The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roslee69, 2021-07-04 11:24:02

PINTAR BAHASA Siri 6 Digraf Konsonan Bergabung

SIRI 6





PINTAR










BAHASA































perkataan dan ayat

digraf & konsonan




bergabung












Konstruk 9: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
bergabung.

Prakata


Matlamat utama buku SIRI PINTAR BAHASA siri 1 hingga siri 6 adalah
untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas membaca. Sasaran
utama adalah kepada murid-murid prasekolah, murid-murid di Tahun Satu,
murid-murid Pemulihan Khas di sekolah rendah dan menengah.

Kaedah yang digunakan dalam buku ini adalah latih tubi menyebut dan
mengeja suku kata, ulang membaca perkataan tanpa menyebut suku kata, baca
ayat dan baca petikan cerita. Perkataan, frasa dan ayat-ayat dalam buku ini
disusun secara bersistematik dan mengikut tata tingkat bagi membina
penguasaan kemahiran membaca .

Perkataan dan susunan bahasa yang digunakan adalah mudah dan
ringkas sesuai dengan tahap kebolehan murid. Siri buku ini diharap dapat
membantu memupuk minat murid untuk membaca.











HALIJAH JUSOH

nyamuk nyanyi nyonya


















kunyit bunyi minyak




nyaman banyak


nyaris bunyi

nyaring hanyir



nyawa hanyut

nyata kunyah


hanya lenyap



1

Suasana di tepi pantai sangat nyaman dan


tenang. Tidak kedengaran bunyi bising seperti di


bandar. Di sini hanya kedengaran bunyi ombak


dan suara nyaring kanak-kanak yang menjerit

ketika bermain ombak.


Banyak pohon nyiur yang tumbuh di tepi
pantai. Di bawah sepohon pokok rendang,

kelihatan seorang nenek tua sedang tidur


dengan nyenyak. Nenek itu ialah nyonya Tan.

Nyonya Tan pergi berkelah bersama anak dan

cucunya. Walaupun sudah tua tetapi nyonya


Tan tidak nyanyuk.

Sebatang dahan reput telah jatuh. Nyonya


Tan nyaris di hempap dahan yang jatuh itu.

Nyawa nyonya Tan masih panjang.








2

penyu senyap senyum


















renyai monyet penyapu





penyakit tanya


penyamun menyapu

punya menyikat



renyuk menyiram

renyah menyerang


sunyi menyorok



3

Ketika Mak Long sedang menyapu sampah



dan menyiram pokok di halaman, datang dua

orang penyamun menyerang Mak Long.


Penyamun itu menyuruh Mak Long senyap. Jika

Mak Long menjerit, nyawanya akan terancam.
Penyamun itu menyuruh Mak Long masuk ke


dalam rumah dan masukkan barang-barang

yang berharga ke dalam karung mereka. Mak

Long sempat menyorokkan jam tangan emas

kepunyaan Pak Long. Penyamun itu tidak

nampak.











4

bunga singa telinga


















nganga tangan lengan






kenanga sengal

jangan cengal



ringan ingat

dengan sangat

kenangan sengat


tengah pengat






5

Bunga kenanga telah memberikan

kenangan yang terindah buat saya.

Sewaktu kecil saya suka memetik bunga.



Saya menyelitkan di telinga saya.

















Singa di dalam zoo itu sangat lapar.

Mulutnya ternganga. Singa itu berbunyi

sangat kuat. Kanak-kanak terpinga-pinga


dan ketakutan mendengar bunyi singa itu.









6

pelangi wangi dingin

















angin langit bengis




ngeri dungu



senget bangun

ngilu pungut

sengit rungut

hangit merungut


tangis mengomel


5. ingin 7

Farhana mengikut kakaknya ke taman

bunga. Di taman bunga ada bermacam-



macam jenis bunga. Ada bunga mawar,

bunga raya, bunga kertas dan bunga

cempaka. Bunga cempaka sangat wangi

baunya.


Ketika Farhana di taman bunga. Hujan



lebat telah turun. Farhana berteduh di

bawah pondok. Pondok itu senget kerana

ditiup angin kencang. Farhana amat ngeri.

Selepas hujan berhenti Farhana dapat lihat

pelangi di langit. Warna pelangi sangat


cantik dan berwarna-warni.






