5.0 KOLABORATIF Kolaboratif ini dijalankan melalui temu bual dan perbincangan bagi mendapatkan beberapa maklumat. Sejajar dengan itu, kita juga dapat melahirkan interaksi yang positif dapat memantapkan lagi kemahiran komunikasi antara satu sama lain. Jadi, sepanjang maklumat yang diperoleh di SK Bandar Baharu telah saya rekodkan dalam borang kolaboratif. Antara perbincangan yang dilakukan adalah dengan: 5.1 Perbincangan dengan Pengurus Sekolah 5.2 Perbincangan dengan Guru-Guru Lain 5.3 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah 5.4 Perbincangan dengan Komuniti Sekolah 5.5 Interaksi dengan Murid Akhir kata, gambar perbincangan juga diambil dan diletakkan untuk digunakan sebagai rujukan bagi kolaboratif ini.
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19/6/ 2023 Masa : 12.15 pm Tajuk / Perkara : Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Pada pandangan puan, sejauh manakah kelancaran pengurusan dan pentadbiran di sekolah? Setakat ini, pengurusan dan pentadbiran sekolah sentiasa berjalan dengan lancar. Sebagaimana yang kita ketahui, pihak sekolah sentiasa mengikuti arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM. Selain itu, pihak sekolah juga akan memastikan pelajaran ini selaras dengan visi dan misi KPM. Saya akan membuat pemantauan secara berkala tentang aktivitiaktiviti yang dijalankan merangkumi sesi PDP, prasarana sekolah dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, guru besar juga akan mengadakan mesyuarat bagi mendapatkan maklumat dan juga maklum balas daripada guru-guru tentang perkembangan sekolah. 2. Sejauh manakah keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi akademik sekolah? Antara keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan - Pihak sekolah boleh menambah kuantiti LCD di sekolah dengan meminta bantuan daripada pihak PIBG atau sumbangan daripada NGO bagi memastikan pembelajaran murid-murid lebih lancar.
prestasi akademik sekolah ialah dengan menganjurkan Program Bantu Membaca. Program ini mula dilancarkan oleh kementerian pada tahun lepas. Tujuan utama program ini dilancarkan ialah bagi membantu murid yang tidak boleh membaca. Guru-guru di sekolah ini juga sangat komited dalam membantu menjayakan program ini. Ibu bapa juga mengsyorkan sekolah ini kepada anak-anak mereka kerana sekolah ini dapat membantu anak-anak mereka dapat membaca dengan baik. Saya sebagai guru besar sangat gembira kerana dapat merealisasikan impian ibu bapa bagi murid-murid di sekolah ini. 3. Apakah kemudahan atau prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah bagi memajukan lagi sekolah dan memastikan murid menjalani sesi PDP dengan lancar? Sepertimana yang kita dapat lihat, prasana di sekolah ini mencukupi bagi menjamin keselesaan murid bagi menjalani sesi PDP. Antara prasarana yang disediakan di sekolah ini ialah perpustakaan, koperasi, makmal komputer, dewan, pondok bacaan dan surau. Saya juga menukarkan tempat pembelajaran yang lebih strategik. Sebagai contohnya, meletakkan kelas tahun 5 berdekatan dengan makmal sains kerana mereka lebih kepada amali sains. justeru makmal sains ini hidup dan guru sentiasa menggunakan makmal tersebut. Dengan adanya prasarana yang cukup, murid-murid akan bertambah seronok untuk datang ke sekolah. Namun bagi isu LCD tidak dinafikan sekolah kita kekurangan LCD akan tetapi
terdapat guru di sekolah ini yang membeli LCD sendiri. Tandatangan : Nama : Julia binti Abu Bakar Jawatan : Guru Besar
