SK JALAN MUARA TUANG PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI TARIKH TEMPAT MASA PAKAIAN 23 SEPTEMBER 2023 (SABTU) KAWASAN SEKITAR SKJMT 8:00 PAGI - 11:30 PAGI PAKAIAN SUKAN
Pengenalan Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyalurkan peruntukan bagi pelaksanaan Program GotongRoyong Madani. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan aktiviti gotong-royong madani bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes. Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK Jalan Muara Tuang akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K. Matlamat Program Gotong-Royong Madani 2023 bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidik dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti dan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid.Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) memastikan kebersihan dan keceriaan kelas dan sekolah agar berada dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Objektif • Meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah. • Mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui penglibatan agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). • Memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat. • Membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah (murid, guru dan Anggota Khidmat Pengurusan). • Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama, bertanggungjawab,bertolak ansur dan rajin. • Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang mengamalkan 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan).
Jawatankuasa Induk Juruacara Majlis : Ustaz Rahmat Bin Mohamad Tahal Bacaan Doa : Ustaz Abdullah Bin Mohd. Yusof Buku Program : Cik Amy Anak William Dee Pn. Rosemary Tse Chen Makanan : Ustazah Khamisah Binti Mognni (K) En. Dana Anak Jugat Guru KAFA Semua Guru Pelatih Pendaftaran : Pn. Jessica Yong Phei Yen (K) : Guru Kelas Tahun 4, 5 dan 6 Peralatan : En. Sarahandi Api Abdullah Semua Guru lelaki En. Paee Bin Edin (AJK PIBG) PA System : En. Maharius Whellenders Siaw En. Lee Yik Kang Persiapan Dewan : En. Teo Tzong Xiong Pekerja Swasta Disiplin dan : Pn. Chai Shih Hui Keselamatan En. Aini Bin Hj. Suaidi Semua Guru JAWATANKUASA AKTIVTI DAN KUMPULAN i. Agihan Ibu Bapa Tahun 4 Ketua Kumpulan: Cik Amy Anak William Dee ii. Agihan Ibu Bapa Tahun 5 Ketua Kumpulan: Ustaz Abdullah Bin Mohd. Yusof iii. Agihan Ibu Bapa Tahun 6 Ketua Kumpulan: En. Mohamad Saibini Bin Mohd. Kamal Jawatankuasa Pelaksana Penasihat : En. Ahed Bin Kalok (Guru Besar) Pengerusi : En. Abdullah Ali Bin Saini @ Asan (GPK HEM) Pengerusi Bersama : En. Ayatullah Bin Sapawi (YDP PIBG) Naib Pengerusi 1 : (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : En. Hamzah Bin Johan (GPK Kokurikulum) Naib pengerusi 3 : Pn. Julie Betty Anak Duyu (GPK Petang) Naib pengerusi 4 : Cik Phui Mui Ling (Penyelaras Aliran Cina) Naib Pengerusi 5 : Pn. Patricia Resnem Anak Longer (NYDP 1) Naib Pengerusi 6 : Pn. Yap Kim Lin (NYDP 2) Penyelaras : Pn. Jap Kiang Nyong (Penyelaras Kebersihan) Pen. Penyelaras : En. Wan Salman Bin Wan Manshor (Penyelaras Keselamatan) Setiausaha : Pn. Goh Leh Khoon (Penyelaras Kesihatan) Pen. Setiausaha : Cik Yii Ming Hie (Dokumentasi) Bendahari : Pn. Bong Siaw Lian (Bendahari PIBG)
Tentatif Program Penghargaan MASA AKTIVITI 0800 Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke Sekolah 0815 Taklimat Agihan Tugas 0830 Gotong–Royong Bermula 1100 Hadirin Berkumpul di Kantin Ucapan YDP PIBG Ucapan Tuan Guru Besar 1130 Jamuan Ringan Bersurai Jawatankuasa Program Gotong-Royong Madani, SK Jalan Muara Tuang mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terlibat secara langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan Program Gotong-Royong Madani ini bagi tahun 2023.