BUAH
PINGGANG
E-PAMERAN SEMASA
MAC 2022
UNIT RUJUKAN DAN MULTIMEDIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM
DISEDIAKAN OLEH:
SITI MARIAM BINTI DIN
TANDA-TANDA AWAL GEJALA
MASALAH GINJAL/BUAH
PINGGANG
Ketahui 5 tanda buah pinggang anda
mungkin rosak, kulit kering dan gatal
salah satu daripadanya!
• BUAH pinggang mempunyai dua fungsi penting
iaitu menyingkirkan sisa bahaya yang
mengandungi toksin dan mengekalkan
keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan
kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium
dan sebagainya.
• Apabila rosak akibat kecederaan fizikal atau
keadaan seperti tekanan darah tinggi atau
kencing manis, buah pinggang tidak dapat
menapis toksin daripada badan dan
menyebabkan sisa itu terkumpul.
Tanda-tanda kerosakan buah pinggang selalunya
tidak disedari pada peringkat awal. Keadaan ini
kemudiannya menyebabkan ia digelar 'silent
killer'.
Berikut adalah lima tanda kerosakan buah
pinggang yang perlu diberi perhatian:
1. BENGKAK DI KAKI DAN BUKU LALI
• Buah pinggang membantu menapis sisa dan
lebihan natrium daripada badan. Apabila buah
pinggang tidak berfungsi dengan cekap, badan
mula mengekalkan natrium.
• Ini akhirnya menyebabkan pembengkakan
pergelangan kaki dan tulang kering, yang dikenali
sebagai edema.
• Seperti dilaporkan oleh Times of
India, seseorang yang mengalami masalah buah
pinggang juga mungkin melihat bengkak di
bahagian lain badan seperti mata dan muka,
tetapi tanda ketara sekali adalah kesan pada
tangan, lengan, kaki dan buku lali.
Bengkak kaki dan buku lali
2. KELETIHAN
• Rasa letih atau lemah sepanjang masa biasanya
merupakan tanda awal masalah hati atau buah
pinggang.
• Apabila gangguan buah pinggang menjadi teruk,
anda mula berasa semakin lemah dan letih.
• Malah melakukan beberapa kerja rumah yang
mudah atau berjalan sedikit mungkin kelihatan
seperti beban kepada individu itu kerana ia
berlaku disebabkan toksin terkumpul dalam
darah akibat masalah buah pinggang.
3. SELERA MAKAN BERKURANGAN
• Pengumpulan toksin dan sisa dalam badan juga
boleh mengurangkan selera makan, seterusnya
membawa kepada penurunan berat badan.
• Satu lagi sebab kurang selera makan adalah
mual pagi dan muntah. Perasaan yang tidak
menyenangkan ini mungkin menghalang anda
daripada makan.
• Individu itu mungkin berasa kenyang sepanjang
masa dan tidak mahu makan apa-apa. Ini
boleh menjadi tanda yang membimbangkan.
4. PERUBAHAN KEKERAPAN BUANG
AIR KECIL
• Individu normal yang sihat membuang air kecil
6-10 kali sehari tetapi menggunakan tandas
lebih dari kekerapan itu boleh menjadi
petunjuk kerosakan buah pinggang.
• Dalam kes masalah buah pinggang, seseorang
mungkin membuang air kecil terlalu sedikit
atau terlalu kerap.
• Sesetengah orang juga melihat darah atau
lebihan dalam air kencing mereka. Ia berlaku
kerana sel darah mula bocor ke dalam air
kencing akibat buah pinggang yang rosak.
5. KULIT KERING DAN GATAL
• Kulit kering dan gatal bersama-sama dengan
gejala kerosakan buah pinggang lain boleh
menjadi tanda penyakit buah pinggang yang
serius.
• Ini mungkin berlaku apabila buah pinggang tidak
dapat mengeluarkan toksin dari badan dan ia
mula terkumpul dalam darah, menyebabkan kulit
gatal, kering dan berbau busuk.