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 /6/ 2023 Masa : 11.45 am Tajuk / Perkara : Pengurusan Kurikulum di Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah skop kerja Guru Kanan Pentadbiran (GKP), boleh cikgu terangkan? Tugas utama sebagai GKP lebih berfokus kepada guru dan fokus guru kepada murid. Selain itu, saya perlu memastikan pendidikan di sekolah ini selari dengan misi visi KPM yang telah ditetapkan. 2. Silibus pendidikan sekarang berbeza dengan dahulu. Bagi puan apakah cabaran terbesar dalam hal ini? Bagi saya kefahaman ibubapa mengenai hal ini masih kurang jelas kerana sekarang prestasi murid terletak 100% di Pentaksiran Bilik Darjah semata dan bukan lagi kepada peperiksaan. 3. Hubungan pihak sekolah dan pihak PIBG bagaimana cikgu, ada masalah? Syukur di sekolah ini PIBG sangat memberi kerjasama yang baik. Contohnya kami pernah membuat gotong-royong perdana bersama pihak PIBG akibat banjir yang lepas. Selain itu penyertaan PIBG sangat memberansangkan. Tandatangan : Nama : Azizah binti Majid Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 /6/ 2023 Masa : 11.00 am Tajuk / Perkara : Disiplin Murid di Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bagaimanakah tahap disiplin di sekolah ini dan pernah tak ibubapa menyerang sekolah ? Setakat ini tiada kes disiplin yang berat dan ibubapa pun tidak pernah menyerang sekolah? 2. Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah pula, apakah tindakan yang pihak sekolah akan kenakan? Sekiranya seseorang murid tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang kukuh dan secara berturut-turut, maka pihak HEM akan membuat ziarah cakna ke rumah murid tersebut. Jika didapati murid tersebut malas, maka guru akan menunggu sehingga murid tersebut bersiap dan akan membawanya ke sekolah. Tandatangan : Nama : Megat Hazman bin Megat Ayob Jawatan : Penolong Kanan Hem
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21/6/ 2023 Masa : 12.00 pm Tajuk / Perkara : Penglibatan Murid dalam Kokurikulum Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bagaimanakah pelaksanaan 1M1S dilakukan dan penglibatan murid yang terlibat? 1M1S akan diadakan setiap hari Selasa jam 3.15-4.15 dan penglibatan memang diwajibkan untuk murid tahap 2. Kehadiran dapat dikatakan sentiasa penuh kerana kita akan sentiasa menyemak kehadiran mereka. 2. Sekolah ini mempunyai wakil di manamana peringkat ? Untuk tahun ni, kita baru sahaja mempunyai seorang wakil yang akan menyertai Majlis Sukan Sekolah Negeri Terengganu (MSST) bagi acara pingpong. Namun tahun-tahun terdahulu kita pernah ada wakil bola sepak peringkat kebangsaan. Tandatangan : Nama : Mohd Khairil bin Daud Jawatan : Penolong Kanan Kokurikulum
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 /6/ 2023 Masa : 9.15 am Tajuk / Perkara : Pengurusan Murid dalam Kelas dan Aktiviti Panitia Bahasa Melayu Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Pada pendapat cikgu, apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Bilik Darjah? Pada pendapat saya, pentaksiran bilik darjah ini merupakan satu penilaian yang dijalankan ke atas murid-murid. PBD juga ialah pentaksiran yang dilakukan secara berterusan dalam sesi PDP untuk mendapatkan maklumat tentang kebolehan, perkembangan dan pencapaian murid-murid. Dengan adanya PBD ini, kita dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan murid. Kita sebagai guru tidak boleh membandingkan murid yang bijak dan lemah kerana tingkah laku tersebut sangat tidak adil. Hal ini demikian kerana kadang-kadang murid yang bijak malas untuk menyiapkan tugasan. Murid yang lemah pula apabila diberi tugasan mereka dapat menyiapkannya dalam waktu yang diberikan. 2. Apakah program-program yang dijalankan bagi menarik minat murid terhadap subjek Bahasa Melayu ini? Antara program yang dijalankan ialah program Nilam, Karnival bahasa peringkat zon, daerah dan negeri seperti sajak, bercerita, bicara berirama dan berpidato. Apabila program ini dijalankan, secara tidak langsung kita dapat mencungkil bakat murid. Mereka juga dapat membina keyakinan diri apabila mula menyertai pertandingan seperti ini. Guru-guru juga akan memberikan penghargaan seperti hadiah kepada murid yang mewakili sekolah. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan semangat mereka bagi menyertai pelbagai jenis program yang dianjurkan. • Guru-guru hendaklah sentiasa memastikan murid berada dalam keadaan yang selesa untuk belajar. • Panitia Bahasa Melayu seharusnya menambah baik program yang sedia ada dengan merujuk kelemahan program.
