The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Suriati Talib, 2023-07-24 09:02:46

DOKUMENTASI ALSA MBSA 2023 (1)

DOKUMENTASI ALSA MBSA 2023 (1)

SHAH ALAM 2023 Anugerah Landskap DOKUMENTASI PERTANDINGAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman


.1.0 KANDUNGAN 2 2.0 PENGENALAN 3 3.0 KONSEP DAN TEMA 4 4.0 KEUNIKAN LANDSKAP 5 SEKOLAH 5.0 KAEDAH PELAKSANAAN 18 6.0 REKA BENTUK DAN 19 HIASAN RUANG 7.0 PENYELENGGARAAN 20 8.0 INISIATIF DAN KREATIF 21 9.0 KELESTARIAN 22 (SUSTAINABILITY) 10.0 PENUTUP 23 Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 1.0 KANDUNGAN Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman BIL PERKARA HALAMAN


SK Seksyen 9 Shah Alam terletak dalam Bandaraya Shah Alam, iaitu ibu negeri Selangor. Ia berhampiran dengan Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Hotel Concorde. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Januari 1998. Banyak kejayaan yang dlakarkan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Pada tahun 2011, SKS9SA telah menempa kegemilangan setelah dianugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Salah satu etos bagi program SBT adalah pencinta alam. Justeru banyak program alam sekitar dan kelestarian yang disertai dan diadakan. Antaranya adalah mendapat saguhati kempen kitar semula MBSA, saguhati pertandingan mural MBSA, tempat ketiga pertandingan sekolah lestari peringkat negeri Selangor, lawatan nature exploration ke Australia dan banyak lagi. Kejayaan demi kejayaan ini berkat kerjasama daripada Guru Besar, para pentadbir, guru-guru serta kerjasama daripada murid-murid dan PIBG. Warga SK Seksyen 9 Shah Alam mengamalkan budaya lestari sepanjang masa. Ia merangkumi amalan pentadbiran dan pengurusan pentadbir, pelaksanaan PdP di dalam dan luar bilik darjah, aktiviti kokurikulum dan program penghijauan, Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman 2.0 PENGENALAN Keep it green, Keep them alive


Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 3.0 KONSEP DAN TEMA Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman KONSEP : SEKOLAH DALAM TAMAN SK Seksyen 9 Shah Alam memilih konsep penataran taman ‘Sekolah dalam Taman’. Ia amat bersesuaian dengan persekitaran sekolah yang dikelilingi dengan 13 taman. Setiap taman tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi lokasi taman, jenis tanah dan pokokpokok yang ditanam di taman tersebut. Gabungan reka bentuk taman daripada ‘soft landscape’ dan ‘hard landscape’ menjadikan setiap taman itu istimewa. TEMA : HAIWAN YANG SEMAKIN PUPUS SK Seksyen 9 Shah Alam memilih tema ‘Haiwan yang Semakin Pupus’ untuk dipamerkan pada setiap taman. Namanama haiwan yang semakin pupus ini telah dipilih sebagai tema taman. Pemilihan tema ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada semua murid dan semua warga sekolah tentang betapa pentingnya memulihara hidupan haiwan ini di samping kita menanam pokok-pokok serta menjaga kehijauan di sekeliling kita. Wajarlah slogan 'Keep it green, keep them alive' sentiasa diwar-warkan kepada warga sekolah. Semoga hidupan ini tidak pupus daripada muka bumi ini. Kata-kata hikmah guru dipamerkan Kata-kata hikmah Guru Besar Pintu utama Pintu pejalan kaki