8

Angah menolong ibunya memasak di
dapur. Angah menggoreng ikan dan

memasak nasi. Api itu besar. Ikan goreng


Angah telah hangus. Baunya hangit.




Angah menangis bimbang ibunya marah.
Ibu mengingatkan Angah supaya jangan

lalai ketika memasak di dapur kerana ia


boleh menyebabkan kebakaran.











9

syabas pensyarah isyarat


















syampu syiling






syarahan syiling

syarat nasyid



isyarat syukur

temasya syurga

masyarakat mesyuarat

dahsyat



5. syiling


6. nasyid 10


5. ingin

Sebuah syarikat pembuat syampu yang

terkenal telah bermesyuarat. Mereka

bermurah hati untuk memberi syampu


percuma kepada masyarakat yang tinggal


jauh dari bandar.


Syarikat syampu itu juga akan

mengadakan temasya sukan untuk orang


dewasa dan kanak-kanak. Hadiah akan


diberi kepada peserta yang berjaya dan

menepati syarat pertandingan. Syabas

diucapkan kepada syarikat tersebut kerana

prihatin terhadap masyarakat.




11

Syarifah Syazana ialah seorang


pensyarah. Syarifah Syazana bersyarah


tentang kisah masyarakat.


Syarifah Syazana mengingatkan pelajar-

pe
lajarnya dan masyarakat Malaysia supaya
hidup bersatu padu. Peristiwa peperangan



yang berlaku di luar negara sangat dahsyat.

Kita harus bersyukur kerana negara kita

aman damai.












12

KHAMIS








Khamis khemah surat khabar


















tarikh khasiat ghazal





khabar khidmat


khalayak akhir

khas khusus



khayal ikhlas
khazanah makhluk










13

Pada hari Khamis yang lepas sekolah



saya telah mengadakan perkhemahan

pasukan pakaian seragam. Perkhemahan itu


berlangsung selama tiga hari. Tarikh

perkhemahan telah ditetapkan oleh guru.



Kami mendirikan khemah mengikut pasukan

masing-masing.
Pelbagai aktiviti dan persembahan telah


diadakan. Ada pertandingan membuat

binaan daripada bahan terbuang. Kami telah

membuat kraf tangan daripada surat khabar


lama. Di akhir pertandingan, kami telah


diumumkan di khalayak ramai sebagai

pemenang. Jika kita ikhlas membuat sesuatu

kerja, kita pasti akan berjaya.






14

Tasya ada seorang kawan karib


berbangsa India. Namanya Asya Kumari.

Asya Kumari sangat pintar. Dia rajin

mengulangkaji pelajaran.


Asya Kumari asyik membaca buku.


Asya Kumari ada pelbagai jenis buku,

buku fiksyen, buku kisah masyarakat,

buku komik dan majalah.


Asya Kumari minat belajar Matematik


dan Bahasa Inggeris. Cita-citanya untuk

menjadi seorang pensyarah Fizik. Dia

selalu mengajar Tasya. Tasya bersyukur


mempunyai kawan seperti Asya Kumari.






15

Mari baca






cerita…















































16

Seluang Dengan Bangau

Seekor bangau yang kelaparan sedang

mencari makanan. Tiba-tiba dia melihat seekor

anak ikan seluang keluar dari celah-celah batang

rumput.


Dengan pantas, bangau menyambar anak

ikan seluang itu dengan muncungnya yang

panjang. Anak ikan meronta-ronta untuk

melepaskan diri.


“Sabar dahulu, wahai Mak Bangau !” kata
anak seluang. Bangau terperanjat mendengar


suara itu, dia tidak jadi hendak menelannya.








17

Bangau tidak menjawab kerana bimbang


jika mulutnya terbuka tentulah anak seluang itu

akan terlepas.


Anak seluang tidak berputus asa. Dia
memuji-muji akan kecantikan bangau. Bangau

berasa sungguh gembira bila mendengar pujian

daripada anak seluang. Dia tersenyum lalu

tertawa.


Apabila muncung bangau terbuka sahaja,
anak seluang itu pun terlepas daripada mulut

bangau. Anak seluang terselamat. Bangau


berasa sangat kesal.






18

Sang Kancil Dengan Sang Buaya



Sang Kancil berdiri di tebing sungai. Sang

Kancil nampak pokok rambutan di seberang

sungai. Rambutan itu berbuah lebat dan


buahnya sedang masak ranum. Sang Kancil

mengidam untuk makan buah rambutan itu.


