The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Pameran Semasa bertema SEPT 2022 - HARI KOPI ANTARABANGSA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitidin1985, 2022-09-19 00:03:53

e-Pameran Semasa bertema SEPT 2022 - HARI KOPI ANTARABANGSA

e-Pameran Semasa bertema SEPT 2022 - HARI KOPI ANTARABANGSA

KENALI
KOPI

e-PAMERAN SEMASA
SEPTEMBER 2022

UNIT RUJUKAN DAN
MULTIMEDIA

PERPUSTAKAAN AWAM KULIM

DISEDIAKAN OLEH:
SITI MARIAM BINTI DIN

ASAL USUL KOPI

✓Pokok kopi merupakan tumbuhan yang berasal
daripada benua afrika lebih tepat di kawasan
Ethiopia sekarang ini.
✓Bentuk asal buah kopi ini berwarna hijau dan akan
dipetik apabila biji tersebut bertukar ke warna merah.
✓Biji kopi tersebut kemudiannya diproses dan
dikeringkan. Seterusnya dipanggang sehingga
mendapat aroma yang diinginkan.
✓Penggunaan biji kopi sebagai minuman telah
dimasyhurkan oleh ahli sufi dan telah merebak ke
seluruh negeri Arab sehingga ke Turki.
✓Minuman ini juga telah merebak ke seluruh dunia
oleh jemaah umrah dan haji yang datang setiap
tahun dan dari berbagai-bagai negara.

JENIS BIJI KOPI

JENIS BIJI KOPI

• Kopi sebenarnya ada banyak jenis, spesis dan
rasa yang kita boleh dapati sebenarnya.

• Secara umum, kopi mempunyai empat spesis
utama iaitu Arabica, Robusta, Liberica, dan
Excelsa.

• Tapi spesis yang biasa kita dengar ialah
Arabica dan Robusta. Dua jenis ini merupakan
jenis yang paling banyak digunakan di dunia
sekarang ini.

KOPI ARABIKA

• Kopi arabika merupakan antara jenis yang paling
popular sekarang. Sebanyak 60% minuman kopi di
seluruh dunia diperbuat menggunakan biji kopi
arabika.

• Biji kopi arabika dianggap merupakan
yang paling berkualiti sekali berbanding biji yang
lain.

• Harga jenis kopi arabika lebih mahal
dan premium. Ini mungkin di sebabkan oleh tahap
asid yang lebih tinggi berbanding jenis yang lain.

ROBUSTA

• Kopi jenis robusta pula merupakan kopi
yang kedua popular selepas kopi arabika.

• Sedar tak sedar mereka yang mempunyai
pembancuh kopi yang tersendiri di rumah selalu
menggunakan kopi jenis ini.

• Kandungan yang ada di dalam biji kopi robusta
agak sedikit berbeza dengan kopi arabica.
Rupa dan ciri-cirinya juga berbeza.

• Jumlah kafein yang ada di dalam jenis kopi
robusta adalah dua kali ganda dari yang ada di
dalam kopi arabika.

• Pokok jenis kopi robusta juga lebih mudah untuk
ditanam berbanding kopi arabika.

• Pokok kopi robusta banyak ditanam di ladang
kopi di Indonesia dan Afrika. Rasanya yang
agak pahit dan kuat sesuai dijadikan
sebagai minuman espresso.

LIBERIKA

• Biji kopi jenis ini agak spesial sedikit dan agak
terhad kuantitinya.

• Pokok kopi jenis liberika ini hanya dihasilkan di
Filipina sahaja, dan tinggi pokoknya boleh
mencecah sehingga 9 meter.

• Kopi liberika mempunyai aroma seperti buah
dan bunga-bungaan. Biji kopi jenis liberika agak
besar dan berbeza dengan biji kopi jenis yang
lain.

EXCELSA

• Biji kopi excelsa adalah antara biji kopi yang
agak jarang di temui. Hanya 7% sahaja kopi
excelsa yang di gunakan oleh masyarakat dunia
sekarang ini.

• Kebanyakkan pokok kopi jenis Excelsa boleh
ditemui di kawasan asia tenggara.

• Kopi ini juga dipercayai berasal dari genetik
Liberia. Ia mempunyai aroma buah dan tart.

PERBEZAAN ANTARA, ESPRESSO,
KAPUCINO, LATTE & LAIN

• Apakah perbezaan antara minuman kopi yang
ada di pasaran sekarang ini?

• Jangan keliru dengan jenis kopi dan jenis
minuman yang diperbuat daripada kopi:

❑Espresso – Di brew dengan menggunakan serbuk
kopi dan air semata-mata.

❑Kapucino – Di sediakan dengan meletakkan 2/5
espresso, 2/5 susu, & 1/5 buih susu

❑Latte – Late mempunyai 3/10 espresso dan 7/10
susu sejat dan buih susu.

❑Mocha – 30% Espresso, 20% cairan coklat pekat,
25% susu sejat dan 25% buih susu.

KEBAIKAN KOPI

• Sebenarnya minuman yang kita gemari ini
banyak kebaikan dan khasiat yang kita tak tahu.

