The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razuanzunary, 2021-07-07 22:06:44

VISI_MISI,_HASIL_PEMBELAJARAN_2021

1.0 PENGGERAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

Daya upaya modal insan dan khazanah sumber Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya warga BPLTV dan warga
SMT dan KV, digabung jalin, digembleng dan digerakkan ke arah penjanaan dasar Transformasi Pendidikan Vokasional
bagi mencapai satu visi dan menyempurnakan satu misi sepunya yang terbit daripada seperanggu nilai teras yang menjadi
pegangan bersama.

2.0 VISI PENDIDIKAN VOKASIONAL

PENERAJU PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL YANG UNGGUL

Keunggulan pendidikan vokasional adalah berteraskan inisiatif Transformasi Pendidikan Vokasional bagi melahirkan modal
insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”

Keunggulan pendidikan vokasional ini menjadi acuan penempaan modal insan unggul menerusi penerapan nilai murni,
penerapan nilai aspirasi, penyuburan sikap positif, penguasaan ilmu dan pengasahan kemahiran. Modal insan unggul
keluaran model pendidikan vokasional ini membawa bersamanya kecintaan kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Dengan demikian keinginan untuk terus belajar dan berlatih.

Kecemerlangan kerjaya lulusan pendidikan vokasional ini tercapai menerusi program latihan yang berorientasikan
pembelajaran berasaskan kerja. Orientasi Work-Based Learning (WBL) ini memungkinkan kandungan ilmu dan kemahiran
yang dibekalkan kepada murid sentiasa dipertingkatkan dan diselaraskan supaya menepati keperluan baharu dalam
industri, perniagaan dan masyarakat.

VISI

Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.

MISI

Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.

3.0 HASIL PEMBELAJARAN (LO) KOLEJ VOKASIONAL

Hasil Pembelajaran adalah pernyataan tentang apa yang pelajar perlu tahu, faham dan boleh lakukan apabila tamat tempoh
pengajian. Kolej Vokasional menggunakan Domain Hasil Pembelajaran (LO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
Sebelas (11) Domain Hasil Pembelajaran:

● Pengetahuan & Kefahaman
● Kemahiran praktikal
● Kemahiran Saintifik dan Penyelesaian Masalah
● Kemahiran Komunikasi
● Kemahiran Sosial dan Kerja Berpasukan
● Kemahiran Personal
● Kemahiran Keusahawanan
● Etika & Profesionalisme
● Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab
● Kemahiran Digital
● Kemahiran Numerasi

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program ialah satu penyataan menyeluruh tentang tujuan, falsafah dan rasional dalam penawaran sesuatu
program. Objektif Program pula merupakan penyataan-penyataan tentang apa yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar
untuk mencapai matlamat program. Manakala program pula merupakan susunan modul yang di struktur untuk satu tempoh
tertentu dan peringkat pembelajaran, bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan yang lazimnya
menjurus kepada penganugerahan satu kelayakan. Oleh itu, struktur program KV bagi kursus teras merangkumi 70 peratus
kemahiran dan 30 peratus teori yang bertujuan melahirkan graduan berteknologi.

Matlamat program Diploma KV adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berteknologi dalam
pelbagai bidang yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi.

5.0 PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO), PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO) DAN
COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)

Perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) mewajibkan setiap program akademik perlu mempunyai Programme
Educational Objectives (PEO). PEO perlu dibuat penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan pihak-pihak
berkepentingan (stakeholders) agar menepati keperluan dan kehendak mereka. PEO yang disemak semula juga perlu
dihubungkaitkan dengan visi dan misi KV. Setiap program disemak semula perlu mempunyai beberapa penyataan PEO.
Penyataan tersebut mestilah merangkumi domain Pengetahuan dan Kemahiran Praktikal dan merangkumi gabungan tujuh
(7) domain Kemahiran Insaniah (KI).

Analisa pencapaian PEO samada tercapai atau tidak, bergantung kepada KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian
PEO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur selepas 3 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduan.

