The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

fliphtml5.vpdfs.com_laporan-pta-1-2024-teknologi-pemesinan-industri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORMELA BINTI ISMAIL Moe, 2024-06-25 05:43:47

fliphtml5.vpdfs.com_laporan-pta-1-2024-teknologi-pemesinan-industri

fliphtml5.vpdfs.com_laporan-pta-1-2024-teknologi-pemesinan-industri

Keywords: Teknologi Pemesinan Industri

31 Rajah 3.20 : Pemasangan bahan Rajah 3.21 : Operasi melarik permukaan Rajah 3.22 : Operasi melarik selari • Bahan kerja dipasang pada bindu untuk memulakan proses melarik bahan kerja • Proses pertama yang dilakukan ialah proses melarik permukaan ataupun ‘facing’. Proses ini dilakukan adalah untuk menepatkan ukuran panjang bahan kerja • Proses kedua pula ialah proses melarik selari ataupun ‘straight turning’. Proses ini dilakukan adalah untuk mendapatkan diameter belakang bahan kerja daripada Ø48mm kepada Ø38mm


32 Rajah 3.23 : Operasi menggerudi Ø6mm Rajah 3.24 : Operasi menggerudi Ø11mm Rajah 3.25 : Operasi menggerudi Ø16mm • Proses ketiga ialah proses menggerudi ataupun ‘drilling’. Sebelum proses menggerudi dijalankan, bahan kerja akan digerudi pusat ataupun ‘centre drill’. Selepas digerudi pusat, proses menggerudi dimulakan dengan bahan kerja digerudi menggunakan mata alat gerudi bersaiz Ø6mm, Ø11mm, Ø16mm dan Ø20mm.


33 Rajah 3.26 : Operasi menggerudi Ø20mm Rajah 3.27 : Operasi boring Rajah 3.28 : Hasil kerja • Proses keempat ialah proses membesarkan lubang ataupun ‘boring’. Proses ini dilakukan untuk membesarkan lubang kepada Ø21.5mm • Setelah selesai bahagian belakang bahan kerja, proses kerja diteruskan dengan melarik selari secara bertingkat bahagian hadapan bahan kerja kepada diameter Ø25mm dan Ø8mm.


34 Rajah 3.29 : Proses die M8 x 1.25 • Akhir sekali, bahan kerja diikat pada ragum kerja dan proses membenang luar dilakukan menggunakan alat jenis ‘die’ bersaiz M8 x 1.25. 9 Rajah 3.31 : Pemasangan bahan -Bahagian Bore Pencucuk • Bahan kerja dipotong kepada panjang yang dikehendaki iaitu 55mm dan diameternya ialah 40mm • Kemudian, ikat bahan kerja pada ragum dengan ketat untuk melakukan prosesproses melarik. Rajah 3.30 : Proses memotong bahan kerja


35 Rajah 3.32 : Proses melarik permukaan Rajah 3.33 : Proses menebuk pusat Rajah 3.34 : Proses larik selari • Proses pertama ialah melakukan proses larik permukaan untuk mendapatkan ukuran panjang yang tepat iaitu 45mm. • Proses kedua ialah proses menebuk pusat pada bahagian tengah permukaan supaya alatan belakang boleh memegang bahan kerja dengan lebih kuat untuk melakukan proses seterusnya. • Proses ketiga ialah melakukan proses larik selari untuk mendapatkan ukuran diameter tepat iaitu 40mm.


36 Rajah 3.35 : Proses menggerudi Ø6.75 Rajah 3.36 : Proses membenang dalam Rajah 3.37 : Proses larik sudut • Proses keempat ialah menggerudi bahagian tengah pusat bahan kerja sehingga mendapat ukuran tepat Ø6.75.Kemudian buang segi pada bahagian luar lubang yang telah digerudi untuk melakukan proses “taper” ataupun membenang dalam. • Proses kelima ialah ikat bahan pada ragum meja,kemudian lakukan proses membenang dalam menggunakan ‘hand tap’ bersaiz 8 x 1.25mm. • Proses keenam ialah melakukan proses melarik sudut,Gerakkan tiang mata alat kepada sudut 45° kemudian ketatkan. Proses melarik sudut dilakukan sehingga mendapat bentuk yang tirus dan tajam.


