The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadhananimazlam, 2023-07-02 22:40:47

Laporan Akhir PBS

Laporan Akhir PBS

PBS 8.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib dilakukan selama dua minggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam Negara. PBS kali ini merupakan pengalaman pertama saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi tahun 1 semester 3. PBS ini meminta untuk saya ke sekolah untuk menjalani tugasan yang diberikan. Saya telah menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu Kemaman, Terengganu. Tujuan utama saya ke sekolah itu kerana ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang sekolah tersebut dan mendapatkan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang bermakna. Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya telah mempelajari banyak perkara baru berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar dan suasana serta iklim kelas itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS ini, saya mendapati diri saya banyak berlaku perubahan dalam melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang berwawasan dan berdedikasi. Antaranya ialah dari aspek penampilan, komunikasi, sosial dan pengurusan sama ada dengan pihak sekolah, para guru dan murid-murid serta kakitangan sekolah. Melalui PBS juga, saya mendapati diri saya banyak berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Penjagaan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang utama perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang positif akan membawa kebaikan kepada diri kita sebaliknya emosi yang negatif akan membawa keburukan kepada diri kita. Selain itu, saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya selepas menjalani PBS ini. PBS ini telah mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid. Selain itu, ia juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan. PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang untuk mereka membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri. Selain itu, PBS juga membolehkan saya menjadi lebih yakin dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Bukan itu sahaja, saya juga dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan


PBS mewujudkan dasar keterbukaan dan telus dalam pergaulan. Melalui PBS juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat dalam kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Malah saya juga dapat menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima. Di samping itu, saya menyedari bahawa tanggungjawab seorang guru bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi dalam menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi kemudahan dan informasi. Selain itu, suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran adalah sangat penting melahirkan murid yang harmonis dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Untuk mencapai hasrat ini, iklim dan budaya sekolah mestilah berada dalam keadaan yang baik. Konklusinya, Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak memberi input yang berguna kepada semua guru pelatih. Oleh itu, saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani PBS ini yang merupakan pengalaman pertama yang amat bermakna bagi saya. Saya berasa sungguh sedih untuk meninggalkan sekolah ini kerana warga sekolah tersebut sangat baik dan memberi kerjasama yang baik. Walaupun hanya dua minggu saya berada di sini, saya berasa sangat rapat dengan murid-murid dan juga guru-guru. Semangat untuk mengajar yang berkobar-kobar mula timbul dalam diri saya. Pengalaman yang diperolehi ini akan saya ingati serta mengaplikasikannya apabila saya bergelar seorang guru nanti.


Click to View FlipBook Version