Secara umumnya definisi untuk PEO, PLO dan CLO adalah seperti dalam Jadual 1

Pernyataan Definisi Penilaian

Objektif Pendidikan Program Satu set penyataan-penyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan Penilaian selepas
(PEO) yang perlu dicapai oleh setiap graduan dalam sesuatu program
akademik setelah berada di alam pekerjaan selama di antara 3 - 5 tahun. beberapa tahun
Hasil Pembelajaran Program
(PLO) Satu set penyataan-penyataan yang menjelaskan hasil-hasil kohort tersebut
pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah
Hasil Pembelajaran Kursus melengkapkan/ lulus dalam semua kursus yang ditawarkan dalam bergraduan (di antara
(CLO) kurikulum sesuatu program akademik.
Satu set penyataan-penyataan (eksplisit dan boleh diukur) menerangkan 3 - 5 tahun).
hasil-hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh seseorang pelajar di
akhir sesuatu kursus. Dinilai di hujung
semester terakhir.
Jadual 1: Definisi PEO, PLO dan CLO
Dinilai pada awal dan

hujung setiap

semester (entrance

and exit survey).

5.1 MEMBENTUK OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

Pembentukan PEO untuk setiap program adalah berdasarkan kepada visi dan misi KV KPM. Semua PEO direka bentuk
untuk memenuhi keperluan dan harapan pihak-pihak kepentingan (stakeholder). Pemetaan antara PEO dengan visi, misi
dengan keperluan stakeholder ditunjukkan dalam Rajah 4. Semua PEO akan menggambarkan pencapaian pelajar yang
dijangkakan. Pencapaian PEO akan mengenal pasti pencapaian visi dan misi kolej yang telah ditetapkan.

MISI KV KPM MATLAMAT KEPERLUAN stakeholder
VISI KV KPM PROGRAM,
OBJEKTIF CIRI GRADUAN:
PROGRAM 1. Pengetahuan yang baik.
2. Kemahiran amali.
3. Kemahiran menyelesaikan

Masalah.
4. Kemahiran berkomunikasi

yang baik.
5. Menghasilkan kerja yang

Berkualiti.
6. Personaliti yang baik.
7. Kemahiran insaniah yang

Baik.
8. Sikap yang positif.
9. Menunjukkan kemahiran

kepimpinan yang berkualiti.
10. Kemahiran Digital.
11. Kemahiran Numerasi.

Rajah 4: Pembentukan Objektif Pendidikan Program

Programme Educational Objective (PEO) bermaksud satu set penyataan yang menerangkan hasil pendidikan yang perlu
dicapai oleh setiap pelajar dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama antara 3-5
tahun.

Objektif Pendidikan Program (PEO) Kolej Vokasional:

a) Graduan mempamerkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran kognitif dalam bidang Teknologi Maklumat;
b) Graduan menunjukkan kecakapan kerja dalam bidang Teknologi Maklumat;
c) Graduan menunjukkan kemahiran personal dan kemahiran keusahawanan dalam bidang Teknologi Maklumat;
d) Graduan mempamerkan etika dan profesionalisme, kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam bidang

Teknologi Maklumat.

5.2 MEMBENTUK HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Setelah PEO disediakan, PLO perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara eksplisit merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai
sebelas penyataan PLO yang mengandungi kesemua sebelas domain hasil pembelajaran (LO). Lazimnya pencapaian PLO
terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduan.

Programme Learning Outcome (PLO) ditakrifkan sebagai satu set penyataan yang menerangkan hasil pembelajaran yang
perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan atau lulus semua kursus dalam kurikulum sesebuah program
akademik. Pembentukan PLO adalah sangat penting sebagai dokumen asas untuk melaksanakan sesuatu program.
Semua PLO KV dibentuk mengikut sebelas hasil pembelajaran (LO) yang ditetapkan oleh KPM. Kesemua hasil
pembelajaran ini juga disejajarkan dengan domain pembelajaran Taksonomi Bloom iaitu Kognitif (C), Psikomotor (P) dan
Afektif (A).

BPLTV telah menetapkan sebelas (11) PLO yang perlu bagi sesebuah program yang dilaksanakan di KV berdasarkan
sebelas Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program, pelajar KV akan dapat:

1. Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan pelbagai
tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Maklumat. [LO1]

2. Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang
Teknologi Maklumat [LO2]

3. Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan bidang
Teknologi Maklumat. [LO3]

4. Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan
menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens. [LO4]

5. Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat. [LO5]
6. Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya. [LO6]
7. Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan. [LO7]
8. Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial. [LO8]
9. Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan. [LO9]
10. Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data.