37 3.4.2 Bahagian Pemasangan Setelah semua proses fabrikasi telah siap, proses pemasangan akan dilakukan untuk membentuk satu projek yang telah siap. Dalam subtopik ini, proses pemasangan dilampirkan di dalam jadual 6. Jadual 6 : Jadual Pemasangan Projek BIL GAMBAR RAJAH PENERANGAN 1 Rajah 3.38 : Proses kimpalan Rajah 3.39 : Proses mencanai -Pemasangan kaki meja dan besi frame 500mm • Untuk proses ini empat batang kaki meja bersaiz 600mm x 50mm x 25mm akan dicantumkan menggunakan proses kimpalan ataupun welding. • Dua batang kaki ini akan dikimpal 37erjaya dengan besi frame bersaiz 500mm x 50mm x 25mm di bahagian atas untuk membentuk satu pasang kaki meja. • Sesiku L digunakan untuk memastikan kaki dan besi frame dikimpal pada sudut tepat 45°. • Kemudian kesan kimpalan akan dicanai menggunakan mesin pencanai mudah alih untuk mendapat hasil penyudah yang baik. Untuk kaki ini ia akan dihasilkan sebanyak dua set kaki.


38 2 Rajah 3.40 : Proses kimpalan -Pemasangan besi frame 550mm • Untuk besi frame 550mm yang bersaiz 550mm x 50mm x 25mm ianya akan dicantumkan 38erjaya dua set kaki yang telah dihasilkan pada proses sebelumnya. Besi ini akan dikimpal dibahagian atas kaki meja untuk membentuk sebuah frame meja yang lengkap. 3 Rajah 3.41 : Proses kimpalan -Pemasangan penyokong kaki • Dua batang penyokong kaki bersaiz 500.5mm X 50mm X 25mm disambung menggunakan proses kimpalan atau welding. • Kemudian, ratakan permukaan yang telah dikimpal menggunakan mesin pencanai mudah alih sehingga mendapat permukaan yang rata dan licin 4 Rajah 3.42 : Proses pemasangan penyokong bawah meja -Pemasangan penyokong bawah meja • Setelah proses pemasangan besi frame selesai, proses pemasangan penyokong bawah meja akan dilakukan. • Proses penandaan dilakukan dengan mengambil ukuran dari permukaan besi frame 550mm dengan ukuran 100mm dari tepi • Penyokong bawah meja yang bersaiz 551mm x 50mm x 25mm ini akan dikimpal dibahagian tepi besi frame 500mm befungsi sebagai penyokong meja dan bilah ragum


39 5 Rajah 3.43 : Proses penandaan Rajah 3.44 : Proses penandaan Rajah 3.45 : Proses memotong -Pemasangan tiang kiri, kanan dan atas • Pemasangan tiang dimulakan dengan proses penandaan pada tiang kiri,kanan dan atas. • Untuk proses ini sesiku L digunakan untuk menanda sudut 45° • Setelah proses menanda selesai, besi tiang kiri,kanan dan atas akan dipotong menggunakan mesin canai mudah alih mengikut penanda yang telah dilakukan pada proses sebelumnya


40 Rajah 3.46 : Proses kimpalan Rajah 3.47 : Proses mencanai Rajah 3.48 : Hasil Projek • Seterusnya, proses kimpalan tiang kanan dan tiang atas dilakukan dengan menggunakan sesiku L sebagai penanda 90°.Begitu juga proses yang sama diulang untuk tiang kiri dan tiang atas untuk membentuk satu tiang kiri,kanan dan atas yang lengkap • Pada permukaan atas besi frame 500mm akan ditanda 275mm dari tepi untuk mendapatkan kedudukan centre tiang • Kemudian tiang bahagian kiri dan kanan akan dikimpal mengikut penandaan yang telah ditanda pada proses sebelumnya. • Setelah selesai proses kimpalan, semua bahagian yang telah dikimpal akan dicanai menggunakan mesin canai mudah alih untuk mendapatkan hasil penyudah yang baik.


41 6 Rajah 3.49 : Proses membersihkan frame Rajah 3.50 : Proses mengecat frame -Proses Mengecat Frame • Semua frame akan dilap terlebih dahulu menggunakan kain untuk mengelakkan adanya habuk-habuk yang melekat • Semua bahagian frame dicat menggunakan roller cat dan cat minyak hitam 7 Rajah 3.51 : Roda diletakkan pada tapak kaki meja -Pemasangan Roda • Roda diletakkan pada tapak kaki meja untuk memastikan tapak roda berada pada kedudukan centre.


42 Rajah 3.52 : Proses kimpalan Rajah 3.53 : Hasil pemasangan • Setelah tapak roda berada pada kedudukan centre, tapak roda dikimpal penuh disekeliling tapak. Proses ini berulang untuk 3 lagi kaki meja yang tinggal. 8 Rajah 3.54 : Chequered plate diletakkan di atas frame dan diikat menggunakan apit G -Pemasangan meja aluminium chequered plate • Seterusnya meja aluminium chequered plate yang bersaiz 600mm x 600mm x 3mm diletakkan di atas frame meja.