3. Bagaimanakah cikgu mewujudkan suasana yang kondusif dalam bilik darjah? Suasana yang kondusif dalam bilik darjah merupakan aspek yang penting kerana perkara tersebut merupakan salah satu faktor bagi menarik minat murid dalam pembelajaran. Jadi perkara pertama yang cikgu lakukan ialah dengan memastikan keselesaan ruang belajar. Contohnya kerusi dan meja murid berada dalam keadaan yang baik, bilik darjah dihiaskan dengan pelbagai dekorasi supaya kelihatan lebih ceria. Perkara kedua yang dilakukan oleh cikgu ialah dengan memberikan pujian, sokongan dan respon yang positif kepada murid-murid. Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk menuntut ilmu. Akhir sekali, cikgu akan memastikan keselamatan dan kesihatan murid-murid berada dalam keadaan yang baik supaya tidak mengganggu pembelajaran mereka. Tandatangan : Nama : Fatiman binti Abdul Wahid Jawatan : Ketua Panitia Bahasa Melayu
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 /6/ 2023 Masa : 11.45 am Tajuk / Perkara : Skop Kerja Bimbingan Kaunseling untuk Murid Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bagaimanakah program ziarah cakna ini dijalankan? PK HEM dan guru kaunseling akan ke rumah murid yang kerap tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah. Jadi, analisis dibuat terlebih dahulu sebelum ziarah cakna ini dilangsungkan. 2. Apakah tujuan pelaksanaan program ziarah cakna? Ziarah cakna ini bertujuan untuk memperluas konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dan ibu bapa. Seterusnya, program ziarah cakna juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah dengan masyarakat. 3. Apakah isu-isu terkini dalam sekolah dan apakah tindakan bimbingan dari pihak kaunseling ? Sekarang, ramai murid yang kurang adab mungkin disebabkan kesan PKP di mana murid lebih berada di rumah berbanding sekolah pada ketika itu. Jadi sifat murid di sekolah semakin mencabar jika hendak dibandingkan daripada dahulu Pihak kaunseling akan melakukan sesi kaunseling dengan memanggil murid yang nakal dan memberikan nasihat. Kami juga selalu berpesan kepada murid ketika waktu perhimpunan. KPM sekarang fokus kemenjadian murid. Jadi kita perlulah membimbing murid-murid dengan baik. • Pihak kaunseling dan pihak sekolah sentiasa memastikan keadaan murid berada dalam sihat dari konteks mental mereka.
Tandatangan : Nama : Rozana binti Abdul Majid Jawatan : Guru Bimbingan dan Kaunseling
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22/6/ 2023 Masa : 11.30 am Tajuk / Perkara : Pengurusan Perpustakaan Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah kemudahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan untuk menarik lebih ramai pengunjung? Kalau untuk menarik minat lebih ramai pengunjung perpustakaan, kami ada menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan semua. Sebagai contoh perkhidmatan seperti: -Mencetak bahan berwarna -Laminate bahan -Green Screen untuk rakaman (yang ini ada dalam bilik TvPSS) -TV Pendidikan/ Kampus Astro yang berada dalam bilik APD (Bilik APD ada dlm perpustakaan) Buku-buku yang ada di perpustakaan memang dibeli mengikut keperluan murid seperti bukubuku yang sesuai dengan tahap murid yang baru nak belajar membaca dan ada juga buku baharu yang sesuai untuk murid tahap 2. 2. Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak perpustakaan di sekolah ini? Bagi aktiviti pula kebanyakkannya berkait rapat dengan Program NILAM sekolah. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti: - Pelancaran NILAM & Kempen Galakan Membaca serta Perasmian Sudut NILAM, Digital Hub, TS25,KBAT dan HIP - Pertandingan Sempena Hari Guru Mewarna poster Hari Guru (Tahap 1) • Sentiasa memastikan perpustakaan menjadi tempat tarikan untuk murid-murid.