[LO10]
11. Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang. [LO11]

5.3 MEMBENTUK HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Hasil Pembelajaran Kursus dibentuk dengan menggunakan Taksonomi Bloom yang mengandungi tiga domain iaitu domain
kognitif, psikomotor dan afektif. Domain kognitif mengandungi enam aras, afektif mempunyai lima aras dan psikomotor ada
tujuh aras.

Jadual 2 (a), 2 (b) dan 2 (c) menunjukkan Domain pembelajaran Taksonomi Bloom bagi domain kognitif, psikomotor dan
afektif.

Domain Kognitif: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya;

Mengingat (C1) Berupaya/ berkebolehan untuk: mengecam, mengulangi,
Memahami (C2) menyenaraikan, menggambarkan, mengenal pasti, mengulangi,
Mengaplikasi (C3) menamakan, mengingat semula, menyatakan, memberitahu,
Menganalisis (C4) mengaitkan, mengesan, menulis, mencari.

Menilai (C5) Berupaya/ berkebolehan untuk: mengaitkan, menjelaskan,
Mencipta (C6)
mengklasifikasikan, membezakan, membincangkan,

menganggarkan, menyatakan, melanjutkan, mengenal pasti,

menunjukkan, mentafsir, mengesan, meramalkan, menegaskan,

memilih.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mengira, menukar, memilih,
melengkapkan, membina, menunjukkan, menghasilkan penemuan,
mengambil, meneliti, menggambarkan, mentafsir, mengubah suai,
mengamalkan, melakarkan, menguji, menyelesaikan, mengitlak,
mengaitkan, mengaplikasi.

Berupaya/ berkebolehan untuk: menganalisis, menilai, menyusun,
mengira, mengkategorikan, mengklasifikasikan, membandingkan,
menyambung, membezakan, mengkritik, membahaskan,
membahagikan, menguji, menyimpulkan, meneliti, menyiasat,
mempersoalkan, mengasingkan.

Berupaya/ berkebolehan untuk: menilai, memberi hujah,
melampirkan, memilih, membandingkan, meyakinkan, mengkritik,
menyokong, membela, menghakimi, mengukur, meramal,
mengesyorkan, menyemak, memberikan skor, membuat
pertimbangan, membuat kesimpulan, menilai kewajaran.

Berupaya/ berkebolehan untuk: mereka bentuk, mencipta,
merancang, membina, menghasilkan, mengarang, meramal,
mengembangkan, imaginasi, mengusul, menjana, membangun.

Jadual 2 (a): Domain Kognitif

Domain Psikomotor: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya;

Persepsi (P1) Berupaya/ berkebolehan untuk: memilih, menerangkan, mengesan, mengenal
pasti, membezakan, mengecam, menghubung kait, menyisihkan.
Set (P2) Berupaya/ berkebolehan untuk: memulakan, mempamerkan, menghuraikan,
Respons Berpandu memindahkan, meneruskan, memberi tindak balas, menyatakan, menunjukkan.

(P3) Berupaya/ berkebolehan untuk: menyalin, menjejaki, mengikuti, memberi respons,
menghasilkan semula, memberikan tindak balas.
Mekanisme (P4)
Berupaya/ berkebolehan untuk: mencantumkan, menentu ukur, membina,
Respons Ketara merungkai, mempamerkan, memasang, memanipulasi, membaiki,
Kompleks (P5) mengorganisasikan, melakarkan, mencampurkan, mengukur.
Berupaya/ berkebolehan untuk: mencantumkan, membina, mempamerkan,
Adaptasi (P6) mengukur, memanipulasi, menganjurkan, melakar, merungkai, mengenakan,
Lakuan Tulen (P7) membaiki.
Berupaya/ berkebolehan untuk: mengadaptasi, mengubahsuai, menukar, mengatur
semula, mengorganisasikan semula, menyemak, mempelbagaikan
Berupaya/ berkebolehan untuk: menyasarkan, mereka bentuk, mencipta,
membangunkan, mengarang, mencantumkan, membina.