• Gangguan buah pinggang boleh dicegah dengan
mengambil tindakan pada peringkat awal, hanya
boleh dilakukan jika gejala dapat didiagnosis
tepat pada masanya.
• Risiko mengalami gangguan buah pinggang adalah
lebih tinggi pada mereka yang mengalami
tekanan darah, paras gula dan kolesterol yang
tinggi.
• Mereka ini harus terus memantau keadaan
sendiri dan menjalani pemeriksaan perubatan
tahunan untuk mengetahui bagaimana organ lain
berfungsi.
• Pemeriksaan kesihatan membantu mengesan
masalah pada peringkat awal dan memulakan
rawatan lebih awal.
CARA JAGA BUAH PINGGANG
1.Pengambilan ubat-ubatan
• Ubat NSAID merupakan ubat antiradang
nonsteroid seperti ibuprofen dan naproxen.
Pengambilan dalam jumlah yang terlalu banyak
atau secara kerap boleh merosakkan buah
pinggang.
• Penggunaan proton pump inhibitors (PPIs) untuk
tempoh jangka masa panjang bagi merawat ulser
atau GERD cenderung untuk meningkatkan risiko
mengalami penyakit buah pinggang yang kronik.
Pastikan anda hanya mengambilnya jika
mendapat saranan daripada doktor.
2.Antibiotik
• Ubat yang membantu melawan bakteria ini
boleh merosakkan buah pinggang jika anda
mengambilnya terlalu kerap. Masalah
kesihatan ini boleh berlaku walaupun pada
dasarnya anda sihat.
• Sudah tentu isu kesihatan ini akan menjadi
lebih serius jika anda sememangnya mengalami
sakit berkaitan buah pinggang.
• Bahkan, sesetengah jenis antibiotik seperti
penisilin, sulfonamida dan cephalosporin
antara jenis antibiotik yang cenderung
menjadi punca masalah.
3.Cara jaga buah pinggang – Suplemen herba
• Sesetengah suplemen herba adalah tidak
selamat, malahan terdapat produk herba yang
berisiko menjejaskan fungsi buah pinggang
anda.
• Suplemen seperti ini akan menjadi lebih
berbahaya untuk dimakan jika anda
mempunyai masalah berkaitan buah pinggang.
Ini kerana, ia boleh menyebabkan keadaan
kesihatan semakin teruk atau menjejaskan
fungsi ubat-ubatan yang anda ambil.
4.Cara jaga buah pinggang – Pemakanan
• Buah pinggang akan memproses setiap makanan dan
minuman yang diambil oleh individu. Itu
termasuklah makanan yang tinggi lemak, garam dan
gula. Untuk tempoh jangka masa panjang,
pemakanan yang tidak sihat ini pastinya akan
menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti dan
diabetes.
• Secara tidak langsung ia meningkatkan risiko untuk
mewujudkan masalah kesihatan lain yang
‘membebankan’ fungsi buah pinggang anda.
• Jadi untuk menjaga kesihatan buah pinggang,
perbanyakkan makan sayuran, buah-buahan dan
bijirin penuh serta kurangkan pengambilan makanan
yang diproses
5.Garam
• Mineral ini memberikan kesan yang berbeza
bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu,
ia akan meningkatkan jumlah protein dalam air
kencing mereka. Sudah tentu keadaan itu
boleh mendatangkan bahaya pada buah
pinggang hingga menjadi semakin kronik.
• Pengambilan garam secara berlebihan juga
akan membangunkan risiko untuk menghidap
tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang
dan batu karang. Keadaan kesihatan ini sudah
tentu menyakitkan dan boleh mengakibatkan
kerosakan pada buah pinggang jika tidak
dirawat.
6.Air
• Air dapat membantu menyalurkan nutrien
penting ke buah pinggang dan menyingkirkan
sisa kepada pundi kencing dalam bentuk air
kencing.
