
malayensis atau Panthera tigris jacksoni) atau
dikenali sebagai Harimau Belang merujuk
kepada subspesies harimau yang hanya
didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini
disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari
sub-spesies Harimau Indochina (Panthera
tigris corbetti) melalui ujian genetik dan pada
tahun 2004. Dianggarkan terdapat hanya 200
ekor harimau ini yang hidup liar.
HARIMAU JAWA
Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) ialah
subspesies harimau yang pernah kelihatan
di Pulau Jawa, Indonesia. Nampaknya subspesies
ini sudah pupus sejak 1980-an, akibat kegiatan
memburu dan kemusnahan habitat, namun
kepupusan harimau Jawa sudah diduga sejak
1950-an, ketika dipercayai bahawa cuma kurang
daripada 25 ekor yang hidup di alam liar.
Spesimen terakhir harimau ini dijumpai pada
tahun 1972. Kiraan jejak pada tahun 1979
membuat kesimpulan bahawa tiga ekor harimau
Jawa masih wujud. Ada kemungkinan bahawa
sebuah kelompok harimau Jawa yang kecil masih
wujud di Jawa Barat, di mana timbulnya desas-
desus kelihatan harimau subspesies ini pada
1990-an.
HARIMAU BALI
Harimau Bali (Panthera tigris balica) ialah
subspesies harimau yang telah pupus dan
hanya dapat ditemui di Pulau Bali, Indonesia.
Harimau ini ialah salah satu dari tiga sub-
spesies harimau di Indonesia bersama
dengan Harimau Jawa (yang juga telah pupus)
dan Harimau Sumatera (spesies terancam).
• Harimau ini merupakan spesies harimau terkecil
jika dibandingkan antara tiga sub-spesies harimau
yang dinyatakan di atas; Harimau Bali terakhir
yang ditembak mati pada tahun 1925 di Sumbar
Kima (suatu kawasan di bahagian barat Pulau
Bali), dan sub-spesies ini telah diisytiharkan
pupus pada tanggal 27 September 1937.
Kepupusan harimau ini adalah kerana beberapa
faktor antaranya:
• Saiz keluasan hutan yang kecil dan terbatas
dalam Pulau Bali itu sendiri.
• Tiada langkah pemuliharaan khas untuk menjaga
spesies harimau dijalankan dengan telus dan gigih.
• Tetapi, apa yang dapat disimpulkan ialah spesies
harimau ini pupus kerana kehilangan habitat
semula jadinya dan selalu diburu.
HARIMAU SUMATERA
Harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae)
ialah satu subspesies harimau yang ditemui di
pulau Sumatera, Indonesia. Ujian genetik
terkini telah mendedahkan kehadiran penanda
genetik unik yang mengasingkan harimau
Sumatera dari semua subspesies tanah
besar.[2] Kini, cuma tinggal sekitar 400-500
ekor harimau Sumatera dalam habitat liar.
Perbezaaan harimau
sumatera, Jawa dan
Bali
VARIASI WARNA
Harimau putih
Hasil daripada mutasi, wujudnya harimau
putih atau chinchilla albinistic[44] yang jarang
ditemui di alam liar, tetapi banyak terdapat dalam
zoo. Cubaan membiak baka harimau putih sering
mengakibatkan pembiakbakaan dalam (kerana ciri ini
adalah resesif). Banyak inisiatif telah diambil untuk
mengawankan harimau putih bersama harimau jingga
untuk menyelesaikan masalah ini, termasuk
mencampurkan subspesies. Pembiakbakaan dalaman
sebegini boleh menyebabkan harimau putih
mengalami kecacatan fizikal seperti lelangit rekah
dan skoliosis (kelengkungan tulang
belakang).[45][46] Lebih-lebih lagi, harimau putih
cenderung bermata juling (iaitu strabismus).
Walaupun kelihatan sihat, hayat harimau putih
selalunya tidak sepanjang harimau jingga.
Catatan mengenai harimau putih mula-mula
dirakamkan pada awal abad ke-19.[47] Harimau
putih hanya lahir kepada kedua-dua induk yang
membawa gen jarang yang ditemui dalam harimau
putih; dihitungkan hanya satu daripada 10,000
kelahiran yang berjaya mewarisi gen ini. Harimau
putih ini bukan subspesies yang berasingan, cuma
sekadar kelainan warna; memandangkan subspesies
Benggala sahajalah yang diperhatikan adanya
harimau putih di kalangannya dalam alam liar[48] (di
samping semua harimau putih dalam kurungan
sekurang-kurangnya berkacukan Benggala), maka
adalah sangkaan ramai bahawa gen resesif inilah
yang menyebabkan pemutihan ini hanya dibawa oleh
harimau Benggala, itupun tidak diketahui sebab-
sebabnya.
Harimau Putih
HARIMAU BELANG EMAS
Selain harimau putih, wujudnya satu lagi jenis gen
resesif yang boleh menzahirkan kelainan warna
"belang emas" (golden tabby) atau "strawberi" yang
luar biasa sekali. Dari segi warna, harimau belang
emas berbulu emas muda, berkaki pucat dan
berbelang jingga pudar. Bulunya juga lebih tebal
dari biasa.[50] Dalam kurungan cuma ada 30 ekor
harimau ini. Seperti harimau putih juga, harimau
strawberi ini sekurang-kurangnya berkacukan
Benggala. Sesetengah harimau belang emas,
iaitu harimau heterozigot, membawa gen harimau
putih, dan apabila dua ekor harimau sebegini
mengawan, maka boleh terlahirnya anak harimau
putih tanpa belang. Kedua-dua harimau putih dan
belang emas selalunya lebih besar berbanding
harimau Benggala yang biasa.
Harimau Belang
Emas
SUMBER RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Harimau