Jadual 2 (b): Domain Psikomotor

Menerima (A1) Domain Afektif: Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya;

Memberi Maklum Berupaya/ berkebolehan untuk: memilih, mengikut, menghuraikan,
Balas (A2) memberi, memegang, menggunakan, menjawab, mengenal pasti.
Berupaya/ berkebolehan untuk: membantu, menjawab, mematuhi,
Menilai (A3) membincangkan, menolong, melaksanakan, mengamalkan, membentangkan,
Mengorganisasi menulis, melaporkan, memilih, mendeklamasikan.
Berupaya/ berkebolehan untuk: menerangkan, menunjukkan cara,
(A4) membezakan, mewajarkan, melaporkan, memilih.
Berupaya/ berkebolehan untuk: mengatur, menyatu padu, mengorganisasi,
Menghayati (A5) menghubung kait, membuat sintesis, menghuraikan, membandingkan.
Berupaya/ berkebolehan untuk: membezakan, mempamerkan,
mempengaruhi, memupuk, membudayakan, menyemak, menyelesaikan,
mengesahkan, mencadangkan.

Jadual 2 (c): Domain Afektif

JADUAL 3: PEMETAAN STRATEGI PERLAKSANAAN KURIKULUM TERHADAP PEO DAN PLO

STRATEGI PEO PLO
PEO1
Melaksanakan kurikulum pendidikan vokasional PEO1 PLO1, PLO3
berasaskan industri PEO2 PLO1, PLO3
PEO4 PLO2, PLO4, PLO5,
Mentadbir urus institusi pendidikan vokasional bagi PEO1 PLO10, PLO11
melahirkan modal insan berkemahiran. PLO8, PLO9
PEO3
Mengadakan kolaborasi dengan rakan strategik bagi PEO2 PLO1, PLO3
perluas akses, jamin kualiti dan tingkat kebolehkerjaan PEO4
melalui MOU dalam Latihan Industri, sangkutan guru PEO1 PLO6, PLO7
dan perkongsian pintar kepakaran dan peralatan.
PEO4 PLO2, PLO4, PLO5,
Melaksanakan dan menyelaraskan Pentaksiran PLO10, PLO11
PLO8, PLO9
Perterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) berdasarkan
PLO1, PLO3
Standard Operation Prosedure (SOP)
PLO8, PLO9
Melaksana dan menyelaraskan kualiti sumber manusia
bagi meningkatkan daya upaya organisasi pendidikan
vokasional KPM

6.0 MATLAMAT PENDIDIKAN PROGRAM

Matlamat program Diploma Teknologi Maklumat ialah untuk membentuk Pembantu Jurutera
/Juruteknik yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

6.1 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM
Program Diploma Teknologi Maklumat mampu menghasilkan Pembantu Jurutera /Juruteknik yang:

PEO PLO VISI MISI

HASIL Peneraju Memperkasa KPI
PEMBELAJARAN pendidikan pendidikan teknikal
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PLO) teknikal dan dan vokasional melalui
PROGRAM (PEO) vokasional pelaksanaan program
yang unggul
yang berkualiti.

PE0 1 Graduan PLO 1 Pengetahuan & 80% graduan berpengetahuan, pemahaman
mempamerkan PLO 3 Kefahaman / / dan berkemahiran kognitif dalam bidang
pengetahuan,
pemahaman dan Kemahiran Teknologi Maklumat
Saintifik dan 75% graduan berkebolehan dalam
kemahiran Penyelesaian menentukan, menganalisis dan menyelesaikan
kognitif dalam / / masalah berkaitan bidang Teknologi
Masalah Maklumat
bidang
Teknologi Kemahiran
Maklumat Praktikal

PLO 2 //

PEO 2 Graduan PLO 4 Kemahiran / 70% graduan bekerja di dalam bidang
menunjukkan PLO 5 Komunikasi / / Teknologi Maklumat
kecakapan kerja PLO 10 /
dalam bidang Kemahiran 10% graduan terlibat dalam penulisan laporan
Sosial & Kerja teknikal/keselamatan atau terlibat dalam
Teknologi Berpasukan
Maklumat / taklimat ringkas menjalankan kerja
Kemahiran 90% graduan mempunyai Kemahiran
Digital Komunikasi dan Kemahiran Sosial & Kerja