• Untuk menangkas dakwaan tersebut kami ada
senaraikan kebaikan minum kopi terhadap
kesihatan.

1. Meningkatkan tenaga dan
konsentrasi.

• Kopi boleh membantu mengurangkan rasa penat
dan meningkatkan jumlah tenaga yang diperlukan.

• Ini kerana kopi mempunyai kafein yang
berfungsi mengstimulasikan penghasilan hormon-
hormon ‘Gembira’ seperti dopamine dan
norepinephrine.

• Jika hormon-hormon ini dirembeskan, badan akan
rasa lebih bertenaga dan minda lebih termotivasi
untuk melakukan kerja dan urusan harian.

• Ia boleh meningkatkan pelbagai fungsi otak seperti,
meningkatkan daya ingatan, mood, daya
konsentrasi, menambah tenaga, dan fungsi otak
secara menyeluruh.

2. Bakar Lemak

• Jangan tak tahu, kafein pun boleh
membantu menurunkan berat badan.

• Kebanyakkan supplement untuk kuruskan badan
dan bakar lemak yang ada di pasaran sekarang
ni, banyak yang mengandungi kafein dalam
ramuan mereka.

• Ini kerana kafein telah terbukti boleh
membantu menurunkan berat badan.

• Beberapa kajian mendapati kafein boleh
meningkatkan kadar metabolism sebanyak
3-11%.

• Kajian lain pula menunjukkan kafein boleh
meningkatkan kadar pembakaran lemak sebanyak
10-30% bagi individu dewasa.

3. Tingkatkan keupayaan fizikal
secara mendadak

• Kafein bertindak dengan mengstimulasi sistem
saraf, kemudian memberi isyarat kepada sel
lemak supaya dibakar dengan cepat untuk
menghasilkan asid lemak yang kemudian di
gunakan sebagai tenaga.

• Ianya juga meningkatkan
kadar penghasilan adrenalin di dalam darah
yang mana membuatkan badan kita bersedia
untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan
fokus, dan tenaga yang lebih tinggi.

• Hasil daripada kesan ini, kafein
boleh meningkatkan prestasi fizikal sebanyak 10-
12% pada individu dewasa.

• Tak hairan lah ramai ahli bina badan yang
minum secawan kopi sebelum pergi ke gim.

4. Mempunyai mineral penting

• Banyak nutrien penting dan mineral yang diperlukan
oleh tubuh badan dalam setiap cawan kopi yang
kita minum.

• Banyak kandungan tersebut tidak hilang walaupun
sudah melalui proses nyah-kafein.

• Dalam secawan kopi mengandungi:
✓Riboflavin (vitamin B2): 11% Pengambilan harian RDI
✓Pantothenic acid (vitamin B5): 6% RDI.
✓Manganese & potassium: 3% RDI.
✓Magnesium & niacin (vitamin B3): 2% RDI.

Ini mungkin nampak macam tak penting. Tapi
mereka yang minum secawan kopi setiap hari
semestinya mempunyai cukup mineral yang
diperlukan oleh tubah badan mereka.

5. Membantu mencegah
penyakit

• Penyakit kencing manis

• Alzheimer’s, & Dementia

• Parkinson’s

• Tidak menyebabkan penyakit jantung &
Stroke

• Mencegah daripada pelbagai penyakit
Kanser

6. Boleh Atasi Kemurungan

• Kemurungan atau depression ialah
masalah kesihatan mental yang serius yang
sangat-sangat menjejas kualiti hidup. Penyakit ini
banyak berlaku, kira-kira 4% rakyat Malaysia
mengalaminya.

• Kajian Universiti Harvard pada tahun 2011
mendapati, wanita yang meminum kopi sebanyak
4 cawan atau lebih mampu mencegah daripada
menghidap penyakit kemurungan sebanyak 20%.

• Kajian lain mendapat individu yang meminum
sekurang-kurangnya 4 cawan kopi sehari kurang
risiko bunuh diri sebanyak 53%.

7. Antioksida

• Kopi Malaysia merupakan antara minuman yang
paling berkhasiat dan sihat yang boleh anda minum
setiap hari.

• Selain kandungan kafein yang boleh memberi
pelbagai manfaat terhadap kesihatan, kopi
juga kaya dengan antioksida.

• Kajian mendapati jumlah antioksida yang ada
dalam kopi lebih tinggi daripada yang ada dalam
buah-buahan dan sayur-sayuran ‘sekali gus’.

Kesan Sampingan kopi

➢1. Anxiety
➢2. Insomnia
➢3. Masalah Penghadaman
➢4. Masalah Otot
➢5. Diabetes
➢6. Ketagihan
➢7. Darah Tinggi
➢8. Penat

KESIMPULANNYA

• Kopi merupakan minuman yang paling popular
didunia.

• Amalan meminum kopi boleh meningkatkan
tahap kesihatan dan mencegah pelbagai jenis
penyakit serius.

• Tetapi pengambilan secara berlebihan dan
melampau juga boleh
mendatang kemudaratan dan penyakit yang
merbahaya.



SUMBER RUJUKAN

https://suamisihat.com.my/kesihatan-
lelaki/kopi/


Click to View FlipBook Version