43 Rajah 3.55 : Proses menggerudi Ø3mm Rajah 3.56 : Proses rivet Rajah 3.57 : Proses mencanai • Sebelum proses rivet dilakukan, permukaan plate akan digerudi saiz Ø3mm terlebih dahulu. • Paku rivet dimasukkan ke dalam lubang yang telah digerudi dan rivet gun digunakan untuk mematikan paku rivet pada permukaan plate • Untuk permukaan plate yang terkeluar sedikit daripada frame, ianya akan dicanai menggunakan mesin pencanai mudah alih sehingga permukaan plate selari dengan frame.


44 9 Rajah 3.58 : Proses penandaan Rajah 3.59 : Proses penandaan Rajah 3.60 : Proses menebuk pusat -Pemasangan bilah ragum pada meja • Untuk ragum ianya mempunyai 4 bilah yang menggunakan jenis bahan stainless steel yang bersaiz 170mm x 150mm x 4mm bagi setiap bilah. • Pada bahagian meja akan ditanda terlebih dahulu mengikut ukuran yang telah ditetapkan • Untuk memasang bilah ragum ini, 8 steel bracket digunakan untuk memegang bahagian kiri dan kanan bilah • Bracket ditanda telebih dahulu menggunakan tolok tinggi 44erjaya untuk mendapatkan titik tengah lubang yang ingin digerudi • Selepas proses menanda selesai, garisan tengah atau titik pusat akan ditebuk pusat menggunakan penebuk pusat


45 Rajah 3.61 : Proses menggerudi Ø8mm Rajah 3.62 : Proses menggerudi Ø8mm Rajah 3.63 : Pemasangan bolt dan nuts • Bracket diikat pada ragum dan proses menebuk dilakukan menggunakan mesin gerudi dengan menggunakan mata alat Ø8mm • Untuk bilah ragum juga akan diikat pada ragum dan digerudi menggunakan mata alat Ø8mm • Seterusnya, steel bracket yang telah ditebuk akan dimasukkan dan diikat menggunakan bolt dan nuts pada bilah ragum


46 Rajah 3.64 : Proses menggerudi Ø3mm Rajah 3.65 : Proses rivet Gambar ragum siap pasang • Bilah ragum yang telah diikat pada proses sebelumnya akan diletakkan di atas meja mengikut penandaan yang telah dilakukan. Steel bracket tersebut akan digerudi menggunakan mata alat Ø3mm sehingga menembusi meja. • Setelah lubang selesai digerudi tembus, paku rivet akan dimasukkan dan dirivet pada meja menggunakan rivet gun. Proses yang sama akan diulang untuk 3 lagi bilah ragum. 10 Rajah 3.66 : Proses pemasangan penghadang menggunakan apit G -Pemasangan penghadang 600mm & 608mm • Penghadang akan diikat terlebih dahulu menggunakan apit G pada frame meja.


47 Rajah 3.67 : Proses selarikan penghadang dengan frame Rajah 3.68 : Proses menggerudi Ø3mm Rajah 3.69 : Proses rivet • Seterusnya, penghadang akan diketuk menggunakan tukul besi untuk memastikan penghadang selari dengan frame meja • Setelah selari, penghadang akan digerudi menggunakan mata alat Ø3mm sehingga menembusi frame meja • Paku rivet akan dimasukkan ke dalam lubang yang telah digerudi dan dirivet menggunakan rivet gun


48 11 Rajah 3.70 : Proses penandaan spacer Rajah 3.71 : Proses mengapit dan menggerudi lubang Ø6mm pada tiang atas Rajah 3.72 : Proses mengikat skru -Pemasangan pneumatic pump pada tiang atas • Spacer ditanda mengikut ukuran yang telah ditetapkan menggunakan tolok tinggi 48erjaya • Semua lubang digerudi Ø6mm menggunakan mesin gerudi • Bahagian atas tiang ditanda mengikut ukuran • Pengapit digunakan untuk mengapit spacer pada tiang atas • Tiang atas akan digerudi 4 lubang bersaiz Ø6mm • Pneumatic pump diikat pada tiang atas menggunakan 4 skru M6 x 1.25


49 12 Rajah 3.73 : Proses pemasangan hos -Pemasangan hos pada pneumatic pump switch dan pneumatic pump kepada compressor • Dua hos disambungkan daripada pneumatic pump ke solenoid valve 5/2 way berfungsi sebagai penghantar udara yang disalurkan daripada compressor.