Keep it green, Keep them alive Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman 4.0 KEUNIKAN LANDSKAP sekolah Pelan landskap sekolah Penataran lokasi taman mengelilingi kawasan sekolah dapat memberikan suasana yang kondusif dan pemandangan hijau yang mendamaikan kepada warga sekolah, penduduk setempat dan murid-murid amnya. Pemilihan konsep taman yang moden dan minimalise bersesuaian dengan persekitaran sekolah. Ia mudah untuk diselenggara kerana bersifat ringkas dan tidak melibatkan banyak tanaman. Kebanyakan taman dipamerkan gambar haiwan yang semakin pupus supaya murid mengenalinya. Haiwan ini ada yang dibuat daripada bahan kitar semula . Banner ucapan selamat datang


Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman TAMAN SELADANG Taman Seladang adalah taman yang popular untuk berswafoto kepada warga sekolah dan pelawat. Di taman ini konsep minimalis digarap sesuai dengan letaknya Tugu WE LOVE SK Seksyen 9 sebagai ‘focal point’ taman sekolah. Pengunaan rumput tiruan menaikkan seri taman ini. Dikelilingi batu dan ‘paving block’ sebagai tempat bunga sekaligus mencantikkan pemandangan dan kelihatan kemas. Pemilihan kombinasi pokok-pokok sederhana besar dan bunga renek menceriakan taman ini. Kehijauan Taman Seladang Swafoto konvo


Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman TAMAN GAJAH PYGMY Keep it green, Keep them alive Taman Gajah Pygmy adalah taman utama sebagai dataran perhimpunan murid. Taman ini mempunyai pentas kecil. Pemilihan pokok bunga renek dan kecil bersesuaian bagi menceriakan kawasan ini. Pemilihan bunga Rose Jepun yang berwarna warni menambah seri taman ini. Kepungan batu bata sebagai tempat tanaman pokok-pokok mengemaskan lagi taman ini. Perhimpunan di dataran


Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman TAMAN HARIMAU MaLAYA Taman Harimau Malaya menggabungkan dua jenis landskap iaitu ‘soft landscape’ dan ‘hard landscape’. Taman ini dikelilingi dengan bunga hiasan dan ditambah seri dengan tanaman bunga orkid. Taman Nurseri SK Seksyen 9 juga ditempatkan di taman ini. Pelbagai pokok semaian ditanam di sini. Taman ini juga dikenali sebagai Taman Jeri, di mana disediakan hard landscape seperti monkey bar dan laluan refleksologi. Murid-murid suka bermain ditaman ini 8


Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman TAMAN kancil Keep it green, Keep them alive Taman Kancil adalah ruang tengah antara dua bangunan iaitu blok A dan blok B. Taman ini dikenali juga sebagai Taman Nilam. Ia adalah tempat rehat dan santai bagi guru-guru dan murid. Penataran pokok-pokok yang simple dan penggunaan rumput tiruan diaplikasikan di bahagian taman ini. Bersesuaian dengan tema Taman Kancil yang bijak, ruang ini disediakan bangku-bangku taman untuk murid-murid duduk sambil membaca buku cerita gergasi yang disediakan di taman ini. 9 Guru-guru sedang berehat Buku cerita gergasi


Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman TAMAN penyu Taman Penyu menerapkan konsep bahan guna semula, ditatarias dengan bunga hiasan dan pokok jenis renek. Pengunaan botol-botol yang diwarnai sebagai bekas bunga menceriakan kawasan ini. Terdapat replika penyu daripada bahan kitar semula yang amat menarik perhatian. 10 Penyu daripada bahan kitar semula Guru-guru menyiapkan taman


Taman Kambing Gurun merupakan taman untuk tanaman sayur-sayuran, selain menatarias taman ini dengan pokok-pokok dan bunga hiasan. Ia berkonsepkan tanaman makanan dan taman ini ditanam dengan pelbagai tanaman sayursayuran yang boleh dimakan di samping sebagai hiasan tanaman. Di taman ini juga ditanam pokok-pokok herba terpilih bagi tujuan pembelajaran kepada murid-murid bagi mengenali pokok herba yang biasa di sekeliling mereka. Selain itu terdapat juga Pizza Garden yang mana ditanam sayur-sayuran untuk masakan pizza. Di taman ini juga terdapat tempat tadahan air hujan bagi kegunaan semula seperti menyiram pokok dan mencuci tangan. Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman TAMAN kambing gurun Keep it green, Keep them alive 11 Tempat belajar Pelbagai pokok herba ditanam


Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman TAMAN UNGKA TANGAN PUTIH Taman ini terletak di tengah bangunan sekolah dan berhampiran dengan kantin. Pada setiap hari murid-murid menggunakannya untuk dijadikan tempat rehat. Kerusi batu dengan hiasan pokok di sekeliling menjadi tarikan pada murid-murid untuk berehat. Antara pokok yang terdapat di sekeliling taman ini ialah pinang merah, keladi, mangga, katak puru, limau purut dan banyak lagi. 12 Tempat rehat murid


Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman TAMAN burung botak upek Keep it green, Keep them alive Taman ini terletak di belakang bangunan sekolah. Ia ditanam dengan pelbagai sayur-sayuran. Taman ini telah dirasmikan oleh Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) pada tahun lepas sempena Program Kelestarian Sekolah Taman ini juga sentiasa dijaga oleh murid-murid Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) semasa sesi pengajaran tentang kebun dijalankan. 13 Perasmian taman


Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman TAMAN LALUAN SITRUS & sudut kompos Taman ini terletak di bahagian tepi bangunan sekolah. Ia dinamakan Laluan Sitrus kerana ditanam dengan pokok-pokok sitrus. Antaranya limau nipis, limau kasturi dan limau gajah. Berhampiran dengan taman ini terletak sudut kompos. Murid-murid menggunakan baja kompos untuk membaja pokok. Di samping itu murid-murid dapat mempelajari cara-cara membuat kompos dengan baik. 14 Murid-murid belajar tentang kompos


Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman tAMAN TAPIR Keep it green, Keep them alive Taman ini terletak di bahagian belakang bangunan sekolah. Ia ditanam dengan pokok sayursayuran. Murid-murid seronok bercucuk tanam dan menyiram pokok di taman ini. 15 Hasil yang dijual


Dusun ini sangat luas kawasannya. Ia meliputi kawasan di belakang bangunan sekolah dan di kawasan tepi mula masuk kawasan sekolah. Terdapat pelbagai tanaman yang ditanam di dusun ini. Antaranya pokok serai, pokok pisang, nenas, belimbing buluh, jambu dan banyak lagi. Selain itu laluan Markisa baru sahaja dibina di dusun tersebut. Murid-murid dapat memungut hasilnya sendiri tidak lama lagi Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman DUSUN SKSEKSYEN 9 Hasil yang diperolehi Laluan Markisai 16


Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman tAMAN PRA SEKOLAH Keep it green, Keep them alive Taman Pra Sekolah terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pra Cerdik dan Pra Cemerlang bersama Pra Pintar. Ia menjadi tempat permainan murid-murid pra sekolah semasa waktu rehat dan waktu Pendidikan Jasmani. Taman ini dikelilingi dengan pokok-pokok bunga yang menarik. 17 Kawasan permainan


Pelaksanaan yang telah dijalankan bagi pertandingan ini dan taman-taman di sekitar sekolah melibatkan semua warga sekolah. Pelaksanaannya adalah seperti jadual di sebelah: Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman 5.0 KAEDAH PELAKSANAAN Perbincangan dengan pentadbir Lantikan AJK Induk dan Pelaksana Mesyuarat AJK Pelaksana Pengubahsuaian taman Draf dokumentasi dan video Semakan dokumentasi dan video Penghantaran dokumentasi dan video kepada penganjur JAWATANKUASA PELAKSANA Mesyuarat AJK Mesyuarat dengan pekerja pembersihan Pengubahsuaian dijalankan 18


Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman 6.0 REKA BENTUK & hiasan ruang Keep it green, Keep them alive Landskap Sekolah dalam Taman adalah mempunyai Reka bentuk Islamik. Batas-batas sayur dan pokok bunga yang dibentuk dengan susunan bata bersegi membentuk Geometrical Shape telah diulang-ulang. Batas geometri yang direka letak dengan jarak yang luas membantu memudahkan kerja-kerja penanaman dan penuaian. Reka bentuk landskap ini memberi perspektif baharu bagi binaan batas kebun yang kemas dan tersusun. Maka kerja pembersihan dapat dijalankan dengan mudah. Spesies pokok yang ditanam juga adalah tersusun dan teratur. Terdapat ruang untuk pokok buah-buahan iaitu di dusun, ruang untuk sayur-sayuran dan pokok herba serta ruang untuk pokok bunga-bungaan. 19 Batas tanaman yang menarik


Landskap Sekolah dalam Taman diselenggarakan secara harian oleh pekerja pembersihan terutama aktiviti menyapu, penyiraman dan cantasan pokok. Murid-murid dan guru juga turut membantu jika berkelapangan. Kelab Pencinta Alam sekolah telah ditugaskan untuk memantau program penghijauan sekolah. Semua warga sekolah membantu dalam penyelenggaraan tanpa mengira waktu kerana rasa cinta akan keindahan dan kehijauan alam. Guru Besar dan pentadbir sekolah amat menitikberatkan kebersihan dan keceriaan kawasan sekitar sekolah tanpa mengenepikan soal keselamatan dan bahaya pembiakan jentik-jentik. Oleh itu pemeriksaan secara berkala dilakukan. Pokok-pokok yang ditanam disembur dengan baja organik bagi mengelakkan makhluk perosak. Manakala baja organik juga digunakan bagi menyuburkan tanaman. Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman 7.0 PENYELENGGARAAN 20 Murid, guru, ibu bapa dan pekerja sedang membersihkan taman


Amalan 3R adalah inisiatif yang kami jalankan di sekolah sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Barang-barang kitar semula ini akan dijadikan pasu-pasu dan bahan hiasan taman secara kreatif. Manakala menjadi inisiatif kami untuk mendokumentasikan setiap program yang dijalankan serta jika ada lawatan daripada pelawat luar. Usaha kreatif lain adalah menjadikan setiap sudut taman sebagai sudut bacaan dan belajar bagi murid-murid. Pokok-pokok pula dilabelkan sebagai rujukan murid-murid untuk mengenali pokok. Kami juga menjalankan program '1 murid 1 pokok' yang mana jika ada murid-murid yang ingin mendermakan pokok boleh dibawa ke sekolah. Pokokpokok ini dikumpulkan di satu sudut yang dinamakan Friendship Tree. Pada dedaun pokok besi itu digantung nama-nama penyumbang kepada sekolah. Penanaman pokok orkid juga terdapat di sini. Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman 8.0 INISIATIF & KREATIF Keep it green, Keep them alive 21 Kekreatifan yang ditonjolkan


Sekolah dalam Taman ini menggunakan banyak kelestarian dalam pelbagai aspek sebagai pemangkin keindahan alam. Antara kelestarian yang kami gunakan ialah; Penggunaan tadahan air penghawa dingin untuk menyiram pokok.. Anugerah Landskap SHAH ALAM 2023 Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman 9.0 kelestarian (sustainability) Penggunaan tadahan air hujan untuk menyiram pokok dan mencuci tangan. Pembajaan pokok menggunakan baja kompos yang dihasilkan sendiri. Pengumpulan barang kitar semula dan penggunaannya sebagai sebahagian elemen landskap. 22 Aspek kelestarian yang diamalkan


23 Semoga usaha murni untuk menjaga alam sekitar berjaya diterapkan kepada murid-murid berkat kerjasama semua pihak. TERIMA KASIH SEMUA Semua Bersatu Teguh Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman 10. penutup Keep it green, Keep them alive


Sekolah dalam Taman Sekolah dalam Taman Keep it green, Keep them alive


Click to View FlipBook Version