Menghasilkan Kad Ucapan Hari Guru (Tahap 2) - Jom Baca Bersama untuk 10 minit - Pertandingan Big Book (Tahap 2) - Pertandingan Menghasikan Seekor Ulat Buku (Tahap 1) - Kuiz Sempena Bulan Kemerdekaan - Pertandingan Menghasilkan Kulit Buku (Tahap 1 dan Tahap 2) - SPELLING BEE COMPETITION - Program Resensi Buku (setiap 2 bulan) - Pertandingan Sudut NILAM Informatif dalam kelas - Pertandingan Pembaca Terbanyak Setiap Tahun - Bulk Loan Book Aktiviti yang dijalankan ini adalah untuk menggalakkan murid membaca sekaligus manarik minat mereka ke perpustakaan.Selain itu, kami ada mengadakan anugerah-anugerah seperti -Peminjam terbanyak Buku kategori Murid dan Guru -Pengunjung Paling Kerap -Tokoh NILAM 3. Sejauh mana keberkesanan program yang dijalankan oleh pihak perpustakaan dalam meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid? Keberkesanan program dapat dilihat melalui kemenjadian murid di SEBARU. Alhamdulillah kita lihat murid-murid di SEBARU ni dah pun membudayakan membaca dalam aktiviti seharian mereka.Penglibatan murid dalam semua aktiviti yang diadakan juga menggalakkan. Semua berlumba untuk join semua aktiviti yang dijalankan. Peratusan murid yang tidak pandai membaca juga sudah berkurangan. Kelas-kelas juga sudah menyediakan ruang-ruang membaca dan kita dapat lihat semua ruangan atau sudut ini digunakan sebaiknya. Selain itu, keberkesanan semua program ini dapat dilihat melalui pencapaian murid dalam aktiviti NILAM. Ramai
murid dah mencapai 5 bintang dalam aktiviti NILAM. Tandatangan : Nama : Zarina binti Abdullah Jawatan : Guru Pengurus Perpustakaan
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 18 /6/ 2023 Masa : 11.45 am Tajuk / Perkara : Pengurusan Makmal Komputer Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Adakah kelengkapan di Makmal Komputer mencukupi? Dapat dikatakan hampir mencukupi. Laptop sebanyak 42 bijik, Dekstop sebanyak 21 setakat untuk tahun ini jadi keperluan asas di Makmal Komputer dapat dikatakan lengkap namun kekangan internet sering berlaku. 2. Apakah kepentingan ICT kepada murid? Zaman sekarang zaman yang moden sehingga ICT dianggap penting kepada murid kerana tidak mahu murid ketinggalan zaman. KPM juga telah memfokuskan ICT untuk diterapkan pada tahun1 bermula 2017. 3. Apakah tindakan pihak sekolah dalam meningkatkan kadar celik IT di sekolah? Banyak program yang kami dah laksanakan untuk murid. Contohnya pada hari Guru yang lepas kami mengadakan pertandingan kad digital untuk guru. Kami membuat poster promosi pertandingan dan memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan kad kreatif. 4. Adakah sekolah ini mempunyai pengawas yang mengawasi makmal komputer? Ya. Briged Bestari atau pengawas ICT telah dilantik seramai 26 orang baru-baru ini dan mereka ditugaskan secara bergilir untuk menjaga makmal komputer
Tandatangan : Nama : Suhaida binti Sulaiman Jawatan : Pengurus Makmal Komputer Sesi perbincangan bersama Guru yang mengurus Makmal Komputer
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 /6/ 2023 Masa : 10.45 am Tajuk / Perkara : Penjagaan Keselamatan di Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Adakah murid di sekolah ini mesra dengan anda? Setakat saya mula kerja di sini, murid-murid di sekolah ini sangat mesra dan bersopan santun. Setiap kali datang ke sekolah mereka akan memberi salam. Saya juga menganggap murid-murid ini seperti anak saya sendiri. 2. Apakah cabaran yang dihadapi sepanjang berkhidmat di sekolah ini? Cabaran utama yang saya hadapi sepanjang berkhidmat di sini ialah menjaga murid ketika mereka pulang ke sekolah. Mereka suka berlari-lari ketika pulang. Perkara yang dirisaukan ialah takut berlakunya kemalangan. Jadi saya perlu sentiasa mengawasi murid-murid ini ketika waktu sesi persekolahan tamat. 3. Berapa bilangan pengawal keselamatan di sekolah ini dan adakah mencukupi untuk menjaga sekolah? Pengawal keselamatan di sekolah ini mempunyai 4 orang dan mencukupi untuk menjaga sekolah kerana kami mempunyai syif yang sudah disusun melainkan ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan baru kami berganti syif. • Pengawal keselamatan perlu memastikan keselamatan murid-murid terjamin agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku Tandatangan : Nama : Ani binti Abdullah Jawatan : _Pengawal Keselamatan