50 3.5 JENIS-JENIS MESIN YANG DIGUNAKAN Pelbagai mesin digunakan untuk menghasilkan projek ini. Di dalam subtopik ini akan diterangkan jenis-jenis mesin yang digunakan di dalam jadual 7. Jadual 7 : Jenis-jenis mesin yang digunakan BIL JENIS MESIN PENERANGAN 1 Mesin CNC EDM Wirecut Rajah 3.74 : Mesin CNC EDM Wirecut • Menggunakan arahan program CNC untuk menggerakkan bahan kerja pada axis X dan Y dalam satah melintang untuk memotong pelbagai bentuk • Proses pemotongan dilakukan menggunakan dawai menegak yang dialirkan 50erjaya dengan cecair dielektrik 2 Mesin Gergaji Kuasa Band saw Rajah 3.75 : Mesin gergaji kuasa band saw • Proses untuk memotong bahan dilakukan secara mendatar dengan bilah gergaji berbentuk pita • Mesin ini digunakan untuk memotong bahan mentah kepada bentuk dan saiz yang dikehendaki


51 3 Mesin Larik Konvensional Rajah 3.76 : Mesin Larik Konvesional • Proses melarik dilakukan dengan menggunakan mata alat jenis karbida • Penggunaan mesin ini adalah untuk melarik selari, melurah, melarik sudut,menggerudi dan membenang dalam bahagian bore pencucuk • Mesin ini digunakan untuk menepatkan ukuran bahan kerja berbentuk silinder mengikut ukuran pada lukisan 4 Mesin pencanai mudah alih Rajah 3.77 : Mesin pencanai mudah alih • Digunakan untuk mencanai permukaan dan memotong sebarang jenis bahan • Ianya bersaiz kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja • Mata alatnya terdiri dari pelbagai jenis dan saiz


52 5 Mesin Gerudi Rajah 3.78 : Mesin gerudi • Digunakan untuk menggerudi lubang Ø3mm sebelum memasukkan paku rivet • Pelbagai saiz diameter mata alat gerudi dapat digunakan 3.6 PERALATAN YANG DIGUNAKAN Pelbagai peralatan yang digunakan untuk menghasilkan projek ‘ Durian Master ‘ ini. Di dalam jadual 8 telah diterangkan semua jenis peralatan yang digunakan. Jadual 8 : Peralatan yang digunakan BIL GAMBAR RAJAH PENERANGAN 1 Mata alat karbida Rajah 3.79 : Mata alat karibida • Digunakan untuk proses melarik selari dan melarik sudut pada bahan kerja berbentuk silinder


53 2 Set spana soket T Rajah 3.80 : Pengikat bindu Rajah 3.81 : Pengikat tiang mata alat • Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan bolt pada tiang mata alat • Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan pegangan bahan kerja pada bindu 3 Gerudi Pusat (Spot drill) Rajah 3.82 : Mata alat gerudi pusat • Digunakan untuk menggerudi spot pada bahan kerja sebelum bahan kerja disokong oleh tetengah alatan belakang


54 4 Tetengah alatan belakang Rajah 3.83 : Alatan belakang • Digunakan untuk menyokong bahan kerja semasa proses melurah dilakukan 5 Mata gerudi saiz Ø6mm, Ø11mm, Ø16 dan Ø20mm Rajah 3.84 : Mata alat gerudi Ø6mm Rajah 3.85 : Mata alat gerudi Ø11mm • Mata alat gerudi bersaiz Ø6mm, Ø11mm, Ø16 dan Ø20mm digunakan untuk menggerudi bahan kerja


55 Rajah 3.86 : Mata alat gerudi Ø16mm Rajah 3.87 : Mata alat gerudi Ø20mm 6 Ellen key Rajah 3.88 : Ellen key • Digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru ellen key pada kekesot bergabung


56 7. Mata Alat Tap M8x1.25 Rajah 3.89 : Mata alat tap • Digunakan untuk membuat proses membenang dalam pada bahan kerja 8. Mata Alat Die M8x1.25 Rajah 3.90 : Mata alat die • Digunakan untuk membuat proses membenang luar pada bahan kerja 9. Perengkuh Mata Alat Tap Rajah 3.91 : Perengkuh mata alat tap • Digunakan untuk memegang mata alat tap


57 10. Perengkuh Mata Alat Die Rajah 3.92 : Perengkuh mata alat die • Digunakan untuk memegang mata alat die 9. Rivet gun Rajah 3.93 : Rivet gun • Digunakan untuk memasang paku rivet


