The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azharlockman97, 2021-04-29 23:19:37

KERTAS KERJA PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA 2021

KERTAS KERJA PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN MANONG
33800 MANONG, PERAK

KERTAS KERJA:
PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN MANONG
TAHUN 2021

PESERTA:
SEMUA MURID TAHAP DUA
SEKOLAH KEBANGSAAN MANONG

TEMPOH MASA:
22 JANUARI 2021 HINGGA 4 FEBRUARI 2021

TEMPAT:
DI RUMAH MASING-MASING SEMPENA PKP 2021

ANJURAN:
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK SK MANONG

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk melaksanakan pertandingan reka cipta
menggunakan bahan kitar semula. Pertandingan ini diadakan di peringkat sekolah
anjuran Persatuan Sains dan Matematik SK Manong 2021. Selaras dengan situasi
terkini pertandingan ini dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) di rumah murid masing-masing.

2.0 OBJEKTIF

Program pertandingan reka cipta dari bahan terbuang ini mempunyai objektif seperti
berikut:

2.1 Melahirkan murid berfikiran kreatif dan inovatif.
2.2 Mengembang dan mencungkil bakat terpendam murid.
2.3 Mengaplikasikan pengetahuan sains dan metematik dalam menghasilkan

projek reka cipta.
2.4 Menyemai nilai menghargai alam sekitar dalam diri murid tentang

kepentingan mengitar semula bahan terbuang.

3.0 RASIONAL

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada para murid
untuk menzahirkan idea kreatif dalam menampilkan sesuatu yang baru. Selain
dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan
matematik untuk menghasilkan ciptaan tersebut. Murid juga diharapkan dapat
memanfaatkan waktu PKP untuk aktiviti yang berfaedah dengan menyertai
pertandingan ini.

4.0 SASARAN
4.1 Murid Tahap 2 , SK Manong
4.2 Pertandingan diadakan secara individu.

5.0 TEMPAT

Kediaman murid masing-masing.

6.0 TEMPOH PERTANDINGAN
22 Januari 2021 hingga 4 Februari 2021

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Fairuzzabadi bin Zamzuri

Naib Pengerusi : En. Madzli bin Mustappa

Penyelaras Projek : En. Mohd Azhar bin Lockman

Setiausaha : Cik Irfah binti Othman Bakar

Fotografi : Cik Rasmuna binti Awang Nik

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi menjalankan pertandingan adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Harga Seunit Kuantiti Jumlah (RM)

(RM)

1 Set Alat tulis (hadiah pertama) 15.00 3 45.00

2 Set Pensel Warna (hadiah kedua) 10.00 3 30.00

3 Buku Nota (hadiah ketiga) 7.00 3 21.00

Jumlah (RM) 96.00

9.0 PELAKSANAAN
I. Pertandingan dijalankan secara individu.
II. Pertandingan dijalankan di bawah pemantauan ibubapa bagi mengelakkan
berlaku sebarang kemalangan.
III.Tempoh masa penghasilan projek ialah dari 22.01.2021 hingga 04.02.2021
(sepanjang tempoh PKP).
IV. Projek yang telah siap perlu dihantar ke sekolah sewaktu sekolah dibuka
semula kelak.
V. Proses penilaian pemenang akan dilakukan sepenuhnya oleh guru-guru
matapelajaran Sains dan Matematik.

10.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang diatur memberikan faedah

kepada murid dan warga sekolah serta dapat mencapai objektif yang telah

ditetapkan dengan jayanya.

Semoga segala usaha dan bakti ikhlas yang ditaburkan dalam menjayakan program
ini akan mendapat ganjaran baik di sisi Allah SWT. Insya-Allah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ………………………………
(Cik Irfah binti Othman Bakar) (En. Madzli bin Mustappa)
Setiausaha pertandingan reka cipta
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Manong

33800 Manong, Perak.

Ulasan : ____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

Bahawasanya dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan program dalam
kertas kerja ini.

Disahkan oleh:

………………………………………….
(EN. FAIRUZZABADI BIN ZAMZURI)
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Manong
33800 Manong, Perak.


Click to View FlipBook Version