The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHAILA BINTI ISHAK, 2020-04-02 22:53:32

MATEMATIK TAHUN 6

OPERASI BERGABUNG

OPERASI
BERGABUNG

SK : 6.3 Mengaplikasikan operasi
bergabung melibatkan tanda kurung.

SP : i) Menyelesaikan ayat matematik operasi
bergabung termasuk yang melibatkan
tanda kurung hasilnya dalam lingkungan
1 000 000

Kemahiran operasi bergabung melibatkan
tambah dan tolak , darab dan bahagi.

TANGAN TANGAN
KIRI KANAN

1. Murid mengeluarkan tangan dan menentukan kedudukan tangan kiri dan tangan
kanan.

2. Murid melihat tapak tangan masing – masing dan menentukan tangan kiri dan tangan
kanan dengan melakukan aktiviti angkat tangan kiri dan angkat tangan ikut arahan
guru.

3. Selepas itu, murid perlu mengikut urutan tapak tangan mereka dan menentukan arah
dari kiri ke kanan bagi menyelesaikan soalan seperti biasa.

4. Kaedah tangan “kiri ke kanan” hanya melibatkan soalan dengan operasi + dan - , x
dan ÷ dan sebaliknya sahaja.

1. Contoh Soalan 1 langkah 1
langkah 2

a) 2 568 + 5579 – 1351 = TANGAN Selesaikan
KANAN pengiraan mengikut
TANGAN
KIRI langkah 1 kedudukan tapak
langkah 2 tangan iaitu dari kiri
2 568 + 5 579 = 8 147
8 147 - 1 351 = 6 796 ke kanan seperti
biasa, kerana ia
melibatkan operasi
“+” dan “-”sahaja.

1. Contoh Soalan 3 langkah 1

langkah 2
b) 3 627 x 1 200 ÷ 4 =

TANGAN TANGAN Selesaikan
KIRI KANAN pengiraan mengikut

kedudukan tapak
tangan iaitu dari kiri

ke kanan seperti
biasa, kerana ia
melibatkan operasi
“x” dan “÷” sahaja.

3 627 X 1 200 = 4 352 400 langkah 1

4 352 400 ÷ 4 = 1 088 100 langkah 2

1. Contoh Soalan 4 langkah 1

langkah 2
b) 4 500 ÷ 5 x 2 5 =

TANGAN Selesaikan
KIRI pengiraan mengikut

kedudukan tapak
tangan iaitu dari kiri

ke kanan seperti
biasa, kerana ia
melibatkan operasi
“÷” dan “x” sahaja.

4 500 ÷ 5 = 900 langkah 1
900 X 25 = 22 500 langkah 2

LATIHAN

1. 534 123 + 3 543 - 254 120 =
2. 67 549 – 367 + 1234 =
3. 7412 x 5 ÷ 20 =
4. 32 800 ÷ 8 x 16 =
5. Cari hasil darab antara 6 dengan 7 083. Kemudian, hasil darabnya

dibahagi dengan 9.

( 2 markah )

LATIHAN

. 6. Jadual 1 menunjukkan bilangan buah rambutan yang dimiliki oleh Azman dan Ahmad.

Nama Bilangan Rambutan ( biji)
Azman 865 kurang daripda Ahmad
Ahmad
3 073

Jadual 1

i) Hitung jumlah rambutan yang dimiliki oleh Azman dan Ahmad.

( 2 markah )

ii) Jika Azrul mempunyai bilangan rambutan 450 kurang daripada
Mariam, kira jumlah rambutan mereka bertiga.

( 2 markah )

LATIHAN

. 7. Encik Hassan menanam pokok mangga, rambutan dan manggis. Dia menamam 205 pokok
mangga. Bilangan pokok.rambutan ialah 27 lebih daripada bilangan pokok mangga. Bilangan
pokok manggis ialah 92 kurang daripada pokok rambutan.

i) Berapakah jumlah pokok rambutan yang ditanam?

( 2 markah )

ii) Berapakah jumlah pokok manggis yang ditanam?

( 2 markah )

Kemahiran: Operasi bergabung melibatkan
tanda kurungan.

1. Kad ku da ba ta to

ku
da
ba
ta
to

2. Murid dikenalkan dengan perkataan ku da ba ta to dan operasi.

ku kurungan ( )

da darab x

ba bahagi ÷

ta tambah +

to tolak -

3. Sekiranya soalan mempunyai kurungan hendaklah diselesaikan
dahulu dan seterusnya mengikut turutan.

Contoh Soalan

3 948 + 1 200 ÷ 4 =

1. rujuk kepada kaedah ku da ba ta to

2.

ku
da selesaikan bahagi dahulu
ba
ta diikuti dengan operasi tambah.
to

3. Selesaikan operasi yang paling tinggi. Dalam soalan di atas operasi yang
paling tinggi ialah bahagi. Jawapannya diselesaikan dengan operasi tambah.

4. 1200 ÷ 4 = 300 .
3948 + 300 = 4248.

5. Jawapan akhir ialah 4248.

Contoh Soalan:
132 x 20 – 1520 =

1. Rujuk kepada kaedah ku da ba ta to

ku selesaikan darab dahulu
2. da diikuti dengan tolak

ba

ta

to

3. Selesaikan operasi yang paling tinggi. Dalam soalan di atas operasi yang
paling tinggi ialah darab. Jawapannya diselesaikan dengan operasi tolak. Nombor
yang besar hendaklah ditolak dengan nombor yang lebih kecil

4. 132 x 20 = 2640
2640 – 1520 = 1120.