58 10. Paku rivet saiz Ø3mm Rajah 3.94 : Paku rivet • Digunakan untuk proses pemasangan chequered plate, penghadang dan ragum. 10. Apit G Rajah 3.95 : Apit G • Digunakan untuk mengapit chequered plate semasa pemasangan meja pada frame dilakukan 3.7 PENGIRAAN KOS PROJEK Setiap projek mempunyai kos yang berbeza-beza. Ianya merangkumi kos bahan mentah, kos upah, kos mesin, kos overhead, kos standard part dan kos keseluruhan. 3.7.1 Kos Bahan Mentah Kos bahan mengandungi semua perincian tentang jenis bahan, bahagian, harga per unit, saiz, kuantiti dan jumlah harga. Di dalam suptopik ini, telah diterangkan semua perkara tersebut tentang projek ini di dalam jadual 9. Jadual 9 : Kos Bahan Mentah


59 BIL BAHAGIAN BAHAN HARGA PER UNIT SAIZ (Panjang x Lebar xTinggi) KUANTITI JUMLAH HARGA (RM) 1 Kaki Carbon Steel Hollow (Heavy Duty) RM40 600mm X 50mm X 25mm 4 RM160 2 Tiang Carbon Steel Hollow (Heavy Duty) RM40 600mm X 50mm X 25mm 3 RM120 3 Support meja Carbon Steel Hollow (Heavy Duty) RM40 551mm X 50mm X 25mm 2 RM80 4 Besi Frame Carbon Steel Hollow (Heavy Duty) RM40 500mm X 50mm X 25mm 2 RM80 5 Besi Frame Carbon Steel Hollow (Heavy Duty) RM40 550mm X 50mm X 25mm 2 RM80 6 Penyokong kaki Carbon Steel Hollow (Heavy Duty) RM40 500.5mm X 50mm X 25mm 1 RM40 7 Bilah Stainless Steel RM20 170mm X 150mm X 4mm 4 RM80 8 Meja Aluminium Chequered Plate RM20 600mm X 600mm X 3mm 1 RM20 9 Penghadang Aluminium Plate RM30 600mm X 100mm X 4mm 608mm X 100mm X 4mm 2 2 RM80 10 Bore pencucuk Aluminium Solid Round Bar RM15 Ø38mm X 64mm 1 RM15 11 Connector Mild Steel Round Bar RM20 Ø38mm x 68mm 1 RM20 JUMLAH RM775


60 3.7.2 Kos Upah Kos upah merupakan kos bayaran kepada pekerja untuk menjalankan projek. Kos ini termasuk dengan bayaran per jam untuk pekerja. Jadual 10 menunjukkan secara terperinci semua kos upah untuk pekerja Jadual 10 : Kos Upah BIL PERKARA HARGA PER JAM (RM) JAM BEKERJA HARGA KESELURUHAN RM) 1 Kos Upah Pekerja Rm 8.00 35 Jam RM280.00 3.7.3 Kos Mesin Kos mesin ialah kos yang perlu ditanggung ketika menggunakan mesin. Kos ini merangkumi sewaan per jam untuk setiap mesin. Jadual 11 menunjukkan kos-kos mesin yang digunakan untuk projek ini. Jadual 11 : Kos Mesin BIL PERKARA JAM BEKERJA SEWAAN PER JAM(RM) HARGA KESELURUHAN (RM) 1 CNC Edm Wire Cut 4 RM28 RM112 2 Mesin Canai Mudah Alih 2 RM5 RM20 3 Band Saw 3 RM5 RM15 4 Mesin Larik 1 RM8 RM8 KOS UPAH RM46 RM155 3.7.4 Kos Overhead Kos overhead ialah kos elektrik yang digunakan untuk projek ini. Kos ini merangkumi kadar sewaan (hari) dan kadar jam. Jadual 12 menunjukkan kos overhead yang digunakan untuk projek ini. Jadual 12 : Kos Overhead BIL PERKARA KADAR SEWAAN (HARI) KADAR JAM HARGA KESELURUHAN (RM) 1 Anggaran Elektrik 3 72 RM86 KOS OVERHEAD RM86