Sang Kancil tidak pandai berenang. Sang



Kancil mencari ikhtiar bagaimana untuk

menyeberang sungai itu. Sang Kancil mendapat

satu akal.










19

Sang Kancil memanggil semua buaya

dan menyuruh semua buaya beratur. Sang

Kancil melompat ke atas kepala buaya untuk

menyeberang sungai. Sang Kancil pura-pura

mengira semua buaya yang beratur.

Akhirnya Sang Kancil sampai ke tebing


sungai. Sang Kancil mengambil buah

rambutan dan memakannya. Sang Kancil

sangat suka hati, perutnya kenyang.















20

Sang Kancil Mengalahkan Gajah



Di dalam sebuah hutan, Sang Serigala dan
Sang Monyet bermesyuarat bagaimana untuk

mengalahkan sang kancil. Sang Kancil sangat

berpengaruh di kalangan binatang-binatang di

hutan. Sang Monyet dan Sang Serigala akan

meminta pertolongan Sang Gajah. Mereka

bersetuju untuk mengadakan perlawanan


sepak-menyepak antara Sang Kancil dan Sang

Gajah.

Sang Kancil sedia untuk berlawan dengan


Sang Gajah. Haiwan yang lain menjadi

pengadil. Pertandingan pun dimulakan. Sang


Gajah menyepak betis Sang Kancil. Malangnya,

kaki Sang Gajah terkena tunggul kayu. Sang

Gajah menjerit kesakitan.



21

Sang Gajah, amat marah. Dia

menghayunkan kakinya kuat-kuat. Sang Kancil

dengan pantas menyembunyikan kakinya di

bawah tunggul kayu itu, menyebabkan sekali lagi

Sang Gajah menyepak tunggul.


Sekarang, giliran Sang Kancil menyepak kaki

Sang Gajah. Sambil menyepak Sang Kancil

menikam kaki Sang Gajah. Sang Gajah menjerit

kesakitan sambil menangis.


Akhirnya Sang Gajah mengaku kalah.

Haiwan yang lain bersorak gembira kerana Sang


Kancil telah menang dalam pertandingan itu.







22

PERBENDAHARAAN

KATA







nyaman penyamun


nyaris punya

nyaring renyuk


nyawa renyah


nyata sunyi


banyak tanya


bunyi menyapu
menyikat
hanya
hanya menyiram


hanyut menyerang


kunyah menyorok


lenyap kenanga


penyakit jangan



















23

PERBENDAHARAAN
KATA





hangit


ngeri tangis
senget
ngilu dungu


sengit bangun


ringan pungut


dengan rungut

kenangan mengomel
syarahan
tengah temasya
sengal
cengal masyarakat


ingat syiling


sangat khamis

sengat khabar


pengat tarikh


















24

Buku ini amat sesuai untuk :

 Guru prasekolah dan guru tahun satu bagi menjalankan pengajaran dan
pembelajaran secara sistematik.
 Guru-guru pemulihan khas di sekolah rendah dan menengah.
 Guru mata pelajaran Bahasa Melayu
 Bakal-bakal pendidik.

Penggunaan buku ini dapat :


 Merangsang minat murid untuk belajar membaca.
 Murid belajar bermula dari aras yang mudah kepada yang sukar.
 Meningkatkan keyakinan murid untuk meneruskan pembacaan sehingga
ke aras yang lebih tinggi.
 Memupuk sikap positif terhadap pelajaran Bahasa Melayu.
 Memperkayakan perbendaharaan kata murid.
 Meningkatkan prestasi murid.
 Memudahkan guru untuk mengetahui tahap kebolehan murid-murid

Siri Pintar Bahasa mengandungi 6 siri.


 Siri 1 mengandungi perkataan KV+KV (contoh : baju)
 Siri 2 mengandungi perkataan KV+KVK (contoh : cawan)
 Siri 3 mengandungi perkataan KVK+KVK (contoh : sampah)
 Siri 4 mengandungi melibatkan perkataan ’ng’ (contoh:burung, kambing,
songkok, longkang, tempurung )
 Siri 5 mengandungi perkataan yang melibatkan diftong dan vokal
berganding (contoh :pulau)
 Siri 6 mengandungi perkataan yang melibatkan huruf konsonan
bergabung (contoh : nyanyi)


Click to View FlipBook Version