Sepasukan di alam pekerjaan.
/ 80% graduan mengaplikasi kemahiran digital

dan numerasi di alam pekerjaan

PLO 11 Kemahiran / /
Numerasi /
/ /
PEO 3 Graduan PLO 6 Kemahiran / 10 % graduan terlibat dalam aktiviti
PEO 4 menunjukkan PLO 7 Personal / keusahawanan
PLO 8 20 % graduan menyambung pelajaran atau
kemahiran PLO 9 Kemahiran telah menghadiri kursus untuk peningkatan
personal dan Keusahawanan
/ kemahiran
kemahiran Etika &
keusahawanan Profesionalisme / 90% graduan mematuhi etika dan
dalam bidang professionalisme dalam pekerjaan
Kepimpinan,
Teknologi Autonomi dan 5% mempunyai berperanan sebagai ketua
Maklumat Tanggungjawab / dalam kerja kumpulan atau menjadi pemimpin
Graduan
mempamerkan dalam komuniti
etika dan
profesionalisme,
kepimpinan,
autonomi dan
tanggungjawab
dalam bidang
Teknologi
Maklumat

6.2 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Di akhir program Diploma Teknologi Maklumat pelajar akan boleh:

PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) LEARNING OUTCOMES
(LO)

Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan Pengetahuan & Kefahaman

1 teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam

bidang Teknologi Maklumat;

2 Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk Kemahiran Praktikal
melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Maklumat;
Kemahiran Saintifik dan
3 Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta Penyelesaikan Masalah
menyelesaikan masalah spesifik berkaitan bidang Teknologi Maklumat;

Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam Kemahiran Komunikasi

4 menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai

audiens;

5 Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan Kemahiran Sosial & Kerja
berkhidmat kepada masyarakat; Berpasukan

Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat Kemahiran Personal
dan perkembangan kerjaya;
6

Kemahiran Keusahawanan

7 Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan;

Etika & Profesionalisme

8 Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta
sosial;

9 Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang Kepimpinan, Autonomi dan
signifikan; Tanggungjawab

10 Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran Kemahiran Digital
serta mencari dan memproses data;

Kemahiran Numerasi

11 Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang.

Adaptasi daripada Jadual 1. Mapping of Program Learning Outcomes (PLO) against the Programme
Educational Objective (PEO), Mapping of COPPA 2nd Edition 2017 (ms 38)

6.3 MATRIKS PEO – LO

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES Knowledge &
(PEO) Understanding
Practical Skills
Problem Solving &
Scientific Skills
Communication skills
Social Skills & Teamwork

Skills
Personal Skills
Entreprenuerial Skills
Ethics & Professionalism
Leadership, Autonomy
and Responsibility

Digital Skills
Numeracy Skills

PEO 1 Graduan mempamerkan pengetahuan, LO1 LO2 LO3 LO4 LO5 LO6 LO7 LO8 LO9 LO10 LO11
pemahaman dan kemahiran kognitif X X
dalam bidang Teknologi Maklumat

PEO 2 Graduan menunjukkan kecakapan XX
kerja dalam bidang Teknologi X X X
Maklumat

PEO 3 Graduan menunjukkan kemahiran
personal dan kemahiran
keusahawanan dalam bidang XX
Teknologi Maklumat

PEO 4 Graduan mempamerkan etika dan
profesionalisme, kepimpinan, autonomi
dan tanggungjawab dalam bidang XX
Teknologi Maklumat

Adaptasi daripada Jadual 1. Mapping of Program Learning Outcomes (PLO) against the Programme
Educational Objective (PEO), Mapping of COPPA 2nd Edition 2017 (ms 38)

6.4 MATRIKS PLO – PEO

PROGRAMME EDUCATIONAL OUTCOMES (PEO)

PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO)

PEO 1 PEO 2 PEO 3 PEO 4

PLO 1 Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan X
pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan
pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang
Teknologi Maklumat;

PLO 2 Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan X
prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang
Teknologi Maklumat;

PLO 3 Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan X
menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan
bidang Teknologi Maklumat;

PLO 4 Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas X
serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan
menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens;

PLO 5 Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau X
berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat;

PLO 6 Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek X
pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan
kerjaya;

PLO 7 Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang X
berkaitan;

PLO 8 Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam X
persekitaran pekerjaan serta sosial;

PLO 9 Mempunyai kepimpinan, autonomi dan X
kebertanggungjawaban yang signifikan;

PLO 10 Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong X
aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data;

PLO 11 Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan X
bidang.

Adaptasi daripada Jadual 1. Mapping of Program Learning Outcomes (PLO) against the Programme
Educational Objective (PEO), Mapping of COPPA 2nd Edition 2017 (ms 38)


Click to View FlipBook Version