61 3.7.5 Kos Standard Part Kos standard part ialah bahan siap yang dibeli secara berasingan. Jadual 13 menunjukkan secara terperinci tentang kos standard part untuk projek ini. Jadual 13 : Kos Standard Part BIL PERKARA SAIZ KUANTITI HARGA (RM) 1 Pam pneumatic 315mm x 50mm x 50mm 1 RM47 2 PL Elbow 8mm,1/4 2 RM1.96 3 1M PU Tube 8mm x 5mm 2 RM3.48 4 Solenoid valve 5/2 way 76.7mm x 35mm x 22mm 1 RM28.10 5 Pneumatic Flow Control Elbow 8mm,1/4 2 RM11.60 6 Roda 50mm x 70mm 4 RM14.00 7 Cat Minyak Hitam 1 Liter 1 RM20 8 Steel Bracket 8 RM6 9 Bold & Nuts 4 RM2 10 Cap Screw M6 x 40mm 4 RM1.60 Jumlah RM135.74 3.7.6 Kos Keseluruhan Kos keseluruhan ialah rangkuman kos-kos yang digunakan untuk membangunkan projek ini. Jadual 14 menunjukkan kos keseluruhan projek ini. Jadual 14 : Kos Keseluruhan BIL PERKARA HARGA(RM) 1 Kos bahan mentah RM775 2 Kos upah RM280 3 Kos mesin RM155 4 Kos overhead RM86 5 Kos standard part RM135.74 JUMLAH RM1431.74


62 3.7.7 Harga pasaran Harga pasaran ialah harga jualan untuk sesuatu projek. Harga ini merangkumi 20% dari kos keseluruhan projek. 20% daripada kos keseluruhan = 20 100 x RM1431.74 =RM286.34 Harga Pasaran = RM1431.74+286.34 = RM1717.08


63 BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS 4.1 PENGENALAN Analisis ialah percubaan yang inovatif dan sistematik untuk meningkatkan pengetahuan, termasuk pengetahuan individu, budaya dan 63erjay, dan penggunaan pengetahuan untuk mencipta aplikasi baharu. Ia digunakan untuk mencipta atau mengesahkan bukti, mengesahkan kerja terdahulu, menyelesaikan masalah yang baharu atau terkini. Dapatan kajian yang kami perolehi adalah daripada hasil tinjauan yang kami jalankan. Keputusan dan perbincangan merupakan salah satu aspek penting yang perlu ada dalam proses reka bentuk bagi mendokumentasikan projek dengan lebih terperinci dan tepat. Proses ini merangkumi bagaimana kebolehfungsian Mesin Pembuka Durian Automatik. Kami telah menjalankan tinjauan kepada pengusaha buah durian dari pelbagai tempat yang berdekatan. Tinjauan yang dilakukan adalah dalam bentuk google form, respons yang kami perolehi adalah baik dan dapat mencapai objektif projek. 4.2 PROSES PENGUJIAN PROJEK Projek yang telah 63erjaya dihasilkan sepenuhnya akan diuji untuk melihat kefungsian projek tersebut. Hasil projek yang telah dibuat akan menunjukkan kefungsian projek dan bagaimana ianya berfungsi.Antara perkara-perkara yang diuji adalah seperti berikut :


64 • Uji tahap keselamatan projek • Uji kefungsian projek • Uji ketahanan projek 4.2.3 PENGUJIAN TAHAP KESELAMATAN PROJEK Tujuan utama bagi pengujian tahap keselamatan projek ini dilakukan adalah untuk memastikan setiap komponen yang digunakan dapat dilindungi bagi mengelak bahaya kepada mana-mana pengguna. Jadual 15 : Pengujian Tahap Keselamatan Projek BIL BAHAGIAN YANG BERFUNGSI SELAMAT TIDAK SELAMAT CATATAN 1 Pump Pneumatic √ 2 Compressor √ 3 Socket plug √ 4 Bolt dan nut √ 5 Solenoid valve 5/2 way √ 6 1M PU Tube √ 7 Besi hollow 50x25mm √ 8 Aluminium chequered plate √ 9 Bilah ragum √


65 4.2.2 PENGUJIAN KEFUNGSIAN PROJEK Tujuan utama pengujian ini dilakukan adalah untuk memastikan setiap komponen yang digunakan berfungsi dengan baik. Jadual 16 : Pengujian Tahap Keselamatan Projek BIL BAHAGIAN YANG BERFUNGSI BERFUNGSI TIDAK BERFUNGSI CATATAN 1 Pump Pneumatic √ 2 Compressor √ 3 Socket plug √ 4 Bolt dan nut √ 5 Solenoid valve 5/2 way √ 6 1M PU Tube √ 7 Besi hollow 50mm x 25mm √ 8 Aluminium chequered plate √ 9 Bilah ragum √