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 22 /6/ 2023 Masa : 1.15 p.m. Tajuk / Perkara : Kawalan Kebersihan di Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah tugas utama tukang sapu sekolah? Tugas pekerja kebersihan sekolah adalah untuk memastikan tahap kebersihan di setiap sudut sekolah berada pada tahap yang baik. 2. Pada pendapat encik, tahap kebersihan di sekolah ini berada di tahap berapa? Pada pendapat saya, kebersihan di sekolah ini berada di tahap biasa sahaja namun selepas pihak sekolah memperkenalkan program ‘Sifar Sampah’, kebersihan di sekolah lebih terjaga. 3. Bagaimanakah waktu bekerja yang ditetapkan? Waktu bekerja tidak mengikut waktu persekolahan. Pekerja juga tetap perlu bekerja pada hari cuti sekolah. Tempoh bekerja pula adalah bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang Tandatangan : Nama : Hamid bin Amat Jawatan : Pekerja Kebersihan Sekolah
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 /6/ 2023 Masa : 10.00 am Tajuk / Perkara : Penglibatan Murid dalam Sukan Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Adakah kamu suka untuk bersukan di sekolah? Ya, kerana ramai kawan-kawan di sekolah untuk bersukan secara beramai-ramai. 2. Adakah kamu berpuas hati dengan peralatan sukan yang disediakan? Saya berpuas hati dengan peralatan sukan yang disediakan dan padang sekolah turut luas. 3. Adakah setiap peralatan sukan yang disediakan mempunyai wakil sekolah? Saya rasa semua sukan mempunyai wakil sekolah namun untuk sukan hoki tiada wakil yang sekolah pilih. Walaupun peralatan hoki ada namun tiada pencalonan ahli sukan hoki untuk mewakili sekolah. Mungkin kerana kita tiada guru yang pandai dalam sukan hoki. - Guru Penolong Kanan Kokurikulum mungkin boleh mencari murid yang berminat untuk bermain hoki dan membuat satu kumpulan untuk mewakili sekolah bagi sukan hoki. Tandatangan : Nama : Ahmad Arif Hilmi bin Amran Jawatan : Ketua Kelas 6 Ibnu Khaldun
LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 /6/ 2023 Masa : 10.45 am Tajuk / Perkara : Pengurusan Murid dalam Kelas Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Adakah suasana pembelajaran di dalam kelas menyeronokkan? Ya suasana pembelajaran di dalam kelas sangat menyeronokkan. Semenjak saya bersekolah di sini, saya dapat melihat cikgu-cikgu di sini sangat baik melayan kami semua. Saya juga mudah untuk bertanya cikgu jika saya tidak faham dalam subjek tersebut. Cikgu-cikgu di sini sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami. Suasana kelas kami juga sangat menarik dan pernah memenangi pertandingan keceriaan kelas. Hal ini membuatkan saya semangat untuk datang ke sekolah. 2. Adakah kamu berpuas hati dengan makanan yang disediakan oleh pihak kantin? Setakat ini saya sangat berpuas hati dengan makanan yang disediakan oleh pihak kantin kerana kantin menyediakan menu yang berbeza-beza setiap hari. Jadi kami tidak akan jemu dengan makanan yang kami beli. Harga yang dikenakan juga sangat berpatutan untuk murid-murid. Selain itu, kantin ini juga sangat mengutamakan kebersihan. Pekerja kantin juga melayan kami di sini dengan baik. 3. Apakah kelebihan yang kamu lihat di sekolah ini? Antara kelebihan yang saya lihat di sekolah ini ialah sekolah ini menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk kegunaan murid-murid. Contohnya makmal komputer, perpustakaan, padang dan sebagainya. Tandatangan : Nama : Nur Syasya binti Mohd Sufian Jawatan : Pengawas Sekolah