5. Jawapan akhir ialah 1120

Contoh Soalan:

12 x ( 450 + 613 )

1. Rujuk kepada kaedah ku da ba ta to

2. ku Selesaikan kurungan dahulu

iaitu operasi tambah

da diikuti dengan operasi darab

ba

ta

to

3. Selesaikan urutan yang paling tinggi iaitu kurungan. Selesaikan operasi tambah dalam
kurungan.Jawapannya didarabkan .

4. 450 + 613 = 1063
1063 X 12 = 12 756

5. Jawapan akhir ialah 12 756

Kaedah 2: Operasi bergabung
melibatkan tanda kurungan.

kurungan () Bracket of
bahagi Division
darab Multiplication
tambah Addition
tolak Subtraction

()1. Murid dikenalkan dengan Piramid BODMAS.
2. Guru terangkan kedudukan operasi- operasi mengikut

hireaki.

Kurungan ( )
Bahagi dan darab

Tambah dan tolak

Contoh Soalan:
48 x 3 + 2765

1. Merujuk kepada piramid BODMAS,

()

x Selesaikan darab
+ diikuti tambah

2. Murid menyelesaikan operasi yang tertinggi dalam pyramid.
Berdasarkan soalan, selesaikan darab dahulu diikuti dengan
tambah.

3. 48 x 3 = 144
144 + 2765 = 2909

4. Jawapannya ialah 2909

• Contoh Soalan
482 507 - 61392 ÷ 8

2. Merujuk kepada piramid BODMAS,

()

÷÷x Selesaikan bahagi
diikuti dengan tolak
-

3. Murid menyelesaikan operasi yang tertinggi dalam
piramid . Berdasarkan soalan, selesaikan dahulu bahagi diikuti dengan
tolak.

4. 61 392 ÷ 8 = 7674

482 507 - 7674 = 474 833

5. Jawapannya ialah 474 833

Contoh Soalan:
(31 056 – 947 ) x (482 – 457 )

1. Merujuk kepada piramid BODMAS,

() - Selesaikan dalam kedua-dua
x kurungan , jawapan dalam

kedua-dua kurungan
x didarabkan

2. Murid menyelesaikan operasi yang tertinggi dalam
pyramid. Berdasarkan soalan, selesaikan:

i) selesaikan kurungan yang pertama (31 056 – 947) = 30 109

ii) selesaikan kurungan yang kedua ( 482 – 457 ) = 25

iii) darabkan kedua-dua jawapan 30 109 x 25 = 752 725

3. Jawapannya ialah 752 725

Soalan

1. ( 75 508 - 6 212 ) ÷ 16 =

2 W + 835 - 4 750 = 9 869 ( 2 markah )

(i) Apakah nilai bagi W ( 2 markah )

(ii) Berdasarkan jawapan di saolan (i), bahagikah W dengan 5.

( 2 markah )

2. Selesaikan
i) 63 + 9 x 5 =

( 2 markah)

ii) Nombor di dalam segi tiga ditolak dengan nombor di dalam segi empat tepat
dan jumlahnya didarab dengan nombor dalam bulatan.

2 794 5 240 45

Hitungkan jawapannya.

( 2 markah)

3. Faiz dan Ikmal masing – masing mempunyai 340 dan 290 biji mangga.
Kesemua buah mangga itu dimasukkan secara sama banyak ke dalam 30
buah kotak.

(i) Tuliskan ayat matematik bagi situasi di atas.

( 1 markah )
(ii) Berapa biji manggakah yang terdapat dalam sebuah kotak?

( 2 markah )

4. 145 + 24 x 5 = 365 – 24 x 5 =
Kad P
Kad Q

Shahrol dapati beza jawapan antara kad P dan Kad Q adalah 20.
Buktikan sama ada dakwaan Shahrol itu benar atau salah.

( 3 markah )

5. Rajah 1 menunjukkan harga bagi tiga jenis barang

RM150 RM485 RM55

(i) Cari beza harga antara 3 buah seterika dengan 2 buah radio?

( 2 markah )

6. Jadual 2 yang tidak lengkap menunjukkan sebahagian daripada barang yang dibeli oleh
Puan Mariam.

Kuantiti Barang Harga Seunit Harga
3 Susu tepung 33 RM99
2
Tepung
Jumlah
Jadual 2

(i) Halim membayar dengan satu keping RM100 dan satu keeping RM20. Dia menerima baki sebanyak
RM18. Berapakah harga sebungkus tepung?

( 2 markah )
(ii) Peniaga itu mendapat jumlah untung sebanyak RM10. Jika untung bagi sebungkus tepung ialah

RM0.50. Berapakah keuntungan yang diperoleh daripada setin susu tepung.

( 2 markah )

7. Jadual 3 menunjukkan senarai barang yang dibeli oleh Puan Yati.

Barang Kuantiti Harga Seunit
Gula 3 kg RM3.20
Beras 7 kg RM2.80

Jadual 3
(i) Hitung jumlah harga bagi kesemua barang yang dibeli.

( 2 markah )
(ii) Puan Yati membayar dengan 7 keping wang RM5. Berapakah baki wang

Puan Yati?

( 2 markah )


Click to View FlipBook Version
Previous Book
MATEMATIK TAHUN 6
Next Book
MATEMATIK TINGKATAN 1