66 4.2.3 PENGUJIAN KETAHANAN PROJEK Tujuan utama pengujian ini dilakukan adalah untuk memastikan setiap komponen yang digunakan mampu bertahan dari segi gegaran dan faktor luaran. Jadual 17 : Pengujian Tahap Ketahanan Projek BIL BAHAGIAN YANG BERFUNGSI TAHAN TIDAK TAHAN CATATAN 1 Pump Pneumatic √ 2 Compressor √ 3 Socket plug √ 4 Bolt dan nut √ 5 Solenoid valve 5/2 way √ 6 1M PU Tube √ 7 Besi hollow 50mm x 25mm √ 8 Aluminium chequered plate √ 9 Bilah ragum √


67 4.2.4 MAKLUM BALAS RESPONDEN Data dan maklumat maklum balas responden ini diperolehi hasil daripada perjumpaan diantara pihak kami dan pengusaha buah durian. Kami telah berjumpa dengan 5 pengusaha durian untuk mendapatkan respon tentang projek yang telah dihasilkan. Rajah 4.1 : Maklum Balas Responden Berdasarkan carta pai yang tertera diatas menunjukkan peratus keseluruhan responden merangkumi masa yang diambil untuk membuka buah durian menggunakan mesin ini. 100% memilih tidak terhadap masa yang lama untuk membuka buah durian dengan menggunakan mesin ini.


68 Rajah 4.2 : Maklum Balas Responden Berdasarkan carta pai yang tertera diatas menunjukkan peratus keseluruhan responden merangkumi kefungsian mesin membuka buah durian. 100% memilih ya terhadap kefungsian mesin membuka buah durian ini dengan baik tanpa sebarang masalah . Rajah 4.3 : Maklum Balas Responden Berdasarkan carta pai yang tertera diatas menunjukkan peratus keseluruhan responden merangkumi masa yang diambil untuk membuka buah durian menggunakan mesin ini. 80% memilih tidak terhadap kebahayaan semasa


69 menggunakan mesin ini. Manakala 20% memilih ya terhadap kebahayaan semasa menggunakan mesin ini. Rumusan yang dapat disimpulkan dari data terkumpul serta carta yang dihasilkan mendapati projek yang direka untuk kegunaan pengusaha buah durian telah diterima baik serta mendapat reaksi yang positif dalam kalangan responden. Selain itu, beberapa cadangan penambahbaikan diterima dari setiap responden yang telah menggunakan mesin pembuka buah durian pneumatic,antaranya ialah dari aspek kekemasan projek Jadual 18 : Perbandingan pengguna menggunakan parang dan mesin pembuka buah durian pneumatic BIL PENGGUNA SELAMAT CEPAT BERFUNGSI PARANG MESIN PEMBUKA BUAH DURIAN AUTOMATIK 1 Pengguna 1 √ √ √ √ 2 Pengguna 2 √ √ √ √ 3 Pengguna 3 √ √ √ 4 Pengguna 4 √ √ √ √ 5 Pengguna 5 √ √ √ Jadual 4.4 merujuk kepada perbandingan masa,keselamatan dan kefungsian yang diambil semasa menggunakan mesin pembuka buah durian pneumatic dan parang.Seramai lima orang pengguna dipilih secara rawak untuk menggunakan dua kaedah yang berbeza untuk mendapatkan data diatas.


70 Rajah 4.4 Pengguna menggunakan parang dan mesin pembuka buah durian pneumatic 4.3 PURATA MASA Jadual 19 menunjukkan masa yang diambil untuk membuka buah durian menggunakan parang dan mesin pembuka buah durian pneumatic. Purata masa untuk membuka beberapa buah durian Jadual 19 : Purata masa (saat) yang diambil DURIAN PARANG MESIN PEMBUKA BUAH DURIAN AUTOMATIK DURIAN 1 1 minit 5 saat 10 saat DURIAN 2 35 saat 25 saat DURIAN 3 47 saat 8 saat PURATA MASA (SAAT) 40 saat 20 saat


71 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 PERBINCANGAN Sepanjang merancang dan melaksanakan projek ini,terdapat beberapa kekurangan dalam menyempurnakan projek tetapi akhirnya ia dapat beroperasi dengan baik serta memudahkan pengguna semasa menggunakan mesin pembuka buah durian menggunakan pam pneumatic. Projek ini dilaksanakan berdasarkan objektif-objektif projek yang telah dikaji. Di samping itu, projek yang dibina ini berdasarkan matlamat yang jelas yang mana setiap langkah perlu teratur dan teliti. Di dalam bab ini,setiap kelebihan dan kebaikan serta masalah yang dihadapi diperjelaskan secara terperinci. Objektif utama projek adalah bertujuan untuk melaksanakan serta mengaitkan pemahaman secara teori dan praktikal. Dalam melaksanakan projek mesin pembuka buah durian menggunakan pam pneumatic ini terdapat beberapa masalah akhirnya projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Masalah yang timbul dapat di selesaikan dengan perbincangan dan kajian yang telah dilaksanakan.Dengan pelbagai rujukan penyelia projek masalah dapat diselesaikan. Projek ini telah mencapai objektif dan sempurna seperti yang dirancang.