• Pengambilan air yang tidak mencukupi, akan
menyebabkan fungsi penapis kecil di dalam
buah pinggang boleh terhenti dan berisiko
menyebabkan jangkitan dan batu karang.
Berdepan dengan dehidrasi juga boleh
merosakkan buah pinggang, khususnya jika
keadaan ini sering berlaku.
7.Bersenam
• Seperti pengambilan diet makanan seimbang,
senaman juga boleh membantu mencegah
masalah kesihatan seperti kencing manis dan
penyakit jantung yang boleh menyebabkan
kerosakan buah pinggang.
• Tetapi berhati-hati, terlebih bersenam juga
berisiko merosakkan buah pinggang anda jika ia
tidak bersedia.
• Mulakan senaman secara perlahan-lahan, seperti
30 hingga 60 minit dalam tempoh lima kali
seminggu. Jangan membebankan atau memaksa
diri anda melakukan aktiviti fizikal intensiti
tinggi.
• Pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan
doktor sebelum melakukan sebarang senaman
jika anda mempunyai masalah kesihatan.
8.Pemeriksaan
Adalah penting untuk mengetahui tahap risiko
penyakit buah pinggang kepada diri sendiri.
Kecenderungan untuk anda menghidapnya adalah
tinggi jika anda atau ahli keluarga mempunyai
penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
diabetes atau sejarah keluarga dengan masalah
kegagalan buah pinggang.
9.Tabiat harian
• Tabiat tidak sihat seperti pengambilan
minuman alkohol secara berlebihan boleh
menjejaskan fungsi buah pinggang untuk
tempoh jangka masa panjang. Apatah lagi,
tabiat ini mungkin akan menyebabkan
kerosakan organ tersebut.
• Manakala tabiat merokok pula cenderung
untuk meningkatkan risiko kanser buah
pinggang dan merosakkan saluran darah.
Keadaan ini akan menyebabkan aliran darah
menjadi perlahan sekaligus menjejaskan fungsi
buah pinggang.
• Jadi cara yang terbaik adalah dengan
mengurangkan atau berhenti terus dari tabiat
buruk ini.
10.Penjagaan kesihatan buah pinggang
• Dua keadaan kesihatan yang boleh
menjejaskan buah pinggang adalah diabetes
dan tekanan darah tinggi. Pengambilan diet
yang seimbang dan bersenam secara kerap
dapat membantu mengawal kedua-dua masalah
kesihatan ini.
• Ingat, buah pinggang adalah organ penting
dalam badan dan anda haruslah menjaga organ
tersebut dengan baik.
• Hello Health Group tidak menawarkan nasihat
perubatan, diagnosis atau rawatan.
PESAKIT BUAH PINGGANG
DIJANGKA MENINGKAT
SEHINGGA 106,000 ORANG
MENJELANG 2040.
15 PERATUS RAKYAT MALAYSIA
HIDAP PENYAKIT BUAH
PINGGANG KRONIK
SUMBER RUJUKAN
https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2022/01
/02/ketahui-5-tanda-buah-pinggang-anda-
mungkin-rosak-kulit-kering-dan-gatal-salah-satu-
daripadanya
https://www.googleadservices.com/pagead/aclk?s
a=L&ai=DChcSEwis_q_3rO_1AhXTbW8EHXP_AcQYA
BAAGgJqZg&ae=2&ei=fPwBYsquNcGz5OUPqYiIkA0
&ohost=www.google.com&cid=CAASE-
Ro5ch7S2jg950J8a7GIWBifFk&sig=AOD64_252ho-
qsJgzSazMnKEaQuNL8XamQ&q&sqi=2&adurl&ved=
2ahUKEwjK3KH3rO_1AhXBGbkGHSkEAtIQ0Qx6BAg
FEAE
https://hellodoktor.com/urologi/penyakit-buah-
pinggang/tip-menjaga-kesihatan-buah-pinggang/