72 5.2 CADANGAN Sepanjang kami menjalankan projek ini,terdapat pelbagai cadangan yang boleh dibuat untuk penambahbaikan projek ini pada masa akan datang. Antaranya ialah : • Menambah lampu laser pada bahagian bore untuk memudahkan kerja. • Meniruskan bore pencucuk supaya bore pencucuk mampu masuk lebih dalam. • Menghasilkan penghadang pada bahagian atas meja untuk meningkatkan keselamatan pada mesin 5.3 KESIMPULAN Sepanjang tempoh menyiapkan projek tahun akhir ini, ia telah memberikan pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna kepada kami sebagai pelajar supaya lebih kreatif dan inovatif. Setelah projek tahun akhir kami siap dengan jayanya dan telah menjalankan ujikaji dan dapat disimpulkan bahawa projek kami iaitu mesin pembuka buah durian menggunakan pam pneumatic telah berjaya mencapai objektifnya. Ini adalah kerana sistem pneumatic yang kami gunakan untuk membuka buah durian ini dapat meminimumkan sebarang kecederaan berbanding dengan menggunakan parang untuk membuka sebiji buah durian. Mesin ini juga mampu menjimatkan penggunaan tenaga manusia dengan kaedah pengendalian yang mudah serta dapat mempercepatkan tempoh masa untuk membuka sebiji buah durian. Hal ini kerana kaedah yang kami gunakan amatlah mesra pengguna dan mudah untuk digunakan dengan hanya menggerakkan suis sahaja tanpa memegang buah durian untuk membukanya. Dengan terhasilnya mesin ini diharapkan dapat dijadikan sebagai bukti kesungguhan dan pengetahuan kami dalam menghasilkan produk inovasi baru dalam bidang teknologi pemesinan industri. Fungsi keselamatan juga amat dititikberatkan dalam projek kami ini supaya tidak membahayakan dan tidak memudaratkan pengguna. Berdasarkan kepada objektif yang telah disampaikan sebelum ini, kesimpulannya projek ini merupakan ciptaan yang amat berguna. Dengan adanya mesin ini, kerjakerja untuk membuka kulit buah durian menjadi lebih mudah dan cepat. Disini dapatlah dirumuskan bahawa projek ini telah mencapai objektif yang dikehendaki


73 RUJUKAN 1. Abdul Omar (Julai 2023). Buah Durian Jabatan Pertanian Pulau Pinang. Dilayari pada 31 Julai 2023, di URL: https://jpn.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article& id=64:durian-sp-26113&catid=23&Itemid=54&lang=ms 2. Muhammad Hairul (September 2019). Jig Dan Fixture. Dilayari pada 20 Julai 2023, di URL: https://pt.scribd.com/document/425346700/Jig-DanFixture# 3. Hassan (2010) October), Mechanical Engineering, Application For Jigs & Fixture Retrieved November 5 2010, From The World Wide Web : http://engineeringnut.blogspot.my/2010/11/application-of-jig-and fixture.html?m=1 4. Frida Amriyyati Azizzah (2020). Rancang Alat Pengupas Durian Tipe Press. Unpublished thesis. UNUGHA: Fakullti Teknologi Industri 5. Muhammad Syafiq, Muhammad Shahrul, Aiman Hakimin (2020). Durian Opener. Unpublished thesis. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah: Fakulti Mekanikal Kejuruteraan 6. Afif Jauhar (2022). Pengupas Buah Durian Model Paku Tekan. Unpublished thesis. Universitas Widyagama Malang: Fakulti Teknik 7. Mohammad Adham, Muhammad Azrul, Muhammad Aliff(2022). Merekabentuk Alat Pembuka Buah Durian Untuk Kegunaan Pengusaha Buah Durian. Unpublished thesis. Kolej Vokasional Klang 8. Garis panduan projek tahun akhir (PTA) kolej vokasional, pengurusan akademik bahagian pendidikan teknik dan vokasional (2021). Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN No. 978-967-5334-22-1


Click to View FlipBook Version